Monday, December 28, 2015

BERJUMPA DENGAN TUANKU PERMAISURI ZARA SALIM

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Kali ni lama kita bercuti. Cuti yang sambung menyambung... Alhamdulillah...bolehlah rehat2 kan diri sebelum nak masuk tahun baru ni kan...

Alhamdulillah... semasa bermalam di Hotel Casuarina @ Meru baru2 ni...seperti yang saya ceritakan di sini: Casuarina @ Meru & Pulau Orang Utan Bukit Merah, Taiping
kebetulan adanya majlis anjuran Yayasan Bina Upaya Negeri Perak bersama Tuanku Sultan dan Permaisuri Perak.

Saya, suami dan kakak serta abang ipar saya masih duduk di lobby hotel sambil menanti keberangkatan pulang Tuanku Sultan dan Permaisuri Perak.

Kakak saya ni bertekad sangat nak tengok Permaisuri Zara katanya. Sebab dan motipnya.... sila baca lagi....

Bila kitaorang tgk semua kakitangan Yayasan Bina Upaya dah ready berbaris untuk keberangkatan pulang Sultan, kami dah get ready berbaris kat tepi.... saya just berniat nak ambil gambar Tuanku.

Tak lama tu Tuanku Sultan dan Permaisuri pun keluar dari ballroom tersebut dan bersalaman dengan semua kakitangan Yayasan Bina Upaya seorang demi seorang. Manakala yang berdiri di sebelah kitaorag ni semuanya orang2 besar kerajaan Negeri Perak, termasuklah Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. dan my boss pun ada dalam majlis tu...





Di barisan paling hadapan, setelah Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri bersalaman dengan semua kakitangan Yayasan Bina Upaya, kakak saya terus berjumpa dengan Tuanku Permaisuri Zara....dan hulurkan tangan...

"Do you still remember me....I'm your classmate from SM Convent Ipoh"

Tuanku Zara sambut salam kakak saya dan cakap

"Ingat rasanya......."
dan terus tgk muka kakak saya...ye lah...dulu kakak saya tu free hair...
sekarang dah bertudung...mungkin susah sikit Tuanku nak cam kan...

Beberapa saat lepas tu..rasanya Tuanku ingat..terus senyum dengan kakak saya...dan masa tu PA Tuanku terus datang menyapa kakak saya untuk tidak mengganggu laluan Tuanku.

Masa tu Tuanku Zara terus cakap kat PA beliau

"It's ok....she's my classmate"
dan terus lah mereka bersembang....macam2 soalan Tuanku Zara pada kakak saya.

Kakak saya ni kurang pengetahuan tentang protokol istana....macam kakitangan kerajaan....kita diajar bagaimana protokol untuk berjumpa dengan orang2 kenamaan ni.......alhamdulillah....kakak dan Tuanku berbual mesra dalam masa yang agak limited.... kerana Tuanku Permaisuri Zara masih dalam majlis Rasmi.... jadi..kita perlu menghormati majlis tersebut...

Masa diaorang bersembang tu...semua bodyguard mmg bagi ruang utk kami sahaja berada di atas karpet tu.....supaya orang luar tidak mengganggu masa Tuanku Permaisuri..... Di kesempatan itu, terus saya minta izin daripada Tuanku Permaisuri untuk bergambar....Masa nak ambik gambar Tuanku Permaisuri masih bertanyakan soalan kepada kakak saya....hehehe...yelah...Tuanku Permasuri dan kakak saya pernah berkawan rapat sebelum Tuanku Permaisuri bertukar sekolah.






Walaupun sebenarnya....jantung tu sangat berdebar2 tapiii gagahkan juga untuk bergambar...malangnya...gambar dari phone kakak saya tu bergoyang......huhuhu...gementar sangat katanya.... Actually..kakak saya ni pun tak sangka...Tuanku Zara masih ingat kat dia....dan sudi nak bersembang dengan dia.....semuanya berlaku secara spontan..... yang paling best, kakak saya memperkenalkan saya sebagai adiknya kepada Tuanku Zara.....sangat menghargainya....

Saya....terus tunduk hormat [sebab kat tangan ada hp] dan bersalaman dengan Tuanku Permaisuri.

Alhamdulillah...moment yang paling indah untuk kami malam tu...dapat berjumpa sendiri dgn Tuanku dan bersalaman dengan beliau.....kakak sayalah orang yang paling happy sekali.... Mungkin terlalu nervous......kakak saya terlupa nak bagi kad nya pada PA Tuanku....

Permaisuri yang sangat cantik, sangat friendly dan sangat lemah lembut.... Itulah Permaisuri kesayangan rakyat jelata Negeri Perak.... =))









Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments: