Friday, February 19, 2016

KE MAJLIS MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016

Assalammualaikum dan salam kasih sayang, salam jumuah mubarakah.
Jom baca surah Al-Kahfi..
Semoga kebaikkan demi kebaikkan mengiringi langkah kita semua di dunia dan di akhirah...

Semalam 18/2/2016, saya dengan rakan sepejabat ke Majlis Menghafaz Al-quran Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2016 di Pusat Convention Aman Jaya Casuarina @ Meru. Majlis start jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tghari.

Kebetulan en suami pun kena pg jugak...makanya kami pergi sekali la kannn.....
Seronok sangat sebab dapat pergi ke majlis2 ilmu macam tu....rasa sangat kagum melihat anak2 yang diperingkat remaja ini berjaya menghafaz al-quran.




Di sebelah malamnya, ajak mak untuk tgk secara live majlis tersebut. Selalu mak tengok kat TV je kan setiap ptg, so kali ni kitaorang saja ajak mak tgk live. Lagipun bukannya jauh dari rumah....15 minit dah sampai.



Harus ada gambar kami....=)))

Malam tu majlis start pukul 8.45 malam. Kiranya satu hari ada 2 sesi satu pagi sampai tgh hari dan start balik di sebelah malam. Ramai jugak orang yang datang berbanding sesi pagi...yelah orang kerja kan...harapkan budak2 sekolah je lah.... Tapii di sebelah malam...memang penuhlah tempat duduk.....

Seramai 10 peserta yang terlibat di sebelah malam dari yang menghafaz juz 1 hingga 10, juz 1 hingga 20 dan dari juz 1 hingga 30.

Kategori menghafaz juz 1 -20, akan di beri beberapa soalan dan soalan terakhir akan diberi nama surah dan diminta membaca sambil bertaranum.

Manakala untuk kategori hafaz 30 juz, 2 soalan terakhir akan diberi sepotong ayat dan diminta peserta untuk mentafsirkan ayat tersebut dan soalan akhir, di beri maksud ayat dan peserta diminta untuk membaca ayat yang mempunyai maksud seperti yang dinyatakan.


Salah seorang peserta dan barisan hakim





Jam 10 malam, ada supper pulak...so..berhenti rehat sekejap sambil tu dihiburkan dengan nyanyian kumpulan nasyid dari sekolah agama......kemudian sambung balik....habis majlis lebih kurang pukul 11.15 malam. Kitaorang terus balik....





Alhamdulillah...













Terima kasih kerana membaca entry ini =)))



2 comments: