Tuesday, July 5, 2016

RAMADHAN SUDAH MELABUHKAN TIRAINYA

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Sedar tak sedar...kita dah berada di penghujung ramadhan.
Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
Surah Al-Kahf 19 : 10

Semoga Ramadhan ini membawa sinar baru untuk kita berubah kearah yang lebih baik. Semoga segala amalan kebaikkan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini tidak terhenti setelah tibanya syawal. Teruslah istiqamah dalam melakukan kebaikkan demi kebaikkan pada bulan bulan yang lain.

Bulan Ramadhan juga bulan yang mengeratkan jalinan tali silaturrahim. Semoga ikatan dan jalinan silaturrahim akan terus kekal untuk selama-lamanya. Mungkin kita pernah bersangka sangka dengan seseorang padahal....sangkaan kita itu salah sama sekali.... Allah memperlihatkan kebaikkan2 dia kepadamu walau sehebat manapun kebencianmu kepadanya..... muhasabah diri kita.... jangan mudah menilai dan menjatuhkan hukuman kepada orang. 
"jangan hanya satu kesalahan, kita membenci seseorang habis habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikkan kamu, lalu dia berdoa untuk kebaikkanmu...."

Harta, pangkat dan darjat bukan menjadi ukuran utama Allah terhadap manusia...kerana disisiNya...kita ini adalah sama...yang membezakan kita adalah amalan2 yang akan kita bawa kepadaNya yang akan menentukan nasib kita sama ada kita ke syurga atau neraka...
Dengan bulan yang penuh kemuliaan ini...kekal dan eratkan jalinan silaturrahim ini dengan seikhlas hati kita tanpa membezakan2 pangkat dan kedudukan. Hulurkan salam....ikhlaskan senyuman....berdoalah...agar Allah sucikan jiwa dan hati kita dari terus menyimpan perasaan mazmumah.

Disaat kita sedang bergembira menyambut kedatangan syawal..jangan pula dilupa pada saudara kita yang sedang menghadapi ujianNya.... teruskan berdoa agar Allah membantu saudara2 kita yang sedang diuji..... mepermudahkan di setiap kesukaran, melapangkan di setiap kesempitan.

Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..... dan semoga kita terus istiqamah dengan perubahan2 kebaikkan kita di dalam bulan Ramadhan ini dan kekal untuk selama-lamanya.....InshaaAllah.


Berita yang menyedihkan yang meruntun jiwa dan raga...apabila adanya letupan di masjid Nabawi....kota yang sangat dirindui.... moga Allah melindungi tanah haram dan seluruh umat islam....
Allahumma Aminn.....


Terima kasih kerana membaca entry ini!!


No comments:

Post a Comment