Tuesday, August 2, 2016

KISAH SI PENJUAL TAUHU



 
 
Kredit : Image [google search]


Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, beliau perlu menaiki kenderaan awam. Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada tuhan agar dagangannya habis di jual.

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat keluar rumah, berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang, dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah. Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untuk dijual, modal pun habis.

Dia mengeluh kepada tuhan, bahkan menyalahkan tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya, dia pun pulang tidak jadi meniaga hari itu.


 
Kredit: Image [google search]

Dua jam kemudian, dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yang hendak dinaikinya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya tekorban. Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semuanya adalah disebabkan tauhunya yang jatuh ke sawah sehingga beliau tidak jadi untuk berniaga pada hari itu dan membawa semua tauhu2nya yang sudah rosak dan kemek kembali semula ke rumahnya.

Pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak /hancur kerana ia hanya untuk di campurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Spontan, penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak itu dibeli semua oleh penternak itik itu.


 
Kredit: Image [google search]



Pengajaran dari kisah diatas

Doa tidak semestinya dimakbulkan mengikut permintaan kita, tetapi kadangkala, Allah menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dipinta.

Allah mengetahui keperluan kita berbanding dengan diri kita sendiri.
Kerana itu, janganlah jemu berdoa juga janganlah sekali mengeluh apalagi mengutuk!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui"
[Al-Baqarah: 216]

"Jika tuhan menjawab doamu,
DIA sedang menambahkan imanmu.
Jika DIA menundanya,
DIA sedang menambahkan kesabaranmu.
Jika DIA tidak menjawab doamu,
DIA sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu".




Nota kaki:
Copy paste daripada group whatsapp sepupu....
Moga kita semua mendapat manfaat dan iktibar daripada kisah yang saya kongsikan itu....




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment