Tuesday, September 13, 2016

HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 8

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Kali ni lambat buat entry tentang anniversary =))

22 Ogos 2008 - 22 Ogos 2016
Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk bersama dengan suami sehingga ke hari ini. Hanya dengan rahmatNya, kami dapat membina kehidupan bersama sehingga ke angka 8 tahun.

Dalam sedar atau tidak, seakan tidak percaya, kami dah melayari bahtera perkahwinan berdua selama ini. Dan selama ini juga masih berdua....alhamdulillah.... walau apa jua takdir Ilahi, saya redha. Ini ketetapanNya...Dan kerana itu.....saya masih boleh bermanja2 dan boleh mengada ngada lagi dengan suami saya....hehehe....

Namun atas permintaan dan persetujuan kami berdua...maka tiada bunga....tiada hadiah....tiada candle light dinner dan tiada nak bercuti kemana-mana untuk celebrate anniversary ini sehingga ke satu waktu yang sesuai untuk kita celebrate bersama-sama. InshaaAllah [demi menghormati insan yang tersayang yang sedang di uji Ilahi.....Semoga Allah tiupkan semangat dan kekuatan kepadanya.....doa kami senantiasa bersama2nya...]

Tahun ini adalah tahun ujian buat kami. Pelbagai rentak ujian dan dugaan Ilahi yang perlu kami tempuhi... alhamdulillah...berkat kesabaran dan keyakinan sepenuhnya kepada Ilahi....kami berjaya menempuhi jalan2 berduri dan berliku sehingga sedikit demi sedikit...kami menemui jalan yang lurus namun tidak selurus yang disangka......ianya masih mempunyai selekoh yang tajam. Ujian Ilahi akan hadir tanpa henti.... benar...syurgaNya itu mahal.....kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri setiap insan jika ingin mencapai sesuatu yang diimpikan..... Dalam ujian ada rahmatNya yang tidak terhingga.... bagaikan suatu mimpi.....namun itulah realiti.....syukur padaNya.

8 tahun, kami melakarkan suka duka hidup bersama-sama.....dalam diary kehidupan yang penuh dengan coretan yang indah sebenarnya...walau kami diduga dengan ujian demi ujian tanpa henti...namun....kami bersyukur kerana...di setiap ujian2 yang diberikan......ada kebaikkan2 yang Allah iringkan untuk kami menikmatinya bersama-sama.

Maka nikmat tuhan yang manakah yang ingin engkau dustakan....

Hanya perkataan syukur yang mampu diungkapkan atas pertemuan yang tidak disangka...namun...diakhirnya....Allah kurniakan kemanisan dalam kehidupan bersama dengan dia. Alhamdulillah....Allah sebaik2 perancang.



Happy anniversary to my dearest husband, my love, my soulmate, my best friend, my roommate and my diary.....8 tahun bersama dan inshaaAllah ingin bersamanya di dunia dan diakhirat selama-lamanya....dengan izinNya.
Semoga jiwa2 kami bersatu dalam rahmat dan kasih sayangNya....
Allahumma Amin...




Terima kasih kerana membaca entry ini =))))



2 comments:

  1. Happy Anniversary Alia, moga bahagia dan dirahmati till Jannah. Masyallah 8 tahun penuh dengan kasih sayang.Setiap orang Allah bagi bahagian bahagia berbagai cara walau pun tak semua yang kita harap kita dapat. Pasti aturan Allah tetap kan tu punya rahsia dan hikmah yang kita tak jangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak hanem....InshaaAllah.....doakan yang terbaik ya.... =)))

      Delete