Tuesday, September 20, 2016

KENDURI KAWIN SEPUPU

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Cerita hujung minggu lepas.

Alhamdulillah, cuti 3 hari sempena hari Malaysia dan sambung sabtu dan ahad.
Puas betul dapat rehat2 di rumah hehehe....

17 September 2016 - Sabtu

Sepupu saya belah emak melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya.

Masa majlis kenduri kendara tu.......Kalau dah berjumpa sepupu2 yang sekepala....memang banyak benda yang nak di sembangkan...maka perangai original tu terkeluar juga....hehehe....tu pun ramai jugak sepupu yang tak dapat balik.....kalau tak...pasti lagi meriah dan best...sebab boleh dikatakan.....yang tak balik tu...semuanya sekepala dan sekapal masa zaman2 kecik dulu.....=))))



Haruslah ada gambar berdua.
Encik ni akan setia menemani saya kemana-mana pun.....=)))



Dengan sepupu kitaorang yang sangat2 sporting.



Dengan sepupu sepermainan di waktu kecil.



Mak2 dan pak2 sedara sibuk kenduri....kitaorang sibuk berposing kat rumah peninggalan arwah opah.
Rumah ni dijaga rapi oleh emak dan bapa saudara saya.
Banyak kenangan2 yang manis yang kami ukirkan disini.
Sambil berposing....sambil kami mengimbau kembali kenangan2 indah waktu kecil....
kenakalan yang tak terbuat dek mak dan bapa memasing....
pelbagai cerita lucu yang di kongsi bersama......sehingga kini...ianya menjadi kenangan indah buat kami semua.....



Menjenguk dari jendela....

Disini...
kalau kami sampai je ke rumah opah....pasti arwah opah akan menjenguk kami dari tingkap ini...untuk memastikan siapakah gerangan yang datang ke rumahnya......bila dilihatnya anak2 cucu yang pulang ke kampung.....wajahnya akan tersenyum dan dengan pantas akan membukakan pintu untuk kami.......

Dari kejauhan.....kalau datang dengan tujuan nak mengaji al-quran dengan opah.....
terdengar suara2 kecil kami....
"opahhhhh.....kami datang nak mengaji nihhh...." hehehehe...
kadang2 kalau dah basah lenjun mandi sungai..... mesti transit kat rumah opah....lepas tu opah mesti akan buatkan kami kopi panas.....cicah dengan biskut kapal..........marbeles okeh...
kalau nasib baik.....dapat lah makan cucur bawang ke.....arwah opah memang terbaik......rindu opah....huhuhu



Macam-macam perangai...



Di dapur rumah opah



Dengan sepupu2 generasi "y"...
kiranya kami ni yang terawal menunjuk perangai kat arwah opah....hehehe.....



dengan mak mak sedara dan sepupu sepapat yang lain....masa ni banyak sangat cameranya...sana sini....so..mata tak tahu nak pandang dan focus kat mana......hahahaha



Last but not least...ni lah satu2nya gambar bersama pengantin....
Sebab terlalu sibuk sangat mengimbau kenangan.....hehehe...
 
Untuk pengantin...

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير 

Semoga Allah memberi barakah kepada kamu dan pernikahan kamu serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikkan....

Semoga ikatan perkahwinan kalian berdua kekal hingga ke jannah...





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

2 comments:

  1. cantik dan terjaga sungguh rumah lama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rumah tu dijaga oleh bapa dan mak sedara yang duduk berhampiran dengan rumah arwah opah... =)))

      Delete