Thursday, September 15, 2016

SALAM AIDILADHA 1437H

Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Ya Muhammad)
akan kebajikan yang banyak.
Oleh itu, dirikanlah solat kerana tuhanmu (pada hari raya haji)
dan sembelihlah (binatang) korbanmu
(sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat tuhanmu)

Surah Al-Kauthar: ayat 1-2

Tahun ni, cuti raya panjang sikit. Tapi saya tak sambung cuti pun. Ramai yang sambung cuti sampai hari khamis...sebab Jumaat tu cuti lagiii...Hari Malaysia...tambahan cuti persekolahan seminggu....mesti ramai yang plan nak bawa anak2 bercuti kann...... =)))

Plan asal nak beraya di Enstek...tapiii last minit tak jadi....so...kita beraya je la di Ipoh.
Kakak2 dan abang saya di KL pun tak balik....diaorang berkumpul di KL (rumah abang saya).
Kami berhubung dan share hidangan kami dalam wasap family je sambil menjadi juri dalam alam maya....hehehe...
 
Kat rumah, mak sediakan hidangan wajib kami daging masak hitam yang sangat sangat marbeles!
lepas maghrib, saya, suami dan sorang kakak saya yang duduk di Ipoh, kitaorang pegi cari lemang. Dapatlah 2 batang....sedap dan cukup dengan lemak santannya....

Lepas mak masak daging tu..... sempat lagi mak masak kan kami ayam masak merah.... sebab plannya hari raya tu nak masak nasi tomato.

Maka malam tu jugaklah kami merasmikan daging masak hitam yang dimakan dengan lemang serta ayam masak merah mak yang sangat2 lazat....kemain berselera makan....hehehe....macam lupa yang badan dah semakin membesar......=))))

Malam tu jugak...saya sediakan hidangan pencuci mulut untuk hari raya...iaitu puding cendol.



Daging masak hitam dari air tangan emak saya yang sangat marbeles!!



Ayam masak merah juga air tangan emak saya yang tak pernah mengecewakan....



Puding cendol yang saya sediakan untuk hidangan pencuci mulut.....pun sedap jugak.....[puji diri sendiri....hehehe....]

Lepas solat sunat hari raya aidiladha..... en suami dan mak terus pergi tolong orang buat korban di kawasan perumahan kami tu.....manakala saya dan kakak sibuk dok buat itu ini di rumah.

Memang tak plan nak kemana mana pun.....saya pun tak pergi tengok orang buat korban.....cuma sempat hantar puding cendol saya kat dewan tu untuk hidangan sampingan jiran tetangga yang nak bergotong royong melakukan korban.....(sambil tgk2 lembu2 yang nak dikorbankan...sempat lah buat flying kiss kat lembu tu......ahahahaa...)

Jam 2.00 petang, lepas en suami balik dari tolong orang buat korban tu.....saya dan kakak plan nak ber hi tea kat excelsior hotel pulak dah..... mak dan abah tak nak ikut lah pulak...sebab mak masih nak tolong kawan2 dia di dewan tu....manakala abah saya tak berapa sihat pulak...maka kami2 ni jelah keluar....

Saja suka suki ber hi tea sempena raya haji nih....Tapii kami ambil yang hidangan dessert punya untuk 4 orang.







Dessert kami



kopi dan fresh milk pilihan saya



Suka suki 3 orang =)))

Lepas hi tea, kami jalan2 ke Shopping mall aeon klebang....makan2 lagi......ehhh....kemain lah berseleranyaa....

Malam...barulah sama-sama menjamu selera makan2 sekeluarga nasi tomato, ayam masak merah dan jelatah yang sangat marbeles..... sangat2 kekenyangan.....

Kisahnya....cuma nak bagitahu.....raya ni asyik makan makan makan dan makan.....hehehee......sekian.....


 
Salam aidiladha dari kami.....
semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua...Aminnn....





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))



No comments:

Post a Comment