Monday, March 20, 2017

ANDRI NASI PADANG TG MALIM, PERAK

Ok...hari ni nak cerita pasal makan-makan lagi.



Dah lama en suami teringin nak makan nasi padang kat Tg Malim tu..... akhirnya.... on the way nak balik ke Ipoh hari Sabtu lepas....dalam keadaan highway yang sesak akibat ramai yang nak balik ke Utara [cuti sekolah]. Kami singgah di kedai makan ni untuk menikmati lunch kami untuk hari tu.

Memula lalu....ingatkan tutup...tapiii ada ramai yang menunggu di luar. so..kami just singgah dan tgk memang ramai sangat pelanggan sedia menunggu di luar manakala kedainya masih lagi tutup. Ada pelanggan yang menunggu di dalam kereta......sebab bangku dan meja yang disediakan di luar tu dah penuh......punyalah ramai yang datang ke kedai makan ni.....=)))



Katanya buka pukul 1.00pm. Tunggu punya tunggu dengan penuh kesabaran.... tepat pkl 1.30pm... barulah diaorang buka kedai diaorang. Mungkin sebab dia nak semuanya bebetul complete....tak de kelam kabut kannn....sebab memang ramai pelanggan dia....

Bila dia bukak je pintu kedai dia.....semuanya terus pergi beratur dan memilih lauk memasing untuk hidangan.

Dalam keadaan cuaca yang panas terik tuuu...perut mudah lapar....hehehe...tapiii bila mereka buka kedai mereka.... kita terus pindah tempat ambik di bahagian dalam kedai yang lebih selesa sebab ada kipas dan sejuk sikit dari bahang panas di luar...hehehe...

Sila beratur ya untuk ambil segala lauk pauk.
Diaorang yang tolong kautkan utk pelanggan segala lauk pauk tu....just tunjuk2 je nak lauk apa...

Antara hidangan yang famous kat sini adalah....ayam kampung goreng dan ayam kampung masak rendang dan yang utamanya.....ayam kampung lah.....tak kiralah dia masak apa pada hari2 tu kann....

Selebihnya ada sambal udang petai, sambal udang biasa, lampung dengan bawang, lampung goreng, ulam ulaman, sambal terung bulat dan sambal terung panjang, gulai lemak sotong, gulai lemak ketam, ikan masin, ikan goreng, sambal hijau dan sambal belacan biasa dan lain2..
Mungkin menu dia berubah2.....sebab kakak saya selalu je singgah ke kedai makan ni dan kadang2 dia tapau bawak balik......memang sedap. Wajib cuba.


Saya just ambil hidangan yang simple.
Iaitu ayam masak rendang. Gulai sotong [kuahnya saja], ulaman timun dan sambal, ikan masin dan sambal terung bulat.

Makan panas2 memang sangat2 terbaik lahhh.....=)))

Tapiii tapiii tapiii...... kedai ni bagi air teh o ais free...... di setiap meja akan dapat minuman nih. So...sila jangan berangan nak order ais juice ke teh tarik ke.....no no no okkk..... minum je ais yang dia bg free tu......kalau nak....awak bawak air sendiri ok...

Sambil makan....sambil kita di hiburkan dengan lagu2 minang di television yang dia pasang.
Semua hidangan makanan dia sedap sedap.... memang originally rasa masakan minang.

Lepas ni..kalau2 balik dari KL atau nak pg KL ke.....waktu2 macam nih.....boleh la singgah lunch...tak payahlah makan di R & R..especially kalau musim2 cuti sekolah ni.......sebab selalunya R & R akan penuh. Nak masuk pun jem.....

Kedai makan ni buka jam 1.30pm hingga ke pkl 4.00pm atau ikut masakan dia...kalau habis awal....awal la dia tutup kedai makan dia tu.....=)))

Pada sesiapa yang nak ke kedai makan ni....uolls google map atau waze saja ok...landmark dia..... bebetul depan dengan station minyak BHPetrol tu.....kena u-turn..... then...kalau nak parking....rasanya senang je lah...... masa saya pergi kebetulan bengkel kat sebelah kedai tu tutup...so..kita park kat situ je lahhh.....

Maaflah...tak banyak gambar saya ambil....sebab...masa tu...cuaca sangat lah panas terik....lepas tu..... bila dah kenyang semua...terus terlupa nak ambil gambar....tapiii......harus cuba ok...memang sedap.... 
Recommended!!


Terima kasih kerana membaca entri ini!!

No comments:

Post a Comment