Friday, June 2, 2017

BERBUKA PUASA DI CASUARINA @ MERU IPOH [IFTAR 2017]

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Ramadhan ke 2, hari Ahad.... kakak yang sulung balik....dia ambik cuti hari Isnin. Memang dalam plan dia kata nak balik nak berbuka sekali dengan kitaorang. So... ahad tu kitaorang semua plan iftar di luar je.... kebetulan...lately ni pun mak saya tak berapa sihat...

Casuarina Hotel @ Meru menjadi pilihan. Sebelum2 ni.... tak pernah lagi berbuka di Casuarina..... jom kita cuba....


Boleh check kat fb Casuarina ni.

Antara gambar yang sempat saya ambil.


Setiap sorang dapat ni.....apa dalam dia....buah kurma laaa....


Tempat iftarnya di tempatkan di convention centre. Memang besar dan luas......
Untuk second ramadhan tak ramai lagi yang berbuka di luar.....so..agak selesa la jugak. Cuma nak kena jalan untuk ambik makanan di gerai2 yang di sediakan tu agak jauh. Kena jalan sikit ok.....


Tu dia aihhh...... hidangan utama dia kat tengah2 tu...
Ada nasi putih dan nasi tomato [masa saya pergi ni lah]








antara dessert yang di sediakan. Sebenarnya banyak lagi....ada memacam jenis kuih muih


Ada pelbagai jenis minuman.


Persembahan lagu2 islamic.







Overall....pada saya untuk keselesaan tempat.....sangat selesa sebab ruang dia besar sangat......tapiii jarak dari tempat duduk nak ambik makanan yang ada di keliling sampai ke luar tu...agak jauh....

Dari segi makanan yang di sediakan.... lidah saya kata biasa sahaja. Ada pelbagai jenis hidangan yang disediakan. Dan ada gerai gerai yang menyediakan makanan2 yang akan menjadi pilihan kita. Even durian pun ada......bagi peminat durian.....rugi kalau tak cubaaa.....=)).

Surau memang disediakan....siap ada imam.....cumanya....kebiasaan saya [kalau berbuka di luar]...selepas je berbuka...minum air atau makan kurma...saya akan terus pergi solat. Memang masa dan ketika tu...memang tak ada orang lah...boleh la solat dengan tenang dan selesa....cumanyaaa.....saya agak confuse dengan penunjuk arah. Surau lelaki dan wanita terletak bersebelahan [kalau ikut penunjuk arah yang diberilah] . Bila saya masuk...agak lapang dan tidak tertutup antara ruang lelaki dan wanita. Mujur masa tu hanya saya dan suami je berdua solat kat situ.....saya terpaksa menarik sebahagian pintu yang menjadi pengadang (mungkin) untuk ruangan saya solat. Mujur jugak saya dah siap2 ambik wuduk kat rumah....so..terus solat je lah kan.....

Elok lepas solat.... datanglah 2 orang lelaki..masuk dalam bilik tu dan datang ke tempat solat wanita sambil membuka pintu......Ya ampun....nasib saya masih dalam keadaan menutup aurat.....dan dah habis solat....
Terus keluar.....bila nak berjalan balik ke ruang makan semula...masa nak turun tangga...baru perasan....rupanya ada satu lagi bilik solat khas untuk wanita....bertul2 bertentangan dengan tangga......

Harap pihak Casuarina alert dengan semua benda tu...memang ada imam....memang ruang solat tu sangat selesa.....tetapi...pastikan ianya tersedia di tutup untuk memudahkan pelanggan yang baru pertama kali datang ke situ....
[dari segi ni jelah yang kakak tak puas hati....sebab melibatkan aurat......so..sila alert perkara2 macam gini]

Selera dan citarasa kita berbeza...
.tak salah kalau mencuba...
So.... selamat mencuba!!
 


Terima kasih kerana membaca entry ini!


2 comments: