Monday, July 30, 2018

HARI RAYA 2018 - PART 5

Ok, entry raya je pun dah sampai ke part 5. 

Kemain sangat aihhh...
Kita habiskan entry raya ni takat sini je lah ea....dah nak masuk raya haji dah uiii.....=))

Tapiii saya kena habiskan jugak entry raya nih....
Sebab setiap kejadian tu...menjadi memory indah untuk diabadikan....cewahhh....



14 Julai 2018 - Sabtu

Sekali lagi kami ke KL untuk memenuhi jemputan pernikahan sepupu suami saya di Cheras.
Saya dah janji dengan mak nak bawa mak sekali ke majlis tersebut.

Ingatkan nak sampai awal...

Tapi...disebabkan ada kemalangan ngeri di highway yang saya ceritakan disini: 
Maka masa kami lari banyak la jugak.

Singgah dulu ke Ampang ambik mak kat rumah kakak saya then terus ke tempat kenduri.

Sampai2 sepupu suami dah selamat dinikahkan dan elok sampai je dah masuk waktu zohor.

Majlis diadakan secara sederhana di Masjid apa ntah kat Cheras sana nun..... so...bila dah masuk waktu, suami terus je solat zohor jemaah.

Jom tgk gambar2 kami di majlis tersebut.

OOTD dari Jluxe by Jovian Mandagie.



Baru ada gambar raya dengan mak dan pak mentua....

Tak sempat pun nak bergambar dengan pasangan pengantin baru....derang sibuk layan tetamu.....

Balik dari kenduri, kitaorang terus ke Wangsa Maju, bawa mak jejalan Aeon sana....katanya nak tgk baju...so..kita bawak je lah kan....

Dalam pukul 4.30 ptg baru sampai rumah kakak dan terus tgk abah kat sana. Nampak abah dah semakin sihat...alhamdulillah.

Petang, dalam pukul 5.30 petang macam tu, kitaorang check in hotel.
Kami tido di Flamingo hotel. Kali ni sesaja suka je nak check in....hehehe...

Ok jugaklah hotel nih....kitaorang dapat chalet sebab bilik hotel semuanya dah penuh.....tak kisahlah....memurah je pun bayarannya....janji dapat bersantai2 berduaan sudehh.....=)))

Malam...pergi dinner dengan abang dan kakak ipar saya kat Serai Pavilion.
Not bad jugaklah makanan dia....semuanya sesedap.....


15.07.2018 - Ahad

Jam 11.30pagi kami dah check out. Dan terus ke PJ ambik mama kat sana.

Sempat jugaklah ber ootd berlatar belakangkan tasek kat belakang hotel tu. Bilik kitaorang bebetul berhadapan dengan tasek tu....dan malam tu....ada event majlis jamuan raya di tepi tasek...meriah kooo......boleh nampak lah dari dalam bilik.....


My OOTD jugak dari Jovian Mandagie Jluxe

Ni masa bebaru sampai ke Laman Perkahwinan NMR kat wangsa maju. 

Pengantin

Keluarga sedara mara belah suami.




satu2 nya anak sedara perempuan =)))

sesaja je dia nih tauuu.....hahahahaaaa

Sukasuki laki bini....=)))

Lepas habis kenduri, singgah rumah abang saya sekejap utk solat semua....lepas tu terus je balik Ipoh.

Berakhirlah perjalanan kami selama bulan syawal ni ke PJ dan KL.
Semuanya mempunyai memori terindah. 
Dapat bersama keluarga dan berkumpul reramai.

Dalam ketawa...ada juga kedukaannya.....
Semuanya tersimpan sebagai lipatan kenangan terindah buat kami berdua.

Perjalanan yang masih panjang....moga Allah senantiasa meredhainya....Amin....








Terima kasih kerana membaca entry ini!














No comments:

Post a Comment