Tuesday, July 17, 2018

KEMALANGAN DI LEBUH RAYA PLUS UTARA SELATAN PADA 14 JULAI 2018

Hari ni terpanggil pulak nak bercerita mengenai pengalaman berada di lebuh raya yang sama ketika kejadian kemalangan yang meragut 4 nyawa dan 6 kenderaan terlibat di highway plus utara selatan.

14 Julai 2018
Kami plan ke KL seawal pagi untuk ke majlis pernikahan sepupu suami saya di Cheras.
Jadinya kami gerak dari Ipoh dalam pukul 9.30pagi. Tu pun sebenarnya dah agak lewat.....
Memandangkan sekarang ni musim durian dan kebetulan kawan suami ada dusun durian dan menjual durian, terniat dihati nak bawakan durian untuk mentua dan mak sendiri yang kini berada di KL.

Masuk2 je kereta masa tu, [disebabkan dah terlambat nih] suami terus cakap.... tak payah ambik durian sebab takut nanti terlambat nak sampai....saya pun ikut je la..tak de pun tak pe...dan kalau ada lagi bagus kan....at least ada lah something yang nak dibawa utk mak mak kat sana.

Tak sampai beberapa saat, sahabat suami wasap kata durian dah ready....actually, suami baru nak bagitahu utk postpone ke hari isnin..... tapi tu lah...mungkin rezeki orang tua kami kot....so..kena ambik durian tu kat kg sahabat suami saya ni. Thats mean, kena exit tol gopeng dan terus ke Jeram sana nun utk ambik durian. Memang sepanjang jalan org jual durian..sekarang kan musim....tak jauh pun....16 minit perjalanan pg dan masuk semula tol.

Dapatlah dalam 4 biji durian besar2, kira berbaloilah..... 
Kami singgah di Tapah untuk makan pagi dan terus nak mencari roti gardenia sebab memang bau nya ya ampun.....dan kebetulan kat stesen minyak tu roti buku tu dah habis. So bertahan je lah. 

Masa tu jalan highway tu sangat2 lancar..... adalah kete2 yang laju....biasalah highway kan...tapii suami bawa kelajuan yang ditetapkan.... tak nak terkejar2 sangat walau kami tahu kami akan sampai lambat sikit. Selalunya kalau terkejar2 macam tu...mesti dia bawa laju sikit..

Tengah2 jalan tu....kami ternampak beg penunggang moto ni terbuka. Tapi memang tak boleh nak bantu sebab dia bawa laju.....kesian pulak kitaorang tgknya......saya yakin...barangan dia ada yang dah terjatuh. Dalam hati berdoa...moga tak ada barang yang penting hilang.....sebab saya selalu bayangkan saya di tempat orang tu kannn....

Bila nampak penunggang tu memasuki perhentian dan mmg kami nak bgtahu pada penunggang tu ttg beg dia....bersabit pulak en suami kata alang2 dah masuk ke stesen minyak tu....terus nak beli roti. Alhamdulillah....suami bgtahu pada penunggang tu yg kebetulan nak isi minyak dan terus beli roti, dan letak roti2 tu kat bonet kete........kemudian kami meneruskan perjalanan kami.

Tak lama lepas tu.....kenderaan terus bergerak perlahan......jarak yang tak jauh dari kami...... nampak ada kemalangan di hadapan betul2 jalan nak exit ke Rawang Selatan / Gutherie. Kemalangan yg melibatkan banyak kenderaan dan antaranya lori yang melintangi jalan menghimpit kereta Alza yang saya tak dapat bayangkan keadaan pemandunya...... Rasanya, kalau kami tak singgah ke stesen minyak tadi....harus kami sekali terlibat sama....sebab jaraknya sangat dekat.....Ya Allah.... tak tahu nak kata apa... memang nampak banyak kete yang terlibat...ada yang terbalik ke jalan mengarah ke Utara. Jadinya kedua2 arah, utara dan selatan jem teruk.

Beberapa ambulance dah sampai dan saya nampak MA sedang berlari ke sana ke mari untuk menyelamatkan mangsa kemalangan. Memacam perasaan saya bila tgkkan situasi di tempat kejadian.
Masa tu rasa sedih yang amat sangat bila kita lihat sendiri proses menyelamat tu di depan mata kita....ada yang dikeluarkan dari kereta dan diberi bantuan...ni pertama kali saya melihat dengan mata saya sendiri kejadian seumpama itu.....mengeletar seluruh badan sebenarnya......tak tahu nak ungkap....ada kenderaan yang terbalik dan ditarik ke tepi dan mangsa dalam keadaan yang trauma..... [kenderaan yang bergerak sangat2 perlahan sbb masing2 melihat]

Kecuaian siapakah ini sehingga menyebabkan banyak orang yang tak bersalah terlibat sama.....ada yang meninggal.....Allahu akhbar.... moga yang bersalah di bawa ke muka pengadilan.

Kalaulah kami tak berhenti henti dengan setiap urusan2 yang tak dijangka....tak tahulah nak kata apa....Allah jua yang melindunginya.....

Malam tu dapat berita daripada wasap group mengatakan, driver kepada kereta alza itu meninggal dunia dan kebetulan arwah adalah anak sedara kepada ahli group wasap berkenaan......

Semoga roh mereka semua yang terlibat di tempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman...

Harap kita senantiasa mengingati orang lain dalam memandu.....tak kira dalam apa jua keadaan....maka berhati hatilah wahai teman.....kerana kita tidak tahu siapa mereka....mungkin mereka antara orang yang penting dalam keluarga.....mereka menyara keluarga....benar...hidup dan mati itu ketetapan tuhan...tapii..jangan orang yang mati itu adalah bersebabkan kecuaian kita......wallahualam.





Terima kasih kerana membaca entry ini!




2 comments: