Monday, July 2, 2018

SALAM TAKZIAH SAHABAT

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ni baru ada kesempatan nak menulis di blog ini.

Ceritera bulan Ramadhan yang penuh ujian Ilahi. Bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada sahabat saya Eryn.

Dugaan terbesar bagi nya apabila ibunya dipanggil oleh sang pencipta untuk kembali kepadaNya. 

Salam takziah buat sahabat saya eryn.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menerima satu kehilangan tambahan yang pergi itu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita, iaitu insan yang bernama emak. Insan yang melahirkan dan membesarkan kita. Tempat untuk kita mengadu dan bercerita, seseorang yang sangat2 memahami perangai kita dan lebih utama, seseorang yang akan mendoakan kebaikkan kepada kita. Tapi kini telah tiada dalam hidup kita.

Saya amat memahami perasaan sahabat saya.....kerana itu, saya tak berani nak bertanya apa2 tentang emak kerana saya tahu dia akan sedih. Maka saya bagi dia masa bertenang, masa bersendirian kerana saya pernah lalui kesedihan itu apabila hampir2 kehilangan insan penting dalam hidup saya.

Untuk sahabat saya eryn.....

teruskanlah melangkah dengan kekuatan yang ada...tabahkanlah hati dalam menempuhi ujian Ilahi...kita manusia memang akan senantiasa diuji dan kita ada bahagian kita yang dah Allah tetapkan. Yakini bahawa setiap ketetapanNya itu adalah yang terbaik untuk kita.

Bukan mudah untuk menerima satu kehilangan. Tambahan pula yang pergi itu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita iaitu emak..... namun, saya yakin.... tiada rasa terbuku dihati awak kerana sepanjang hayat emak awak...awak dah jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang anak....and saya tahu kesukaran2 yang awak lalui itu [yang mana kini....saya pula yang perlu melaluinya].......dan akhirnya.....Allah ringankan bebanan kesakitan emak awak dengan memanggil emak awak ke sisiNya. Lebih istimewa, perginya pada bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan......[saya dah lama tulis post nih...hari ni baru berkesempatan nak publish]

Betapa sayangnya Allah pada emak awak...... dan awak kena redha walau saya tahu...ada ketika memang hati akan mudah rapuh.

Saya doakan semoga awak terus kuat dan kuat dalam melalui hari2 yang mendatang. Bersyukur kerana awak ada suami yang memahami dan penyayang serta anak2 yang akan menghiburkan hati awak....dannnn....awak ada saya untuk meluahkan apa saja.....

Sahabat pembaca, doakan semoga roh mak sahabat saya ini di tempatkan di taman2 syurgaNya.....Amin.....Allahumma Aminnn....




Terima kasih kerana membaca entry ini!




No comments:

Post a Comment