Friday, December 13, 2013

HURAIRAHKU DALAM KENANGAN

Assalammualaikum....
Pagi ini tidak lah seindah biasa..walaupun en suami yang menghantar saya ke tempat kerja... Hati dan perasaan saya telah dibawa pergi oleh kucing kesayangan saya Hurairah.
12.12.2013 - Hurairah pergi meninggalkan saya dan en suami untuk selama-lamanya. Punca kematiannya..kerana dia termakan racun yang merosakkan kesemua organ dalamannya sehingga mengakibatkan pendarahan berlaku. 
Pada awalnya..saya menyangkakan Hurairah hanya demam biasa sahaja. Oleh kerana dia kurang sihat..buat pertama kalinya saya dan suami membawanya tidur bersama. Malam tu saya usap kepala dan badannya... saya bagi dia minum air zam zam..saya belai dia...saya cium dia dengan penuh kasih sayang. Dia hanya memandang wajah saya dengan wajahnya yang seolah memberikan senyuman kepada saya.
Keesokkannya... balik sahaja dari kerja..keadaan Hurairah semakin lemah. En suami membawanya masuk semula ke bilik dan secara tiba-tiba dia muntah yang mengeluarkan warna merah. Pada ketika dan waktu itu..hati saya dah tak sedap dah... kami terus membawa hurairah ke Klinik haiwan yang berdekatan. Doktor terus masukkan air ke dalam badannya dan sedaya upaya menyelamatkannya dgn memberi beberapa suntikan agar racun itu tidak terus menyerang organ dalamannya. 
Keadaannya semakin lemah. Hanya matanya sahaja tidak henti memandang saya.... Doktor menyatakan kepada kami bahawa peluangnya untuk hidup hanyalah 50-50... Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.. namun dalam hati..masih berharap agar Hurairah kuat melawan sakitnya.
"Hurairah kena kuat ye sayang.... auntie sayang hurairah...." kata-kata terakhir saya sebelum meninggalkannya untuk rawatan selanjutnya dari doktor. Dia hanya memandang lemah kepada saya. Sebelum beredar...saya mencium wajah makhluk yang suci itu. 
Semalaman hati saya tidaklah setenang biasa. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa agar Allah memberi peluang kepada saya untuk menjaganya lagi dan memberi kasih sayang saya kepadanya. 
Keesokkannya.. 12.12.2013.. sepanjang masa saya berdoa dan terus berdoa agar Hurairah sihat seperti sediakala. Hampir petang dan habis waktu kerja..saya tidak mendapat apa-apa perkembangan tentang Hurairah...so..saya assume... mungkin Hurairah dah ok... saya bayangkan..saya boleh bertemu dengannya lagiii dan dapat memandang matanya yang cantik tu... 
Kebetulan saya plan dengan suami..untuk terus sahaja ke klinik mengambil Hurairah... jadi untuk menjimatkan masa... on the way balik...saya terus singgah dan ambil suami saya di tempat kerja. Dalam perjalanan saya dan suami ke klinik... saya sibuk mengeluarkan wang untuk bayaran untuk kos rawatan Hurairah... 
"awak...simpan duit tu.... doktor dah call saya tadi pukul 4ptg..masa tu hujan tgh lebat sangat2.... bgtahu pada saya..Hurairah dah tak de.... kita redha ye sayang...."
Masa dapat tahu tu...terasa bagai tersirat sirat hati dan perasaan saya... makhluk yang saya anggap seperti anak sendiri.. telah pergi meninggalkan saya. Masa perjalanan nak sampai ke klinik...rasa seperti satu yang maha berat bagi saya untuk mengambil jasad kucing kesayangan saya tu. Semasa hantar..dia masih bernyawa....masih mampu mengerlipkan mata kepada saya.... namun..siapalah kita untuk melawan takdir Allah... setiap yang bernyawa pasti akan mati.... itulah hakikat yang perlu saya terima.
Jasadnya yang telah keras akibat dimasukkan ke dalam peti sejuk.. dibawa pulang ke rumah dengan perasaan yang hanya DIA sahaja yang tahu.
Beg plastik dibuka dan terlihat wajahnya yang tenang.... wajahnya sedang senyum.... wajah makhluk yang tiada dosa.... saya mengusap wajahnya dengan penuh kasih sayang.... 
Ya Allah..syukur padaMu kerana memberiku peluang untuk mendapat kasih sayang daripadanya...dan memberi kasih sayangku kepadanya...semoga aku dipertemu dengannya lagi di alam yang kekal. 
Terima kasih Hurairah kerana memberi auntie peluang untuk menjadi seorang ibu...walaupun bukan dengan makhluk yang bernama manusia...namun...auntie bahagia..auntie gembira bila dapat bermain dengan Hurairah...dapat pandang wajah Hurairah... 
Dia lahir selepas sahaja saya menunaikan solat sunat...saya menyambutnya ketika saya masih dalam wuduk... namanya juga diberi selepas en suami saya menunaikan solat...ketika itu...tak ada idea nak bg dia nama apa...dia seolah merajuk dan meminggirkan diri...selesai sahaja solat..en suami terus katakan padanya...
"uncle bagi nama kamu Hurairah la..."
terus sahaja dia mengeowww....seekor anak kucing yang jarang bersuara..apabila diberitahu begitu..dia mengeoww...masyaAllah... 
Alhamdulillah...hati redha menerima segalanya ini. "Ala...kucing je pun..." tak lah...walaupun dia kucing...tetapi dia sangat istimewa kepada insan seperti kami yang ditakdirkan tidak mempunyai cahaya mata...dialah cahaya penyinar kehidupan kami... merekalah yang membuat saya dan suami ketawa... kini...tinggallah adik2nya 3 ekor.....Allah hu akbar... mungkin inilah perasaan seorang ibu yang kehilangan anaknya.... inilah perasaan seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak2nya... inilah perasaan seorang ibu yang apabila risau melihat anak2nya yang tidak sihat.... terima kasih Ya Allah kerana memberi perasaan ini kepadaku.... terima kasih ya Allah.... 
Syukur padaMu... syukur yang tidak terhingga kerana memberiku peluang untuk menikmati perasaan ini... semoga apa yang berlaku ini...memberi pengajaran kepada kami agar tidak mengambil mudah pada perkara-perkara seperti itu.... inshaaAllah...auntie dan uncle akan menjaga sebaik yang mungkin Tabby..kitty...Sakura...Hideo dan Hoshi... :'(
 Hurairah ketika berusia lingkungan 3 bulan. Ni lah bola kesukaannya yang akan digonggong kalau dia main dgn bola ni..sekarang bola ni tinggal sepi di dalam kamar tidur saya... :'(
Sehari sebelum Hurairah dibawa ke klinik..masa nilah kami ingat dia hanya demam biasa... dan buaian ini adalah buaian kesukaannya..dia akan senantiasa berada di dalam buaiannya ini tak kira siang ataupun malam....

Gambar ini diambil malam sebelum dia dibawa ke klinik....
Wajah terakhir kucing yang telah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya...
Allah love him more...and now...i miss him sooo much.... :'(

Tuesday, December 3, 2013

QUILLING FRAME - TEMPAHAN

Assalammualaikum..salam sayang...

Sedar tak sedar..kita dah pun memasuki ke bulan Disember... Kurang sebulan...kita akan memasuki pula ke tahun 2014. Ermmm.... masa semakin cepat berlalu meninggalkan kita... Selagi ada kesempatan..selagi itulah kita kena menggunakan kesempatan yang ada itu untuk memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini.

Fuhhh...dah habis bulan November..maka selesailah segala kenduri kendara sepupu sepapat saya. Dan saya boleh melakukan tugasan saya untuk menyiapkan segala tempahan mengikut list yang ada...

Dalam kalut-kalut utk saya prepare beberapa perkara untuk majlis perkahwinan sepupu sepapat saya...saya masih juga berkesempatan mengambil beberapa tempahan quilling dan cokies... Itupun mengikut kemampuan tersendiri.. Dan alhamdulillah... saya dapat menyiapkannya mengikut tarikh yang dijanjikan...

Baiklah.. disini saya nak share tempahan frame daripada sahabat saya.

Frame: Size 4R
Frame color: Black
Color: Hijau pucuk pisang dan pink



My lovely customer ni..menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada saya dalam pemilihan color yang sesuai...katanya apa-apa color pun tak pe asalkan cantik.
Disebabkan saya tahu beliau menyukai color pink..jadi saya kombinasikan color pink bersama-sama dgn color hijau pucuk pisang.



















Siap untuk diserahkan kepada my lovely customer.

Frame ini [kata customer saya] nak dihadiahkan sebagai hadiah perkahwinan buat sahabatnya...hopefully sangat-sangat agar sahabat dia tu sukaa....





Bookmark ni saya buat khas untuk sahabat saya tu... hopefully dia suka... ;))))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))