Mulakan hari dengan Bissmillah...
Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk bertapak dan bernafas di bumi ini. Syukur ke hadratNya jua kerana diberi kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi segala ujian yang tidak henti-henti menjengah kehidupan harian. Dan bersyukur juga diatas segala nikmat kurniaanNya kerana disebalik ujian dan dugaan itu, Allah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Syukur...syukur...syukur YA ALLAH..

Saya nak share tentang keadaan emak saya yang menghidapi sakit jantung bermula dari serangan pertama.
20 Februari 2012 (Isnin)
Beberapa minggu sebelum, mak banyak kali mengadu sakit dibahagian tengkuk dan lenguh2 di semua bahagian badannya. Ada ketika mak sakit di bahagian dada. Tetapi, apabila mak mengambil ubat, kesakitan itu hilang dan reda. Beberapa hari kemudian, kesakitan itu datang kembali sehingga ada ketikanya mak tertidur di dalam kesakitan selepas mengambil ubat.
Ya, sebelum ini, mak pernah menjalani rawatan angioplasty (pemasangan stand di 5 saluran jantungnya yang tersumbat) yang dibuat di Institut Jantung Negara 7 tahun yang lepas.
Melihat keadaan mak yang semakin hari semakin lemah dan wajahnya yang pucat.. saya dan kakak saya [setiap minggu balik ke rumah emak] berbincang untuk membawa mak ke Pantai Putri untuk membuat pemeriksaan menyeluruh..kalau diikutkan nak bawa mak pada hari selasa 21 Februari 2012.
Oleh kerana kesakitan yang amat sangat, mak mengajak saya ke hospital malam ni jugak (Isnin - 20.02.2012). Emak memberitahu kepada saya yang mak sakit sangat...Dalam keadaan sedikit panik, saya dan suami bersiap ringkas dan terus membawa mak ke hospital Pantai Putri (kerana rekod mak ada di sana). Mujur mak dah masukkan kesemua ubat-ubat yang diambilnya di Hospital dan segala rekod perubatan mak di hospital termasuk jadual temujanji mak telah dimasukkan ke dalam beg untuk tujuan rujukan doktor tentang penyakit mak.
PERINGATAN DAN PANDUAN untuk semua:
Sekiranya kita sendiri atau keluarga atau saudara mara kita jatuh sakit dan pernah atau sedang terus menerus makan ubat yang diberikan oleh klinik atau hospital... PASTI kan kita membawa ubat-ubatan tu sekali [sekiranya kita jatuh sakit secara tiba-tiba]. Ini bagi memudahkan doktor yang merawat pada ketika itu [emergency] membuat rujukan dan tahu penyakit sebenar kita dan mengambil tindakan segera.
Saya dan suami terus membawa mak ke emergency. Tidak berapa lama selepas itu, doktor yang bertugas terus memanggil saya dan menjelaskan bahawa mak terkena serangan jantung yang sangat kritikal. Doktor refer kepada pakar jantung iaitu Doktor Chan yang kebetulan terus sahaja ke emergency untuk melihat keadaan mak. Segala penjelasan dan terms dijelaskan kepada saya. Ya ..mak sangat kritikal dan rekod perubatan lama mak diperlukan termasuk rekod angioplasty di IJN. Mujur saya ada menyimpan segala rekod tersebut. Mak dimasukkan ke ICU dan doktor mengesahkan keadaan jantung mak sangat kritikal.
Ya Allah... tabahkan hati kami sekeluarga untuk menghadapi dugaanMu ini.
PERINGATAN DAN PANDUAN untuk semua:
Sekiranya kita atau keluarga atau saudara mara kita pernah mempunyai rekod perubatan lama... PASTI kan ianya disimpan selama hayat kita bagi tujuan rujukan doktor pakar. Ini penting kerana Doktor akan memerlukan rekod ini bagi menyegerakan tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil.
21 Februari 2012 (Selasa)
Mak ditempatkan di ICU. Keadaan mak masih belum stable. Bila ditanya pada mak, mak kata dadanya dah tak sakit. Cuma masih pening. Tekanan darah mak rendah. Doktor Chan mengesyorkan kepada kami untuk menjalani angiogram bagi memastikan peratusan jantung yang tersumbat. Hari ini juga mak dipindahkan ke wad biasa.

22 Februari 2012 (Rabu)
Hari ini mak menjalani angiogram. Lewat jam 4 petang, mak selesai menjalani angiogram dan keputusan yang diterima amat mendukacitakan. hampir 99% jantung mak tersumbat termasuk stand yang dilakukan 7 tahun yang lepas dan doktor mengesyorkan untuk terus melakukan bypass. Disebabkan rekod mak di IJN ketika melakukan angioplasty, doktor mengesyorkan bypass dilakukan di IJN dan refer pada doktor yang sama. Pembedahan bypass perlu dilakukan dengan kadar segera kerana disebelah kiri jantung mak sudah tidak berfungsi dengan baik. Mak dimasukkan ke ICU semula. Lewat malam dipindahkan semula ke wad biasa.
Doktor mengatakan mak dah beberapa kali terkena serangan jantung. Saya teringat semula ketika arwah opah saya meninggal...mungkin kerana terlalu terkejut dan sedih...mak memegang dadanya dan mengadu sakit keseluruhan badannya. Emak mengadu segalanya terasa sangat lemah... dan ketika itu saya dan adik beradik tidak mengesyaki apa-apa kerana boleh dikatakan setiap hari emak berkeadaan begitu dan setelah mengambil ubat yang diberikan oleh pihak hospital, sakitnya mula hilang dan keesokkannya..perkara yang sama berulang. Ya Allah... rupanya..keadaan mak sangat kritikal... dan sebenarnya sakit mak kerana jantung. Mengikut rekod hospital ketika mak menjalani rawatan susulan setiap bulan di Klinik Kesihatan Greentown Ipoh.. tekanan darah dan jantung mak semuanya berkeadaan baik..namun... ujian dan dugaan Ilahi... jika Dia mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi... maka...kita sebagai hambaNya...perlu senantiasa bersedia untuk menghadapinya....
23 Februari - 28 Februari 2012 (Khamis-Selasa)
Mak tidak dibenarkan discharge. Setiap malam..mak perlu menerima suntikan di perut bagi mengelakkan serangan jantung berlaku. Dan hampir setiap hari saya dan kakak dari Teluk Intan bergilir-gilir pagi dan petang menjaga mak. Disebelah pagi mak teh (adik mak), tgh hari kakak saya dari teluk intan, petang hingga malam...giliran saya menjaga mak.. Alhamdulillah...Allah memudahkan segala urusan saya. Saya dibenarkan untuk balik awal oleh ketua jabatan saya bagi menjaga mak di hospital. Tarikh ke IJN telah ditetapkan pada 29 Februari 2012. Mengikut kata doktor, mak perlu dibawa dengan ambulans ke IJN kerana keadaannya yang tidak stable dan at any time serangan akan berlaku. Tetapi satu option lain diberi kepada kami, dimana, sekiranya ingin membawa mak dengan kereta sendiri, kami perlu terus menerus membawa mak ke IJN pada pagi appointment mak di IJN.
Selama mak berada di Hospital Pantai Putri, ramai sedara mara dan kenalan mak yang datang melawat mak siang dan malam tanpa henti. Mak seperti biasa berbual dan bersembang seolah mak tak sakit. Itulah mak. Tidak suka menunjukkan yang dirinya sakit. Sesiapa yang datang melawatnya pasti mengatakan mak kuat semangat.
Terima kasih kepada semua yang datang melawat mak semasa mak berada di hospital dan mendoakan kesihatan mak.
29 Februari 2012 (Rabu)
Seawal jam 6.30pagi, mak, mak teh (adik mak), ayah ali, kak nid [anak sedara mak], sudah bersedia menunggu di lobby Hospital. Mak terpaksa di tolak dengan wheelchair kerana kakinya bengkak dan mak tidak dibenarkan menggunakan tenaga yang bayak kerana keadaan jantungnya...[mengikut kata doktor]. Abang saya membawa mak terus ke IJN. Temujanji mak pada jam 9.00 pagi.
Di IJN - Doktor yang merawat mak adalah Doktor Rais. Tarikh yang paling awal untuk melakukan bypass adalah pada 23 Mac 2012. Mengikut rekod perubatan dan laporan angiogram, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana keadaan jantung mak yang sangat kritikal. Disebabkan jadualnya yang padat, Doktor Rais memberi keutamaan kepada mak sekiranya ada diantara pesakit yang demam dan mempunyai masalah, mak akan didahulukan untuk membuat pembedahan.
Selama menanti tarikh pembedahan, mak duduk di rumah abang saya dan tidak dibenarkan untuk melakukan apa2 sahaja kerja berat..Emak dibekalkan dengan ubatan dari IJN bagi megelakkan serangan jantung berlaku sementara menunggu tarikh pembedahan.
Semoga Allah permudahkan segala urusan2 kami terhadap ibunda kesayangan kami.....Allahuma Aminn...

Terima kasih kerana membaca entry ini
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDelete