Monday, September 3, 2012

QUILLING CARD FOR MY DEAREST SISTER ENA

Assalammualaikum dan bertemu kembali....

Saya nak sambung sedikit dari hasil creativity saya. Tapi...ini bukanlah kad raya quilling... kad ini saya buat khas untuk adik saya ni Ena. Kad ini dah lama saya buat...dari sebelum puasa lagi. Cuma saya tidak berkesempatan untuk memberi sendiri by hand dekat ina.

Nak bercerita sedikit bagaimana saya mengenali adik comel ini.

Pertama kali saya berjumpa ina di Selama Perak. Ina adalah insan yang pertama sekali yang saya kenali sewaktu saya pertama kali berkunjung ke Selama. Masa tu saya dan suami, mak dan abah buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Selama dengan tujuan melihat sendiri tempat bertugas saya. Kebetulan, masa sampai, jam dah menunjukkan ke angka 12.30 tgh hari dan sudah tibanya masa makan tengah hari dan kebetulan pula, pejabat tempat saya bertugas itu betul2 berhadapan dengan medan selera yg terletaknya betul2 di pekan Selama. Sewaktu masuk ke Medan Selera, mak sempat la berkunjung ke satu kedai yang menjual baju, kain pasang dan macam2 jenis tudung dimana disitu ada seorang gadis yang kecil molek yang sangat peramah dan bersabar melayan kerenah emak. Dalam mereka berbual2...saya datang menyibuk dan akhirnya kami berkenalan antara satu sama lain.

Disebabkan keramahan gadis comel ini yang bertanyakan itu dan ini kepada kami, akhirnya kami menjadi semakin mesra dalam hanya beberapa jam sahaja. Dan ayat yang masih segar dalam ingatan saya...mak minta gadis comel ini tengok2 saya disini... [kelakar pun ada... yelah dah rasa mcm budak kecil je].. Kami sempat bertukar2 no. telefon.

Sejak dari itu, dari hari pertama sehinggalah hari2 terakhir saya di Selama....saya senantiasa berhubung dengan ina. Insan ini benar2 mengambil berat tentang saya. Menemani saya makan di waktu lunch... kalau tak nampak muka saya...mesti ina akan bagi msg atau dtg sendiri ke pejabat saya... Insan ini seorang yang sangat caring...kami dah macam adik beradik.

Selepas saya berpindah ke Ipoh, kami masih berhubung antara satu sama lain. Namun jarak dan masa menyukarkan kami untuk berjumpa dan berbual. Namun saya masih bersyukur kerana...walau jarang berjumpa...hubungan adik beradik ini masih berkekalan hingga kini. Dan yang pasti..saya turut berkenalan dengan ibu dan adik beradik ina yang lain. Jadi kami dah macam satu keluarga.. bersyukur sangat kerana dapat berkenalan dgn insan sebaik mereka.

Disini...saya nak share hasil kretiviti saya khas buat adik comel ni....harap ina menyukainya... Sempat membeli souvenir untuk ina sewaktu saya berkunjung ke Korea dan Jakarta. Barang yang dah lama berhabuk di dalam almari saya.... hanya satu alasan yang selalu diberi kepada insan comel ini...."kak lia sibuk"...aduhaiii...kesian betul la... bukan sibuk mcm mana pun...sibuk dengan jadual en suami yang selalunya full.... dia ke sana saya ke sini...kalau ada masa bersama pun dihujung minggu...sibuk untuk uruskan urusan berdua....

Syukur alhamdulillah... hari sabtu 01.09.2012...akhirnya saya dapat berkunjung ke rumah ina di Selama. Kebetulan sahabat suami saya melangsungkan majlis perkahwinannya di Kuala Kurau...jadi..dikesempatan itu saya mengajak suami saya terus lajak ke Selama... tak jauh..hanya 40 minit perjalanan...

Ya Allah...gembira tak terkata...dan kesempatan itu saya memberikan kesemua barang2 yang dah lama saya simpan untuk diberikan kepada ina...akhirnya tersampai juga hajat di hati kami... terima kasih en suami....terima kasih ina dan keluarga kerana melayan perangai saya dan en suami yang agak gila2...hehehe....












Harap ina menyukainya..... dan semoga ikatan yang dah macam adik beradik ini kekal hingga ke jannah.....Lebiuuuu adikkk..... =)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment