Monday, December 3, 2012

CUTI SEKOLAH DATANG LAGIII....KRINGGGG

Assalammualaikum dan salam ceria...salam penuh kasih sayang...semoga hari kita senantiasa diiringi dengan keindahan dan keceriaan. 
Jangan sedih2 ok.. 
Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

Carilah nikmat dalam kesedihanmu itu,
kerana tiada yang kekal di dunia ini,
termasuklah kesedihan itu sendiri...

Syukur alhamdulillah... kerana diberikan kesihatan yang baik...dan sihat.... Sesungguhnya kesakitan itu untuk menguji tahap kekuatan kita dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah...

Bersempena dengan cuti persekolahan tahun ini.. saya yakin ramai dikalangan kita semua telah membuat perancangan untuk pergi bercuti samada di dalam negara mahupun ke luar negara. Sesungguhnya.. percutian itu sangat menyeronokkan selain dapat menenangkan fikiran....kita juga akan rasa enjoy dan happy... saya.... dah lama tak bercuti.... sangat rindu untuk bercuti...ber enjoy...bergembira dan ber ber ber lagiii lah.....

Yang lebih gembira pastilah anak2 abang saya..mereka akan bercuti ke Itali dan German pada awal bulan Disember itu nanti. [wahhhh...sangat seronok ye.... haikal, uwais, izzah dan qayyim... kecil2 dah pergi melancong di pelbagai negara....] Satu part yang saya suka sangat bila anak2 saudara saya yang dibawa melancong ni.... bila ada cerita di tv [selalunya cerita movie ke apa ke] bila ada je scene kat tempat yang pernah diaorang jejaki......pasti akan terkeluar dari mulut kecil mereka....

"ehh...kita dah pergi dah kat sini..... kan ayah....." dan bla..bla..bla... diaorg bercerita akan kecantikan tempat tu.... saya.... mendengar sambil mulut terngangaaa....

Apa yang lebih menggembirakan..sepatutnya, saya dan suami akan turut serta dalam percutian ini.. namun sejujurnya... saya dan suami terpaksa menolak untuk ke sana. Kenapa? alamak ruginyee...!!! [sambil garu-garu kepala.....huhuhuu]

Alasan yang terpaksa diterima oleh abang saya ialah... Oleh kerana percutian itu akan mengambil masa selama 15 hari..maka... dengan berat hati..saya perlu memberitahu kepada abang saya bahawa cuti AL saya dan en suami hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk tahun ini... [huuuu...sedih...]. Jadi..saya terpaksa menolak pelawaannnya itu untuk bercuti sekali. [Sebenarnya memang tak ada rezeki lagii untuk ke sana...](statement ini hanya utk menyedapkan hati saja ok)

Syukur alhamdulillah... kerana dengan limpah rahmatNya dan dengan keizinanNya jua... InsyaAllah panjang umur, murah rezeki saya dan suami akan pergi ke satu destinasi yang menjadi pilihan kami berdua...dimana? bila? tunggu entry saya ya......saya akan menceritakan perjalanan saya dan suami ke destinasi tersebut day by day.

Berbalik kepada cuti persekolahan.

Sekarang...rumah emak dan abah dah riuh rendah dengan suara-suara nyaring anak-anak saudara saya. Maka bergemalah lagi alunan suara saya yang merdu bak buluh perindu ini menegur mereka itu dan ini...bermainlah lagii sudit dan kuali memasak apa sahaja makanan minum petang dan bermain ligatlah didalam otak fikiran saya untuk menu2 hi-tea mereka semua.... setakat ni...en suami yang banyak memasak di waktu pagiii untuk saya dan mereka.... [sambil senyum manja... blink..blink...].... Dan kesimpulan dari kesemuanya itu...saya sangat teruja dengan kehadiran mereka..riuh rendah bagikan kenduri...dan akan senyap bila mereka semua dah masuk tidur..dan masa itu...en tabby yang notty tapii domeiii akan bermaharajalela di dalam rumah...dan dia pulak akan minta dibelai....tabby tabby.... hehehe...

Untuk cuti persekolahan tahun ni.....yang lelaki hanya Ican sahaja yang tinggal sebab anak2 abang saya terpaksa menguruskan hal utk pelancongan mereka... tapii... saya yakin dan pasti hati mereka melonjak2 untuk pulang ke kampung...dapat pulang sehari pun dah cukup...[alololoo...kesian...pegi je la melancong ya... rasanya melancong lagii best tauu....]. Ican asyik berkepit je dgn en suami saya....bagaikan gam uhu yang melekat kuat... asyik berduaan..namun saya masih bersyukur kerana..apabila en suami ke masjid..dia juga akan turut serta dan apabila en suami masuk tournament... dia juga akan turut serta..sekurang2nya... dia boleh improve kan lagi kemahiran beliau dalam chess.....

Semoga di cuti persekolahan ini membawa seribu cerita kegembiraan buat kita semua sebagai kenangan yang sangat indah.

Selamat bercuti... ;))



bersama2 anak2 saudara..semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..aminnn...








Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment