Monday, January 26, 2015

RESEPI KEK PISANG FRESH MILK

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Haihihoiiiiii.... selamat berhari Isnin.

Jom ceria2kan diri di hari Isnin yang indah ni...

Hari minggu yang lepas nih....kakak atas saya balik ke teratak bonda saya berserta keluarganya.

Sementelah mereka semua ada kat rumah....so...saya decide nak try buat kek pisang...... tapiii nak taruh fresh milk.

Ok...kenapakah kek pisang???.....ni semua gara-gara teringin melihat sahabat bloger ni buat kek pisang....hehehee...Tapi beliau menggunakan cara kukus. Manakala saya guna cara bakar.... tapiii sama je cara membuatnya....bezanya bakar dan kukus..... saya buat penambahan dengan meletakkan fresh milk dan kurangkan penggunakan telur. ehehee....

Disebabkan hari sabtu tu kami semuanya banyak hal yang nak diuruskan... maka saya buatlah pada hari ahad dan menjadikan ia sebagai penambah untuk hidangan minum petang kami sekeluarga.

Gigihlah saya mencari pisang....at last...tengah2 malam pg ke tesco dan beli pisang beberapa biji je.....murah ya amat.....seronok dapat pisang kan....macam monkey je..... ehehehe...

Jom tengok resepi dan cara membuatnya.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum [saya guna tepung naik sendiri]
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak/butter yang dicairkan [saya guna butter yang dicairkan]
1/2 cawan susu segar [saya guna fresh milk goodday]
4 biji pisang yang ranum [kalau guna pisang emas, 5-6 biji]
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila/ esen pisang [baunya lebih wangi]


Cara penyediaannya:

Sapukan loyang dengan butter atau alaskan loyang dengan kertas minyak masak / baking paper dan ketepikan.

Panaskan oven terlebih sahulu. Dan jom kita mulakan bancuhan kek.....

Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Oleh kerana saya guna tepung naik sendiri, makanya tak perlulah nak taruh baking powder....just ayak dengan bikarbonat sahaja.

Dalam bekas yang lain, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, kemudian ketepikan.

Dalam bekas yang lain lagiii.....[ehhh berapa banyak bekas daaa.... hahaha...tak pe tak pe.... janji hasilnya sangat membanggakan ok...], pukul telur bersama gula hingga kembang.

Bila dah adunan telur dan gula tu dah kembang semangkuk, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak/ butter yang telah dicairkan tadi dan kacau sebati.

Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila/esen pisang tadi. Kacau sebati. Part ni kacau guna spatula atau apa2 senduk yang ada ok...

Masukkan adunan yang dah sebati ke dalam acuan berukuran 8 inc atau sewaktu dengannya.

Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit [sejam]

Jom tengok hasilnya....



Inilah hasilnya.... Bila keluarkan dari oven....memang sangat puas hati......mokcik kalau bakar kek kalau tak merekah sana sini mmg tak sah je kan..... ehehee....



gebu gebas





Alhamdulillah... semua yang rasa kata sangat sedap... sangat lembut.

Hmmm...anak sedara sampai bawak balik ke kl.... hehehe...comel betul bila dia bgtahu dia nak bawak balik kl... ambik la arrissa sayang oii...kat sini acu boleh buat banyak2 kali...

Tu la yang menjadikan mokcik diaorang ni suka memasak...sebab semua anak2 sedara tgh suka nak makan.....kalau balik ramai2...harus kena buat dua bancuhan. Itupun ada request lagiiii suruh buat agar2 atau puding.....

Selamat mencuba... ;)))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))



2 comments: