Assalammuakaikum dan salam kasih sayang.
Awal September 2019, masa tu memang tengah sibuk dengan pelbagai urusan.
Kebetulan masa tu sedara mara belah suami saya ada kenduri kawin dan kebetulan juga masa tu parents in law saya stay kat rumah kami beberapa hari. Masa ni memang teruja sangat..... sebab dapat layan mama dan pakcik, bawa ke sana ke mari, kitaorang keluar makan sesama dan memacam lah.....first time mama dan pakcik datang dan bermalam ke rumah kami....
Masa tu pulak, mak dan kakak saya ke Kelantan bercuti.
Dalam dok sibuk kenduri dan kendara sepupu suami, tetiba dapat panggilan daripada abang saya, kata abang ipar saya yang sulung masuk emergency hospital Ampang KL. Masa tu dok fikir dalam kepala, mesti sebab darah tinggi sebab tahu abang ipar saya pengidap darah tinggi....dan masa tu tak fikir lagi yang keadaannya tu kritikal.
Bila kali kedua abang saya call, kata pembuluh darah di kepala abang ipar saya pecah....masa tu terus macam tergamam sekejap. Dan bila diberitahu, keadaannya kritikal...masa tu rasa kejap tu jugak nak ke kl....Allah...tambahan pula bila dengar suara kakak yang sayu......memacam yang saya fikirkan....kakak saya...anak2 dia yang masih kecil......Allah........tolong hambaMu ini ya Allah......beri kekuatan pada dia ya Allah.....
Allah nak menduga tak kira waktu.....namun dalam ujianNya itu, DIA bagi kemudahan kepada kita untuk menguruskan mana yang lebih utama.....
Selesai urusan keluarga suami.....[saya bersyukur sangat sebab memang Allah permudahkan segalaNya urusaan kami....dan aturanNya itu sangat sempurna....Allahu....] saya dan suami berhubung dengan kakak saya yang sedang bercuti di Kelantan.
Kami berbincang dan decide utk menunggu dia balik dari Kelantan untuk pergi sekali ke KL bawa mak saya...
Kisahnya begini
1.09.2019 [Ahad] - Awal Muharram
Petang, abang ipar saya rasa pening ketika duduk di sofa ruang tamu.
Kebetulan masa tu, kakak saya ke Hospital menziarahi sahabatnya, means that, hanya abang ipar dan anak2nya sahaja berada di rumah ketika kejadian.
Gerak hati seorang isteri tak pernah salah bilamana kebetulan masa tu kakak saya rasa macam nak sangat balik awal..... [ni apa yang kakak saya ceritakan pada saya lah...] so, masa sampai je ke rumah, dia tgk anak2 dia dok sibuk picit2 babah derang. Masa tu puchi [anak no 2] bgtahu mamanya kata babah berpeluh peluh, habis basah baju dan bantal tempat babahnya baring.
Tapi masa tu babahnya sempat juga ke bilik air mandi sambil duduk sebab pening yang teramat sangat katanya. Punca mandi tu...sebab berpeluh.....
Elok lepas duduk di sofa, abang ipar bgtahu kat kakak saya, kata kakinya kebas dan tak boleh bergerak....tangan sebelah kiri juga kebas dan tak boleh bergerak. Masa tu kakak saya terus panggil jiran untuk membantu bawa abang ipar saya ke emergency hospital Ampang. Dari Ukay Perdana nak ke Ampang Hospital, memang berejam jugaklah nak sampai sebab jalan jem teruk kot.... so...dalam kete tu beberapa kali abang ipar saya muntah.
Di emergency Hospital Ampang, abang ipar saya diletakkan di zon merah dan keadaannya sgt kritikal. Tindakan pantas Dr yang bertugas melakukan CT Scan dan pelbagai prosedur yang tak dapat nak dijelaskan sebab saya tak tahu terms perubatan nih..... so...Dr di emergency decide nak hantar abg ipar saya terus ke pakar Neurology di HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut disana....kerana katanya kemungkinan pembedahan untuk menghentikan pendarahan di kepala terpaksa dilakukan dengan kadar segera. Mungkin di hospital Ampang tidak cukup peralatan atau tak ada pakar yang merawat....mungkin.....sebab tugas mereka nak menyelamatkan....apa2 jua keputusan mereka...kita kena akur.
Satu perkara yang Dr jelaskan kepada kakak saya, abang ipar saya sangat kuat semangat.... kerana....bagi sesetengah pesakit, bila saja pembuluh darah tu pecah, dia hanya akan bertahan beberapa minit sahaja....tetapi...semangat abang ipar saya kuat menyebabkan Dr. perlu bertindak dengan kadar segera untuk menyelamatkannya.
Masa abang saya ziarah abang ipar saya tu, dia masih boleh tersenyum dan kenal abang saya....masih boleh salam walau masa tu dia kata dia pening sesangat. Mujur ada anak sedara saya yang sulung yang kebetulan cuti semester menemani kakak sulung saya tu.
Sementara menunggu masa nak hantar ke Neurology HKL, keadaan abang ipar semakin lama semakin aggressive. Dia dah mula tak boleh kawal diri dia sehingga Dr terpaksa mengikat badan dia.... kata Dr, ianya disebabkan otak tidak boleh lagi megawal seluruh tubuh badan. So, sepanjang perjalanan dari Hospital Ampang ke HKL, dalam ambulance, keadaan abang ipar saya tak tentu hala...
Tiba saja ke HKL, Dr terpaksa tidurkan dia untuk tindakan rawatan selanjutnya.
Malam tu juga, pembedahan pertama di kepala terpaksa dilakukan untuk memasukkan tiub untuk keluarkan cecair dan darah yang berkumpul dalam otak ke kepala macam tu lah....Pembedahan dijalankan pada pkl 3.00 pagi. Abang ipar saya ditempatkan di wad ICU neurology HKL.
2 hari berada dalam ICU, setelah cecair dan darah yang berkumpul dalam otak atau kepala dikeluarkan, Dr decide untuk lakukan major operation untuk pasang clip di kepala.
Setiap kali Dr. memberi penjelasan tentang prosedur pembedahan dan keadaan abang ipar saya...setiap kali tu kitaorang macam putus harapan...sebab Dr memang tak bagi apa2 harapan.. semua yang Dr cakap semuanya berisiko tinggi.
Bila terbuka je pintu ni.... Nurse akan panggil waris untuk berjumpa Dr pakar yang merawat. Masa ni. memang hati berdebar debar menanti berita yang akan disampaikan kepada kita. Ada antaranya berita baik dan ada antaranya berita yang menyedihkan....apa yang kita perlu lakukan.....redha dan bersedia dengan apa jua kemungkinan......Ya....disini.... kita belajar untuk kuat....untuk redha...dan berserah namun tidak mengalah......
Keadaan abang ipar saya ketika di ICU, jantungnya lemah, tekanan darah drop dan sangat berisiko tinggi untuk lakukan major operation.
Pembedahan pertama dilakukan bertujuan untuk mengeluarkan cecair dan darah yang berkumpul di kepala.... dan apa yang Dr. jelaskan, mereka memberi satu jangka waktu yang tak lebih dari 7 hari tak silap saya....sebelum major operation dilakukan..... untuk memastikan darah dan cecair yang berkumpul di kepala tu berkurangan..... tetapi...keadaan abang ipar saya sebaliknya.... darah dan cecair still banyak dan berlakunya infection pada kesan pembedahan tu pulak..... Allah.....
Major operation perlu dilakukan untuk memasang clip khas di kepala....bagi memberhentikan pendarahan tersebut. Sebelum major operation tu, abang ipar saya perlu juga melalui beberapa procedur..antaranya MRI, CT Scan dan juga angiogram.
Minggu yang sama.... Dr decide untuk teruskan juga major operation tu...mungkin ada sebab tertentu..... yang tidak boleh melebihi dari anggaran waktu yang ditetapkan...mereka lebih arif dan lebih tahu keadaan pesakit..so...kita redha dan berdoa agar Allah mudahkan segalanya.
Masa Dr. bagi penjelasan tu.....kakak saya memang menagis je lah kan....semua yang Dr jelaskan semuanya negatif.... kita kena akur dan redha....kerana ini melibatkan kepala...kat kepala tu...semua urat saraf kita berkumpul...segala wayar jentera anggota badan kita semuanya kat kepala.....jadinya.....macam2 risiko boleh berlaku....kemungkinan besar, akan hilang ingatan, akan lumpuh seluruh badan....buta dan sebagainya....Allah.... walau berat untuk kita hadapi semuanya itu... kita kena percaya pada yang SATU.....DIA lebih tahu segala isi hati kita.....
Ujian Allah itu hanya pada mereka yang mampu untuk menghadapinya....
Pukul 3.30 petang, kami semua berkumpul di luar operation room.....ada satu ruang untuk kami berjumpa pesakit sebelum pesakit di bawa ke operation room dan kami dibenarkan untuk berjumpa dengan abang ipar saya yang memang ditidurkan. Disitu, Dr. sekali lagi memberi penjelasan kepada kami. Seperti biasa, Dr tidak memberi apa2 harapan pada kami memandangkan keadaan abang ipar saya yang sangat2 kritikal. Peluang yang diberi 50-50 sahaja. Pelbagai kemungkinan akan berlaku....sama ada akan berlakunya stroke semasa pembedahan atau pendarahan dan macam2lah.... kami kena redha....ya...redha......sebab pembedahan ini adalah major operation dimana, tempurung kepala tu dibuka bagi memasang clip khas untuk menghentikan pendarahan.
Dalam pukul 9.45 malam macam tu, pembedahan berjaya dan abang ipar saya dimasukkan ke dalam wad icu. Alhamdulillah.
Abang saya adakan majlis bacaan yassin dirumahnya dan kakak saya yang sulung dan anak2 sedara saya yang dijaga oleh kakak saya yg lg sorang ni turut serta. Masa ni...abang saya cakap kat anak sulung kakak saya ni....Ayoub, untuk mendoakan babahnya agar babahnya sedar dan sembuh dengan sempurna.....apa yang buat saya sedih dan terharu, dia terus tadah tangan dan berdoa pada Allah akan kesembuhan babahnya.....Allah....dia baru je darjah 5...dan masih mentah untuk tahu semua nih......
Abang saya adakan majlis bacaan yassin dirumahnya dan kakak saya yang sulung dan anak2 sedara saya yang dijaga oleh kakak saya yg lg sorang ni turut serta. Masa ni...abang saya cakap kat anak sulung kakak saya ni....Ayoub, untuk mendoakan babahnya agar babahnya sedar dan sembuh dengan sempurna.....apa yang buat saya sedih dan terharu, dia terus tadah tangan dan berdoa pada Allah akan kesembuhan babahnya.....Allah....dia baru je darjah 5...dan masih mentah untuk tahu semua nih......
Seawal pagi, kakak saya dah ke hospital untuk melihat perkembangan abang ipar saya. Ubat tidur dah dihentikan dan ianya bergantung kepada kekuatan abang ipar saya sendiri.
Masa ni memang berdebar debar sebab Dr kata, kalau dia strong, dan clip tu berjaya diterima oleh otak, maka abang ipar saya akan sedar...tapi kalau dia tak sedar......kemungkinan besar, dia akan terus koma dan masanya tak panjang.....itu yang Dr jelaskan....kalau dia sedar pula....baru kita akan tahu part mana yang urat saraf tu terkena..contoh buta, lumpuh, hilang ingatan dan sebagainya........
Masa tu kami dah balik semula ke Ipoh, ketika kakak saya bgtahu kata abang ipar saya dah buka mata dan dah sedar......ya Allah...syukurnya tak terhingga........sujud syukur padaNya....
Namun ujian Allah tidak terhenti disitu.....
Kisah selepas sedar.....
Nanti kita sambung next entry okeh.....
Terima kasih kerana membaca entry ini..
allah maha mendegar
ReplyDeleteAlhmadulillah....terima kasih =))
Delete