Monday, July 9, 2012

PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG [BYPASS]

Assalammualaikum...semoga apa yang baik yang dikongsikan mendapat manfaat kita bersama-sama...

Ya Allah...dari sehari ke sehari..saya nak postkan tentang bagaimana penjagaan orang selepas membuat pembedahan pintasan jantung [bypass]. Namun ada sahaja perkara lain yg saya dahulukan...

Kalau dikira-kirakan 19hb Julai 2012 ni..genaplah 4 bulan emak melakukan bypass. Syukur alhamdulillah... emak semakin beransur pulih. Dari sehari ke sehari perkembangan kesihatan emak semakin baik. Betul la kata orang..selepas pembedahan bypass...pesakit seolah mendapat jantung yang baru...tenaga mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pembedahan. Namun itu adalah jalan terakhir bagi pesakit jantung yang mengalami "block". Risikonya teramatlah tinggi. Bagi saya yang melihat sendiri keadaan itu, rasanya tak sanggup lagii untuk menghadapinya utk kali kedua. Semoga Allah melindungi saya, suami, abah, adik beradik dan kita semua dari segala penyakit yang merbahaya dan memudaratkan... amin...
[ disini saya sharekan pengalaman ketika berlakunya serangan jantung ke atas emak pada awalnya CLICK HERE , kisah sebelum dan semasa pembedahan bypass CLICK HERE  dan suka duka ketika berada di wad CLICK HERE ]

Saya terdorong untuk menulis tentang penjagaan selepas pembedahan bypass ini adalah kerana... beberapa minggu sebelum emak melakukan pembedahan bypass...saya mencari maklumat mengenai penjagaan selepas pembedahan namun.... [mungkin atas alasan tak explore sehabis habisnya...] saya langsung tidak menjumpai apa-apa maklumat. Saya cuma bergantung kepada apa yang dijelaskan oleh doktor pada masa itu. Di entry ini... sedikit sebanyak boleh membantu orang diluar sana untuk mendapatkan sedikit maklumat.

Sebetulnya..bila tersentuh je bab mak saya ni... segala apa yang terjadi dari awal sampai akhir masih jelas terbayang saat-saat genting ketika saya hampir-hampir kehilangan emak... dan wajah2 insan yang telah pergi menemuiNya ketika saya masih sempat melihat wajah mereka di dalam ICU itu... Semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah..

Baiklah...disini..saya nak share serba sedikit ttg pengalaman saya ketika menjaga emak saya selepas pembedahan. Walaupun tidak sepenuhnya...tetapi apa yang dijelaskan kepada saya sebelum emak dibenarkan keluar dari wad masih segar dalam ingatan saya dan semua itu saya jelaskan kepada abang saya. Emak duduk di rumah abang selepas dibenarkan keluar. Dan syukur...penjagaan rapi diberikan kepada emak.

Selepas pembedahan, pesakit akan ditempatkan di dalam ICU. Disitulah yang menyebabkan jantung saya senantiasa berdebar2. Kerana perkembangan pesakit turun dan naik. Ada ketikanya stable..dan ada ketikanya tak stable. Kerisauan akan lebih memuncak ketika emak berada di dalam wad ICU. Selagi tak dipindahkan ke wad biasa.Selagi itulah tak meyakinkan hati saya bahawa emak dah betul2 sihat.

Bagi kita yang beragama Islam..ketika ini..senantiasalah memberi semangat kepada pesakit selain perkara penting...berdoa dan terus berdoa kerana hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita. Senantiasalah mengajar mereka [pesakit - kaum kerabat kita] berzikir dan terus berzikir...

Selepas keadaan pesakit dah betul2 stable.. barulah pesakit akan di pindah ke HDU. Walaubagaimana pun, ianya tidak menjamin akan 100% tahap kesihatan mereka itu stable. Ada juga yang dah ditempatkan di HDU tetapi akhirnya dipindahkan semula ke ICU kerana keadaan pesakit mula tidak stable.

Setelah doktor mengesahkan keadaan pesakit benar2 stable, dari segala sudut especially tekanan darah, barulah pesakit akan dipindahkan ke wad biasa.

Di wad biasa, pesakit akan menyedut satu gas [saya sendiri kurang pasti namanya] bagi membasmi kuman di dalam badan selama lebih kurang 10 minit setiap 1 jam. Masa tu emak memberitahu saya, dia sangat rimas dan rungsing. Jangan panik ya..sebab gas tu mengeluarkan asap yang banyak.... [sama seperti oksigen utk pesakit asma].

Di sini juga..pesakit memerlukan bantuan dari kita untuk menjaganya [seperti membantu mereka bangun, membawa mereka ke toilet, membetulkan hidangan] kerana pergerakkan pesakit sangat terbatas. Memang nurse ada dan sedia membantu...tapii jgn lah terlalu mengharapkan nurse..kerana mereka juga perlu menjaga ramai pesakit yang lain yang lebih memerlukan perkhidmatan mereka.  Tahap tekanan darah akan di check setiap 1 atau 2 jam sekali...sama ada pesakit demam atau tidak..atau tekanan darah itu naik atau turun. Semuanya akan direkod.

Pesakit sememangnya akan dijaga rapi. Dalam tempoh di wad.. pesakit akan dibawa untuk membuat fisioterapi. Mereka digalakkan untuk berjalan sendiri [walau terpaksa dipimpin] tetapi tidaklah secara paksaan..kalau pesakit masih lemah dan tak mampu berjalan.. nurse akan menolak mereka dengan welchair. Mereka melakukan fisioterapi setiap pagi selama berada di wad..[selalunya kurang seminggu la...mengikut tahap kesihatan pesakit]. Macam2 mereka lakukan seperti mengayuh basikal..berjalan dan sebagainya... bagi mengembalikan tenaga mereka dan mengembalikan keyakinan mereka selepas menjalani pembedahan. [pembedahan dari hujung kaki sampailah ke pangkal peha...dan dari dada hingga di atas pusat] -jgn risau..kerana dengan teknologi yang ada..pesakit kurang berasa sakit dibahagian pembedahan... sebab itulah mereka perlu dberi keyakinan utk berjalan dan bergerak...mengikut kemampuan dan kekuatan mereka bagi kelancaran peredaran darah mereka.



Pesakit juga akan diberi penanda aras tahap sedutan pernafasan mereka. Pesakit digalakkan untuk menyedut alat yang disediakan dan ditahap mana pernafasan mereka itu kalau boleh setiap jam. Tujuannya untuk mengembangkan paru2 dan penting juga untuk jantung mereka.

Pesakit juga akan diberi sesi kaunseling penjagaan selepas pembedahan. [Saya masuk sekali menemani emak dalam sesi kaunseling ini]

Barangan yang perlu disediakan untuk pesakit sebelum pembedahan

i. Kusyen kecil 4 segi [kalau boleh biarlah ada terasa berat sedikit bagi keselesaan pesakit untuk memeluknya dibahagian dada - pesakit tidak dibenarkan tidur mengiring kerana tulang [dibahagian paru2] masih belum bersambung sepenuhnya..dikuatiri tulang itu akan lari dari strukturnya yang sebenar. Lebih dari 2 bulan diperlukan [mengikut usia] untuk tulang itu bercantum kembali...jadii..selama itulah pesakit perlu tidur terlentang... timbul ketidakselesaan disitu...emak saya akan melapik bantal di bahagian tengkuknya dan tidur di atas sofa panjang bagi keselesaan dan sebab itulah pesakit sangat memerlukan kusyen kecil ini. Ibaratnya..selepas sahaja selesai pembedahan...kusyen ini adalah peneman setia mereka...ala-ala bantal busuk..hehehe


ii. Sarung kaki khas [medical compression stocking] selepas pembedahan bagi mengelakkan jangkitan kuman. - boleh didapati di mana2 farmasi.



iii. Persediaan awal, nurse pasti akan meminta waris yang terdekat untuk menyediakan baju yang berbutang di bahagian hadapan dan kain batik. -kalau boleh sehari 2 helai baju, 2 helai kain.

iv. Tisu kering dan tisu basah [utk khas perubatan].

v. 3 helai tuala l - setiap hari perlu diganti 3 helai tu. 1 utk mengelap badan, 1 lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian dada dan 1 helai lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian kaki. Tujuan nya utk mengelakkan jangkitan kuman dibawa ke jahitan yang lain.



Info yang saya dapat [serba sedikit yang masih saya ingat]

Sekiranya pesakit tinggal jauh dari hospital seperti Johor, Perak, Pahang dan sebagainya, kalau naik kereta untuk pulang dari hospital, perlu berhenti di beberapa perhentian. Dan pesakit perlu menyedut udara luar [hijau] utk kenyamanan dan kesihatan jantung. Pesakit juga berkemungkinan akan sering membuang air kecil kerana ubat yang dimakan tu memerlukan mereka untuk membuang kekotoran mungkin. Masa ni..pesakit perlu di pimpin untuk ke sana dan ke mari..kerana mereka belum cukup kuat utk bergerak sendirian.

Pastikan bantal senantiasa dibawa dan ditekapkan diatas dada..kerana tempoh untuk pemulihan tulang sepenuhnya mengambil masa 2 bulan. Itulah pentingnya penjangaan rapi.

Pesakit tidak dibenarkan pergi ke tempat2 sesak..seperti kenduri, shopping compleks, pasar dan sebagainya..ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam jantung dan bahagian jahitan yang belum pulih sepenuhnya. Kalau berlaku infection...doktor kata agak susah untuk pulih... silap-silap kena buka jahitan...dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih semula...Jadi..bagi sesiapa yang selsema, batuk atau demam...tolong jangan menghampiri pesakit ini. Kerana jika mereka dijangkiti keadaan mereka akan lebih teruk dari anda yang sakit selsema itu.

Bagi penjagaan pembedahan di bahagian dada pula.. pesakit tidak dibenarkan untuk mandi menggunakan cebok.. kerana...sekiranya tangan diangkat utk menyiram badan...takut nanti jahitan di bahagian dada akan terbuka dan tulang yang belum pulih sepenuhnya akan lari dari landasan yang sebenar..[kata pakar berkenaan..heheheee].

Pesakit tidak dibenarkan untuk mengangkat barangan yang berat malahan sepeket 1kg gula atau garam juga tidak dibenarnya. Ini adalah kerana keadaan tulang masih baru dan dalam proses pemulihan [*cantuman] sepenuhnya. Bukan setakat itu sahaja... pesakit juga tidak dibenarkan untuk mendukung bayi sekalipun.

*cantuman tulang - bila melakukan pembedahan bypass - tulang dibahagian paru-paru dipotong bagi memudahkan proses bypass di jantung. Walaupun doktor akan cantumkan semula dengan mengikatnya, namun ianya masih baru dan perlu dijaga rapi bagi mencantikkan semula cantuman tulang berkenaan

Senaman ringkas untuk pesakit selepas keluar dari wad

Satu buku akan diberi khas kepada setiap pesakit cara-cara senaman ringkas yang perlu dilakukan demi menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik untuk pesakit.

Antaranya, sekiranya pesakit ingin menaiki tangga...perlu menaikinya secara perlahan2. Sekiranya duduk di rumah flat [yang tiada lift]. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. dan ambillah berapa masa yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga. Kerana dalam tempoh 2 bulan ini...tahap kesihatan pesakit tidak pulih sepenuhnya.

Pesakit digalakkan untuk berjalan selama lebih kurang 10 minit mengikut tahap kemampuan sekalipun terpaksa dipimpin. Ini penting untuk mengembalikan semula energy pesakit.



Senaman ringkas tangan juga turut diajar oleh pakar kaunseling. Pastikan pesakit dan penjaga mengambil perhatian akan senaman2 yang diterangkan. Kerana setiap kesilapan senaman akan memudaartkan pesakit itu sendiri. Senaman tangan mestilah ke dalam [depaan tangan ke dalam bukan kebelakang]. Jika teknik yang dilakukan salah..akan mengakibatkan jahitan terkoyak dan tulang yang masih belum bercantum akan terkeluar dari landasan yang sebenar...dan mungkin akan memudaratkan pesakit.


Penjagaan Bekas Pembedahan/Jahitan

Selepas pesakit dibenarkan keluar, bekas pembedahan/jahitan di kaki dan dada, perlu dicuci di klinik/hospital yang berdekatan setiap hari. Bagi mengelakkan jangkitan kuman dan menyebabkan di bahagian jahitan itu bengkak.
Pengalaman: Jahitan di kaki emak saya terkena infection dan menyebabkan di bahagian jahitan bengkak. Syukur ianya tidak merebak ke merata tempat. Nasib baik abang saya segera membawa emak ke klinik berdekatan. Dan setelah menyapu krim yang diberikan khas utk pesakit jantung [selepas pembedahan], barulah bengkak di bahagian jahitan reda dan pulih sepenuhnya.

Penjagaan pemakanan bagi pesakit selepas pembedahan

Pesakit digalakkan untuk memakan makanan-makanan yang sihat dan tidak gatal. Seperti sayur, ikan stim, gulai rebusan [bukan gulai lemak dan sebagainya - kalau nak ambil hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit]. Seeloknya digalakkan untuk makan quaker oat atau serat, elakkan mengambil makanan yang berminyak. Doktor menyarankan untuk menggunakan minyak matahari [itu yang terbaik] untuk menyediakan masakan yang bergoreng. Pengambilan buah-buahan seperti betik digalakkan bagi melancarkan pembuangan air besar. Ini bertujuan mengelakkan pesakit meneran...dan sekiranya sembelit...apabila pesakit meneran...dikhuatiri pesakit menggunakan tenaga dan tekanan di bahagian dada meningkat [ lebih kurang mcm tu lah penjelasan doktor]

Selama tempoh 2 bulan mak di rumah abang saya.. hari-hari mak makan makanan serat, buah-buahan, dan sehingga kini, mak dah jemu utk makan gulai asam [gulai rebusan dengan ikan] dan ikan stim [pelbagai cara dan bentuk kakak ipar saya masak...hehehe] Syukur..sekarang..mak dah semakin sihat.

Penjagaan pemakanan ini sangat penting..[kalau boleh rujuk kembali buku2 yang dibekalkan kepada pesakit-sebagai rujukan yang terbaik] kerana dikhuatiri tahap kolesterol jahat akan bertambah... jadii..elakkan dari memakan makanan yang berminyak dan makanan yang boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.... macam mak saya, beliau sangat suka makan lempeng pisang...jadi doktor suruh tukar kepada lempeng oat...[nak tak nak kena makan la jugak]. Ianya boleh didapati di farmasi2 terkenal. Selain...mereka juga dibenarkan untuk makan popiah basah [bukan yang goreng] dan putu mayum... yang lain... semuanya makanan yang sihat... penjagaan tahap kolesterol ni sangat penting...bertujuan semoga saluran ke jantung tidak tersumbat lagi....

AMARAN KERAS!!

Tolong jangan bagi pesakit makan ubat-ubatan yang disimpan sebelum melakukan pembedahan. [APA-APA SAHAJA UBATAN SEBELUM PEMBEDAHAN TIDAK DIBENARKAN!!!] seperti ubat gatal ke..uabat bengkak ke..ubat sakit perut ke... apa-apa sahaja ubatan.


Ubat yang dibekalkan oleh doktor SELEPAS pembedahan sudah memadai untuk pesakit.

Pengalaman:  kaki mak tiba-tiba sahaja bengkak. Mungkin sebab kurang bergerak. Dan dibahagian yang bengkak tu sakit. Disebab kan itu, mak masih menyimpan lagi segala ubatan sebelum pembedahan... dan nasib baik la...tinggal sebiji je. Lepas tu nasib baik jugak la... mak minta abang saya untuk menunjukkan ubat tersebut kepada doktor Rais. Tujuan abang saya berjumpa dengan Doktor Rais untuk bertanyakan kalau-kalau la doktor Rais ada ubat seperti itu lagi untuk menghilangkan bengkak sebab mak makan ubat tu sebelum ni berkesan. Doktor agak terkejut dan bertanyakan s/ada mak saya dah makan ke belum ubat tu. Abang saya jujur jawab belum. Doktor sendiri dengan tegasnya menyatakan pesakit yang sudah menjalani pembedahan bypass...JANGAN sesekali mengambil ubatan sebelum melakukan bypass...ia akan mengakibatkan pendarahan berlaku di dalam jantung dan boleh menyebabkan kematian. Syukur kerana Allah masih melindungi emak... segala ubat yang dibekalkan sudah memadai untuk memulihkan apa jua penyakit. Sekiranya pesakit masih mengalami sakit2...mereka digalakkan untuk ke hospital untuk mendapat rawatan yg selanjutnya dari doktor pakar yg merawat.

Itulah serba sedikit penjelasan saya melalui pengalaman saya menjaga emak saya. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, eloklah di refer kepada doktor2 pakar yang berkenaan. Setiap pesakit akan merasai pengalaman yang berbeza-beza. 

Saya bukanlah doktor tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit ini. Mana yang baik utk diikuti sebagai persediaan sama ada akan melalui pembedahan mahupun menjaga pesakit..maka inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berpandukan kepada nasihat doktor juga.

Selamat membaca dan salam sayang... ;)))






127 comments:

  1. Salam kak,
    Saya sekarang sedang menjaga ayah, baru 2-3 minggu lepas bypass.
    Dia recovering Alhamdulillah syukur, tp dia ada masalah rasa kebas dan lenguh pada kedua belah tgn dia.
    Mak akak pernah tak alami benda ni?
    Kesian kadang2 x boleh tidur langsung waktu malam.
    Kesian juga melihatnya.
    Kalau akak boleh bagi petua sikit mcm mana.

    ReplyDelete
  2. w'salam...
    maaf...akak lambat reply...
    owh ye ke...
    ermmm... bila akak tanya mak akak..mak kata tak ada sakit pun...
    cumanya...akak lupa nak bagitahu...selepas operate... pesakit tak boleh tidur mengiring kan....[pasti doktor dah jelaskan] sebab tu bergunanya bantal tu....
    kalau mcm tu....masa appointment dgn doktor nanti...wajib bgtahu dekat doktor k....
    ok...biasanya mak akak akan rasa sakit kalau tidur terlentang.... jadii... mak akak akan tidur dgn berlapikkan bantal di belakang....dia akan rasa sangat selesa tidur mcm tu.... even..sampai sekarang..mak akak tidur dgn cara mcm tu.... selesa katanya.... cuba adik suruh ayah adik tidur cara mcm tu.... ;)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..lapik blakang bdan tu dkt pinggang or atas pinggang yee

      Delete
  3. salam kak....
    ayah saya akan menjalani bypass dalam bulan nov...tp tarikh tak dpt lagi... n saya pulak akan kenduri kawen pd bulan disember... macam mana ya kak? lagi satu, saya tinggal di labuan, ayah saya tinggal di sg buloh, kakak rasa perlu tak saya mengambil cuti yang panjang?

    ReplyDelete
  4. TQ... info yg sangat berguna kerana hubby baru saja menjalani bypass.

    ReplyDelete
  5. norazlin: Firstly, terima kasih kerana membaca entry ni...
    Ok selalunya Dr akan bagi tarikh dahulu... kemungkinan besar ayah adik akan masuk wad lebih awal sebelum pembedahan... sebab Dr nak pastikan pesakit berhenti makan ubat cair darah. Akak rasa... lebih elok..semasa pembedahan tu adik ada kat situ. Keadaan pesakit selepas pembedahan berbeza2..mungkin mak akak direhatkan sehari..kemudian baru sedar. Ada juga direhatkan [tak sedar] beberapa jam sahaja. Semuanya bergantung kepada ketahanan dan semangat pesakit itu sendiri.

    Adik boleh bergilir2 dengan adik beradik yang lain untuk menjaga pesakit [semasa di wad - selalunya dalam seminggu- mengikut keadaan pesakit...kalau tak ada demam, tekanan darah pun dah stable...hanya beberapa hari sahaja di wad] Kalau hari kedua dan ketiga perkembangan ayah adik semakin positif.. rasanya tak perlulah adik mengambil cuti yang panjang kan... nanti nak cuti kawin lagi...apa2 pun kena selalu berinteraksi dengan doktor dan nurse yang akan merawat ayah adik nanti ya.

    Yang penting..selalulah berdoa dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan kerana hanya Dia sahaja yang boleh memudahkan sesuatu yang sukar....kalau kita bergantung harap padaNya..akak percaya... Dia tidak akan mengecewakan kita... akak doakan semoga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya... amin... ;))

    ReplyDelete
  6. Adzrien Shoppe: terima kasih kerana membaca entri ni.. sharing is caring ;)))

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum....
    terima kasih atas info n sharing yg diberi. betul2 amat bermakna buat say dn keluarga. now my mom was admitted at hospital serdang n insyaallah esok pagi akan buat angiogram. selepas keputusan engiogram mak sy akan di hantar ke ijn utk membuat bypass. semua ahli keluarga mula risau dgn keadaan mak sbb doktor ckp itu adalah jalan yg terbaik utk mak sy. sy cuba research akan kesan2 selepas operation. tp tk semua lagi yg dpt. cuma nak tnya akan, masa mak akak buat operation bypass tu mak akak ada penyakit lain tk? ape kesan utk org yg ada penyakit diabetes, darah tinggi. adakah kesan2 sampingan selepas operation tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musfirah Mustafa

      W'salam
      Terima kasih juga kerana membaca entry ini. Angiogram tidak membahayakan pesakit. Tujuan angiogram adalah untuk mengenalpasti berapa saluran jantung yang tersumbat. Macam mak akak... ada 5 saluran yang tersumbat dan 3 telah dipasang stand 7 tahun yang lepas... dan awal tahun ni tersumbat balik. Konsep yang sama juga macam mak akak... selepas keputusan angiogram dikeluarkan... emak akak terus dihantar ke IJN. Bezanya..emak akak dihantar ke IJN dalam keadaan yang sangat kritikal.

      Selepas keputusan angiogram diberikan kepada Dr. pakar di IJN... Dr. pakar (IJN) yang akan menentukan s/ada perlu terus menjalani pembedahan bybass atau boleh diteruskan dengan pemasangan stand atau hanya mengambil ubatan sahaja [semuanya bergantung kepada keputusan dr. pakar yang akan merawat di IJN.

      Sekiranya Dr. nak teruskan dengan bypass... akak pasti dan yakin... Dr. akan menjelaskan segala-galanya dan... satu tarikh akan diberikan [mengikut jadual pembedahan Dr. - macam mak akak sebulan dari tarikh report perubatan diserahkan - semua ni akak ada ceritakan di entry sebelum ini] Sekiranya keadaan mak adik sangat kritikal [sama seperti emak akak] Dr. akan mendahulukan emak adik sekiranya ada dikalangan pesakitnya yang tidak boleh melakukan pembedahan pada tarikh tersebut kerana demam dan sebagainya. Ubatan dari IJN akan dibekalkan selama tempoh sebelum pembedahan dan akak nasihatkan sekiranya apa2 berlaku dalam tempoh tarikh sebelum pembedahan [cth: tiba2 emak adik sakit dada/sesak nafas] segera bawa ke hospital yang berhampiran atau ke IJN itu sendiri [kalau dekat].

      Emak akak tidak mempunyai penyakit diabetis tetapi ada penyakit darah tinggi. Sebelum pembedahan... seperti yang akak katakan tadi..Dr. pasti akan membekalkan ubatan yang sepatutnya dan menjelaskan kepada pesakit dan waris bagaimana untuk mengawal tekanan darah tinggi atau pun diabetis. Begitu juga la selepas pembedahan. Pastikan adik senantiasa berkomunikasi dengan Dr. tentang keadaan emak adik ya...

      Apa yang pasti... sekiranya adik kurang yakin dengan setiap penjelasan akak..[pastinya kita mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang..]... rujuklah kepada Dr. yang merawat emak adik ya...dan akak yakin Dr. PASTI akan memberi penjelasan yang detail tentang keadaan emak adik... dan mereka juga mahukan yang terbaik untuk pesakit mereka.

      Untuk pengetahuan adik juga... keadaan pesakit semasa pembedahan adalah berbeza2... yang penting...emak adik kena kuatkan semangat k... dan sokongan keluarga sangat penting dalam keadaan sebegitu...

      Akak doakan semoga emak adik sihat seperti sediakala...aminnn... dan jangan berhenti berdoa kepadaNya... ;)))

      Delete
  8. assalamualaikum kak.. boleh sy tahu berapa kos untuk melakukan pembedahan by pass nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Iznie NurlzSha,

      Disebabkan dalam adik beradik akak...akak seorang sahaja yang bekerja di dalam sektor kerajaan..jadi...akak menggunakan Guarantee Letter. Kos sebenar pembedahan tidak dapat dipastikan kerana ianya tidak tertera di dalam slip discharge [kat slip tu Dr dah siap2 tulis under GL].

      Namun... jangan disebabkan kos yang tinggi [jika bukan kakitangan kerajaan].. kita tidak mengambil tindakan yg cepat kepada pesakit utk menerima rawatan yang sepatutnya. Kerana IJN menyediakan satu ruang untuk kita merayu bagi mengurangkan harga / meringankan sedikit kos pembedahan [bergantung kepada DR yang merawat]. Tetapi saya yakin.. pada sesiapa yang membuat rayuan..pasti...ruang itu akan diberi kepada mereka... yang penting pesakit diutamakan dahulu..

      Sekarang ni [setahu saya] ada hospital kerajaan seperti di Serdang / Selayang, ada Dr pakar yang boleh melakukan pembedahan Bypass. Disebabkan emak akak ada rekod di IJN [7 tahun lepas], jadi Dr. merujuk semula emak akak ke IJN.

      [sorry terpaksa baca penjelasan yang panjang lebar...hehehe...]

      Delete
    2. Salam, maksudnya kalau kakitangan kerajaan tak perlu bayar apa2 kos ke?? Sebab 2 tahun lepas, kawan saya ada bayar deposit rm1000 masa check in isteri dia ke IJN. Camne tuuh??

      Delete
    3. MuhdAmin AbdMajid

      w'salam...
      Kakitangan kerajaan yang mana diterima masuk ke IJN mmg kena bayar deposit.... masa mula2 mak saya masuk pun memang kena bayar deposit tu tak silap saya kena dalam rm2,500.00 [lebih kurang]... but once bila kita dah bagi GL...dan dah dapat kelulusan daripada pihak kewangan IJN... diaorg akan pulang kan balik wang deposit tu....

      Kebiasaannya pun kalau masuk je mana2 hospital private...memang kena bayar deposit kan.... so..samalah dengan IJN pun. Apa2 kena deal sendiri dengan bahagian kewangan mereka.... ;))

      Delete
    4. Terima kasih sebab bagi info tu. Kalau deposit dipulangkan maknanya semua kos pembedahan@rawatan di IJN yang lain2 tu, percuma la.. Bagusnya.. Tapi kesian kat kawan2 yang kerja swasta tu, kalu kena 30k -40k kacau juga tu kan..

      Delete
    5. Kos angiogram rm6k skang..untuk bypass rm50k..

      Delete
    6. Thanks infonya. Skrg mak saya berada di ICU IJN selepas pembedahan bypass dan tukar injap jantung. Masih berdoa mak melepasi tahap kritikal tersebut. Aminn

      Delete
    7. Salam, just sharing.... mak saya baru buat bypass & valve replacement, alhamdulillah sihat dan beransur pulih. Today day 9th after the major ops, syukur di atas rahmat dan belas kasihan Allah taala.

      Delete
    8. Salam. Perkongsian saya, ibu saya baru lepas pembedahan bypass sama mcm penulis ni. Ini hari ke-2, ibu masih di wad CICU, baru sedar tetapi tak ingat apa2. Ibu mcm takut & risau, tak sedar apa berlaku. Tengah tunggu perkembangan doc akan stop ubat bius/tidur utk ibu 100% sedar. Kami waris hanya dapat melawat 2jam slps pembedahan, tetapi ibu masih belum sedar. Mungkin ini memang biasa bg pesakit yg keluar dr bilik pembedahan. Posting ni sangat membantu kami, utk panduan. Bantal tu pun kami tgh sibuk mencari yg sesuai.

      Delete
  9. K THANKS KAK... ADE KAWAN TANYE.. HUHU TU YANG TANYE AKAK.. cost sekarang cecah ratusan ribu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke... no problem...

      Kos untuk pembedahan Bypass rasanya tak sampai ratusan... sebab di private pun rasanya dalam rm60-70k [tapii mahal la jugak kan...]. Kadang2 ianya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri. Kalau keadaannya lemah dan perlukan rawatan lanjut, mungkin di situ kos akan meningkat.

      Tapiii...yakinlah di setiap kesukaran itu ada kemudahannya... yang penting selamatkan dulu nyawa orang yang kita sayang... ;)))

      Delete
    2. Ayah sy br shj buat bypass 15 apr 2013 lalu. skrg masih di wad sdg jalani fisioterapi. sy ada tanya Dr mengenai kosnya, lebih kurang 45-60 ribu bergantung kpd brp lama pesakit duduk di icu. lg lama tgal di ijn kos akan meningkat. Tp syukur ayah sy pesara kerajaan so xperlu byr...

      Delete
    3. Terima kasih di atas info itu "About Me".. =))

      semoga ayah awak cepat sihat seperti sediakala ye...

      Delete
  10. thanks kak diatas info yg diberi..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. IzNie NurlzSha...
      Terima kasih juga kerana sudi membaca info ini. Semoga ianya sedikit sebanyak boleh menjadi rujukan dan membantu kita semua... apa2 pun rujuk pada doktor k... =))

      Delete
  11. salam akk nk tya bpe peratus untuk hidup bila buat by-pass?dan jangka hayat selepas buat by-pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Nurliyana..

      W'salam... hye Nurliyana... sebetulnya, saya bukan doktor yang tahu segalanya tentang bypass ni. Apa yang saya kongsikan disini berpandukan kepada pengalaman saya menjaga emak dan nasihat2 doktor dari IJN mengenai apa yang diperlukan selepas pembedahan. Untuk mengetahui lebih lanjut...saya rasa..elok la diajukan kepada doktor yang lebih pakar mengenai sakit jantung ni.

      Namun, kita kena kembali kepada kekuasaan Allah... emak saya membuat pembedahan bypass dalam keadaan yang sangat kritikal...even semasa pembedahan itu sendiri...terdapatnya komplikasi diawal pembedahan dimana tiba2 sahaja jantung mak saya berdegup pantas seolah terjadinya serangan semula. Syukur...Allah masih panjangkan usia emak saya... dan pembedahan itu selamat. Ada juga diantara pesakit yang berjaya di dalam pembedahan...namun selepas pembedahan berlakunya pendarahan dalaman dan meninggal dunia. Semuanya bergantung kepada kekuasaan Ilahi.

      Yakin dan tawakal kepada Allah...dengan peralatan dan kemajuan teknologi yang ada ini...dan doktor pakar yang sememangnya nak kan pesakitnya selamat... mereka akan cuba sedaya upaya untuk melkukan yang terbaik untuk pesakit mereka.

      Jangka hayat tu saya tak dapat nak pastikan...yang tu kena tanya pakar. Dulu mak saya buat stand kat saluran jantung dia... 7 tahun saluran tu tersumbat semula [awal dari jangkaan doktor 10 tahun]. Sebab tu penjagaan pemakanan tu penting supaya ianya tidak tersumbat lagi...



      Delete
  12. alhamdulillah mak akak sembuh..umurnya masih pnjang..tp lain ceritanya sy..mak sy dlu pn buat bypass..dia x pernah kna serangan jantung pn spnjg hayatnya..cuma satu hr dia rase dadanya sesak dibawa ke hopsital suspek Jantung so refer ke IJN terus ats permintaan abg..ble kat IJN mula2 buat angiogram pastu tiba2 kata ade 3 sumbt kna buat bypass jugak..pelik juga sbb x prnah kena serangan jantung pn sblm tu...sekali tu je..tu pn x berulang..but ble gi IJN ckp nk kna bypass.. xlama la queue terus bypass..hmm mungkin takdir x mnyebelahi mak sy..lpas bypass tu lah segalanya bermula..skejap je ok..satu persatu penyakit dtg..luka yg sembuh terbuka balik..lps 2 minggu tiba2 xleh bngun urat bhgian leher ngan bahu kejang..berat badan mula merosot..seingat sy sejak tu lah nafasnya tercungap2, batuk2 dan mcm2 lg la..nk tdur pn payah..masuk kuar IJN tu biase..kira dpt rase bnyk wad la..wad tanjung, bunga, n kenanga..mujur 1st class agak la selesa..tp berbulan2 juga la duk situ..sy peneman setia mak sbb masa tu sy br abis diploma then x terus smbung degree sbb nk jaga dia..lebih kurang 2 tahun juga kesihatan mak makin teruk..dan akhirnya mak pergi setelah hampir 2 tahun menanggung sakit..mak meninggal kat hospital dan alasan kematian yg dicatat waktu tu kegagalan paru-paru..saya redha pemergiaannya..sakit tu penghapus dosa..seawal ramadhan dia pergi..mcm akak, kami sekeluarga amik iktibar berusaha tuk mnjaga kesihatan kami..klu boleh xnk perkara sama berulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady Rose

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman disini. =))

      Semuanya bergantung kepada takdir Ilahi. Kita hanya berharap agar segala-galanya baik....namun Allah telah menetapkan yang terbaik utk kita kerana DIA lebih tahu akan segala-gala yang akan berlaku. Sabar k...

      Memang akak sekeluarga ada diberitahu oleh doktor tentang komplikasi2 yang akan berlaku sewaktu pembedahan dan selepas pembedahan kerana setiap pesakit jantung semuanya akan mengalami sakit yang berbeza-beza..tak sama... pengalaman akak sewaktu di IJN menjaga emak... kami terpaksa berhadapan dengan insan2 yang selepas pembedahan..mereka boleh bangun..makan dan masih boleh tersenyum kepada akak dan adik beradik yang lain..bertanya itu dan ini...namun...keesokkan harinya.... kami dapat tahu...insan itu telah pergi menemui DIA... semuanya bukan atas kekuasaan kita... macam mak akak...dimasukkan ke IJN dalam keadaan yang sangat kritikal dan sekarang...alhamdulillah..keadaannya beransur pulih [masih perlu menjaga tahap kolestrol yang masih tinggi]..

      Allah ingin memberi pahala yang berganda kepada adik kerana berbakti menjaga emak adik dan peluang itu bukan semua orang boleh dapat kan.... hanya insan yang istimewa sahaja yang terpilih yang berpeluang untuk melalui saat istimewa itu...

      Kita sama-sama berdoa agar roh mak adik di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman... Aameenn...

      Delete
  13. Salam kak, saya harap akak dan mak akak sihat.saya nak tanya pasal kos pembedahan bypas yang 30-70k. Itu cuma kos pembedahan je atau termasuk rawatan, ubatan, pemulihan lepas pembedahan ? Boleh tak akak cadangan doktor pakar yang bagus ? Akak rasa peluang pembedahan bypass ne berjaya tinggi tak ? Keaadan hospitalnya macam mana ? Doktor, jururawat, kebersihan, wad.... saya risau ne kak...tolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam zmezm

      Terima kasih kerana membaca entry ni dan harap anda juga sihat senantiasa.

      Kos pembedahan bergantung kepada berapa lama pesakit berada di dalam wad[info yang akak dapat]. Harap adik jangan terlalu risau.

      Pertama sekali... semasa mendapatkan rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan.. pastikan adik bertanyakan kepada doktor yang merawat kerana doktor yang lebih mengetahui tahap kesihatan dan doktor juga yang akan menetapkan bila dan dimana pesakit harus menjalani pembedahan dan rawatan. Dan pastikan adik bertanyakan secara detail kepada doktor tentang penjagaan dan rawatan yang akan diterima. Akak pasti Doktor akan menjelaskan kepada adik kerana mereka juga mahukan yang terbaik untuk pesakit mereka. Cuma akak harap adik jangan panik dan terlalu risau... mohonlah bantuan dan petunjuk dari Ilahi agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

      Kesemua hospital akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Jadi adik tak perlu risau mengenai cara rawatan yang akan di berikan.

      Akak doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar...jangan risau2 k.... =))

      Delete
    2. Saya telah menjalani pembedahan ini pada umur 43 tahun... tapi alhamdulillah sy masih ada kesempatan untuk membuat bekalan pulang kealam akhirat nanti..
      sy bersyukur saya tidak tergolong dalam kumpulan org yg mati mengejut..
      pembedahan yg saya buat ,CABG ,memulihkan 4 blockage..di Pusat Perubatan Universiti Malaya hanya menelan belanja tak sampai RM3000. dokter dan kaitangan hospital sangat baik dan memuaskan.

      Bagi yang perlu melalui pembedahan ini... jangan risau... bersedia dengan perasaan "tuhan sayang kan kita" kalau kita tiada peluang...kita akan berada dalam rahmat NYA terlebih awal... dan kalau kita diberi peluang... tuna syg kan kita dan mahu kita cepat berada dijalan yg diredhoi..

      ingat! tuhan tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan nya.. !Bersabarlah... !

      Delete
    3. Terima kasih azuma takamatsu...

      Syukur alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dan harap azuma takamatsu sihat seperti sediakala..

      Mana info saya yang terkurang... boleh ditambahbaikki oleh insan yang lebih berpengalaman dan mengalaminya sendiri supaya insan yang lain yang akan menghadapinya akan lebih bersedia mental dan fizikal.

      terima kasih kerana sudi membaca entry dan berkongsi maklumat disini... =)))

      Delete
  14. Salam..... Sya bru sja menjalankn pembedahan CABG (coronory atries bypass grafting) atau biasa org sebut by pass . Skrng sdh 8 ari lps operation. Selepas 6 ari operation sya sdh didiscaj utk bkl ke rumah. Alhamdullillah keadaan sya skrng sdh brtmbah baik. Sya telah menjalani operation ini d sabah heart centre Hospital Queen Elizebet 2 kota kinabalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Hye Hairul Afidzul...

      Syukur alhamdulillah... semoga en Hairul sihat seperti sediakala.
      Kalau tak keberatan...en Hairul boleh share pengalaman en Hairul sebelum dan selepas pembedahan CABG tu... kerana sebenarnya ramai yang nak kan info yang berguna dari orang yang mengalaminya sendiri pengalaman itu.
      Seperti saya... saya hanya mampu untuk memberi sedikit info sahaja mengenai penjagaan selepas pembedahan. Lebih bermakna sekiranya orang yang mengalaminya sendiri menceritakan pengalamannya.

      Apa2 pun saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini. Dan sekali lagi..saya doakan semoga en hairul sihat seperti sediakala... amin... =D

      Delete
  15. Ayah baru saja bypass pertengahn jun. Sekarang dah kat rumah. Tolong saya jika tuan/puan ada tips utk masalah ini:
    *sukar utk tido malam
    *berapa lama agak2 tempoh kena tidur terlentang?
    *berapa lama perlu berlatih pernafasan tsbt?

    terima kasih bebanyak...info sukasuki sgt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai argan oil..

      Terima kasih juga kerana membaca entry ini.

      Saya cuba menjawab persoalan en/puan berpandukan kepada pengalaman saya menjaga emak saya.

      * sukar utk tido malam
      - mak saya pun pada awalnya memang sukar nak tidur malam...[orang lain saya tak tahu la...sebab selalunya keadaan pesakit ni berbeza-beza]. tapiii dalam 2 bulan pertama je... selepas tu dah ok dah... [kalau masih berlarutan... semasa temujanji dgn doktor nanti..pastikan beritahu perkara ni ataupun en/puan boleh terus berjumpa doktor untuk penjelasan yang selanjutnya]

      * tempoh tidur terlentang
      - sehingga tulang betul2 bercantum...tempoh yang diberikan oleh doktor adalah 2 bulan... untuk keselesaan pesakit...[pengalaman saya menjaga mak] mak saya tidur diatas sofa panjang [terpaksa... sebab tak ada katil khas utk pessakit kan...] letakkan bantal mengikut paras keselesaan dan gunanya bantal kecil utk diletakkan diatas dada kerana pesakit mesti akan batuk batuk kan...

      * tentang latihan pernafasan menggunakan alat yang dibekalkan oleh pihak hospital ...
      - mak saya akan lakukan setiap hari diwaktu2 yang ditetapkan oleh doktor..sehingga ke temujanji dengan doktor pakar yang pertama selepas pembedahan...dan sehinggalah doktor mengatakan situasi dan keadaan pesakit dah betul2 ok.

      harap ada insan yang mengalaminya sendiri dapat berkongsi juga informasi dan maklumat mengenai pembedahan ini untuk membantu insan lain yang akan mengalaminya dan juga yang akan menjaga pesakit ini.

      ***apa-apa sahaja kemusykilan... terus sahaja menghubungi pihak hospital bercakap sendiri dengan doktor yang merawat agar ianya lebih jelas dan selamat. Semua ini untuk keselamatan insan2 yang kita sayangi... =)))

      Delete
  16. Slm apakah pemakanan yg baik supaya luka operation by pass cpat sembuh? Emak adik dulu ada tak mkn sup ikan haruan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Melalui pengalaman mak saya...jahitan di kaki yang bahagian paling atas kat lutut tu yang paling susah nak sembuh dan beberapa kali berlakunya infection.
      Perlu selalu ke klinik berhampiran membuat dressing... Doktor di klinik ada syorkan krim bagi mempercepatkan luka tu cepat kering.
      Ada satu krim khas yang boleh di dapati di klinik / farmasi yang di syorkan oleh doktor yang membuat dressing kat mak saya [pastikan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu mengenai nama krim tersebut ya...]. Doktor ada juga menasihati mak saya untuk minum air gamat dan pati ikan haruan bagi mempercapatkan penyembuhan luka2 jahitan itu...tapiii..ye la kan..orang tua tak nak minum benda2 macam tu...nak makan sup ikan haruan pun mak saya tak nak sebenarnya... hehehe... so..jalan yang paling mudah.. doktor bagi mak saya satu krim untuk bagi luka jahitan tu cepat kering... Bila mak saya guna tu... mmg luka tu cepat kering selain mengelakkan berlakunya infection... [setiap kali saya ke klinik / farmasi untuk cari krim tu...saya pasti akan inform kat doktor atau pharmacist tu yang ubat tu utk mak saya..pesakit jantung yg baru saja membuat bypass surgery... takut kerana ubat/ krim je...akan memudaratkan pulak... hehehe..] alhamdulillah...sekarang dah ok... ;))))

      Delete
  17. assalamualaikum..ayah mertua saya baru je lakukan bypass selasa minggu lepas.boleh tau mak sis berapa saluran kene bypass?ayah mertua saya 5 salur dan itu mengejutkan kami sekeluarga sebab sebelum pembedahan doktor mention hanya 3 salur. sekarang ni pon ayah mertua tak berapa selera nak makan.di bagi bubur hanya 2 sudu je makan.sekarang ada demam pulak.risau fikir nak bagi makanan apa untuk dia ada selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Arisa'Eshoppe..

      Mak akak pun 5 saluran tersumbat dan pernah pasang stand tapii 7 tahun... tersumbat balik saluran tu...sebab tu kena terus buat bypass.

      Memang mak akak pun masa lepas buat bypass tak ada selera makan..tapii alhamdulillah..mak akak kuatkan semangat juga utk menjamah walaupun sikit utk dapatkan tenaga. Cuba masak ikan steam bagi ayah mertua awak berselera sikit. Mak akak sepanjang tempoh pemulihan tu makan gulai rebus dan ikan steam... banyakkan makan buah.

      Kalau demam... better bawak jumpa doktor yang merawat... please dapatkan rawatan cepat. Mungkin sebab demam juga lah ayah mertua awak tak ada selera makan.

      Akak doakan semoga ayah mertua awak sembuh seperti sediakala... jika ada tanda2 yang kurang menyenangkan..segera rujuk pada hospital yang berhampiran ye... dan pastikan bawa sekali segala dokumentasi [laporan] ttg rawatan ayah ye...

      Delete
  18. Assalam,suami makcik dpt serangan +-sebulan lps..masuk icu dspital swasta 3hari..bayarannya 10k lbh..walaupun dh bagitau kami warga pencen mereka masih xrela nak lepaskan kami,suami makcik ada tanda awal - muntah/loya - selepas 3hari baru rayuan kami dilayan








    assalamualaikum..t ksh sbb kongsi info berkaitan bypass surgery..tp.rasa takut & bimbang tetap ada,,suami makcik juga dijadualkan buat surgery 15.1.2014,kami cuma ada sorang anak perempuan yg punya 4anak yg masih kecik-yg sulung br drjh 1 & yg kecik 11bln - msih b feed..tinggal d luar kl...doakan kami Dberi kekuatan paling SUPER utk menghadapinya...moga Allah memberi petunjuk & pertolongan...in sya allah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Terima kasih makcik Diyana Meriam kerana sudi membaca dan berkongsi maklumat di entry yang serba sederhana ini...

      Alhamdulillah..kerana segala dipermudahkan..sekurang2nya rayuan itu tidak dipandang sepi... Sepastinya harus ada sokongan daripada doktor pakar yang merawat..[kalau tak silap saya] ;)

      InshaaAllah..saya dan mungkin para pembaca yang membaca entry ini akan turut sama berdoa agar segalanya dipermudahkan.
      Yang penting makcik kena kuat dan jaga kesihatan sama kerana tugas untuk menjaga pesakit juga bukan sesuatu yang mudah. Pastikan makcik bawa sekali bersama baju sejuk..stoking..selimut dan kalau boleh bantal kecil [utk kegunaan makcik yang mungkin akan menjaga suami]. Kesihatan makcik juga perlu dijaga kan...

      Sekali lagiii..saya doakan semoga segalanya dipermudahkan dan semoga suami makcik sihat seperti sediakala..amin..amin..amin ya Rabb...

      Delete
  19. assalamualaikum puan..
    terima kasih diatas coretan pengalaman puan yang sangat berharga ni..
    in sha allah abah saya akan melakukan pembedahan bypass ini pada 14/2/14..
    serangan pertama pada 7/12/13 lepas (baru dapat tahu abah ada penyakit jantung) dan terus buat angiogram di kpj... doktor cakap kalau setakat 1 block dia akan terus pasang stand tetapi keputusanyang diterima ialah ada 3 blockage. doktor suggest nak 50k utk pembedahan tersebut. alhamdulillah sorang adik ada kerja di sektor kerajaan dan abah 1st checkup di ijn hari tu pada 22/12/13. rezeki abah murah sebab dapat tarikh awal utk operation, 10hb dah kena masuk untuk dipantau kesihatan dan in sha allah 14/2/14 jika tiada sebarang masalah pembedahan akan dijalankan. doakan abah saya yang kawan2 pembaca sekalian.
    Cuma disini saya nak bertanya puan, cam abah saya ni.. semenjak keluar dari hospital bln disember hari tu mmg tak lalu makan. badan semakin kurus. sedih tgk.. tanya dia napa abah sakit ker..jawapannya takder lah cuma penat sangat rasanya.. mak puan mcm tu jugak ker? sebab abah ada kencing manis, kolesterol pun tinggi... semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saliza sahedan..

      Terima kasih juga kerana sudi membaca perkongsian ini.

      Emak saya sebelum dapat tahu ada blockage..selalu rasa sakit dibahagian tengkuk dan sakit dada yang teramat sangat dan sememangnya kurang ada selera makan. Makan tu hanya sekadar nak isi perut je. Emak saya tak ada kencing manis tetapi ada darah tinggi dan tahap kolesterol yang sangat tinggi.
      Semasa dibawa ke hospital.. keadaan emak saya sangat2 kritikal sehinggakan nak turun dari katil pun doktor tak benarkan...setiap malam selama berada di hospital pantai...emak kena cucuk di bahagian perut untuk mengelakkan serangan dan pada ketika itu..kaki emak saya juga bengkak dan tidak boleh berjalan. Semasa dibawa ke IJN untuk rawatan dan mendapatkan tarikh... emak saya terpaksa naik wheelchair dan tidak dibenarkan bergerak banyak [semua ni saya ada ceritakan di entry sebelum ini]
      Puan boleh refer kepada doktor yang merawat untuk mendapatkan kepastian kerana keadaan pesakit ni semuanya berbeza2 even keadaan dan situasi mereka selepas bypass pun berbeza2... Jika abah puan sering mengadu penat...saya sarankan agar puan refer pada doktor kerana risau jugak kalau selalu mengadu penat dan tiada selera makan....kadang2 orang tua kita ni tak nak menyusahkan hati kita..kalau sakit diaorang ambil keputusan untuk diamkan aja..sebab itu... saya kalau emak mengadu je sakit kepala ke apa ke..saya segera akan refer pada doktor..selagi tak sampai tarikh tu..selagi itulah akan berada pada fasa kerisauan....sebab dalam tempoh itu...macam2 perkara boleh berlaku..pastikan ubat bawah lidah senantiasa dibawa kemana2 sahaja abah puan pergi...

      Last but not least... saya doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga abah puan pulih seperti sediakala... aminnn...

      Sebagai seorang anak...saya faham perasaan puan... kita doa sama-sama agar semuanya dipermudahkan... ;)))

      Delete
  20. Assalammualaikum puan,

    terima kasih atas perkongsian ini. Semoga di permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puan Siti Hawa..

      Terima kasih juga kerana sudi membca perkongsian ini.... aminn... :D

      Delete
  21. Salam Puan... Allah lebih menyayangi arwah abah..sepatutnya hari ini (10/2/14) abah akan mendaftar masuk ke ijn sebelum dibuat bypass pada 14/2 nnt.. tetapi semuanya telah tertulis, abah pergi menghadap penciptaNya pada 1 feb 2014 lalu dengan mudah iaitu berasa letih yang amat sangat dan kami adik beradik sempat berkumpul sehari sebelum abah pergi membaca yassin kali ke2 sebelum abah membuat operationnya..kali ini abah yang nak lead sendiri bacaan yassin tersebut... sambil membaca abah menangis... abah.. kalau kami tau abah nak pergi meninggalkan kami... takkan kami berganjak walau seinci pun abah... akan kami temani sehingga akhir hayatmu... alhamdulillah ... hingga ke akhir hayatnya..kami ada bersama.. mak,abgngah dan mila menemanimu dlm ambulan...dan adik beradik yg lain mengekori laju ambulan dr kpj selangor ke ijn.. rupanya2 abah mengalami serangan mlm itu...
    Luluh hati kami apabila sesampainya di ijn doktor menatakan peluang abah amat tipis, masa tu mak dah longlai..kami adik beradik pun sangat terkejut dan sedih dengan perkabaran doktor tetapi sebagai umat islam kami harus redha dengan ketentuannya dan terus membacakan yassin semoga ada keajaiban berlaku...
    4.30pagi abah meninggalkan kami semua... senyuman terukir diraut wajahnya..alhamdulillah abah pergi tenang dengan baik..jenazah pun senang diuruskan... kami semua mendoakan semoga arwah abah HJ SAHEDAN BIN OMAR ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman.. kepada pembaca yang masih mempunyai ibu dan ayah..jagalah mereka sebaik2nya sementra mereka masih ada... kami hanya ada emak yang perlu kami jaga sehabis baik... amin.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Salam takziah dari saya sekeluarga diatas pemergian ayahda saudari saliza sahedan. Allah lebih menyayanginya. Saya doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman.

      Kematian itu pasti dan itulah janji Allah kepada kita bila tiba saat dan masanya dan dalam apa keadaan sekalipun.
      Semoga saudari sekeluarga redha menerima takdir Ilahi ini.

      Sekali lagi salam takziah dari saya dan berharap agar saudari dan keluarga bersabar dalam menerima takdir Ilahi ini.

      Al-Fatihah..

      Delete
  22. assalammualaikum...
    terima kasih atas perkongsian ini...ia amat berharga...
    puan, ayah saya akan menjalani pembedahan angoram pada 14.12.2014 ni...
    saya ingin tahu apakah yang perlu saya sebagai anak lakukan untuk bantu ayah ?
    apakah pantang larang sepanjang proses pemulihan ?
    saya sebenarnya sedih kerana saya tidak bersama ayah kerana ada kelas di u....doa sahaja yang mampu saya panjangkan....
    puan, harap dapat bantu saya ye...
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Maz Ali,

      Sekarang angiogram tidak memerlukan pembedahan yang besar.... angiogram dilakukan untuk melihat berapakah saluran yang tersumbat dan inshaaAllah ianya tak merbahaya kepada pesakit. Ianya dilakukan hanya beberapa minit sahaja...[kalau tak silap saya....kena tanya doktor atau dapatkan kepastian yang sebenar dari ayah awak ok...].. Selepas doktor dapat tahu berapa saluran yang block....Ada setengah hanya perlu meneruskan dengan memakan ubat sahaja dan ada setengah darinya doktor menyarankan utk buat angioplasty.... bybass adalah jalan yang terakhir yang terpaksa doktor decide untuk pesakit yang kritikal atau kronik....[inipun kena check balik ok...]

      Utk step selepas angiogram.....selalunya doktor akan bagi tarikh lain kalau terpaksa menjalani bypass atau angioplasty....kecuali kalau keadaan yang sangat kritikal...

      InshaaAllah....teruskan berdoa dan berdoa agar ayah awak tidak perlu menjalani pembedahan bypass sebaliknya boleh diatasi dengan makan ubat atau angioplasty sahaja....;)))

      Delete
  23. salam, nice sharing sis... terperinci sekali...

    emak sy pun jalani bypass pd 2013 yg lalu.. dan sy pun masih belum update prkembangan selepas operate... terlalu sibuk.. huhu...

    izinkan sy kredit link entri ini andaikata sy taip entri sy nanti ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi Hanie Fadzil,

      W'salam....

      Terima kasih kerana sudi membaca entry nih.....
      Boleh je my dear....
      sharing is caring.... ;))))

      Delete
  24. Salam sis,

    Bapa saya baru je jalani bypass jantung di IJN pada 22 Jun 2015 yang lalu ..... alhamdulillah pembedahan tersebut berjelan lancar dan sekarang abah ada di HDU .... semalam tukar dari ICU ke HDU ..... so far abah ok alhamdulillah ..... nampak posititf .... saya banyak google mengenai bypass jantung ni dan cara penjagaan pesakit ...... macam2 yang saya baca .... ada yang dah nak hampir sembuh ...luka terbuka semula .....wallahualam ...kecut perut bila baca ....hati saya tidak tenang dan ngeri ...... saya berdoa sangat agar penyembuhan abah dipermudahkan .......

    cuma nak tanya yang socks untuk elak jangkitan kuman tu memang perlu pakai ke? sebab saya tak nampak pesakit pakai socks tu ......

    sama2 share pengalaman ...insyaAllah dapat membantu org lain ....wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sis eina,

      Terima kasih kerana singgah di entry ini =))

      Tentang socks tu... emak saya pakai setelah jahitan di bhgn kakinya terkena infection [setelah lebih seminggu discharge]. Masa tu Doktor sarankan agar pakai socks tu untuk mengelakkan jangkitan berlaku lagi.....Selalunya kalau keluar rumah [nak jalan pelan2 exercise] mak saya akan pakai socks tu atau nak kemana-mana pun mak saya akan pakai..... Terpulang kepada keadaan masing2..pakai pun sekejap je....sebab rimas katanya....tapi...seeloknya pakai.....mengelak lebih baik dari terkena kan.... =))

      Memang banyak cerita yang berbeza-beza yang akan kita dengar atau baca...sebab melalui pengalaman saya, doktor sendiri jelaskan...keadaan pesakit semuanya tak sama....keadaan sebelum, semasa dan selepas pembedahan.... ianya bergantung kepada kekuatan pesakit itu sendiri....jadinya.... keadaan emak saya pun akan berbeza dengan orang lain......

      Alhamdulillah.....semoga bapa sis akan segera sembuh seperti sediakala....aminn....=))

      Delete
  25. salam akak,

    mujur saya jumpa blog akak masa tengah google article berkaitan. fyi, fil saya sekarang berada di ijn dan insyaallah minggu depan akan menjalani bypass, doc belum tetapkan tarikh tapi anggaran dalam minggu depan. memang membantu sangat pengalaman akak menjaga ibu, sedikit sebanyak saya dapat tips dan gambaran bagaimana keadaan pesakit selepas pembedahan, cara penyediaan makanan, pantang, cara menjaga kawasan luka pembedahan, dll. saya memang tiada pengalaman menjaga orang sakit apatah lagi peasakit yg menjalani major operation seperti ini. so persediaan perlu dilakukan, mencari seberapa banyak info to prepare and educate myself sebab saya memang tinggal di rumah fil selepas berkahwin. harap semuanya berjalan lancar buat fil dan Allah mudahkan segalanya.

    semoga mak akak terus sihat dan aktif selepas dapat 'highway' baru. dengar banyak cerita org selepas buat bypass seolah² dapat nyawa baru, makin aktif tak macam sebelum kena serangan...harap fil saya pun macam tu.

    terima kasih sudi share, salam...
    -farina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam....

      Alhamdulillah...tqvm diatas doa itu.....
      semoga Allah mudahkan juga pembedahan fil fyi dan semoga beliau terus sihat seperti sediakala....aminn.... =))

      Delete
  26. Dulu aku seorang perokok tegar satu hari selepas makan tiba2 aku susah nak bernafas sakitnya dadaku ini kepala ku bepeluh sakit yng amat sgat. Aku mengucap panjang...masa tu sedang bawa keta lama gak masa tu. Dah lega sikit aku g klinik dr meyuruh aku minum air panas bila aku minum air panas tu aku pun sendawa lega rasanya..balik la ke rumah ingat x ada apa2 le..malam tu buat hal lgi aku dan isteri ku g ke klinik jauhnya 10km je aku yang bwak isteriku x pandai bawak keta masa tu jam 8 mlm nak spai ke klinik jam 11 mlm asik aku x than skit behenti keta kancilku tepi jln atas bonek kancil aku menerap isteri ku urut2kan terima ksih isteri ku...keta banyak lalu lalang tapi x pedulikan kami ini sedihnya rasanya...

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. Banyak ilmu yang saya dapat dari blog ini, ayah saya baru menjalani Pintasan Jantung pada 4hb sept 2015.Kerisauan memang terpancar dekat wajah kami sekeluarga terutama mak yang sentiasa berada disisi ayah sepanjang rawatan dari Hospital Parit Buntar-Taiping-Ipoh dan IJN. Sekarang ni dah masuk hari ke 5 ayah berada di ICU,Pembedahan bermula jam 1.30 petang dan selamat pada jam 8.00 malam.Hanya doa yang diiringi sepanjang perjalanan kami ke IJN dari Penang.Selepas pembedahan kami masuk melihat keadaan ayah,ayah masih tidak sedarkan diri,keesokkan harinya waktu melawat kami dapati ayah dah pon sedar terpancar kesayuan diwajah ayah.tapi ayah tidak dibenarkan bercakap lagi sebab dimulut ayah ada wayar yang masih melekat,wayar apa saya pon tak pasti.hari ke4.wayar dimulut ayah dah tiada,ayah dah bolih bercakap cuma suara tu masih perlahan lahan saja keluar.Semoga ayah kembali cergas dan sihat seperti sediakala.nak tanya berapa hari sekurang kurangnya untuk berada di IJN sebelum pesakit dibenarkan pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Tiezakwan...

      Keadaan ayah awak sama je dengan keadaan mak saya selepas pembedahan.
      Berapa lama...saya tak pasti....kena confirm dengan doktor....
      Tapiiii lebih kepada mengikut keadaan pesakit.
      Rasanya...doktor akan benarkan pesakit discharge hanya apabila keadaan pesakit benar2 sihat, maksudnya....boleh berjalan sendiri dan tak pening.
      Hanya selepas pesakit benar2 sihat, barulah dipindahkan ke wad biasa...dan kena buat physiotherapy..... rasanya....lebih kurang 1 minggu atau lebih daripada itu...bergantung pada tahap kesihatan pesakit.

      InshaaAllah....semoga ayah awak pulih seperti sedia kala....kita doa sama-sama ya..... =))

      Delete
    2. Hari ni ayah saya dah diberi makan bubur, alhamdulillah nampaknya perkembangan kesihatan ayah saya kian baik,mak Alia Shaari ni sekarang masih dirawat di IJN ke?saya pon doakan agar kesihatan mak Alia Shaari sihat dan bertenaga semula.

      Delete
  29. salam.. Hari ini pada jam 7 pagi tadi mama saya menjalani pembedahan injap jantung,injapnya akan diganti dengan injap mekaninkal dan dia juga akan menjalani pembedahan bypass sekali.. mohon doakan mama saya selamat,dipermudahkan serta lancar semasa menjalani pembedahannya

    ReplyDelete
  30. ayah kami did bypass on 30/12/2015 & today (25/01/2016) my sister informed he already ride his old motobike around the kampong.. Alhamdulillah he recovered faster.. utk luke jahitan di kaki, ayah rebus air biji kani & daun pokok cerita, & lap pada lukenye utk cepatkn luke kering. ayah kami mmg seorg yg sgt degil & ade beberapa kali skip his medicine...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fazilah share petua tu... Moga ayah awak terus sihat ya =))))

      Delete
    2. Sis fazilah n sis alia, nak tanya benang luka tu kena buka d hospital ke ? Atau biarkan saja ? Nanti benang tu hilang sendiri . Tolong saya..

      Delete
  31. Saya did bypass on 20/10/15. Buat bypass sbb ada 4 saluran tersumbat. Memang amat memeritkan tapi sekarang saya sudah ride motocycle dan also memandu ke Kuala Lumpur dari penang. Alhamdulillah saya ok tp skg rasa penat rasa kembali. Betul doktor kata tak semestinya kita akan pulih 100%. Jadi tawakkal dan redha sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah... Saya doakn semoga sis berterusan di beri kesihatan yg baik.... Aminnn

      Delete
  32. Assalamualaikum. Saya Faris, saya ingin mengucapkan terima kasih pada pemilik blog sebab banyak maklumat penting yang diperoleh, saya sendiri dalam proses penyembuhan dari pembedahan bypass (CABG), baru masuk minggu ke-7. Saya berumur 38tahun dan Dr melakukan 4-bypass setelah mendapati 10blok pada jantung dan ke3-3 arteri tersumbat. Namun masih terdapat beberapa kerisauan pada hati yang saya rasa hanya pesakit dan mereka yang terlibat sahaja memahami. Namun saya bersemangat untuk teruskan hidup demi anak2 yang masih kecil (bongsu berumur 9bulan). Semoga ALLAH panjangkan umur kita semua dalam keadaan sihat dan memberi pengakhiran yang baik pada umur kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam en Faris Zaini

      Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini...
      Semoga en Faris diberi kesembuhan seperti sediakala...yang penting kena kuat semangat demi anak2 & isteri tersayang.... Semoga Allah mudahkan segala2nya buat en Faris sekeluarga.....Allahumma Aminn.... =)))

      Delete
    2. En.faris. ayah saya baru beberapa hari bypass operation. Nak tanya benang jahitan d dada n kaki tu kena buka atau tidak ya ? Atau biarkan ? Mohon bantuan ..

      Delete
  33. akum...terima kasih jgk kepada menulis blog yg berkongsi psl pnglaman mnjage ibunya yg memnjalani bypass..suami saya akn melakukan bypass operation this monday, 23/5/2016.
    bace pengalaman2 dlm ni,ngeri,takut,berdebar..sedih pn ade...
    Tp saye kena kuat, untuk suami & ank2 yg juga masih kecil..saya kena gagahkan diri, untuk menberi smgat utk suami..
    Kwn2 semua..doakan smga urusan kami dipermudahkan & suami saya akn kembali sihat...trima kasih

    ReplyDelete
  34. akum...terima kasih jgk kepada menulis blog yg berkongsi psl pnglaman mnjage ibunya yg memnjalani bypass..suami saya akn melakukan bypass operation this monday, 23/5/2016.
    bace pengalaman2 dlm ni,ngeri,takut,berdebar..sedih pn ade...
    Tp saye kena kuat, untuk suami & ank2 yg juga masih kecil..saya kena gagahkan diri, untuk menberi smgat utk suami..
    Kwn2 semua..doakan smga urusan kami dipermudahkan & suami saya akn kembali sihat...trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام
      Hye pn Suriya Salmie
      Saya doakn semoga segalanya dipermudahkan.... Kita doa sama2 agar suami puan pulih dan sihat seperti sediakala....
      Ye... Puan kena kuat.... Ini semua ujian Allah... Yg penting... Bertawakal padaNya....إن شاء الله=))

      Delete
  35. Salam semua.saya nak tanya . Benang d dada n kaki tu kena buka atau akan hilang sendiri ? Tolong saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام
      Sis nur nadiah,
      Setahu saya, lps dr jahit kat kaki & dada tu, jahitan tu akn terus di gam (lbh kurang mcm tu lahhh sbb sy tak tahu terms perubatan ni kan =)) ) lps tu rasanya dia akn reput sendiri... Cumanya... Masa buat dressing tu... Mana2 benang terbuka ke... Masa tu dr atau nurse yg akn betulkn... Masa appointment dgn Dr, masa tu Dr akn tgk kat jahitan tu.... Untuk confirm kn betul2 akn perkara nih... Saya rasa elok masa buat dressing tu sis tanya pd Dr yang berkenaan ya... =))

      Delete
  36. salam. bapa saya disarankan oleh doktor supaya buat bypass dan tukar injap dan bapa saya dalam dilema samada nak buat atau tak. doktor kata risikonya 10% utk dapat kesan sampingan. umur bapa saya 69 tahun dan lebih berisiko sbb faktor umur. saya pon sebagai anak tak mampu utk bagi keputusan kepada dia sbb bapa saya lebih takutkan risiko buat bypass bebanding tak buat. setakat ni dia sudah sekali kene serangan jantung tapi tak teruk. dan sekarang ni masalah utama dia sakit dada yg selalu datang2. pada pandangan semua risiko buat bypass tu tinggi atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam
      Kalau tak buat bypass lebih memudaratkan... better buat... tapiiii apa2 pun... seelok eloknya minta nasihat dan pendapat doktor kerana ini melibatkn kesihatan dan lebih utama melibatkn nyawa....
      minta petunjuk dr Allah dgn beristiqarah... mana yg terbaik...
      Harap bapa saudara sembuh seperti sediakala... aminnn

      Delete
    2. Salam,

      saya pun mengalami situasi yang sama .... abah enggan buat bypass sebab risaukan risiko lagi teruk sekiranya buat .... tapi kami adik beradik tetap pujuk abah sebab saya sendiri telah berjumpa doktor dan bertanyakan mengenai risikonya .... doktor ckp sekiranya peluang untuk ayah sembuh adalah baik kenapa mesti kita nak halang perkara itu .... jika tak buat abah akan bergantung seumur hidup dengan ubat dan kadar kesihatan dia akan makin merosot dari hari ke hari .... InsyaAllah kita doalah yang terbaik ... ajal maut adalah urusan Allah ... semuanya adalah asbab sahaja ....dan akhirnya ayah saya buat bypass dan alhamdulillah berkat doa mak yang tak putus2 ....dan doa dari semua yg mendoakan ...abah ok sekarang .... abah buat bypass masa usia 71 tahun ....kalau ikutkan risaunya hati hanya Allah je yang tahu .... kami sekeluarga tawakal ....

      Delete
    3. Terima kasih atas perkongsian...😍

      Delete
  37. Assalam...Alhamdulilah..Blog Puan banyak memberi manfaat..Hanya Allah yang dapat membalasnya..Saya ingin bertanya adakah emak puan mengalami rasa ketat yang amat di bahagian atas dada selepas pembedahan?.Berapa lamakah keadaan itu berterusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...
      terima kasih... semoga emak tuan/puan kembali pulih seperti sediakala 😉

      Delete
  38. As Salam,

    Terima kasih diatas perkongsian puan, in shaa Allah ayah saya akan menjalani pembedahan bypass bulan depan, harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Semoga post puan menjadi rujukan dan bantuan kepada yang lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam
      Terima kasih... semoga Allah mudahkan segala2 urusan ayah tuan dan semoga ayah tuan kembali sihat seperti sediakala 😉

      Delete
  39. As Salam.
    Suami saya sudah 2 bulan lebih operate by pass. Masalah kakinya bengkak dan merisaukan kerana warna kemerahan. Dibimbangi ada jangkitan kuman. Apa perlu saya buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam
      Mak saya pernah kena infection kat kaki di bahagian jahitan... lebih elok puan segera bawa ke hospital atau klinik berhampiran supaya tidak memudaratkan....

      Delete
  40. Salam Alia Shaari
    Pada 26.10.2016 tahun lepas saye bru selesai buat pembedahan CABG..si alhamdulilah beransur pulih..but still jumpe doktor pakar lgi kat hospital tun aminah johor bahru.masih makan ubat ubatan sampai now ..kepada sesiapa yg ad famili yg nk buat bypass surgery ..saye cadangkan be strong and yakit dgn Allah ...dan redha lah dgn segala penyakit ..setiap penyakit pasti ad penyudahnye ..skrang sudah 11 bulan berlalu saye masih dlm pantang ..makan dn minum kene jaga ..masih makan ubat ubatan lagi .setiap 3 or 4 bulan ada temujanji dgn doktor pakar di hospital johor bahru ..sesiapa nk share bole lh.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam En Razali Lee
      Alhamdulillah & terima kasih..
      Saya doakn moga en beransur pulih sepenuhnya.. Allahumma aminn 😊

      Delete
  41. Assalamualaikum. Husband sye bru jer lepas menjalani pembedahan bypass 2 saluran.. Suami sye umur 32thn..baru sje 5mggu berpantang.. Nak tanye sis jenis ikan apa yang suami saya boleh mkn yer... Untuk masak stim.. Tq sis.. Sbb slalu confius bila nk msk.. Xthu blh mkn ke x.. Tkt bernanah ke ape... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W’salam
      Masa rawatan nk pulihkan jahitan pembedahan tu... perbanyakkan makan sayur & buah buahan... ikan pulak.. selalu masak stim je.. ikan siakap dgn ikan bawal... ikan kembung pun boleh... ikan tenggiri pun blh mkn jugak... sup pun boleh jugak... tapiii kena ingat... kolesterol pun kena jaga....
      harap sikit sebanyak dapat membantu... semoga suami puan segera sembuh seperti sediakala... aminn 😉

      Delete
  42. Assalamualaikum sy nak tnya emak awak lepas operation batuk2 ke?cz hsbn sya sdh 2bln operation tp tiap mlm batuk x brhnti2 dr cek paru2 ok jg mcm mna pengalaman awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W’salam
      Alhamdulillah lps operation mak sy tak batuk pun... pendapat saya... better elakkan berada di khalayak ramai... Blh pakai mask utk elakkan dr brjangkit dr org lain... sbb pesakit akn mudah brjangkit dr pembawa.... takut yg dtg ziarah tu yg membawa virus...(elok kita mengelak dr jd lg teruk). Apa2 pun sy doakn semoga suami puan sihat seperti sediakala.... aminnn...

      Delete
  43. Saya pun baru 3 hari discharge buat bypass kat ijn di bawah grup dr rais & the geng.. tp 3 jari kiri saya masih terasa kebas..camne tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok kalau tuan terus berjumpa dgn Dr Rais dan mendapatkan rawatan lanjut dr beliau.... semoga di beri kesembuhan... aminn

      Delete
  44. As'salam Puan,

    terima kasih atas info yg b'guna nie...ayah sy akan buat operation bypass 16/04/18...sy pun mcm puan tak tahu apa yg perlu dilakukn utk menjaga ayah lps bypass nie...semoga info yg puan berikn nie dpt membantu mereka2 yg memerlukn...terima kasih bnyk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. W’salam

      Semoga info ini memberi manfaat dan semoga segala urusan ayah tuan dipermudahkan serta diberi kesembuhan yg sempurna.... aminnn...

      Delete
  45. Asmlkm puan, sy ingin bertanya, ayah sy baru saja menjalani oembedahan bypass dan sy ygk kaki ayh bengkak.. .ayah sukar utk bergerak... Boleh ke cadangkan krim atau ubat yg puan guna semase ibu puan bengkak kaki.. .terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W’salam
      Kaki bengkak & sukar utk bergerak ni pernah dialami olh ibu saya pd masa slps pembedahan dulu... jadi saya sarankan agar terus shj membawa ayah puan/tuan ke hospital & brjumpa semula dgn dr yg merawat...itu lebih baik & selamat... wallahualam... semoga dipermudahkan segala urusan...

      Delete
  46. suami saya did bypass on 23/04/2018 di PPUM. Dah balik rumah pada 28/04/2018.
    sebelum suami buat bypass, saya dapat banyak ketahuan daripada blog ini.
    Dapat tau banyak kes berjaya, baru tidak rasa risau sangat.
    Terima kasih kepada semua yang berkongsi pengalaman di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat. Setiap org mengalami pengalaman yg berbeza2. Harap terus dptkn info yg tepat dgn Dr. Disini sy hanya brkongsi pengalaman saya menjaga emak sy... semoga suami puan diberi kesembuhan & kesihatan yg baik...

      Delete
  47. Terima kasih banyak tips yg dikongsikan.
    Bagaimana dgn luka di kaki, Bagaimana hendak merawatnya agar cepat sembuh.

    ReplyDelete
  48. Alloo...admin...sy nak tnya...sy ada abng yg kena jangkitan kuman jantungnya...so dokte cakap solution dia nak bgi ubat antibiotik utk mematikn kuman...sekiranya cara ini x brkesan trpksa menjalani pembedahn jntng...tetpi cara ini x dijamin sepenuhnya....adakh dgn ubt antibiotik ini blh mematikn kuman trs3but....t.q...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan blh refer terus pada dr yg merawat... maaf.. saya bukan Dr..... di sini sy hanya brkongsi pengalaman sy....

      Delete
  49. Salam. Banyak info yg saya dapat.tqvm.

    ReplyDelete
  50. Suami saya akan buat by pass pd 4/12/2018 nnti. Tksih atas info dar Pn Alia. Sangat mmbantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan... pastikan puan jelas dgn penerangan Dr ttg segala risiko selepas pembedahan kerana setiap org sgt berbeza2.... harap suami puan sihat seperti sediakala

      Delete
  51. Nak tanya, lepas sebulan, mak masih sakit didada tak?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak sy tak mengalami apa2 sakit selepas pembedahan. Baru2 ni mak sedara sy juga melakukan pembedahan & di takdirkn terkena stroke... sy harap... apa2 pun yg dirasa tak kisah sakit kepala sekalipun... segera refer pd Dr. atau segera ke emergency... (bukan utk menakutkan tetapi better ambil tindakan yg cepat sebelum melarat atau memudaratkan)

      Delete
  52. Lepas sebulan mak masih sakit didada tak?

    ReplyDelete
  53. Hi nak ty, adakah after operation dlm 1 month mctu, pesakit still xde selera mkn n muntah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Tak de selera makan selepas pembedahan itu memang betul tapi muntah tu saya kurang pasti, boleh terus bawa pesakit ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Semoga dipermudahkan segalanya...

      Delete
    2. Tak selera makan tu bergantung pada kita...tp muntah tu tak pasti sbb saya tak pernah muntah selepas buat bypass.

      Delete
  54. Salam,,nak tya bapa sy baru 1 bulan lebih pembedahan bypass..yg menjd kerisauan kami anak2 bapa batuk berdarah semula..kesan dr apa boleh batuk berdarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam
      apa pun yang berlaku even demam sekalipun, sila bawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semoga dipermudahkan urusan.

      Delete
  55. Info yg byk membantu. My fil bru operation by pass 11/11/19 last month. Buat kt specialist hospital sg buloh. Kos operation by pass utk awam murah below rm8k klu tuk senior ctizen, klu private around rm40-70k. Cuma yg menjadi kerisauan lepas dischrg my fil selalu kne gelap mata,and always kene demam..my fil ada darah tggi,kencing manis..ni plak bfore operation bypass fil kne ketumbuhan dlm hati plak..nk kne tgu jantung pulih spenuhnya bru operate hati plak..Allahhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.....saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusannya dan semoga beliau diberi kesembuhan yang sempurna....aminn Allahumma aminn...

      Delete
  56. Assalamualaikum sis ayah saya baru lepas buat bypass jantung, skg msh di icu dah 5 hari,2 hari ini die baru boleh mkn tapi tidak selera mkn pon 2 suap shje berape lama iya tempoh ayah sy dalam keadaan mcm tu iys..

    ReplyDelete
  57. Pengalaman puan byk membantu saya dlm membuat persediaan utk suami sebelum, semasa dan selepas pembedahan bypass.
    Suami saya masih di IJN dan Alhamdulillah hari ini 15/10/21 telah dimasukkan ke wad biasa dari 13/10/21 (hari pembedahan). Saudari lebih bernasib baik dapat menjaga emak dan boleh lihat semuanya didepan mata berbanding saya yg boleh lihat suami melalui video call disebabkan menjaga sop yg ketat bagi penularan covid kepada pesakit.
    Saya akan terus membaca pengalaman puan sebagai panduan bagi penjagaan selepas pembedahan pula. Terima kasih tidak terhingga dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami pun dah keluar wad ke? SOP sekarang waris x boleh tggu...

      Delete
  58. Boleh saya tahu,bg yang masih bekerja berapa lama cuti sakit yg akan Dr berikan selepas pembedahan jantung?

    ReplyDelete
  59. Salam sejahtera
    Saya muru dimana selepas buat angio di dapati 3 blocked
    2 100% dan 1 lagi 80% dimana doctor nasihat muat bypass .Cuma nak tanya block tu ikut kan memang kritikal ke.Sebab saya yg umur 47 dan 1st time .
    Saya ada refer pada ijn dan dapat appointment pada 8/3/22 consult pada doctor .Dalam situation mcm ini berapa lama ya akan bagi date UTK bypass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Konvensyen WHO jika ada 3 saluran blocked masa angiogram, macam jatuh WAJIB kena buat bypass..Tiada pilihan lain..Serahkan kepada Allah..Alhamdulillah saya dah bypass 3 salur di IJN pada 25.8.23

      Delete
  60. Berapa ya kos akan dicaj IJN utk by pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cm Ayah sy rm37 ribu...baru 2 minggu pmbedahan

      Delete
  61. Sis....boleh cadangankn menu untuk pesakit bypass tak...tq ye

    ReplyDelete