Saya mulakan hari-hari saya dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi diatas setiap limpahan kurniaanNya. Yakin dan redhalah dengan takdir-takdir Ilahi kerana di sebalik ujian dan dugaanNya itu sebenarnya ada tersimpan hikmahNya yang sangat indah ;))
Saya menyusuri hari-hari saya tanpa sesaat pun saya mengenepikan wajah emak di dalam kotak fikiran saya. Kerinduan, kerisauan yang teramat sangat, memandangkan keadaan emak yang kurang sihat dan terpaksa menetap di rumah abang di KL sementara menunggu 20 Mac 2012 untuk admitted di IJN dan seterusnya 23 Mac 2012 untuk buat bypass.
Adakalanya, jika ada kelapangan, saya akan menghubungi emak dan berbual dengannya. Suaranya senantiasa ceria dan bersemangat. Mungkin kerana emak senang bercerita dengan saya, suatu hari, apabila saya menghubunginya, emak ada memberitahu yang beliau ada terkena serangan jantung sebanyak 2 kali di rumah abang pada waktu malam. Apabila makan ubat bawah lidah (ubat untuk mereleasekan serangan jantung) yang dibekalkan oleh IJN, sakitnya berkurangan dan reda. Sudahpastinya kerisauan melanda dijiwa saya dan terus saya memberitahu perkara tersebut kepada abang saya dan ternyata, abang saya tidak mengetahuinya. Emak seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, namun, tindakannya itu membahayakan dirinya sendiri. Emak...emak.... Saya menasihatinya supaya membawa ubat tersebut kemana sahaja sekalipun ke tandas. Doktor menasihati emak supaya tidak melakukan kerja yang berat atau memberi apa2 tekanan kepada beliau kerana jantung emak hanya tinggal 20-30% sahaja berfungsi.

16 Mac 2012 (Jumaat)
1.30 petang - Seperti biasa, apabila tertera sahaja no telefon abang atau kakak-kakak saya, pastinya perasaan berdebar-debar menusuk jiwa. Walaupun kami sememangnya selalu berhubung antara satu sama lain, namun semenjak emak sakit, perasaan risau dan takut senantiasa menyelubingi jiwa. Takut berita yang tidak diingini menerjah di pendengaran saya. Dengan lafaz Bissmillah, saya menjawab panggilan. Tiba-tiba abang saya bertanya, "kalau mak pening...apa maknanya?" Terus saya rasa cemas kerana dalam keadaan mak yang sebegitu apa-apa kemungkinan boleh berlaku...Tanpa berfikir panjang, terus sahaja saya menyuruh abang saya memasukkan ubat di bawah lidah dan menunggu 10-15 minit. Jika masih tidak reda, saya menyuruh abang saya membawa emak ke emergency.
Selang beberapa minit, abang saya menghubungi saya semula dan menyatakan keadaan emak semakin teruk, ubat bawah lidah seolah tidak berfungsi untuk meredakan serangan tersebut. Ya Allah, saya hanya mampu berdoa dan berdoa agar emak selamat. Adik beradik yang lain sudahpun dimaklumkan dan kakak-kakak saya yang berada di sekitar KL bergegas ke rumah abang saya. Setiap beberapa minit, saya menghubungi abang saya semula, dan keadaan emak bertambah teruk. Beberapa kali emak ke tandas akibat terlalu sakit. Salah seorang kakak saya terus menghubungi sahabatnya yang berkerja di IJN dan memaklumkan keadaan emak, dan sahabatnya meminta emak dibawa ke emergency IJN dengan segera. Tanpa berfikir panjang, abang saya membawa emak ke emergency IJN. Dirumah, emak kena serangan jantung sebanyak 2 kali dan keadaannya sangat lemah, tiba sahaja di IJN, emak kena satu lagi serangan dan kali ini di bahagian dadanya yang mengakibatkan emak langsung tidak berdaya untuk berjalan. Abang saya terpaksa memangku emak menurunnya dari kereta dan membawa emak ke emergency.
PERINGATAN:
Sekiranya pesakit [dalam tempoh menunggu untuk masuk wad ke IJN atau mana2 hospital yang sepatutnya sebelum pembedahan bypass] terkena serangan, sila bawa pesakit ke hospital yang berkenaan. Dalam kes mak saya...IJN..jadi sebelum apa2 yang lebih teruk terjadi...SEGERA lah membawa pesakit ke emergency supaya doktor yang merawat boleh bertindak segera untuk menyelamatkan pesakit.
Dalam kes emak saya... emak merahsiakan serangan jantungnya. Betul emak tak nak menyusahkan anak2. tetapi sekirnya berlaku serangan yang pertama..terus sahaja segera dibawa ke emergency bagi mengelakkan adanya serangan yang kedua dan ketiga...kerana ia boleh melemahkan lagi jantung pesakit...
Di dalam emergency, doktor mengesahkan keadaan emak unstable. Jantung emak lemah kerana serangan yang bertalu talu. Abang saya menghubungi saya dan kakak saya yang kebetulan berada di Hospital Pantai melawat bapa mertuanya, meminta kami ke KL kerana keadaan emak sangat kritikal. Tanpa berfikir panjang, selesai solat zohor di pejabat, saya terus berlari ke bahagian pengurusan dan mengisi buku rekod keluar masuk staff dan memaklumkan kepada rakan sekerja (yang kebetulan berada di pejabat) bahawa emak saya kritikal di IJN.
Perjalanan dari tempat kerja ke rumah terasa sangatlah jauh. Dalam perjalanan, saya tidak henti-henti berdoa agar emak diberi kekuatan untuk melawan sakitnya .."Ya Allah..selamatkan emak..." [ayat ini tidak henti2 saya ucapkan dibibir saya.....]
Sampai sahaja di rumah, air mata tidak dapat ditahan lagi. Dengan perasaan sebak, saya memberitahu kepada abah yang berada dirumah bahawa emak kritikal di IJN. Terus saya menghubungi suami saya memaklumkan keadaan emak dan kami akan terus sahaja ke KL. Semua saudara mara telah dimaklumkan akan perkara tersebut. Petang itu, tanpa membuang masa, saya, suami, kakak dan mak teh (adik mak) terus sahaja ke KL. Sementara abah akan menyusul kemudian bersama abang ipar saya.
Sepanjang perjalanan, saya tidak henti-henti membaca Al-Fatihah untuk emak. Semoga Allah memberi kekuatan kepada emak untuk melawan sakitnya dan semoga Allah meringankan bebanan sakit emak. Abang saya dari semasa ke semasa memberitahu keadaan emak dimana emak sudahpun dimasukkan ke ICU dan masih berkeadaan unstable.
Syukur Allah menyelamatkan perjalanan kami, kami akhirnya selamat sampai ke IJN dan sempat melawat emak di ICU kerana waktu lawatannya sangat terhad dan hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa.
Saya ditemani emak saudara saya mak teh, melangkah masuk melawat emak. Ya Allah..bagai terguris-guris hati saya apabila melihat keadaan emak yang penuh dengan wayar sana-sini. Emak kelihatan lemah. Seorang doktor ditempatkan disebelah emak. Doktor memberitahu kepada saya dan mak teh yang emak baru sahaja terkena serangan jantung untuk kali ke 4. Ubat bawah lidah diberi tetapi badan emak tidak boleh menerimanya lagi, ubat yang dosnya lebih tinggi terpaksa di masukkan ke dalam badan emak secara terus menerus bagi menstablekan keadaan jantung emak. Dan emak hanya bergantung kepada ubat semata-mata. Doktor menjangkakan, pada hari isnin, emak akan menjalani pembedahan bypass bergantung kepada kestabilan jantung emak dan mungkin tarikh itu akan berubah mengikut kekuatan badan emak. Selepas melangkah keluar dari ICU, air mata tidak dapat ditahan lagi. Sedih melihat keadaan emak yang lemah. 4 kali emak terkena serangan jantung dalam satu hari sahaja dan keadaan itu melemahkan jantung emak...
Hanya kepada Allah kami bergantung harap. Kerana hanya Dia sahaja yang dapat menentukan segala-galanya. Saya tidak henti-henti berdoa dan berdoa agar Allah terus-terusan memberi kekuatan kepada emak melawan sakitnya. Doa adalah senjata yang paling mujarab untuk kita umat islam. Tiada tempat untuk mengadu melainkan kepadaNya. Ya Allah...selamatkanlah ibuku...berikanlah padanya kekuatan dan sembuhkanlah penyakitnya itu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyembuh Ya Allah...aminnn...aminn... Ya Rabb...
17 Mac & 18 Mac 2012
Emak masih di ICU. Sebetulnya ICU adalah tempat untuk pesakit-pesakit yang telahpun menjalani pembedahan bypass. Sepatutnya emak ditempatkan di CCU, oleh kerana CCU telah penuh dengan pesakit, emak terpaksa ditempatkan di ICU dan kerana itu jugalah emak terpaksa berhadapan dengan pesakit-pesakit yang tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan bypass. Dan secara tidak langsung, ini sedikit sebanyak mengganggu emosi emak dimana emak sendiri dapat membayangkan keadaannya begitu selepas bypass, dengan tabung darah yang penuh di bawah, dengan tiub bantuan pernafasan dan lebih menakutkannya apabila orang itu tidak sedarkan diri.
Emak sempat memberitahu kepada mak teh (adiknya), yang sebetulnya, doktor tahu berapa kali emak terkena serangan jantung, di rumah abang saya sahaja, emak kena serangan 2 kali dan di rumah kakak saya sekali, 2 hari sebelum emak kena serangan yang teruk.
Pandai emak menyimpan rahsia.
Emak sedikit gembira apabila adik lelaki bongsunya datang melawatnya. Apa yang lebih menggembirakan emak, apabila kakak iparnya (mak long) yang akan menunaikan umrah, sempat melawat emak dan memeluknya memberi kata-kata semangat kepada emak. Mak long memberitahu emak akan mendoakan agar emak selamat dan sihat di hadapan kaabah ketika berada di Mekkah al-mukarramah nanti....Syukur al-hamdulillah... terima kasih mak long... semoga Allah makbulkan doa kita semua...amin...
Keadaan emak semakin pulih dan stable. Doktor telahpun mengesahkan bahawa pada tarikh 19 Mac 2012 (Isnin),emak akan menjalani pembedahan bypass pada jam 8.00 pagi. Emak sendiri telahpun menandatangani borang persetujuan untuk dibedah.
"Semoga emak selamat didalam pembedahan tersebut dan pulih seperti sediakala....aminn Ya Allah..."
19 Mac 2012 (Isnin)
Seawal jam 5.00 pagi, kami telahpun bangun dan menunaikan solat sunat, berdoa hanya padaNya agar mempermudahkan proses pembedahan dan yang paling penting, berdoa agar emak selamat dalam pembedahan tersebut. Semoga Allah kuatkan semangat emak untuk menempuhi pembedahan tersebut dan memberinya ketenangan. Semoga Allah memberikan keredhaan dan ketabahan kepada kami sekeluarga untuk menerima apa jua takdir yang ditetapkan untuk kami. Sesungguhnya hanya padaNya kami bertawakkal....
Jam 7.30 pagi kami semua sudahpun berada di ICU. Kami dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan emak sebelum emak di tolak masuk ke OT. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu apabila memandang wajah emak yang tenang, namun saya pasti, gementar dihati emak lagi hebat dari kami semua. Saya bersalaman dengan emak dan mencium pipi emak sambil memberi kata-kata semangat kepada emak..."emak..emak jang risau ya... emak akan selamat..doa kami semua senantiasa bersama emak....jangan berhenti berzikir ya mak..... kami semua sayang emak.... kuatkan semangat mak...." emak seolah tidak mahu melepaskan genggaman tanganku. Ya Allah..kuatkan hatiku untuk menahan air mataku dari menitis. Saya melihat abang juga memberi kata-kata semangat kepada emak.
Sebelum emak ditolak masuk ke dalam OT, kami semua berkumpul dan menggenggam tangan emak. Emak memandang wajah kami adik beradik termasuk abah, seorang demi seorang. Air mata tidak dapat ditahan lagi... Ya Allah..selamatkan emak....selamatkan emak....." :'(
Sepanjang pembedahan dijalankan, saya tidak henti-henti membaca surah Yassin agar tiada apa-apa komplikasi berlaku di sepanjang pembedahan tersebut. Agar Allah memudahkan urusan Doktor Rais dalam menjalani pembedahan terhadap emak saya. Sebetulnya, bukan saya seorang sahaja yang membaca yassin di tempat menunggu di ICU tersebut. Semua keluarga yang mana ahli keluarga mereka melakukan pembedahan pada hari itu, semuanya membaca yassin dan berdoa. Kami saling berkenalan dan saling berdoa untuk kesemua ahli keluarga yang menjalani pembedahan pada hari itu agar semuanya selamat termasuk emak. Syukur padaMu Ya Allah..kerana dapat mengenali insan2 seperti mereka yang senantiasa mengingatiMu....
Pembedahan emak berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang (7 1/2 jam). Syukur padaMu Ya Allah kerana pembedahan itu berjaya dan emak selamat. Emak di bawa masuk ke ICU semula dalam keadaan dirinya tidak sedar dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan yang dimasukkan ke tekak dan kakinya. Doktor Rais menjelaskan kepada kami semua bahawa pada permulaan di dalam OT, tiba-tiba sahaja jantung emak laju, akibat daripada serangan sebelum ini. Doktor sedikit panik. Namun sebagai hambaNya, tiada tempat lain untuk bermohon melainkan kepadaNya dan syukur al-hamdulillah, beberapa minit kemudian, jantung emak kembali stable dan proses pembedahan dapat dijalankan dengan lancar... Terima kasih Ya Allah....
Hati berasa sayu melihat keadaan emak yang dipenuhi dengan wayar. Di serata badan dan tangan. Silider darah diletakkan di bawah katil emak. Ya Allah... rasa terseksanya melihat keadaan emak sebegitu. Emak akan direhatkan sehingga pagi esok. Doktor menasihatkan agar kami semua berdoa semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku dan semoga emak dapat disedarkan.
20 Mac 2012 (Selasa)
12.30 tghari - Syukur padaMu Ya Allah kerana emak telahpun sedar namun masih dibawah kawalan ubat (mamai). Hari ini juga emak saudara saya "mak yang" (adik mak) , kakak emak (wan chik) , anak-anak saudara emak (kak nanim dan kak nid) datang melawat emak. Emak masih tidak boleh bercakap dan bergantung kepada tiub bantuan pernafasan. Kawan masjid emak iaitu auntie Noriah (mak yayang- kawan sekolah saya) dan yayang sendiri datang melawat emak. Apa yang menyedihkan saya, apabila nurse tidak membenarkan emak tidur tetapi keadaan emak masih dikuasai ubat. Emak, dengan menggunakan bahasa isyaratnya meminta saya mengelap wajahnya supaya beliau tidak mengantuk. Apa yang lebih menyedihkan, emak terpaksa menulis menggunakan bahasa isyarat jarinya meminta kain itu dibasahi dengan air yang banyak.... Subhanallah...kuatkan hatiku ya Allah... melihatkan kuatnya semangat emak...saya yakin...emak akan segera pulih.
6.00petang - Sekali lagi kami semua dibenarkan masuk untuk melawat emak. Dan kali ini..bantuan pernafasan emak telahpun dibuka. Dengan tiub pernafasan yang dimasukkan melalui hidung, emak boleh bernafas sendiri. Namun emak masih di bawah kawalan ubat. Matanya mengantuk tetapi tidak dibenarkan tidur kerana dikhuatiri tahap oksigen tidak mencukupi untuk sampai ke otak. Kami sekeluarga memberi sokongan kepada emak agar tidak tidur. Emak sedaya upaya untuk membuka matanya dan meminta kami tidak henti-henti mengelap wajahnya dengan air. Mak yang mengajar emak berzikir dan alhamdulillah emak mengikutinya. Petang itu juga semua sedara mara terpaksa pulang kerana urusan kerja termasuklah mak yang dan kakak saya.
21 Mac 2012 (Rabu)
Hari ini hari terakhir saya berada di IJN untuk melawat emak. Saya mengharapkan agar keadaan emak semakin beransur pulih.
12.30 tghari - Saya dan mak teh melangkah masuk ke ICU. Saya membawa bersama air zam zam yang dibeli di kedai arab berdekatan dengan rumah abang saya. Syukur kerana emak dah boleh bernafas sendiri, namun oksigen yang secukupnya terpaksa diberi bagi mengelakkan kekurangan oksigen sampai ke otak. Saya memberitahu emak, saya membawa air zam zam dan emak bersedia untuk minum. Kebetulan makanan tengahari diberi dan mak teh menyuapkan emak makan, namun tekak emak tidak dapat menerima makanan kerana sakit kesan daripada tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam kerongkong emak semasa pembedahan tersebut. Rasa kesian melihat emak. Sedari pagi tadi, nurse memberitahu, emak asyik muntah dan tekanan darah emak masih menurun. Doktor terpaksa memasukkan 3-4 pine darah bagi mengelakkan pendarahan berlaku. Emak hanya makan 2 suap kanji walaupun berkali dipujuk untuk makan lagi bagi memberi tenaga kepada emak, namun emak menolak. Emak masih tidak sedar sepenuhnya kerana kesan dari ubat tersebut dan faktor umurnya yang dah meningkat. Kami masih berharap agar emak kuat melawan semua itu. Oleh kerana tugasan yang sedia menanti saya dan tempoh cuti saya telahpun tamat, dengan berat hati saya memberitahu kepada emak bahawa saya terpaksa pulang dan berjanji akan datang semula pada hari sabtu. Emak mengganggukkan kepala dan sempat berpesan agar berhati-hati dalam perjalanan. emak..emak.... dalam keadaan begitu hmasih sempat memikirkan keselamatan orang lain. Saya sempat berpesan kepada nurse yang bertugas agar memberikan air zam zam tersebut setiap kali emak meminta minuman. Lebih teruja apabila nurse (yang bergama kristian) meminta izin saya untuk mengambil air zam zam tersebut untuk dicampurkan ke dalam tiub ubat emak. Syukur Ya Allah...
Syukur alhamdulillah, saya, abah dan suami selamat sampai ke Ipoh.
Malam - Selesai solat maghrib, saya menerima panggilan dari bapa saudara saya (ayah ali - suami mak teh) meminta saya menghubungi mak teh dengan kadar segera kerana keadaan emak yang tiba-tiba lemah. Tersirap darah saya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. Dengan perasaan yang berdebar dan gementar, saya terus menghubungi mak teh. Mak teh menjelaskan keadaan emak petang tadi semakin lemah dan tidak bermaya. Emak asyik muntah tak henti-henti dan kerana itu doktor terpaksa memasukkan ubat tahan muntah yang paling kuat untuk emak dan memasukkan darah beberapa pine lagi bagi mengelakkan pendarahan berlaku. Tekanan darahnya juga tidak stable dan emak masih bergantung kepada tiub pernafasan. Luluh rasanya hatiku ini. Mak teh meminta kami semua membaca yassin bersama-sama, berdoa agar emak kembali pulih dan diberi kekuatan melawan sakitnya. Abang saya bersama anak-anak dan sepupu saya, sedang membaca yassin beramai-ramai dan membuat solat sunat hajat. Saya menghubungi emak saudara saya "mak yang" memberitahu akan perkara tersebut. Kalau diikutkan hati kejap itu juga saya ingin ke KL semula untuk melihat emak. Saya memberitahu perkara tersebut kepada abah dan suami. Kami bersama-sama membaca yassin dan membuat solat hajat agar diberi kekuatan kepada emak untuk melawan sakitnya. Semoga Allah memakbulkan doa hambaNya yang hina ini....
Tidak berapa lama kemudian, abang menghubungi saya dan meminta saya bersabar dan menunggu sehingga esok. Jika keadaan emak masih tidak berubah, barulah saya dibenarkan ke KL. Kita sekeluarga telahpun berusaha kerana hanya padaNya sahaja tempat untuk kami bermohon segala-galanya. Abahlah orang yang paling sedih selain kami adik beradik. Sehingga lewat malam abah masih bermunajat kepadaNya memohon agar kesihatan isterinya (emak) beransur pulih. Sedih dan terharu melihat keadaan itu. Harapan agar Allah memakbulkan doa kami semua...
Tidur malam saya tidak seindah biasa. Setiap detik saya asyik terjaga dan terus berdoa untuk emak. Walaupun berat hati untuk ke tempat kerja, namun, saya terpaksa gagahkan juga. Kesedihan dan kegusaran hati saya, dibawa bersama ke tempat kerja tanpa dapat saya selindung lagi. Mata masih bengkak akibat dek kesan menangis malam tadi.
22 Mac 2012 (Khamis)
12.30 tghari - Saya menerima panggilan daripada abang saya. Perasaan berdebar-debar bercampur baur, saya berharap agar tiada berita yang buruk yang saya terima. Dengan lafaz Bissmillah, saya menjawab panggilan. Kedengaran suara ceria abang saya..
"berkat bacaan yassin dan doa abah dan kita semua...hari ni mak dah boleh duduk dan berdiri...."
Ya Allah... hamba bersyukur kepadaMu...saya menangis gembira. Perasaan itu tidak dapat ditahan-tahan lagi. Abang saya memberitahu, emak dah sedar sepenuhnya dan boleh bercakap dan bersembang seperti biasa. tidak muntah dan telah diajar berdiri. Syukur padaMu ya Allah...syukur padaMu Ya Allah....
Tidak berapa lama kemudian, mak teh pula memberi message mengatakan keadaan emak yang beransur pulih. Itulah keajaiban Ilahi. Sekiranya kita bergantung harapa kepadaNya, maka Allah tidak akan pernah mengecewakan kita... Syukur Ya Allah...hanya itu sahaja yang mampu saya ucapkan...
Saya terus sahaja menyampaikan berita gembira itu kepada abah dan mak yang di kampung. Tiada ucapan lain yang kedengaran melainkan rasa syukur kepadaNya.
23 Mac 2012 (Jumaat)
Perkembangan tahap kesihatan emak amat baik. Emak dipindahkan ke HDU. Emak dah pun boleh berbual, makan dan duduk seperti sediakala. Sekali lagi hamba bersyukur kepadaMu Ya Allah....
24 Mac 2012 (Sabtu)
9.00 pagi - Saya, suami dan abah bergerak ke KL. Kali ini kami diikuti oleh mak yang sekeluarga. Kami sampai lebih kurang jam 12.30 tghari dan terus sahaja ke IJN melawat emak. Disana saya berjumpa dengan kakak-kakak saya yang sedia menanti kami. Emak masih lagi di HDU dan dijangka akan dimasukkan ke wad biasa pada sebelah petang nanti. Sekali lagi saya mensyukuri dengan berita gembira tersebut. Syukur padaMu Ya Allah. Kelihatan berlinangan air mata emak apabila adiknya datang memberi salam kepadanya. Itulah hebatnya kasih sayang adik beradik. Ibaratnya, air dicincang tidak akan putus. Terharu dengan apa yang berlaku didepan mata, saya terus meninggalkan mereka berdua membiarkan mereka berbual.
Petang - Saya membawa ibu mertua saya melawat emak yang telah pun dipindahkan di wad biasa. Emak dah boleh duduk dan berbual mesra. Ibu mertua saya mengakui yang emak kelihatan ceria. Hati ini terasa amat gembira melihat perkembangan emak yang semakin beransur pulih walaupun tidak sepenuhnya, namun masih mengharapkan agar tahap kesihatan emak lebih baik dan baik untuk selamanya....Dan keluarga mak yang balik ke Ipoh, malam ini juga... terima kasih diatas doa dan keprihatinan kalian semua....
Lewat petang - barulah kami semua beransur untuk pulang. Kakak saya menawarkan diri untuk menjaga emak, tetapi ditolak oleh emak. Sudah menjadi kebiasaan, emak sememangnya tidak suka menyusahkan kami semua kecuali jika emak benar-benar tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Katanya nurse di wad tersebut sedia membantunya. Sebelum kami meninggalkan emak, saya dan kakak saya membawa emak ke bilik air. Melihat keadaan emak yang terpaksa menaiki welchair, dan terpaksa dipimpin, hatiku tiba-tiba sayu. Kesian emak...
25 Mac 2012 (Ahad)
12.30tghari - Kami pergi melawat emak. Kebetulan emak baru sahaja lepas makan. Kali ini, emak memerlukan bantuan kami untuk menjaganya disebelah malam. Di situ saya yakin, emak benar-benar tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Dan sememangnya sedari awal lagi, tujuan utama saya ke sana adalah untuk menjaga emak di wad, saya menawarkan diri untuk menjaga emak kebetulan esok (isnin) saya cuti kerana suami saya terlibat di dalam mesyuarat di Putrajaya.
Lebih menggembirakan emak apabila, cucu-cucunya yang teramat merinduinya membuat kad khas untuk opahnya. Memandangkan emak rapat dengan cucunya, maka emak disayangi oleh cucu-cucunya. Kad yang dibuat sendiri dan tertulis kata-kata.."saya sayang opah saya..." "semoga opah cepat sembuh" "saya rindu opah saya...mmuahh..mmuuaahh..." membuatkan mata emak bergenangan dengan air matanya. Gembira kerana disayangi oleh cucu-cucunya. Sekurang-kurangnya kata-kata tersebut membuatkan emak lebih bersemangat untuk melawan sakitnya itu.
Jam 9.00malam - Saya dihantar oleh suami saya ke wad Mawar - Wad yang menempatkan emak dan rakan-rakannya yang sekali operation dengan nya pada 19 Mac 2012. Dan disitu, saya bertemu kembali dengan keluarga2 pesakit yang membuat bypass sama dengan emak. Kami seperti satu keluarga, saling bertukar-tukar pengalaman. Dan disitu juga barulah saya tahu, sebenarnya, ramai juga pesakit yang selepas melakukan bypass meninggal dunia. Mengikut cakap mak cik yang baik dari Terengganu, ramai yang meninggal dunia di sebelah tempat suaminya duduk di ICU. Syukur kerana suaminya dan emak saya selamat... Semuanya atas kekuasaan Ilahi... Di Wad itu, tidak kira melayu, cina atau india, kami berkongsi cerita yang sama. Melalui nasib yang sama. Kami seperti satu keluarga yang sangat rapat. Setiap kali ada antara pesakit yang dapat keluar...PASTI mereka akan datang ke tempat emak dan mengucapkan kata2 semangat kepada emak... [ya Allah.. bila terkenang balik...bergelinangan air mata saya...sedih kerana mereka tersangat baik dan sangat memahami...]. Ya..sesungguhnya, saya tersedar dari keberuntungan diri..rupanya masih ada yang lebih payah dari apa yang saya dan keluarga alami. Timbul rasa keinsafan di hati. Allah Maha Besar.
Sesekali saya memandang wajah pucat emak. Sememangnya duduk di wad (menjaga orang sakit) saya tidak dapat melelapkan mata. Wajah tua itu saya pandang. Kasih sayangnya tidak berbelah bahagi. Emaklah insan yang paling sabar yang pernah saya kenali seumur hidup saya. Insan yang telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayangnya. Saya sayang mak... :')
Disepanjang malam itu, mak cuma tersedar 2 kali sahaja. Pertama jam 3.00 pagi, emak meminta air teh panas, yang saya bawa tadi untuk di teguk bagi memanaskan badannya di dalam suhu yang sejuk itu. Kali kedua emak meminta saya untuk membetulkan katil dan bantalnya agar lebih selesa.
Jam 5.30 pagi - Nurse datang untuk mengambil bacaan suhu badan dan tekanan darah. Syukur al-hamdulillah, tekanan darah emak sangat baik dan emak tidak demam.
Jam 6.00 pagi - Kedengaran azan subuh berkumandang . Kelihatan air mata emak bergelinangan. Saya memahami perasaan emak. Lantas saya mengajak emak ke bilik air, untuk mandikan emak dengan air panas.
Pagi itu, saya mandikan emak, mengajar emak berjalan - emak pegang welchair sambil berjalan dan membawa emak duduk di ruang santai untuk menonton televisyen. Sekurang-kurangnya boleh menghilangkan rasa kebosanan emak.
26 Mac 2012 (Isnin)
Sepanjang hari saya menjaga emak. Menemani emak sarapan, membawa emak ke toilet, berbual dengan emak dan membawa emak ke fisioterapi. Saya makan tengahari bersama emak dimana makanan saya iaitu mee goreng yang saya beli di kantin IJN manakala emak makan makanan yang disediakan oleh pihak hospital. Kami merasai makanan masing-masing. Mak kata makananku sedap lagi. Apa tidaknya, makanan emak ditaruh ubat dan terasa pahit, lalu saya memberi sedikit mee goreng kepada emak. Perasaan gembira melihat emak sedikit berselera makan. Sempat bergurau senda dengan emak.
Sebelah petang - saya menemani emak ke sesi kaunselling bagi senaman ringkas dan penjagaan selepas pebedahan. Rupanya susah dan sukar juga menjaga rawatan selepas pembedahan. Jantung tidak menjadi masalah utama lagi. Yang menjadi masalah utama adalah kesan pembedahan di dada dan kaki. Penjagaan rapi diperlukan bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sedikit senaman ringkas juga diperlukan bagi meningkatkan stamina badan. Apa yang lebih membanggakan, emak berjalan (dipinpin oleh saya) untuk ke bilik kaunseling itu...Sekali lagi rasa syukur kepadaNya yang tidak terhingga diatas perkembangan positif emak.
Jam 2 petang, saya menerima panggilan dari abang saya untuk mengambil saya pulang. Saya menyatakan kepada emak. Dengan perasaan berat hati, saya meninggalkan emak dan berjanji akan datang semula sebelum pulang ke Ipoh malam nanti. Emak meminta saya membawa abah sekali sebelum pulang dan itu sudah semestinya.
Dirumah abang saya - Saya menjelaskan secara terperinci cara-cara tentang penjagaan emak. Abang saya dan kak sarah (kakak ipar) memahaminya.
Lewat petang - Saya, suami dan abah sudahpun bersedia untuk pulang ke Ipoh. Sebelum pulang, kami singgah ke IJN untuk melawat emak. Hampir 1 jam kami berada di situ, saya sempat membawa emak ke tandas, akhirnya tiba masa untuk kami pulang. Terasa sayu dan hiba untuk meninggalkan emak. Jika diberi pilihan, saya ingin tinggal untuk menjaga emak tidak kira berapa lama lagi emak berada di wad. Saya difahamkan mak teh akan menjaga emak pada malam tersebut. Kelihatan wajah emak nampak berat untuk melepaskan kami pergi, namun kami terpaksa kerana hari semakin lewat. Saya mencium pipi emak dan berharap akan datang semula dan melihat emak boleh berjalan sendiri. Saya menyembunyikan rasa sedih saya untuk berpisah dengan emak. Diiringi doa emak supaya perjalanan kami dilindungi Ilahi, kami terus beredar dan sempat saya memberitahu kepada abang saya.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Ipoh lewat jam 12 tgh malam. Abang saya menghubungi saya dan memberitahu bahawa mak teh sedia menjaga emak untuk beberapa hari emak berada di wad. Sekurang-kurangnya hati rasa lega. Kakak dan abang saya menanti sehingga lewat malam menemani emak.
28 Mac 2012 (Khamis)

Emak dibenarkan pulang ke rumah dengan penjagaan rapi. Syukur padaMu Ya Allah. Semoga emak cepat sembuh dan lebih bertenaga dan sihat. Doaku senantiasa untuk ibuku yang tersayang...
Bersyukur dengan apa telah ditakdirkan. Sesungguhnya keajaiban itu hanya datang dari Ilahi.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Surah Al-Baqarah Ayat 45)
Doa adalah mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.
Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.
Aku bersyukur padaMu Ya Allah... tidak akan berlaku keajaiban melainkan dengan kekuasaanMu Ya Allah.. terima kasih ya Allah...terima kasih Ya Allah.... :')

P/s: Entry kali ni panjang sikit sebab saya menceritakan day by day.... ini sebagai rujukan pada yang memerlukan...mungkin keadaan tak sama...namun...kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.....
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))
assalamualaikum kak...
ReplyDeleteterharu sungguh sy dgn kisah akak ne...trma ksh byk2 kn.serba sdkit dr kisah akak ne blh jd pengalaman buat sy. ayah sy jgk mghidap sakit yg sma.17hb ne appointment dia dgn doktor utk bgtau doktor sma nk buat by pass atau x..kalau blh nk sgt akak kongsi lg yg sy xtahu psl ne.umur emak akak msa pmbedahan tu brpa ye.usia ayh skrg 56 tahun..doktor ckp baik buat pmbedahan awl sbb jantung dia msh kuat.takut komplikasi msa pmbedahan tu je.ayh juga ada darah tggi..nk tnya pndpt akak kalau ada.tq..
Waalaikummusalam ash am...
DeletePertama sekali..terima kasih kerana sudi membaca entry akak yang tersangat panjang lebar ni...[tiba2 masa tu agak rajin menaip gamaknye...hehehe...]. Syukur alhamdulillah..sekurang2nya dapat sedikit sebanyak memberi panduan kepada insan2 yang memerlukan..tak banyak...sedikit pun jadilah kan..sebab pengalaman itu akan menjadi berbeza mengikut keadaan dan situasinya... yang penting persediaan kita...
Emak akak semasa melakukan pembedahan tu..cuma terbalikkan no tu je... 65 tahun. Maksudnya lebih berumur dari ayah awak. Dan emak akak juga ada darah tinggi yang sangat tinggi....[hehehe]. Pastikan ayah adik makan ubat mengikut arahan yang diberikan oleh doktor..
Kalau ada apa2 yang nak bertanya selain daripada diluar bidang akak...boleh je..sebab akak boleh sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman orang yang hampir dengan akak..selebihnya..tentang perubatan semua tu...seeloknya boleh terus di tanya kepada doktor yang merawat...
InshaaAllah...akak doakan semoga semuanya selamat... semoga ayah awak kuat semangat..dan jangan lupa...teruskan berdoa dan berdoa memohon padaNya agar segalanya berjalan dengan lancar ya...dan semoga sihat seperti sediakala...amin....
Assalamualaikum akk...
ReplyDeletesy juga terharu bc kisah akk..air mata sy juga trut mengalir.... mak sy br dpt thu sakit jantung, doktor nasihatkan buat bypass, ada 5 saluran tersumbat...sebelum nih mak dimasukkan wad selama 8 hari, sekrg tgg keputusan samasa nk buat atau tidak.. tp sy xsetabah akk.. sy xsggup nk tgk mak kalu dipenuhi dgn wayar2 kt bdn mak... skrg nih sy xthu nk bg keputusan samada nk buat atau x...
w'salam Eiyda Ryhan..
DeletePertama sekali tq sebab baca entry akak ni...
Itulah realitinya....Yang penting jangan pernah putus untuk berdoa kepadaNya... DIA yang menurunkan dugaan itu dan pastinya kepadaNYA kita memohon pertolongan. Alhamdulillah... ianya memberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidup akak dan dapat dikongsikan pengalaman itu disini... .
Buatlah keputusan yang sebaik-baiknya demi insan yang kita sayangi. Buat sembahyang istikharah memohon petunjuk dariNya. Yang penting...tanyakan kepada doktor kebaikkan dan keburukkannya mengikut tahap kesihatan mak awak.... InshaaAllah... akak doakan yang terbaik untuk adik dan mak adik... Apa yang penting....mak adik...dan keluarga perlu kuat semangat utk menghadapi semua ini. Pengalaman pesakit berbeza2 pada setiap orang...sebab itu penjelasan dari doktor diperlukan bagi memastikan orang yang kita sayang tu selamat..... Kena tanya doktor...kalau tak buat...apa risikonya...dan kalau buat..apa pula risikonya....
Yang paling utama... sabar dan redha... dan jangan pernah putus untuk berdoa kepadaNya.... :))))
assalamualaikum...
ReplyDeletebest sngt entry akaq nie..terharu bila saya baca..saya pun baru lepas buat pembedahan jantung dan x sangka pulak boleh doktor yang sama(dr.rais)..untung mak akaq dpt anak mcm akak..teringat pulak masa kat ijn.. :)
masa akak pergi kat fisioterapi ada x orang fisio/nurse bagitau apa aktiviti yang perlu buat kat rumah?sebab masa saya pergi fisioterapi,saya x sempat nak tanya...mohon akak boleh jwb..
semoga akak dan sekeluarga sentiasa berada di bawah lindungan Allah..thanks buat entry nie..sebab baru saya tahu ada orang yang lebih susah atau senasib dengan saya..
Waalaikumsalam coretan hati..
DeleteAlhamdulillah dan terima kasih kerana sudi membaca entry akak nih...
Syukur juga kerana selamat menjalani pembedahan jantung..tentunya insan yang merasai dan menghadapinya sendiri akan lebih memahami daripada insan yang hanya menjaga dan memerhati... Apa-apa pun akak bersyukur sangat kerana adik telahpun melepasi satu tahap yang akak kira sangat2 getir kan... namun akak tetap berbangga kerana dapat mengenali insan sekuat dan setabah adik...
Iye..mak akak dan adik dapat doktor yang sama...w/pun doktor rais ni agak kelam kabut sikit...namun dia tetap yang terbaik kan... hehehe...
Masa akak teman mak akak kat fisioterapi tu...hanya pesakit sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik itu manakala yang menjaga pesakit..perlu berada di ruang menunggu. Tiada apa penjelasan yang diberikan kepada akak...cumanya... di sebelah petang [selepas pesakit membuat fisio] ada sesi kaunseling dimana pesakit dan penjaga diberi penjelasan lanjut tentang pemakanan dan senaman ringkas ketika berada di rumah. [boleh refer pada entry akak "PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG [BYPASS]" di entry itu akak ada jelaskan sedikit ttg penjagaan [mengikut pengalaman yang ada pada ketika itu]
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.... alhamdulillah dan terima kasih di atas doa adik dan doa yang sama dari akak untuk adik..semoga sihat dan terus sihat seperti sediakala... ;))))
Allahuakbar.. Ujian hebat untuk orang yang hebat.
ReplyDeleteYang pasti semua ujian ada ganjaran pahala & penghapus dosa.
Jemput singgah blog saya:
http://pearlvta.blogspot.com
InshaaAllah =)))
DeleteGembiranya saya dan syukur alhamdulillah emak akak selamat menjalani pembedahan.. 17hb jan 2016 ni mama saya akan menjalani pembedahan bypass dan ganti injap baru..saya berasa sangat sedih sebab tak dapat temankan mama di IJN..saya hanya boleh berdoa dan bertawakal semoga pembedahan mama saya berjalan dengan lancar dan selamat.. Akak doakan untuk mama saya yah. :)
ReplyDeleteGembiranya saya dan syukur alhamdulillah emak akak selamat menjalani pembedahan.. 17hb jan 2016 ni mama saya akan menjalani pembedahan bypass dan ganti injap baru..saya berasa sangat sedih sebab tak dapat temankan mama di IJN..saya hanya boleh berdoa dan bertawakal semoga pembedahan mama saya berjalan dengan lancar dan selamat.. Akak doakan untuk mama saya yah. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAkak doakn semoga segalanya berjalan lancar dan mama fatyn sihat seperti sediakala.... Aminnn...
Walaupun kita tak ada di disisi ibu kita.... Namun doa kita akn bersama2 denganNya... InshaaAllah... kita doa sama2 ok... Apa2 nanti update ya... =)))
Aminn.. Terima kasih kak :)
DeleteAminn.. Terima kasih kak :)
DeleteAlhamdulillah syukur mama saya dah selamat dan sekarang ni di ICU. Terima Kasih ye kak :) syukur syukur alhamdulillah

DeleteالØمد لله
DeleteSemoga mama fatyn di beri kesembuhan seperti sediakala oleh yang Maha Penyembuh... Allahumma Aminn...
Jaga mama fatyn elok2 ok... Salam ukhwah =)))
YaAllah syukurlah ibu mu slmt. Skg ni suami sy plk kne sakit jntung hnya tinggl 30% shja darahnya 65. Doc nk operate so suami sy stuju. Hnya nk tggu sain surat doc. Nti doc akn transfer ke IJN. Sy amat takut jika brlaku sesuatu. Tak sggup tgk suami mnderita. Sbb doc xde jaminan. Sy hnya mmpu brdoa pd Tuhan smoga smuanya akn dipermudahkn & slamat.
ReplyDeleteإن شاء الله
DeleteKita doa sama2 ya agar suami puan selamat menjalani pembedahan.....
Semoga di permudahkan..... Aminn...
Trima kasih @Alia Shaari..... tapi doc blum bgi surat lgi sbb nk tgk keadaan ksihatan suami kalo drh dh stabil bru lah bole nk buat operation. Sblm ni doc sruh operate pd thun 2012 lgi ttpi suami sy tu dgil..sy pon x bole nk ckp ape...skg ni suami nk buat operate tu sbb dh x tahan nk tggung drita...sy brharap smuanya slmt inn sha allah
DeleteTerbaik sekali maklumat ini.
ReplyDeleteMak saya juga akan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 08/11/2017...
Allahu... berkeceramuk perasaanku sekarang nie.
Terima kasih tuan....
DeleteJangan pernah berputus harap pada Allah... doa dan terus berdoa agar emak tuan di beri kekuatan dlm menghadapi ujianNya..
Saya doakn agar dipermudahkn segalanya... dan semoga emak tuan diberi kesembuhan seperti sediakala... Allahumma aminn...