Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 2


26 Februari 2013 - Selasa

Seawal jam 3.00 pagi kami bangun untuk bersiap ke masjid menunaikan solat subuh pada jam 4.30 pagi. Saya terus sahaja menghubungi bilik mak dan berjanji akan ke biliknya untuk mengambilnya menunaikan solat subuh di Masjid.

Jam 3.40 pagi, kami bertiga berjalan kaki ke masjid nabawi. Kelihatan ramai umat manusia yang berkunjung ke masjid tanpa mengira usia dan bangsa. Pengalaman ini terlalu istimewa pada saya....kerana kita tidak akan dapat merasai suasana seperti itu disini..... dimana orang berpusu-pusu mengejar masa untuk bersujud padaNya....kagum dan rasa sangat takjub dengan suasana seperti itu..... Seawal pagi lagi peniaga-peniaga kaki lima sibuk mempromosikan barang jualan mereka kepada jemaah2 yang ingin ke masjid. Mereka tahu saja saya dengan mak ni dari Malaysia...hehehe... tag nama tu yang bgtahu kami ni dari mana. Dan kebanyakkan mereka fasih berbahasa melayu. Tapi itu bukan tujuan utama kami ke mari [Sekadar bercerita situasi dan suasana ketika berada disana].

Seperti biasa, saya dan emak masuk melalui pintu 9 dan berjanji dengan en suami akan menunggu di pintu yang sama juga. Kelihatan ramai umat manusia di dalam masjid. Syukur, saya dengan emak mendapat tempat di hadapan untuk solat subuh walaupun keadaannya terlalu padat namun, ruang itu pasti ada untuk setiap umat yang mengunjungi ke masjid itu. Pertama kali bersolat di masjid Nabawi bersama-sama imam yang mengalunkan bacaan ayat2 suci al-quran..terasa sangat syahdu dan sayu. Hati berasa sangat tenang...saya merasakan seolah Nabi turut sama berjemaah dengan kami semua. Benarlah Baginda masih hidup di dalam sanubari kami. Semua yang ada disini..semuanya indah...

Selesai solat subuh...solat jenazah. Buat pertama kalinya saya melakukan solat jenazah. Kalau di M'sia..saya tidak berpeluang untuk melakukan solat jenazah [sebenarnya memang tak pernah langsung buat solat jenazah.....kecuali masa belajar dulu tu adalah.....]... tapii disini...saya nak melakukannya dengan berpandukan kepada cara-cara yang telah di ajar oleh pihak th travel di dalam kertas edarannya kepada kami semua. Dalam hati kecil saya mula berkata...beruntungnya insan yang yang meninggal disini... ramainya yang mendoakan kesejahteraannya. Dan lebih istimewa...jasadnya disembahyangkan di dalam masjid nabinya sendiri... masyaAllah....

8.00pagi - Selesai sarapan pagi - kami berkumpul di lobi hotel dimana kaum wanita di dalam travel ini akan mengikut ustazah dan petugas Th Travel ke Raudhah mengikut jadual yang ditetapkan. Dimana kaum lelaki akan mengikut ustaz2 yang bertugas. Sedikit taklimat diberikan oleh ustazah Fatimah kepada kami semua. Dan akhirnya jam 8.30 pagi..kami bergerak ke masjid Nabawi memasuki pintu 25 untuk ke raudhah. kelihatan ramai para-para jemaah wanita yang berpusu datang untuk ke raudhah. Waktu yang ditetapkan dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Kami satu kumpulan memasuki ke dalam masjid dan mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas di dalam masjid nabawi itu. Rupanya kita orang M'sia dan Indonesia ditempatkan di satu station khas sebelum ke raudhah. Terdapatnya 3 station yang perlu ditempuhi sebelum ke raudhah. Kami hanya mengikut arahan yang diberikan dan berkumpul bersama-sama jemaah Indonesia yang juga dari kumpulan yang besar. Sementara menunggu giliran untuk masuk di setiap station kami menunaikan beberapa solat sunat..antaranya sunat dhuha...solat sunat taubat dan sebagainya. Selebihnya... kita berzikir dan beriktikaf di dalam masjid sambil dalam hati berdoa agar diberi peluang untuk bersolat di raudhahnya. Ada juga diantara jemaah dari Indonesia yang kurang sabar dengan merempuh pegawai wanita yang bertugas itu. Dan kedengaran jeritan pegawai wanita itu...

"ya ibu.....ibu..... ya ibu..... duduk....duduk......jangan lari...."
sesekali saya tersenyum melihat gelagat para-para jemaah. Pada saya...mereka mempunyai alasan mereka tersendiri untuk menghadkan kita di station2 berkenaan. Pertama mungkin saiz badan kita yang agak kecil berbanding mereka yang datang dari negara arab..jordan...turki dan sebagainya. kedua... kita mungkin lebih bersopan berbanding yang lain dan ketiga, pernah terjadinya kematian akibat daripada berebut dan kepala dipijak sewaktu bersolat sunat di raudhah. Dan kerana sebab-sebab inilah yang mengakibatkan prosedur kemasukkan ini diketatkan. So...bersabarlah..tak perlu nak merempuh atau nak marah2..kerana kita di negara mereka dan perlu mengikut apa yang ditetapkan sama seperti mereka kalau ke negara kita...mereka perlu mengikut prosedur kita. Senangkan kalau kita ada sifat give and take seperti itu. In Shaa Allah... yakin dan sabar..kalau ada rezeki kita untuk bersolat di raudhah..pasti ada....Allah telah menjanjikan yang terbaik buat kita semua.

Hampir sejam setengah menunggu..akhirnya kami tiba di station yang ke 3. Kelihatan ramai kaum hawa yang menanti di station yang berkenaan. Kedengaran mutawif wanita dari Indonesia mengajar jemaah2nya untuk berselawat. Terasa kesyahduan dan kesayuan di situ. Di situ jugalah ustazah menyuruh kami memberi salam kepada Rasulullah saw, Khalifah Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Khalifah Saidina Umar Al Khattab dimakam makam ini terletak bersebelahan diantara satu sama lain.

Lewat jam 10 pagi - akhirnya kami para jemaah dari Th Travel dengan pimpinan beberapa orang ustazah dapat juga masuk ke ruang raudhah. Saya berpimpinan dengan emak sambil berhimpit2 dengan jemaah yang lain.

"mak...mana raudhahnya mak...?" soal saya dalam kesesakan tersebut.

"tengok bawah...tengok bawah...kalau carpet hijau pekat...tu la raudhah...." jawab mak sambil kami berhimpit2.

Lalu saya terus melihat kat bawah.... subhanallah.... saya dengan mak telahpun berada di dalam kawasan raudhah ...diatas carpet hijau pekat...terus emak menyuruh saya melakukan solat sunat 2 rakaat. Dek kerana apabila sujud..kepala saya dihimpit oleh kaki jemaah lain..saya terus bangun semula..tak jadi nak solat... lalu menyuruh emak menunaikan solat sunat manakala saya mengepung emak takut perkara yang sama terjadi kepada emak. Selesai emak solat... giliran emak pula mengepung saya dan ketika inilah...barulah saya terasa...betapa tenangnya jiwa dan raga saya.... air mata jatuh tanpa perlu dipaksa2...begitulah besarnya kuasa Ilahi.

Ya Allah...damainya...hanya DIA sahaja yang tahu...saya berdoa di dalam sujud....entah berapa lama...namun terasa tidak mahu mengangkat kepala dalam sujud itu kerana ketenangan itu terlalu damai bagi saya.... yang tidak boleh saya gambarkan.... Ya Allah...syukur padaMu kerana mengizinkan aku untuk bersolat di raudhahMu ini....mengizinkan anggota tubuh badanku menyentuh raudhahMu ini dan bersujud di sini... Sehinggakan air mata sendiri mengerti akan kebesaranNya dan jatuh dengan sendiri di carpet hijau itu. Walaupun orang ramai berhimpit2 disitu...tetapi...semuanya itu seolah lenyap seketika ketika sujud.... MasyaAllah... hanya Allah yang tahu segalanya.

Inilah pengalaman yang paling indah seumur hidup saya yang tidak boleh dapat dimana-mana. Dia mendengar permintaan saya... Dia tahu akan kemampuan saya...dan hasilnya...DIA tunaikan segala permintaan saya... Allah hu Akhbar.... Indahnya pengalaman itu jika kita mampu bersabar dan redha.... :'))


Inilah pintu masuk raudhah bagi kaum lelaki....wanita tidak dibenarkan untuk masuk atau menghampiri kawasan ini.

Malam - Saya dan suami meronda2 di kota Madinah. Menikmati panorama yang indah di bumi Madinah dalam kenyamanan dan kedinginan malam yang sangat indah. Kami akhirnya duduk di perkarangan masjid Nabawi sambil menikmati kedinginan malam. Melihat bulan yang nampak jauh nun dilangit..sambil ketawa2 kecil...ya Allah..indahnya ketika itu...seolah segala masalah dunia ini lenyap dari ingatan kami...yang ada hanyalah ketenangan yang tiada dimana2. Melihat kunjungan umat Rasulullah yang tidak henti-henti mengunjungi baginda. Seperti pasangan yang baru bercinta, berdating sambil mengimbau kembali kenangan saat-saat awal pertemuan kami sehingga membawa kami ke sini....kota yang penuh barakah.... Sedar tak sedar hampir 2 jam kami duduk di perkarangan Masjid Nabawi sambil ditemani oleh belalang2 yang beterbangan. Kita tidak boleh membunuh binatang di sini. Jadi..seperti tahu akan pantang larang itu..belalang2 yang bewarna coklat padang pasir ini agak jinak dan mesra dengan orang... hehehe... Terasa tenang bila berada disini. Masa seolah terlalu mencemburui kita. Dan saya dan suami terpaksa akur..... kami akhirnya terpaksa pulang semula ke hotel... ;)))


Menikmati panorama indah di Masjid Nabawi. Mengukir satu persatu keistimewaan di masjid ini supaya ianya tidak lenyap dalam kotak ingatan saya.


Kenangan paling indah dalam hidup kami ;))


Di salah satu pintu masuk masjid Nabawi.....sangat cantik.... Masa ni mintak tolong jemaah dari arab tolong ambik gambar kami berdua.. hehehee...


Inilah rupa belalang yang menemani kami berdua ketika kami menikmati panorama indah di masjid nabawi

Di bawah ini antara keindahan2 senibina yang terdapat di dalam masjid nabawi serta panorama2 yang indah di masjid Nabawi ini saya kongsikan bersama-sama anda semua. Gambar2 ini diambil untuk menjadi simpanan dan kenangan buat saya dan suami.




senibina2 indah di dalam masjid Nabawi. Hebatnya pembangunan islamiah. Untuk membezakan satu2 tempat tu adalah tiang dan lampu2nya.




susunan air zam-zam yang senantiasa ada untuk para jemaah yang menunaikan solat di dalam masjid ini.


Ukiran indah di dalam kubah yang boleh terbuka mengikut masa yang ditetapkan.




Beginilah keadaan di dalam masjid apabila kubah itu terbuka.


Payung2 yang terdapat di dataran luar Masjid Nabawi yang akan terbuka dan tertutup mengikut masa2 yang ditetapkan. Ketika ini payung2 ini dibuka selesai sahaja solat subuh




Subhanallah...cantik kan.


suasana ketika menjelang tengahari


suasana menjelang senja


suasana menjelang malam.. cantik kan...


mengabadikan kenangan bersama emak tersayang ;))


en suami pun sama tak lepaskan peluang... hehehe...




makan di hotel...







Ok..jumpa di entry yang seterusnya...selamat membaca.. ;))



No comments:

Post a Comment