Wednesday, March 20, 2013

PERSEDIAAN UMRAH

Assalammualaikum dan salam ceria...salam kasih sayang dan salam penuh kemaafan dari saya... 
Dah berminggu-minggu tak hupdate blog...dan hari ini barulah berpeluang untuk menjenguk blog ini. Maaflah kalau terlambat membalas komen2 anda ye... =))

Jom kita mulakan hari kita dengan doa yang baik2..semoga hidup kita dipenuhi dengan barakah Ilahi.... 


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)


Alhamdulillah kerana akhirnya terpilih untuk menjadi tetamuNya. Kegembiraan berganda apabila berpeluang untuk melakukan umrah bersama-sama dengan orang2 yang tersayang iaitu en suami dan emak. Malangnya..abah tidak dapat ikut serta kerana keadaan kesihatan abah tidak mengizinkan. Namun saya masih bersyukur kerana hajat untuk melakukan umrah bersama insan2 istimewa dihati saya akhirnya dimakbulkan Ilahi [what a wonderful experience...thank you Allah]

Sebelum saya ceritakan perjalanan saya hari demi hari..disini saya nak share sedikit sebanyak persediaan yang perlu kita lakukan sebelum kita melakukan umrah. Dalam kursus yang saya hadiri...tidak menjelaskan secara detail keperluan2 yang perlu dibawa sebagai persediaan untuk kesana. Penjelasan dan penerangan itu lebih kepada cara melakukan tawaf dan saie serta ihram.

Disebabkan keadaan cuaca ketika kami ingin mengunjungi Madinah agak sejuk... en suami banyak Google tentang persediaan2 sebelum ke umrah ni. Saya yakin ianya amat berguna kepada saya dan kita semua yang ingin berkunjung ke rumah Ilahi ini. So..saya sharekan youtube mengenai detail persediannya...



Antara barangan yang perlu dibawa mengikut apa yang ada dalam listing saya la.. :-

a) Bag pakaian perlu ada tali pengikat khas bag tu [boleh didapati dimana2 kedai luggage] atau paling tidak..bila tiba di airport...balutlah bag tu...kalau kat KLIA harga untuk sekali balut satu bag RM10 macam tu tak silap saya. Ini kerana... saya melihat sendiri bagaimana kerja mereka di airport semasa proses pengagihan bag dijalankan.... ada bag yang terburai...ada yang terkoyak... so.. sebelum kita hilang mood... pastikan keadaan bag kita dalam keadaan yang baik...

b) 3 pasang telekung. Kalau di Madinah [masa saya pergi] musim sejuk... 1 telekung utk 3 hari sudah memadai. Baju pun tak perlu nak salin banyak2 kali kerana kita kurang berpeluh. Tetapi keadaan di Mekkah [masa kami sampai] cuacanya mulai panas.. terpaksa salin pakaian dan jubah banyak kali kerana berpeluh especially semasa melakukan ihram. So..perlu salin dan tukar telekung dan pakaian.  

c) 2 pasang kain ihram. Di Mekkah... PASTI ada perkhidmatan dobi... so..lepas guna sepasang kain ihram... terus hantar dobi dan kita boleh guna lagi sepasang..kalau nak buat umrah setiap hari... sepasang 2 kali guna [atau senang bawa 3 pasang]. Pastikan sidai kain ihram tu agar bau hilang....senang hantar dobi je la.... =))

d) Pakaian persalinan - Pengalaman saya... saya hanya bawa 4 pasang jubah / 3 seluar panjang untuk dipakai bersama jubah. Di Madinah..saya kurang salin jubah/ baju kerana cuacanya sangat nyaman dan kurang berpeluh..saya yakin baju tak kotor. Tetapi di Mekkah..kerana cuaca terlalu panas dan pembangunan yang sedang dijalankan..banyak debu dan kita akan berpeluh... hari2 perlu menyalin pakaian tambahan saya dan suami melakukan umrah selang sehari. so..tak berbaloi bawa sikit...terpaksa beli jubah yg lain sebagai persalinan. Takpe kalau bawak lebih baju..tak rugi pun...hehehe...

Bagi lelaki - baju melayu 3 pasang / lepas tu saya pasti mereka akan beli jubah yang murah dan berkualiti di sana.... hehehe... kalau nak beli pun untuk kegunaan sendiri 2- 3 pasang sudah memadai... =))

e) Sarung lengan [untuk perempuan] - 3 pasang

f) Stoking [untuk perempuan] - 4 pasang atau lebih - pastikan yang tebal tak nampak kulit. Senang beli yang sport punya. Confirm tak nampak kulit. Macam saya...saya pakai 2 lapis stoking..hehehehe...

Lelaki - tidak memerlukan stoking sepanjang melakukan ibadat tambahan masa ihram.... =))

g) Beg  / sarung kasut - paling tidak pun plastik... supaya kasut tak hilang. Masa tawaf..pastikan ingat no pintu dan rak yang kita letak kasut tu... 

h) Krim / lotion - sebenarnya seperti yang pernah saya katakan sewaktu ingin mengunjungi Korea...rawatan untuk kulit kering dan sebagainya semuanya ada di negara tersebut yang bersesuaian dengan cuaca di sana. Untuk sementara ni... bawalah lotion nevia , lotion utk tapak kaki dan baby oil.. dah 2 - 3 hari...guna jelah lotion yang dibekalkan oleh pihak hotel kerana kita akan dapat merasai keberkesanan lotion mereka dengan kulit kita. 

i) pelembap bibir - Wajib dibawa kerana dalam apa sahaja cuaca yang akan kita hadapi... pasti bibir kita akan kering... so..ianya sangat berguna. Pengalaman saya - dari dalam flight lagi bibir saya dah kering dek kerana aircond kapal terbang yang tersangatlah sejuk...so...dari dalam flight lagi saya dah pakai pelembap bibir tu...

j) ubat-ubatan - seperti panadol / woods / hacks  atau ubatan/ vitamin harian yang kita ambil. Pastikan dibawa. Kalau dah tak ada, di Mekkah, pharmacy ada dimana-mana dan kita boleh tanya kepada pharmacist yang bertugas. Yang penting..mereka tahu berbahasa melayu =))

k) Disposable panties  - berguna sewaktu melakukan ihram dan kegunaan harian. Pastikan cotton. Ada jual di pharmacy yang berhampiran anda =))

l) Gunting kecil untuk bertahalul / deodorant / krim / pewangi / tali pinggang [utk dipakai bersama dengan kain ihram] / pengetip kuku / pisau pencukur / berus gigi / ubat gigi / shampoo dan barangan yang sewaktu dengannya - pastikan diletakkan di dalam luggage.

m) padlock dan tali pengikat beg - keselamatan perlu diutamakan =))

Sabun mandi yang tidak berbau semua tu rasanya tidak perlu dibawa kerana saya sendiri membawanya tetapi tidak menggunakannya. Ini kerana, sewaktu mengerjakan umrah, ihramnya sangat singkat. 2-3 jam sahaja. Jadi gunakan je la sabun yang dibekalkan oleh pihak hotel.
 
Ok setakat itu sahaja yang terdapat dalam listing saya untuk dibawa ke Madinah dan Mekkah. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda.















2 comments:

  1. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

    Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete