Thursday, January 23, 2014

MINI DONUT YANG SIMPLE

Hari ni saya baik hati nak kongsikan resepi-resepi simple mimple saya kepada sahabat2 saya.

Boleh dikatakan..kesemua resepi yang saya kongsikan ini...semuanya telah saya cuba dengan berjayanya..hehehe... Jadi pada sesiapa yang agak kemalasan seperti saya.. boleh lah cuba resepi mudah lagi senang ni untuk dijamukan kepada insan2 yang tersayang di hujung minggu...

Dengan baik hatinya...[baik lah sangat kannnn] saya nak sharekan resepi MINI DONUT

Bahan-bahannya:

500g tepung gandum/tepung berprotein tinggi
1 paket yis segera /mauripan [11g]
1 sudu marjerin [tak payah banyak pun tak pe]
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung /susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
190ml-200ml air suam bergantung kepada kualiti tepung
Gula icing [nak senang..blander je gula kasar tu sampai halus ok...]


Cara-cara membuatnya:

Memula sekali... sediakan bekas yang agak besar. Tuangkan air suam.

Masukkan yis segera/mauripan, gula pasir dan susu.

Biarkan selama 10 minit [sehingga yis itu berbuih buih]

Dalam bekas yang lain [yang agak besar jugak dan pastikan bersih...itu yang utama..kebersihan haruslah dijaga okehhhh] ayakkan tepung dan garam serta campurkan marjerin tadi sehingga sebati dengan tepung.

Kemudian..masukkan yis yang dah berbuih buih tadi ke dalam adunan tepung tadi dan terus gaul sebati sehingga adunan menjadi kenyal dan tidak melekat di sudu/senduk yang digunakan.

Bila adunan dah kenyal..ulilah dengan tangan sehingga menjadi doh. Uli dan terus uli sehingga kita rasa doh tu nampak tak terlalu lembik [kalau lembik..boleh tambahkan tepung...sedikit] dan tak terlalu keras..just nice je. Lepas tu rehatkan doh selama lebih kurang 5-10 minit.

Bila dah nampak doh tu macam naik cantikkk je...[saiz doh tu akan nampak lebih besar dari tadi yang lepas kita uli tuuu] bila kita pegang doh tu rasa macam alahai..lembut sangat dan gebu pulak tuuu.... rasa mcm nak ngap je kann... hehehe...

Ok masa ni..ambik segenggam doh tu dan uli dengan kayu penguli tu..atau senang guna botol je..janganlah di uli rata sampai nipis..ala-ala kadar je... lepas tu dengan menggunakan acuan donut... bentuklah satu persatu sehinggalah selesai okeh... kalau tak ada acuan... boleh terus bentukkan bulat2 ikut suka hati nenek moyang kucing anda je la ekkk....



Dough Roller
[ehsan dari en google]

 
Ehsan dari en google

Acuan donut ni ada yang plastik punya...ada saiz besar dan saiz kecik ikut suka la.. tak mahal pun..kat kedai runcit pun ada jual. Emak saya siap ada yang tembaga punya..sangatlah turun temurun kan.....heheheee...

Beberapa minit tu kita akan nampak doh tu akan mengembang dan ringan dan nampak lebih gebus gedebus...tapii janganlah di biar lama sangat..kang yis dia dah matii...haruslah menyesal tak sudah2 kann...



Beginilah rupanya doh yang di acu acu...memula dia lepek...lepas tu dia akan naik mcm nii bergantung kepada ketebalan doh kita tu la kan... mcm saya dah terbuat tebal sikit... pasal tu la naik mendadak mcm ni... hehehe..

Selesai..boleh terus sahaja digoreng dengan api yang perlahan. Dan hasilnya...tidaklah menghampakan.... hehehe...

Bolehlah diayak gula icing atas donut yang dah selamat digoreng itu... dan bolehlah dihidangkan...



Inilah hasilnyaaa..... rasa seronok sangat bila sekali buat terus terus jadi... Tambah pulak tu bila ramai orang kat rumah yang menikmati masakan kita ni kan... terus macam ternaik2 kening saya tgk sekali hidang terus habis... hehehe dan yang penting ada suara2 yang merdu [kalau puji la....hahahaa] kata...

"sedappp la..nanti buat lagiiii"

terus tersenyum simpul mati okeh.....

Soo..selamat mencuba.... ;))))))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment