Thursday, September 19, 2019

JAHHET FINE MEAT JALAN NIRWANA

Hye uolls...
Nak review lagi pasal makan2 
Kali ni di Jahhet Fine Meat Jalan Nirwana KL.

As i say before, sejak akhir2 ni memang agak kerap berulang alik ke KL...so..kita ambil peluang untuk makan2 bersama dengan simple gathering adik beradik.

Kalau dahulu, restoran ni terkenal dengan nama Me'nate, kali ni dah bertukar nama kepada Jahhet Fine Meat yang menyediakan pelbagai jenis steak dari kelompok daging lembu yang diimport dari luar negara.

Tak payah lah dok sebok nak tahu kenapa tukar nama semua tu......
yang penting masih milikan orang melayu dan ianya halal.

Antara yang tekenal disini adalah daging wagyu, tomahawk dan macam-macam lagi mengikut potongan bahagian badan lembu
dan bagi peminat kambing pula, daging kambing juga disediakan.
 Yang pasti ianya halal.

Memang saya tak pernah rasa daging wagyu nih....dan ini pertama kali rasa...

Ni antara menu dia...
rugi kalau ke sini tak rasa daging dia....
Tapiii... perlu diingatkan...
Harga daging tu mengikut kadar 100gm okeh...

Ni antara harga daging yang kita boleh pilih.
Ada pelbagai jenis 
Ada yang mahal dan ada yang murah...
Harga ni termasuk sekali dengan masakan yang kita pilih dengan 2 hidangan sampingan.

Minuman semuanya percuma.
Ada banyak pilihan minuman yang kita boleh pilih.
nak yang sejuk...nak yang panas...semuanya ada....latte, mocha, teh tarik, milo, kopi semua adalah...

Spaghetti Aglio Olio
Sedap ya amat.
2 kali order menu nih.....

Hidangan pertama...
Daging wagyu
sangat sedappppp...
Tapi saya tak makan banyak....
Cuma rasa-rasa je....

Dah sampai hidangan yang dinanti
wagyu tomahawk dengan sos black paper.

Sos blackpaper dia memang sedap...
Dagingnya tersangatlah lembut dan cair dimulut.

Nampak tak kesedapannya sehingga tinggal tulang
hahahaaaa...
Seriously memang sangat sedap...

Last but not least
sangat berpuas hati dengan servis dan layanan 
Serta makanan yang sangat sedap.
YES....definitely akan berkunjung ke sini lagi untuk makan2 bersama keluarga.


This restaurant is recommended!


Waktu operasi
Sab - Khamis : 12pm - 10.30pm
Jumaat: 3.00pm - 10.30pm


Alamat:
10-B2. Ground Floor,
City Garden Commercial Centre
Jalan Nirwana 38,
Taman Nirwana,
Ampang, Kuala Lumpur





Terima kasih kerana membaca entry ini.

No comments:

Post a Comment