Friday, September 20, 2019

SYMPHONY BY CHEF JO

Hye uolls!

Hari ni saya nak review makan-makan di Restaurant Symphony by Chef Jo Damansara.
Its recommended by my brother yang memang suka jalan-jalan cari makan.

Last week [14-16 September 2019) kitaorang sekali lagi ke KL atas urusan keluarga.
Sesambil di sana.... haruslah ke rumah in law saya di PJ.
Dari PJ nak ke Damansara memang dekat ya amat.

So, atas dasar kebetulan kebetulan tu.....
terjadilah simple gathering kami adik beradik di 
Restaurant Chef Jo Damansara.

Pertama kali masuk ke restaurant ni.......terus rasa macam wow sangat. 
Masa kami sampai tu, hanya keluarga kami sahaja yang ada dalam tu. 
Mungkin sebab hari Ahad, tapi.....ok je pada kami sebab lebih senang nak ambil gambar dan melihat sendiri hiasan dalaman restaurant ni.

Restaurant ni berkonsepkan dapur terbuka dan menghidangkan menu yang sangat unik dan enak.
Restaurant ni juga berkonsepkan fine dining. Yang mana hidangan akan sampai ke meja mengikut aturannya...contoh, bermula dengan starter, main course & dessert [yang ni tak order] dan apa-apa pun ianya bergantung kepada menu yang korang order lah kannn.....

Gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika menikmati hidangan istimewa di Restaurant ini.


Alamat restoran ni:
L1-19 to L1-21, 1st floor of Damansara City Mall,
Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara,
50490, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad
12pm - 10pm

Boleh book di SYMPHONY by CHEF JO.

+603-2011 7173

reservation@symphonybychefjo.com.my

Jom mulakan pengalaman menikmati hidangan dari chef yang terkenal ni 
iaitu Chef Jo =)))
Beliau merupakan salah seorang chef yang menjadi juri di rancangan 
Master chef Malaysia.

Antara dekorasi yang akan memukau pandangan mata kita
bila melangkah saja masuk ke restoran ini.

Cantik dan unik
Ada cawan yang tergantung-gantung tu...
saya memang suka tengok benda2 yang unik nih...
nak buat kat rumah tak boleh kan....
nak gantung tu memang tak jadi masalah...
yang jadi masalah...
bila nak kena lap habuk satu per satu kat cawan tu nanti....
time tu harus ko merempan kannnn......ahahahaa...
So...kita tengok dan menghayati keunikan di restoran ni je lah ea.....
Apa-apa pun memang sangat cantik =))))

Antara lain keunikan di restoran ni...
Hiasan lampu-lampu yang diletakkan di dalam botol kaca....
nampak sangat menarik dan romantik =))
Sesuai untuk pasangan yang nak buat candle light dinner....
Nampak tak ai bagi idea tuuu.....

Antara menu dan promosi yang diberi



Moment bersama sebahagian adik beradik dan anak2 sedara saya...

Coffee Latte



Kalau order juice, memang letak dalam botol sebegini...
Ni antara yang kami order 
Pineapple juice & apple juice 
Unik bila diletakkan di dalam tin yang berisi ais batu dan dihidangkan ke meja kita

Innah ni di serve oleh staff yang bertugas.
Innah Cabernet Sauvignon - rm70 sebotol

Ni bukan wine okeh...
Nanti saya terangkan di bawah 
Kakak2 saya sedang menikmati innah nihhh....=)))
kemain

Untuk starter
antara menu yang dipilih akan saya share gambar2nya dibawah ni.
Kesemua menu ni adalah pilihan abang dan kakak ipar saya.
Derang dah banyak kali ke sini katanya... 
So jommm....tengok antara menunya;


Mussel masak lemak dan mussel asam pedas
dimakan bersama roti stim yang sangat lembut.

Mussel masak lemak di masak bersama split-gill fungus...
ya ampunnn.......sangat sedap okeh...

yang mussel masak asam pedas dia pun terbaik...
cukup rasa dan sedappppp ya amat2.

Kalau dapat makan dengan nasi...memang walahhh....ahahahaa....
Menu ni juga wajib order.

Lamb Dirty laundry
bersama curry mayo dan mint sauce

Hidangan kambing yang digoreng guna air-fryer [gamaknya lahhh...]
sebab tak berminyak dan sangat sedap.
Hidangan yang sangat unik dan wajib dicuba sebagai starter =)))

Makan starter dia pun dah hampir kenyang....
Masa ni anak sedara siap cakap...
Ada banyak menu nak sampai ke meja lagi nih......ahahaha...
Okeh...kita rasa-rasa je lah ea.....

Ni antara our main course menu


Calzone Carbonara Pizza
Bentuk karipap tapiii....bila angkat slice tu.... 
nyummmmmssss dengan dia punya cheese tuuu....
sedapppp ya amat..

Kumara Fries & Portobello mushroon confit
paling cepat habis...sedap

Oxtail Pasta Spaghetti 


Mushroom ni kita makan dengan spaghetti ni pun sedapppp....

Makan pizza cicah sos ni....
ya ampunnn....tersangat lah pedasnyaaa...
tapi boleh layan jugaklah dia punya rasa sedap tuuuuu.

A5 Sirloin Wagyu
cair di mulut..
lembut...nyummmmsss sgt...terbaikkkk....


Crispy Chicken Marmite Pitzaal
sedap....wajib cuba

tengok pun dah menyelerakan...
tetiba rasa lapar pulak bila buat post nih.....
ahahahaa....
rasa nak ke sana lagi....

Alhamdulillah...
walaupun sebahagian...
tapi kami happy....
ramai ni pun dah riuh rendah...

Kita posing di satu sudut di dalam restoran ini...


Seperti saya katakan diatas tadi...Ni bukan wine
Ni namanya INNAH Superior Grape Juice
100% pure anggur.
Sedap sangat rasa pure angur dia....
wajib cuba selain ianya baik untuk kesihatan.


Sebelum kita balik...
kita ambik satu gambar kenangan
di hadapan restoran ni.

Overall
semua menu yang kami order, semuanya sedap dan menyelerakan.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba kelainan daripada rasa masakan yang biasa...
bolehlah berkunjung ke restoran Simphony by Chef Jo ni...

Kalau tanya saya....adakah saya akan berkunjung ke restoran ni lagi....
Jawapannya haruslah yesssssss....
Selain menikmati makanan yang sedap.....
suasana di restoran ini sangat eksklusif dan privacy.

Saya tidak dibayar untuk mempromosikan restoran ini...
sekadar berkongsi pengalaman menikmati makanan di restoran ini
bersama dengan adik beradik saya.
Selain tempat yang sangat privacy dan cantik...
Kita di layan oleh pekerja yang sangat efficient, friendly dan ramah tamah jugak....

Boleh layari laman web
Simphony By Chef Jo
Untuk mengetahui lebih lanjut.

This restaurant is recommended!





Terima kasih kerana membaca entry ini



No comments:

Post a Comment