7 Mac 2013 - Khamis
Hari ini hari terakhir kami berada di Kota Mekkah. Subuh ini..subuh terakhir saya, emak dan suami bersolat di masjidilharamMu ya Allah. Terasa tersangat sedih untuk meninggalkan Masjidilharam... terlalu sayu dan sedih. Selesai subuh, saya, emak dan suami melakukan tawaf wida'. Kebetulan terlalu ramai umat manusia yang melakukan tawaf. Kami melakukan tawaf hampir 1 setengah jam. Disetiap langkah, hati semakin sebak. Ya Allah... kuatkan semangatku....kuatkan semangatku.....
Selesai tawaf..kami melakukan solat sunat tawaf. Untuk kali yang ke 3, kami dapat bersolat berhadapan dengan multazam... Maha SuciMu Ya Allah. Lama kami berdoa. Berat hati untuk meninggalkan kaabah. Kelihatan burung juga turut sama bertawaf mengagungkan kebesaran Yang Maha Pencipta. Air mata sekali lagi dengan mudah tertumpah di sini.
Selesai minum air zam-zam...sekali lagi saya memandang kaabah... semoga ianya terpahat kukuh di dalam hati dan fikiran saya.
"Moga ini bukan yang terakhir aku ke mari ya Allah... jemputlah aku semula untuk menjadi tetamuMu ya Allah.... kerana..di saat ini...aku mula merindui jejak langkah tawaf dan saie ku...."
Lambaian terakhir terlalu sayu....air mata memang tak usah cakaplah....mencurah turun macam air hujan..... Mata suami turut berkaca...Semua yang pernah ke sini saya percaya pasti akan mengalami perasaan yang sama. Bukan mudah untuk kita berpisah dengan sesuatu yang kita cintai. Disini kita seolah berada dekat dengan Allah. Hati kita berbicara terus denganNya. Doa kita dimakbulkan pada saat itu juga...[semua itu kehendakNya dan kekuasaanNya]..dan Allah tidak pernah menghampakan kita...sebaliknya..hati kita senantiasa tenang dan yakin disini...Disini kita lupa segala tugasan kita...yang kita tahu..kita nak kejar waktu solat...kita nak senantiasa melihat kaabah....kita nak senantiasa beribadat kepadaNya.... kita lupa hal-hal duniawi yang menyesakkan pikiran...tapiiii itulah hakikatnya...kita kena kembali memikul tanggungjawab itu...kembali ke tempat asal kita......
Dan hari ini..saya akan meninggalkan kota ini dengan sejuta kenangan yang sangat indah.
Saya mohon untuk melihat sendiri hajar aswad... walaupun tidak berkesempatan untuk menciumnya..dan melihatnya pada jarak yang sangat dekat....namun, Allah tidak menghampakan saya. Allah hadirkan ia didalam mimpi saya di malam terakhir saya berada di kota suci ini. Ya Allah.... begitu sayangnya Engkau padaku....dalam mimpi itu....saya ditemani suami duduk di hadapan kaabah. Tiba-tiba..Allah membuka ruang kepada saya untuk melihat hajaratul aswad dengan jelas dimata saya. Ketika itu, saya pelik..kenapa tiada seorang pun yang datang untuk mencium hajar aswad itu sebaliknya mereka berpusu2 ke pintu kaabah lalu memegang2 pintu kaabah tersebut. Saya melihat sambil tersenyum dan beberapa saat kemudian..orang mula kembali ramai mengkerumuni hajaratul aswad.... subhanallah... benar..saya puas dan terus tersenyum dengan kuasa Ilahi. Dia sememangnya tidak akan menghampakan harapan hambaNya. Semoga suatu hari nanti saya boleh dan diberi kesempatan untuk mencium batu dari syurga ini.
Lambaian terakhir saya pada kaabah menamatkan episod kami di Masjidilharam. Semoga ianya terukir indah di hati dan fikiran saya. Saya meninggalkan baitullah dengan sejuta kesedihan dan kesayuan. Semoga saya menjadi tetamuNya lagi...
**************
Kami kembali semula ke hotel untuk menyalin pakaian dan bersiap untuk pulang. Beg telah pun diturunkan seawal pukul 4.30 pagi tadi. Selesai urusan mengemas diri dan bersedia untuk pulang, kami menanti bas yang akan membawa kami di lobi hotel. Masih boleh bergambar bersama-sama jemaah2 yang lain di hotel sebagai kenangan. Cumanya..selepas melakukan tawaf wida', kita tidak dibenarkan untuk mengeluarkan wang dan bersedekah kepada si peminta sedekah [kita mencari peminta sedekah dan bersedekah]. Sebenarnya ujian selepas tawaf wida' lagi besar. Kita tidak dibenarkan untuk membeli belah melainkan membeli barangan keperluan kita seperti makanan dan minuman sahaja. Naik ke hotel, dan terus bersiap. Tidak dibenarkan untuk baring dan beristirehat. Itulah antara pantang larang yang perlu diikut selepas melakukan tawaf wida'. Syukur, Allah mudahkan segala-galanya.
bergambar kenangan bersama ustazah Fatimah juga teman sebilik emak. Dah jadi macam emak ke 2 saya... banyak bagi nasihat....anak ustazah ni senasib dengan saya.....dan katanya....usaha dan tawakal....selebihnya biar Allah yang tentukan....dia sebaik2 perancang.....
oh ya...nampak tak jubah saya dan mak sama....nilah jubah yang saya dan mak beli kat Madinah.....kenangan dari sana......alhamdulillah.... ;)))
Bersama mutawif yang banyak memberi info dan ilmu yang bermanfaat ketika di kota Madinah dan Mekkah
En suami bersama sahabatnya ketika berada di Kota Madinah dan Mekkah. Insan ini membawa ibu dan ayahnya dan saya kagum dengan sifat mulianya yang turut mengambil berat pada satu keluarga lagi dan di kota inilah mereka menjadi satu keluarga yang besar...subhanallah.... lebih istimewanya, nama kami bertiga hampir sama... =D
En suami masih sempat membelikan saya minuman tin ini.
Tepat jam 9.30 pagi - kami meninggalkan kota yang barakah ini dan terus menuju ke Jeddah.
Disepanjang perjalanan, kami melihat pembangunan yang pesat di Kota Jeddah. Di setiap beberapa meter, pasti terdapatnya masjid2 yang terbina kukuh menunjukkan betapa berkembangnya agama islam. Seronoknya kalau macam tu kan.
Kami dibawa untuk makan tengahari di Grand Saha Hotel di Jeddah. Apa yang menariknya tentang hotel ini, untuk ke tandas. kaum wanita diberi keistimewaan untuk naik ke tingkat 1 dan masuk di mana2 bilik hotel yang disediakan selain boleh mengambil wudu' di dalam bilik2 hotel berkenaan. Kaum lelaki tidak dibenarkan masuk.
Di lobby Grand Saha Hotel Jeddah
Selepas menikmati makan tengahari di hotel ini, kami akhirnya dibawa ke Terminal al-hajj King Abdul Aziz airport. Kami sempat menunaikan solat zohor dan asar [jamak takdim]. Tempatnya agak selesa dan tandasnya sangat bersih.
Buat perangai di Terminal Hajj... hihihii
Masa pergi kami bawa 3 beg [sorang 1 beg] masa balik pun masih 3 beg... memang tak shopping... masa banyak habis untuk beribadat padaNya.... syukur sangat... =D
Alhamdulillah..selesai segala urusan imigresen kami akhirnya berlepas dari Jeddah ke Malaysia tepat jam 5.30 petang dan tiba di Malaysia pada hari Jumaat jam 8.00 pagi [waktu Malaysia].
Penerbangan MAS CATAR MH 8003
Menu makan malam kami di dalam flight. Masa ni mmg dah tak ada selera langsung nak makan. huhuhuu...
Ini pula menu sarapan kami di dalam flight. Makan pagi jam 6.30 pagi...memang la tak ada selera langsung...
Abang dan anak saudara saya sedia menanti kami di KLIA. Cuaca di Kuala Lumpur ketika itu sangat panas dan terik..dan kerana itu juga lah akhirnya...seperti biasa..kalau balik je dari mana2 negara..saya pasti akan demam kan...so..mmg demam tak hingat dunia la... hehehe... kata emak...demam dan sakit itu menghapus dosa.. saya redha...
Sesungguhnya kenangan di sana masih terpahat kuat di dalam sanubari saya. Dan percayalah..disaat saya menulis blog ini..hati kuat merindui untuk ke sana lagi... setiap detik yang berlaku di Mekkah dan Madinah masih jelas terbayang di mata saya.... Ya Allah... biarlah kenangan indah ini senantiasa berada di hati sanubari saya sehingga ke nafas terakhir saya.
Kini barulah saya mengerti dan memahami kenapa setiap kali insan mengunjungi baitullah...mereka akan merindui untuk mengunjunginya lagiii...dan perasan itulah yang saya rasai sekarang ini...betapa saya amat amat merindui untuk ke sana lagiii..ingin berada dekat dengan Nabi Muhammad saw...ingin berada di baitullah....ingin melakukan tawaf dan saie.... Allah hu Akhbar....
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menggerakkan hati kita semua untuk ke sana...
Saya hanya pohon satu perkara sahaja.. pada sesiapa yang membaca cerita perjalanan umrah ini dan akan ke sana... tolong doakan agar saya dan suami serta keluarga dapat menjejakkan kaki ke sana semula... Sesungguhnya tiada tempat yang paling indah dan mendamaikan melainkan tempat yang suci ini....
Salam sayang dari saya..terima kasih kerana membaca entry2 yang panjang lebar ini... ... ;)))

alhamdulillah..teringin nak jejak kaki ke sana...
ReplyDeleteInsyaAllah... kita doa sama-sama ya... =))
Deletesalam adik ALia..InsyaAllah minggu depan 22hb k zu dan keluarga akan ke madinah dan mekah bersama TH travel...Entri ALia memang membuka mata k zu yang juga pertama kali akan ke sana..dengan membawa 4 orang anak dan yang paling kecil 5 tahun..mudahan Allah memudahkan urusan kami dan menerima kami sebagai tetamu NYA.....
ReplyDeletew'salam Dr Zuriana..
DeletePertama sekali lia nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca entry yang tak seberapa ini... =))
Syukur alhamdulillah kerana terpilih untuk menjadi tetamuNya. Lia doakan semoga Allah permudahkan segala urusan umrah Kak Zu sekeluarga dan semoga mendapat umrah yang mabrur....sihat semuanya..selamat pergi dan selamat kembali... aminnn..
InsyaAllah... bila kita terpilih menjadi tetamuNya...Allah akan menyambut kedatangan kita dengan limpahan rahmatNya yang tidak terhingga...yakin dan tawakal ye kak...
Percayalah... bila kita berapa di sana...hati seolah tidak mahu kembali ke sini... segala ketenangan...keindahan..kedamaian semuanya akan kita nikmati disana...
last but not least... sampaikan salam lia kepada kekasih Allah...Nabi Muhammad saw..."Assalammualaikum ya Rasulullah"... [tiba-tiba rasa sebak....].
Doa yang terbaik mengiringi perjalanan kak zu sekeluarga.... =)))
Assalaam dik Alia.. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman ke Tanah Suci Mekah & Madinah.. Perkongsian pengalaman Alia disana sedikit sebanyak membantu Kakde untuk mendapatkan gambaran menjalani ibadah umrah nanti. Ssekali tergenang airmata semasa membaca entri Alia sambil membayangkan kesyahduan semasa disana. Semoga Allah sentiasa merahmati Alia sekeluarga. Aamiin.
ReplyDeleteInsyaAllah Kakde akan ke Tanah Suci pada 12/7 bersama suami & makmentua. Hati semakin berdebar menanti ketibaan waktu untuk kesana disamping gigih membuat persediaan mental n fizikal. Mudah2an Allah SWT permudahkan segala urusan kami sebagai tetamuNya nanti & mengurniakan kami umrah yang mabrur. Aamiin.
kakde-al-joned
DeleteW'salam kak de..
Alhamdulillah...semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Ketika menulis entry umrah ni..segala kenangan semuanya masih segar dalam ingatan lia... dan ketika ini juga..hati masih merindui indahnya bumi Madinah dan Makkah dan satu per satu air mata pastinya menitis dek kerana rindu yang teramat sangat dengan kekasih Ilahi...Nabi Muhammad saw..nabi kita.....
Terima kasih kakde kerana sudi membaca dan menjenguk blog saya.
Alhamdulillah... syukur kerana kakde dijemput untuk menjadi tetamuNya...lebih istimewa dapat bersama-sama suami dan mak mertua untuk berpuasa di sana. Bestnyeee....merasai nikmat berpuasa disana dan solat terawih disana...pastinya rahmatNya berlipat kali ganda kak....
Mungkin yang membezakan adalah suasana dan cuaca yang dikatakan agak panas berbanding ketika saya ke sana dulu. Namun... yakinlah akan perlindungan dan pertolongan Ilahi... jangan berhenti meminta padaNya ye kak.... yang penting kena banyak bersabar....
Saya doakan semoga Allah memudahkan segala urusan kakde sekeluarga disana...sihat tubuh badan..selamat pergi dan selamat kembali....serta yang paling utama..mendapat umrah yang mabrur... Aamiinn... ;)))
Salam utk Lia. Baru tamat baca citer umrah ni, hmmm sayu menghayati tiap detik tulisan Lia.simple dan terperinci cara penulisan, suka baca tiap citer tapi x abis lagi ni, masa terbatas. Anyway cantikkk jubah yg ada kelopak bunga kat lenggan tu.
ReplyDeletew'salam kak hanem... terima kasih kerana sudi membaca blog lia... sangat2 appriaciate... =)))
DeleteOwh jubah tu... yang tu lia beli kat Madinah... murah je tu kak... hehehee... jadi la nak buat kenangan dari sana... =)))