Friday, December 30, 2011

BERAKHIRNYA CUTI SEKOLAH BERMULANYA TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum wrt...

Kesunyian mula dirasai selepas seorang demi seorang anak2 saudara saya pulang ke rumah masing-masing. Daripada keriuhan gelak ketawa dan gurau senda mereka, sekarang hanya tinggal saya, suami, mak dan abah sahaja di rumah.

Selalunya, balik saja dari kerja...adalah yang menyambut kepulangan saya...dari dalam kereta lagi saya dah terfikir, "nak masak apa ye petang ni untuk budak2 tu?", bila balik rumah, tengok rumah bersepah..ada je suara yang lantang akan memarahi mereka..(suara saya la tu..), bila malam pulak, saya akan membentangkan tilam untuk mereka dan mereka secara automatiknya tahu dimana mereka nak baring dan tidur, pukul 12tengah malam, kedengaran periuk dan pinggan berlaga menandakan chef ican sedang memasakkan mee maggie untuk mereka makan bersama-sama manakala anak2 perempuan sedang nyenyak tidur, pukul 3/4 pagi..masih kedengaran suara anak2 saudara lelaki bermain game dan menonton perlawanan bola sepak, lewat jam 11 pagi, baru mereka terjaga dari tidur dan kedengaran suara opah mereka membebel akibat bangun lambat tadi dan semua itu tidak terkesan di hati mereka., kedengaran juga suara mereka yang ada ketikanya bertelagah, namun itu hanya sementara dan selepas itu kedengaran pula gelak ketawa mereka, menikmati makan tengah hari, minum petang dan makan malam bersama-sama, ada ketikanya si lelaki sibuk membodek uncle kamal mereka untuk ke IMAX.... Maghrib, kedengaran suara lunak mereka mengalunkan ayat2 suci al-quran dan muqaddam.. Ya Allah..aku rindu akan suasana seperti itu.

Sekarang mereka telah kembali ke pangkuan ibu bapa mereka untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar. Semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah, pelajar yang cerdik dan cemerlang.

Sesungguhnya kenangan cuti sekolah "balik kampung" ini akan senantiasa menjadi kenangan terindah buat kami semua. InsyaAllah, dengan izinNya jua, saya berharap agar, ianya akan dapat dinikmati untuk tahun2 akan datang.

Semoga Allah panjangkan umur kami semua,
sihatkan tubuh badan kami
untuk menikmati anugerah terindah dariMu Ya Allah....
Semoga Allah panjangkan umur bondaku dan ayahdaku
untuk melihat kejayaan demi kejayaan cucunda mereka
di masa akan datang....amin...




 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Friday, December 16, 2011

PERGINYA NENDAKU YANG TERSAYANG

Assalammualaikum wrt...

Kesedihan masih lagi menyelubungi diri ini. Antara percaya dengan tidak, kami sekeluarga telah kehilangan seorang yang menjadi tunggak utama dalam keluarga iaitu nendaku telah pergi buat selama-lamanya pada tanggal 13 Disember 2011 bersamaan dengan 17 Muharram 1433 Hijrah, hari Selasa jam 6.30 petang di kediaman kami. Kami perlu tabah dan redha dalam menerima kehilangan ini. Tiada siapa boleh menghalang janji Ilahi. Semuanya telah tertulis di luth MahfuzNya, bahawa mati itu PASTI , tidak akan lambat atau cepat walau sesaat.

Namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada opah saya di saaat akhir kematiannya. Mungkin rahmat tuhan tiada siapa boleh menyangkanya. Emak antara anak yang terpilih untuk berbakti kepada ibundanya dalam mengharungi sisa-sisa kehidupannya kerana sakit tua. Selepas ibu saudara menjaga opah, emak dengan rela hati menyuruh ibu saudara menghantar opah ke rumah kami kerana mak nak menjaga opah. Tanpa disangka, malam itu juga opah kena strok dan keesokkannya opah di bawa ke hospital dengan ambulans dan dimasukkan ke wad. Selama di hospital, mak saudara yang menjaganya.

Hampir 4 hari di Hospital, akhirnya opah dibenarkan keluar dan mak sekali lagi menyuruh adiknya membawa opah ke rumah kami. Keadaan opah semakin hari semakin teruk dan saya melihat sendiri perkembangan itu. Kami sekeluarga selalu mengikuti perkembangan opah walau dimana saja opah berada (di rumah anak2nya). Dua minggu opah berada di rumah kami, emak menyuapnya makan, minum, memandikannya. Saya dan suami berkesempatan berbakti kepada opah. Memandikannya, mengangkatnya kerana opah sudah tidak berdaya. Bangun tidur, balik kerja, balik dari jalan, wajah itu yang akan ditatap dahulu.

Perasaan sedih jelas terasa bila melihat keadaan opah di hari terakhir pemergiannya. Sebagai anak, emak mempunyai naluri yang kuat mengatakan opah dah semakin lemah. Opah tidak mahu makan sekalipun minum. Matanya tertutup rapat, hembusan nafasnya semakin lemah. Emak menghubungi adik2nya mengatakan keadaan opah semakin lemah dan meminta adik beradiknya untuk datang dan berkumpul di rumah.

Dikala saya pulang dari kerja, saya pelik melihat mak2 sedara (adik perempuan mak) ada di rumah. Keadaan opah memang lemah. Saya menyarankan agar memberi opah air glucose.. tapi apabila disuap ke mulutnya, opah tak boleh menelannya. Akhirnya bapa saudara saya (adik ipar mak) menyuruh opah dimandikan. Itulah kali terakhir bapa saudara saya dan anak2 perempuan opah memandikan opah dan melayan opah. Wajah opah tersenyum dikala melihat dia dilayan oleh anak2 perempuannya. Saya melihat opah memandang satu persatu anak2 perempuannya sambil tersenyum [tetiba rasa sebak bila dikenang balik.....]

Agak terkejut apabila melihat di belakang opah penuh dengan kesan lecur sedangkan semalam, tiada satu tanda lecuran pun dibelakang opah. Kelam kabut kami memandikan opah. Apa yang pelik, tiada kedengaran perkataan "sakit" dari mulut opah seperti selalu. Sepanjang mandi itu, opah sentiasa tersenyum.. Ya Allah... tiba-tiba menitis air mata mengenangkan semua ini. Terasa lebih sedih apabila opah terpaksa menanggung penderitaan sebegitu. Kami yang ada kat situ beranggapan.... mungkin sebab opah pakai pampers...dan kulitnya sensitive.

Selepas opah dimandikan, sekali lagi opah diangkat, dan kali ini opah terpaksa di ngerengkan ke tepi bagi memudahkan kami menyapu ubat. Saya sendiri dapat merasakan kesakitan itu. Tetapi tiada lagi suara jeritan "sakit" dari opah. Lama kami berbincang samaada nak membawa opah ke hospital atau tidak dan akhirnya keputusan diambil untuk membawa opah ke hospital dan biar saya sendiri yang menghubungi ambulans. Di saat itulah apabila kami memalingkan opah, Opah dah lemah dan tidak bermaya. Mak saudara sempat mengajar opah mengucap di saat akhir nafasnya. Ya Allah... hanya engkau yang tahu betapa sedihnya saya pada saat itu. Setelah mengharungi penderitaan sakit tua, akhirnya opah pergi jua meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
 
Selepas isya', pada malam itu juga, opah dibawa balik ke rumah anak lelakinya (bapa saudara saya) di kampung. Berat hati untuk membenarkan mereka memindahkan opah ke sana, namun itu semua keputusan keluarga. Saudara mara opah ramai di kampung, dan saya akur dengan semua itu. Jenazah opah dibawa sambil diiringi doa dan air mata saya. Saya terasa kehilangannya. Hanya tempat baringan opah, tongkat dan bangku menjadi kenangannya.

Opah dikebumikan keesokkan paginya di tanah perkuburan di kampung halaman saya. Disaat opah dikafankan, terlihat wajah jernih dan ketengannya menemui penciptanya. kelihatan wajah opah bersih dan tersenyum. Ya Allah damaikanlah nendaku disana.

Dikala ini, tiada lagi kedengaran suara opah, senyumannya dan segala2nya. Selama arwah berada di rumah....kami adik beradik suka bergurau dengan opah....kini...semuanya tu tinggal kenangan pada kami semua.


Ya Allah,
Aku amat merinduinya,



Nendaku yang ku panggil OPAH,
Insan yang mengajar aku mengaji sehingga khatamnya Al-Quran dengan sebutan yang betul.
Apabila terseliuh saja tangan ini, opah terus mengambil minyak dan mengurutku,
Opah yang akan menyediakan sarapan pagi setiap kali kami tidur di rumahnya
Yang tidak pernah membenarkan kami pulang dengan tangan kosong,
Pasti ada buah-buahan atau gulai atau apa saja yang boleh diberi akan dibekalkan kepada kami.
Yang menemaniku dikala emak dan abah pergi menunaikan Fardhu Haji
Insan yang akan kelam kabut apabila tibanya musim perayaan..lemang, ketupat, dodol
Insan yang banyak berbakti kepada kampung halamannya....

Kini...
Insan ini telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya
terbujur kaku tanpa kata-kata
Disaat dimandikan dan dikafankan...sehingga ke liang lahat...
wajahmu tetap dalam ingatan ini,
senyuman dan serinya wajahmu masih terbayang di mata ini.

Nendaku...ketahuilah bahawa rindu ini tidak akan pernah pudar
seperti laut yang tidak akan pernah berpisah dengan ombak :'(
Semoga nendaku damai di sana...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa nendaku,
kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia,
muliakanlah tempat kembalinya,
lapangkanlah kuburnya,
bersihkanlah dia dengan air salju dan air yang sejuk.
Bersihkanlah dia dari segala kesalahan,
sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran,
dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat-
serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik,
dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik.
Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu
dan lindungilah dia dari siksaan kubur dan siksa api neraka"

Amin..amin..amin...Ya Rabbal'alamin



Cetusan rasa seorang cucu buat nendaku yang tersayang... :'( 





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Tuesday, December 13, 2011

CARD FOR MY SISTER SAFINAS

Assalammualaikum wrt...

Disini saya nak share satu lagi hasil kerja tangan saya. Kad yang saya buat khas untuk adik angkat saya dan suami, Safinas nama dia.

Ok...saya nak cerita sikit....macam mana saya kenal budak comel nama Safinas nih..
 
Mula mengenali Safinas semasa bertugas di tempat lama. Dari sehari ke sehari kami menjadi rapat. Suami saya suka bergurau dengan Safinas. Adakalanya sampai terjerit-jeritlah kawan tu dek kerana kenakalan suami saya ni.  Safinas ni sorang yang sgt sempoi dan mudah mesra. Sangat baik dan sangat peramah juga. Seronok mengenali Safinas kerana beliau juga seorang yang sangat open minded. Lagi satu saya terlupa... sebenarnya suami saya dah anggap mama safinas sebagai mak angkat dia.. seronok dapat mengenali safinas sekeluarga. =))))



disebabkan Safinas dan KAMI sama2 penggemar kucing, jadinya...saya buatkan kad bertemakan kucing utk adik nih.... =)))

 
kemain kekucingan sangat....ehehehe....







trademark ni mesti ada di setiap kad yang saya hasilkan ;)))

Harap si penerima suka dengan hasil kerja tangan saya nih.....semoga keakraban [skema sangatlah ayat nih....hehehe....] kita akan kekal sampai syurga..... lebiuuuu safinas.... =)))








Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

MY MR TABBY

Assalammualaikum wrt..

Gembira yang tidak terkira apabila selama ini saya selalu ckp kat suami yang saya teringin sgt lah nak membela seekor kucing bagi mengisi masa kebosanan saya. Dengan tak disangka-sangka baru2 ni abang saya balik ke kampung dan membawa kucing American Curl short hair nya yang bernama Tabby. Pakej sekali dengan kandang, makanan dan bekas minuman berserta toilet dan penyodok. Umur Tabby sekarang 1 tahun 4 bulan, tetapi saiz badannya sangat besar. Mempunyai telinga yang tercuit ke belakang.. alhamdulillah =)))

Pada awal perkenalan saya dgn Tabby, ia seekor kucing yang sangat liar dan garang. Hanya tangan abang saya saja yang boleh menyentuhnya. Sesiapa yang tidak dikenali pasti akan terkena cakaran kukunya yang tajam mcm jarum tu. Saya dan suami dah beberapa kali terkena cakaran tabby. Hampir seminggu juga untuk kami mengenali perangai sebenar Tabby. Ia sejenis kucing yang sangat aggresif dan sangat suka bermain. Selepas hampir 3 minggu membela Tabby, akhirnya Tabby manja dengan saya dan suami. Suka bermain apa saja permainan di hadapan matanya. Semakin hari semakin bertambah rasa sayang saya pada Tabby. Al-maklumlah, saya dan suami masih belum mempunyai cahaya mata, jadi kasih sayang itu tertumpah kepada seekor kucing yang manja yang juga memerlukan belaian kasih sayang daripada kami. =)))

Alhamdulillah...Tabby hadir dalam hidup kami dan membawa kegembiraan kepada saya dan suami.

Jom tgk gelagat budak berbulu nih....



Sewaktu umur Tabby 5 bulan di rumah abang saya. Masa ni tgh suka bermain....hobinya bermain bermain dan bermain...katanya.....ahahahaaa



Nampak tak.....kecik2 dah notty mcm tuuu......ehehee...



my little Tabby yang handsome



Tabby "intaing" kawan baru.. 1 tahun 4 bulan. Ni aktiviti dia kat rumah kalau dilepaskan..... ramah tamah dan suka berkawan sebenarnya....tapiii dalam keramahan dia nak bersosial tuuu.....kalau silap sikit....harus kucing tu akan jadi mangsa dia.....adoiyaiii....


 
Kemain dia tidooo gaya mcm tu....Tabby oh Tabby...hehehe


 
buat muka comel pulak dia nih =))



Wajah Tabby sekarang berumur 1 tahun 4 bulan...besaq nya muka hang ni Tabby....



Masa ni...berani pegang2 macam ni je lah..... kalau tersalah pegang....haruslah kena cakar..... hahahaa....

Takat ni dulu ceritera tentang kucing kesayangan saya ni....nanti2 kita cerita lagiiii.....
Salam sayang dari Tabby my handsome cat....=))))










Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, November 21, 2011

SCRAPBOOK FOR MY HUBBY

Assalammualaikum wrt...

Hari ni saya nak share satu lagi hasil kerja tangan saya buat en suami saya. Selain daripada kad yang saya buat sendiri [saya share kan Birthday Card For My Hubby... saya juga sertakan sekali scrapbook khas untuk en suami saya. masih lagii berkonsepkan chess.
 
 Idea tercetus apabila melihat satu program di TV dimana keunikan scrapbook ni dan kesesuaiannya untuk dijadikan cenderahati atau hadiah sebagai kenangan terindah untuk insan yang kita sayang [yang tersayang je lah.....kena ada kerajinan yang berganda nih.....hehehe.....]. Dan dari situ... saya terus google mcm mana nak buat scrapbook ni melalui youtube. Alhamdulillah.. hanya dengan sekali mempelajarinya secara online...akhirnya saya berjaya menghasilkan scrapbook khas untuk en suami yang tercinta. Ya Allah teruja sangat masa buat scrapbook ni. Rasanya mcm tak sabar nak tgk reaksi en suami saya. kalau saya yang membuatnya pun dah rasa gembira..adakah si penerimanya turut merasai keterujaan dan kegembiraan saya ini? harap2 biarlah en suami saya gembira dgn hasil kerja tangan saya ni...

Dan inilah hasilnya.....


Gambar2 cartoon tu saya lukis sendiri di kertas A4, warnakan dia dan digunting terus dilekatkan di dalam scrapbook nih....


Nampak tak kegigihan saya disitu.....hew hew hew.....





Kemain kusyuk sangat en suami ketika berlawan dengan opponent dia....



Antara moment kemenangan en suami...ada yang juara...ada yang top 5...



Yang ni pun moment kemenangan en suami



Dan lagi....=)))



Beginilah rupanya scrapbook saya setelah dilipat2..... jenuh jugak....tapiiii saya suka dan teruja membuatnya....sebab dah set dalam otak....buat ni untuk orang yang tersayang....yang susah pun akan jadi senang...... ewahhhh sangat kannn..... =)))

Kesemua gambar2 tersebut saya ambil dari setiap tournament yang suami saya sertai dan beliau berjaya sebagai juara atau top 10.

Bila je dapat kad dan scrapbook ni....nampak keterujaan di wajah en suami......terus pn isteri tersenyum simpul.....haruslah gembira kan.....ehehehe....

Semoga ianya menjadi kenangan yang terindah
untuk kita ingati bersama pada masa akan datang.
Bayangkanlah kalau dah tua...
duduk berduaan
dan selak balik semua hasil kerja tangan saya...
mesti terasa bangga kan... sambil makan goreng pisang atau cucur bawang..... ahahaaaa...


Happy birthday en suami...... =)))))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

BIRTHDAY CARD FOR MY HUBBY

Excited sangat nak tunggu reaksi my hubby bila dapat birthday card dari saya. Disebabkan en suami saya terlalu meminati chess, jadi sudah semesti lah design kadnya semuanya mengenai chess. Saya akui saya banyak menggunakan gambar2 dari hasil en google dan saya adaptasikan mengikut kesesuaian yang saya rasa sesuai untuk kad yang bakal saya hasilkan untuk suami terchenta...



kad dan scrapbook khas utk suamiku terchinta ;))
Kedua2 nih hand made ok.....[harus bagitahu gituuu....ahahaha.....fuyosss sangat lahhh......]
takkk...sebenaqnya nak bagitahu....betapa gigihnya saya buat kad dan scapbook ni untuk suami....



Ni pun handmade ok.... saya lukis di kertas lain dan tampalkan menatang tu satu per satu..... dan inilah hasilnya...... [harus bgtahu jugak.....ahahaha....adoiyaiii.....]


 
semestinya trademark ni...saya dan awak ;))

Happy dapat siapkan kad ni untuk en suami...... nanti saya akan share hasil kerja tangan saya...juga untuk suami....iaitu scrapbook..... kita jumpa di entry sebelah ok.....




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

BIRTHDAY CARD FOR MY OFFICEMATE

Hi semuaaaaa.......
 Hari ni nak share satu lagi kad yang saya buat khas utk sahabat se opis dengan saya sempena birthday dia baru2 nih.... Semangat sangat cheq buat kan kad untuk beliau..... harap2 dia suka no....[ehhh utara pulak dahhh....hehehee...gedik sangat kan]

 
Kad ini berkonsepkan bunga matahari.... sunflower.....wahhh sangat kannn....hehehe...

 
Kerajinan yang melampau...... tapiii jujurnya....saya buat kad ni dengan seikhlas hati saya..... bila tgk balik saya pulak rasa teruja.....harap yang menerima juga teruja sama.....

 
 
 
Happy birthday friend!!!
Hopefully dia happy terima kad seikhlas hati ni dari saya....=)))
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =))))
 
 
 
 

BIRTHDAY CARD FOR MY BESTFRIEND

Assalammualaikum wrt...

Hi.. hari ni saya rasa seronok sangat. Sebab dah berbulan saya tak dapat nak masukkan gambar di blog ni... ada sedikit masalah menggunakan Mozilla Firefox.. akhirnya saya cuba juga menggunakan explorer dan Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Rindu betul nak menulis di blog ni untuk memperlihatkan hasil kerja tangan saya. Walaupun tak lah secantik mana...apa yang saya harapkan agar rakan2 saya yang menerima kad hasil kerja tangan saya ni suka dan gembira menerimanya.

Saya teruja menyiapkan kad harijadi SAHABAT saya Az. Sahabat dari darjah 1 saya..
Buat dengan penuh kasih sayang nih....ehehee....

Jom tgk hasil kerja tangan saya nih =))





 
 
Buat SAHABAT saya Az 15.08.2011
kebetulan birthday Az jatuh pada bulan Ramadhan,
jadi saya sediakan kad 2 in 1 untuk Az. hopefully u'll like it dear ;))





Terima kasih kerana membaca entry ini =))
 
 

Thursday, September 29, 2011

MY ANNIVERSARY CARD

Assalammualaikum wrt..
Dalam entry hari ni..saya nak berkongsi antara hasil kerja suka suki saya.

Terdetik didalam hati untuk membuat kad yang istimewa untuk Ulangtahun perkahwinan saya yang ke3 pada 22.08.2011.
 
Simple but nice...hehehe....[perasan sangat kan.... =)))] janji ianya hasil tangan puan isteri kan......hewhewhew



depan dan belakang kad....kemain sangat tu....hehehehee


 
di kat dalam kad......alololooo....sweet sangat.....ahahahaaa


Kad ni en suami susun elok je kat rak di office dia..... hmmm....bila masuk je bilik dia...nampak kad ni cantik je kat rak dia tu......terperasan sendiri sambil tersenyum simpul....hehehee....

Ok my dear suami..... Happy 3rd Anniversary....love you till jannah.... =)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))




Thursday, June 2, 2011

UNTUK KAU BERNAMA SAHABAT

Kata-kata ini diberi oleh sahabat saya Az... kami bersahabat sejak dari darjah 1 sehingga kini... 
Terima kasih wahai sahabatku.... sesungguhnya ianya begitu bermakna buat diriku....

Jom kita hayati bersama-sama...

Pernah hati ini terguris...

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris, Sehingga terasa diri ini hina. Kerana tiada siapa yang sudi membela. Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani. Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun kutahu ada hikmahnya. Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala pada-Mu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau Maha Mengetahui ...
Segala apa yang terbuku di hati ...

Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku, Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan. Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci
Sahabat,

Tenang itu indah, sabar itu manis. Biar apa orang kata, biar apa orang cela, kita adalah kita... Yang mengutuk & mengata tak pernah kenal siapa kita & bagaimana kita yang sebenarnya. Biarlah...mungkin ini cara Allah menegur kita dgn disandarkannya kepada perbuatan orang lain terhadap kita. Terima sajalah dengan redha teguran dari-NYA ini. Kita tak layak untuk mengharapkan teguran dengan cara yang baik dari-NYA sedangkan kita tak pula berbaik dengan-NYA sebelum ni. Anggap saja ini balasan atas apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Sabarlah duhai hati... Allah Yang Khalik tahu segalanya. Kejahatan itu jangan dibalas dengan dendam.

Bersyukurlah apa yang dilakukan orang terhadap kita. Bersyukur kerana kita telah diberi satu kebaikan & dijauhkan daripada satu kebinasaan. Ujian menguatkan ikatan kita dengan Tuhan jika kita sedar akan setiap apa yang cuba disampaikan oleh Allah secara halus. Ya, semua ini ujian. Sabar... Tenang... Kita tak hidup dengan simpati orang, tak pula kita mati dengan cacian orang. Manusia ini pelbagai... Orang yang tak sukakan diri kita, memang akan bercakap tentang keburukan kita saja walaupun keburukan tu dah kita tinggalkan. Mereka tak tahu dan tidak pula bertanya.
Tak mengapa... Allah Maha Mengetahui... Mengadulah pada DIA. Jangan kita gantungkan harapan pada manusia, memohon simpati & dikasihani atas apa yang berlaku terhadap diri kita. Tapi mohonlah perlindungan Allah... Dia Maha Berkuasa atas jalan hidup kita. Sakit memanglah sakit berhadapan dengan kata-kata manusia yang tidak jelas dengan keadaan diri kita. Hanya membuat tohmahan atas apa yang mereka lihat sebelumnya. Tapi ingatlah, mungkin inilah cara Allah menegur kita atas kesilapan yang pernah kita lakukan, menegur kita supaya kita lebih beringat bahawa dunia ini bukanlah syurga & hanya bersifat sementara.
Ini masalah hati. Biarkan saja manusia begini dengan masalah hati mereka. Apalah daya dan tiadalah berguna kita nak berlawan juga. Seorang sahabat pernah berkata, masalah hati yang sebegini kronik seperti tidak ada penyelesaiannya melainkan kembali kepada hati berTuhan. Dan ingatlah ini adalah cara Allah membuka kesedaran kita tentang nikmat syukur. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan perasaan, membalas kejahatan dgn kejahatan kerana semua itu hanya mengheret kita meremehkan nikmat-nikmat Tuhan, meninggalkan maruah diri, melepaskan kehormatan. Sabarlah... Anggap saja pedihnya hati kita dengan kata-kata & fitnah manusia ini sebagai kifarah dosa-dosa kita yang melaut itu. Allah menguji kita kerana Allah masih ingatkan kita. Ramai lagi manusia yang Allah biarkan begitu saja dengan nikmat yang meleka. Tapi kenapa Allah pilih kita untuk terima ujian ini? Sebab Allah nak ingatkan kita supaya terus ingat pada-NYA. Sebelum ini kita dah banyak lupakan DIA.
Redhakan setiap yang berlaku. Sabarlah duhai hati... Orang yang tak rapat dengan kita, takkan pernah kenal siapa kita sebenarnya. Alangkan yang rapat juga belum tentu kenal siapa diri kita sepenuhnya. Kita sendiri kadang-kadang kurang pasti tentang diri dan hati. Mereka hanya menilai daripada apa yang pernah kita lakukan, daripada apa yang mereka pernah lihat dan fikir, walaupun kita sedang mengubah diri kita. Mereka tak tahu semua tu dan tak pula mereka bertanya. Ketidakjelasan itulah yang menyebabkan mereka berkata-kata. Biarlah...maafkan saja. Kita tak berdaya nak melawan dengan kata-kata. Menyerahlah untuk menang. Anggaplah ini balasan atas kesilapan yang pernah kita lakukan. Sabar ya sahabat...
 
 
 
Terima kasih insan bernama sahabat....
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Wednesday, May 25, 2011

PENGAJARAN HIDUP

Selama ini saya terlalu baik dengan orang-orang disekeliling saya. Kakak saya selalu berpesan, kalau dah baik jangan terlalu baik. Nak berbuat baik biarlah berpada-pada kerana manusia ni susah nak mencari yang betul-betul ikhlas HATInya pada kita. Bila dia berkawan dengan kita dan masa tu dia lebih dari kita.. betul dia akan berbaik dengan kita.. tetapi..bila dia merasakan kita lebih dari dia... dia pasti akan cuba untuk merenggangkan hubungan persahabatan tu. Kakak saya berkata demikian berpandukan kepada pengalaman beliau sendiri. Dan ternyata ianya betul kerana saya sekarang sedang mengalaminya. Sangat sedih kan bila kita betul-betul ikhlas dengan orang tanpa mengira apa-apa sekali pun dan akhirnya..apa yg kita dapat adalah kedukaan. Rasa tak seronok mula menyelubungi diri. Dan untuk memujuk hati saya... saya membaca kata-kata yang boleh menyedarkan saya malahan boleh memberi motivasi kepada saya... jom kita baca sama-sama ya tentang kisah PISANG DAN HATI ni...



“PISANG DAN HATI”

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari… Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

‘Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya’ beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

‘ Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?’ tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .

‘Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu’ beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..

“Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian”

Sekian , Wassalam




~Ehsan dari Ustazah Azimah~ 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, April 18, 2011

ABOUT ME

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Salam perkenalan...

Ni pertama kali saya ada blog.
Semoga kita dapat berkongsi maklumat...share our happiness dan bertukar2 fikiran...
dan semoga blog ni menjadi rujukan buat anak2 saudara saya tentang mak sedara mereka yang suka menulis tapiii ntah apa-apa....hehehe.....[kalau ditakdirkan umur saya pendeklahhh......]

Jom kenal siapa saya...

Boleh je panggil saya alia atau ringkas lagi lia. Dah ada suami tapiii still tak ada baby lagiii..... [doa yang baik-baik aje ok....] tapiiii honestly....saya ok je kalau nak bercerita pasal baby.....atau nak mendengar berita2 kegembiraan sahabat2 saya dan orang2 sekeliling saya....tapiii jangan over sangat sudah lah.......hehehe....sebab...bukan awak sorang je yang ada anak ok.....saya ada berderet anak2 sedara....dan ada antaranya yang saya jaga masa kecil......so..tak ada masalah juga pada saya.....belum rezeki saya.....dan saya tak pernah salahkan takdir hidup saya...chill ok..... =))))

Antara hikmahNya.....saya dapat bermanja manja dengan en suami saya....nak ngengada tak kira tempat pun suami layankan je......dannnnn lebih utama......Allah mendidik hati untuk redha dan menerima ketetapannya dengan penuh positif.... [bohong kalau saya katakan.....tak pernah rasa cemburu....sebab saya hanya manusia biasa...cumaa sekarang....saya dah redha dan berserah......alhamdulillah.....Allah hadirkan perasaan itu......]
Fikir yang positif sahaja ok..... =)))

Saya masih ada mak dan abah yang perlu saya jaga [kalau dulu mereka menjaga dan mendidik saya....sekarang turn saya pulak memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang saya pada mereka].......mak dan abah saya nihhh selalu menjadi juri yang mempertikaikan tentang perangai dan penampilan saya selain en suami saya..... alhamdulillah...masih ada mereka disisi yang selalu menjadi pengkritik dan penasihat tanpa henti yang selalu ada jika saya perlukan mereka.........



Saya anak bongsu dari 5 orang adik beradik yang mana kesemuanya sudah berumahtangga dan semuanya dah ada anak kecuali saya lah tapi hehehe... saya hanya ada seorang abang sahaja....dia hero dalam keluarga saya.....orang kata...kalau ramai adik beradik perempuan....mesti pandai memasak....pandai kemas rumah....pandai segala lah kononnya......hahaha..... ok...yang paling pandai masak...adalah kakak2 dan abang saya....bukan saya.....[upssss].....hehee..... saya cuma ambik part kemas rumah je.....tapiii yang lainnn....memang pandai dua2......=)))



Abang dan my only sister in law



kami 4 beradik perempuan

Itu sahaja tentang saya dan keluarga yang sangat simple........ apa pun...syukur dengan setiap anugerah Ilahi.... mereka juga adalah kekuatan saya.....tanpa mereka semua dalam hidup saya.....siapalah saya hari ini....

Ohhh....saya juga ada ramaiiiii anak2 sedara... 13 orang kesemuanya.....mereka ini adalah penyeri kepada keluarga sederhana kami...... dannnn saya sayangggg kesemuanya sampai syurga......

Syukur dengan setiap anugerah Ilahi.....moga kita dan keluarga kita dikumpulkan di dalam syurgaNya.....Aminnn Ya Allah...



Terima kasih kerana membaca entry permulaan saya ini =)))