Thursday, August 30, 2012

KAD RAYA QUILLING - FOR MY NEPHEW AND NIECES

Assalammualaikum dan salam ceria semua...

"Setiap manusia dilahirkan dengan bakat tersendiri...jadi hargailah dan gunakanlah bakat yang dianugerah Ilahi itu dengan sebaik yang mungkin...
Berkemungkinan besar dengan bakat yang dianugerah Ilahi itulah
yang membawa dan mendorong kita ke arah kejayaan yang tidak disangka-sangka....
siapa tahu kan...
yang pasti... yakinlah pada ALLAH...
andai kita tidak berpeluang untuk meluaskan bakat kita...
cukuplah sekadar kita menghargainya dan memanfaatkannya kearah yang lebih baik...."

Selama sebulan berpuasa, saya berkesempatan untuk merealisasikan niat saya untuk memberi kad raya kepada kesemua anak2 saudara saya. Bermakna, 4 keping kad raya berjaya saya siapkan khas untuk mereka. Niat ni dah lama saya pendamkan dari tahun lepas lagi. Cumanya masa tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian.

Alhamdulillah...akhirnya tahun ni berjaya juga saya merealisasikan niat dihati ni. Bukan apa...sekadar ingin memberi kegembiraan kepada mereka semua memandangkan kesemuanya sangat rapat dengan saya, jadi apa salahnya saya membuatkan sesuatu yang istimewa untuk mereka. Lagipun pemberian kad raya dikalangan kita dah jauh ketinggalan dek kerana keluasan jalur lebar tanpa sempadan, kepesatan dan kemodenan kini. Inilah salah satu caranya yang saya cuba terapkan kepada golongan kecil ini. Supaya mereka lebih menghargai dan dihargai ;)))

Saya suka sesuatu yang cantik...[sepastinya semua manusia sukakan yang cantik kan...termasuklah saya..hehehe...]. Pertama kali saya melihat video mengenai "quilling", saya terus teruja untuk mencuba. Kalau dia boleh melakukannya..kenapa tidak saya...jadi sambil melihat video..sambil cuba membuatnya mengikut step2 tertentu. Nampaknya remeh namun, hasilnya sangat cantik. Kagum dengan diri sendiri yang mampu melakukannya walaupun hanya menggunakan kertas A4 yang dipotong sendiri dan di lilit dgn menggunakan lidi. Yang pasti..saya mampu melakukannya. Dari satu pergi ke dua...dan bertambah-tambah...maka terbentuklah sekuntum bunga dari "quilling" itu tadi.... ianya sangat cantik.... dan ye...saya tertarik dengan hasil kerja tangan saya. ;)))

Dan akhirnya, terhasillah raya card quilling untuk anak2 saudara saya. Cumanya..untuk percubaan ini...saya menggunakan meterial yang simple dan murah.... kertas A4, lidi, pencil color, gam dan gunting [itulah peneman saya selama sebulan puasa ni....]. InsyaAllah...ada rezeki, saya akan cuba menggunakan kertas kad yang sebenar dan kertas "quilling" yang berkualiti dengan pelbagai warna...

kad untuk Yasmin Adlin dan Yasmin Arissa





 
untuk Muhammad Ukhail Ayob dan Nur Umaira Putri









Ohh....tulisanku yang hemhemhem....


untuk Eizhan Ishsal dan Zara








untuk Syahmi Haikal, Muhammad Uwais, Izzah Insyirah dan Muhammad Qayyim







Semuanya ketupat dan ketupat....ahahahaa....emak saudara reti buat ketupat je buat masa nih.... gigih jugaklah belajar mcm mana nak bentukkan segi empat tu.....kalau yang real punya ketupat....lagiii lahhhh hebat kucar kacirnya......hahahaha..... terima jelah seadanya ok anak2 sedara......hehehe....sila kata cantik...kalau tak.....tak de duit raya......[sambil angkat2 kenig.......]
 
 
 
Syukur al-hamdulillah...kesemua mereka sangat gembira menerima kad2 nih....... Mereka semua lebih menghargai dan rasa dihargai. Kegembiraan mereka adalah kegembiraan saya... terima kasih Allah diatas kurniaan bakat yang tidak seberapa ini. Sekurang2nya saya mampu menggembirakan hati mereka semua walaupun nilainya tidaklah setinggi mana...dan tak la jugak secantik manapun kannnn.......[janji keikhlasan tu penting]......namun saya pasti....niat dan keikhlasan hati saya yang membuat kad ni dgn rasa penuh kasih sayang..mampu membuatkan mereka menghargai hasil tangan ini.... ;)))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Wednesday, August 22, 2012

PERKAHWINAN KITA ;))

Syukur alhamdulillah...hari ni (22.08.2012) genaplah 4 tahun perkahwinan KAMI. Selamat ulangtahun ke 4 suami. Seronoknya menjadi suri di hati awak... dan paling indah menjadi makmum berimamkan awak. Kita bersama-sama membaca al-quran, bertahmid dan menadah tangan berdoa kepadaNya memohon agar ikatan yang suci ini kekal hingga ke jannahtul firdausNya.

“Seorang perempuan, berlindung pada suaminya untuk
memperoleh kekuatan dan kehidupan,
sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk
memperoleh kecintaan dan kehidupan.”

Perjalanan kita masih jauh. Dihadapan penuh ujian dan dugaan hebat yang perlu kita tempuhi. Senjata utama yang perlu kita sediakan adalah berdoa kepadaNya. Mengharapkan ihsan dariNya agar kita tabah, sabar dan redha menempuhi onak dan duri kehidupan ini. Walau badai melanda sekalipun...saya harap kita berdua dapat menempuhinya dengan kesabaran demi sebuah bahtera yang telah terbina ini... jangan biarkan bahtera ini hanyut tanpa arah dan tujuannya.

Nukilan ini saya coretkan khas buat pencinta hati penawar duka saya....


Wahai imamku....
saya bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik awak.
Benarlah kata orang...
pandangan dan pendapat orang tua itu sebenarnya sangat berguna
dan pandangan mereka dalam menilai awak adalah tepat dan betul..
bimbinglah saya dengan jujur dan ikhlas kejalan Ilahi.


Wahai nakhoda sepanjang hidupku...
ketahuilah bahawa,
saya tidak sebijak Aisyah Humaira atau sekuat dan setabah Fatimah,
namun jadilah nakhoda yang akan senantiasa membawa saya
ke jalan yang lurus dan benar supaya kita sama-sama melangkah masuk ke syurgaNya
dengan kasih sayang dan cinta yang mekar disepanjang masa.


Wahai kekasih hati dunia dan akhiratku..
seiring peredaran waktu...
hanya satu yang saya pinta..
janganlah awak berubah hati...
ketahuilah bahawa cinta saya pada awak semuanya kerana Allah.
Ianya tidak akan berubah sehingga ke akhir nafas saya...
Semoga saya tetap menjadi BIDADARI awak di syugaNya nanti.
Tiap hari yang berlalu, telah dilewati dengan selalu mencintaimu..
kerana awak PEMILIK CINTA SAYA SETELAH ALLAH DAN RASUL...
maka, cintailah saya dengan seadanya....


Tiada seindah kata yang mampu saya lafazkan melainkan rasa syukur kepadaNya kerana jodoh ini...indahnya kehidupan bersama awak dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih kerana menerima saya seadanya saya....


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci.


Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tidak layak bagi kami
maka cukuplah permohonan kami dengan redhaMu
jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai
dikala dekat dan jauh
saling menghibur dikala duka
saling mengingati dikala bahagia
saling mendoakan dalam kebaikkan dan ketaqwaan
saling menyempurnakan dalam peribadatan


Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan
menjadikan perkahwinan ini
sebagai ibadah kepadaMu
dan bukti pengikutan dan cinta kami
kepada sunnah RasulMu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Amin Ya Rabbal 'Alamin...





Happy anniversary yang ke 4 !!





Terima kasih kerana membaca entry ini =))