Showing posts with label QUILLED WORDS. Show all posts
Showing posts with label QUILLED WORDS. Show all posts

Friday, April 11, 2014

QUILLING TEMPAHAN SAHABAT SAYA

Salam hari Jumaat... syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik... semakin segar dan semakin bertenaga...syukur syukur dan syukur sangat sangat....

Balik saja dari percutian saya... memang dalam planner saya ada tempahan yang masih pending. Ingat nak buat masa sebelum bercuti. Oleh kerana tempohnya agak lama [kononlah pada saya kann...] soo...saya kiv dulu dan memberi laluan kepada bookmarks yang saya buat banyak untuk diberi kepada kengkawan yang terpilih...InshaaAllah....

Balik sahaja dari percutian..saya terus kena pergi kursus selama 3 hari..so..3 hari dah tak sentuh dah quilling nih...balik sahaja dari kursus...terus [tanpa berfikir panjang] saya terus je buat quilled words nih.

Disebabkan sahabat saya nih katanya...anaknya suka color pink... soo...pemilihan color lain diberi kepercayaan kepada saya untuk memilih...jadinya saya memilih color hijau dan kuning...ditambah dengan color pink...menaikkan lagi kombinasi color tersebut.

Gigih jugaklah makcik nih menyiapkan tempahan nih walaupun dalam keadaan kurang sihat...dan selepas hampir 3 hari...akhirnya saya dapat juga menyiapkan tempahan dan dapat diposkan mengikut waktu yang ditetapkan.... syukur sangat2...hehehe...



Inilah hasilnya...















Saya pernah hadiahkan kepada sahabat saya nih quilled bookmark...apabila anaknya ni tengok..dia kata cantikkk...dan faham je la kan..budak yang dah cerdik nih..pastinyalah nak kann... so...saya buatkan satu bookmark ni khas untuk little girl tu sebagai hadiah hari jadi dia...hope sangat dia suka.... ;)))









Syukur alhamdulillah....selepas terima je quilled word dgn book mark nih..kawan saya tu terus je msg saya through facebook mengatakan dia dan en hubby dia suke... katanya nak bg surprise kat little gigirl nih pada 16 April nih...iaitu birthday dia.... katanya..mesti gigirl nih suke... moga2 anak yang baik nih suke dengan usaha mamanya untuk menggembirakannya....




Terima kasih kerana membaca entry ini =))))


Friday, March 7, 2014

QUILLED WORDS, CONGRATULATIONS CARD AND BOOKMARK FOR MY NEPHEW

Alhamdulillah...anak saudara saya Muhammad Uwais telah berjaya mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR nya pada tahun lepas [2013]. Saya berjanji dengannya..kalau dia berjaya..saya akan hadiahkan sesuatu yang istimewa terhasil dari kerja tangan saya sendiri...

Saya akhirnya membuat quilled words nama UWAIS khas untuk anak saudara saya sekali dengan kad dan bookmark.



















Ok...disebabkan background saya pilih kertas bewarna royal blue.... saya menggandingkan ianya dengan kertas2 bewarna gold, kuning, hijau dan bunga yang bewarna pink untuk menyerlahkan lagi tulisan dan corak2 di luar.









Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan quilled ini...adalah selama 3 hari sahaja...namun memerlukan ketelitian dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap setiap ruang dan corak apa yang hendak kita letak diatasnya. Mula2 tu macam pening2 lalat jugak lah...namun...saya suka mencabar diri saya sendiri untuk melakukannya...apa salahnya kita mencuba... dan akhirnya... apa yang saya inginkan..akhirnya dapat saya terjemahkan di atas sekeping kertas yang pada mulanya kosong.

Dan terus terang saya katakan..saya sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya nih. Memang tak jemu-jemu memandang pada hasil kerja sendiri. Rasa puas...rasa happy...dan hope...si penerima juga gembira menerima hasil kerja yang saya buat dengan penuh kasih sayang nih. hehehe...

Selain itu..saya sertakan sekali dengan kad Congratulations. Dah banyak kad yang saya buat kesemuanya berkonsepkan bunga dan daun. Tapi..untuk kali ni...bersesuaian dengan umur anak saudara saya yang baru nak meningkat dewasa...saya memilih untuk membuat bentuk Giraffe... Jenuh jugak nak fikir..macam mana nak buat....dan alhamdulillah...dengan bantuan en google....saya boleh melakukannya...dan jom tengok hasilnya....













Bila dah siap sepenuhnya...saya pulak la rasa teruja..masa tu dok bayangkan..."kan best kalau ada orang bagi kad mcm ni kat sayaa..." hehehe.... tapii memang tak de la kan.... kalau kita dah berniat nak memberi..jangan sesekali mengharapkan balasan.....semuanya kena ikhlas okey.... ["sudahhhh lia...jangan nak verangan sanagt okeh...."]...

Owh ye..masa yang saya ambil untuk menyiapkan satu kad ni satu setengah hari je...

Selain card...saya juga membuat bookmark untuk anak saudara saya nih...















Bila dah siap kesemuanya...terus rasa teruja nak bagi dekat uwais.



Inilah kesemua hasil kerja tangan saya khas untuk orang yang disayangi..

anak saudara seperti anak saya juga.

Masih kuat dalam ingatan saya...semasa cuti semester...saya pernah menjaganya ketika dia masih baby lagiii...dan kini..dia telah berjaya membuktikan yang dia juga mampu berjaya seperti orang lain.... Anak ini antara yang sangat concern pada saya...kalau ayahnya bgtahu saya atau suami sakit..dialah insan yang paling risau....hehehe...comel betul... kalau ayah dia kata je saya....dia akan membela saya sepenuh hatinya...[kadang2 mmg suka mengusik untuk melihat kesungguhan dia....] dan kerana itulah...dia antara yang istimewa dihati saya....



Sekarang...beliau telah terpilih memasuki MRSM... hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya kami sekeluarga.... doaku senantiasa mengiringi perjalanan hidupnya...semoga dia menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat....



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))
t