Showing posts with label KAD RAYA QUILLING. Show all posts
Showing posts with label KAD RAYA QUILLING. Show all posts

Tuesday, July 25, 2017

QUILLING CARD - HARI RAYA KAD

Hola!

Hari ni kakak nak share kad hari raya yang kakak buat khas untuk mak dan pak mertua.
Ni je satu satunya kad raya yang kakak buat tahun nih. Itu pun untuk mama dan pakcik.



Memula sesaja cuba2 je nak buat bunga quilling tu.... sekali jadi daaa.....cantik le pulak tu [ehhhh].....

Lepas tu terus terfikir nak buat kad.

Kebetulan pulak, kakak terima banyak tempahan cookies. So...sekali harung kakak buatkan untuk mak mertua cookies tu....memang every year...kakak akan buatkan sebalang besar untuk mak kakak dan sebalang besar untuk mak mertua....

Ingatkan tahun ni tak berbuka puasa di KL...so...ingat nak pos sekali cookies dengan kad tu....

Aturan Allah itu juga yang sangat sempurna....kebetulan mak kakak buat major operation utk cyst.... terlanjur dah ke sana....haruslah singgah ke rumah mertua....kita bagi by hand....dan memang nampak terpancar wajah kegembiraan mak mertua menerima cookies dan kad raya.....

Pernah bagi sebelum ni kad....lepas tu skip...beberapa tahun lepas tu baru bagi....ni yang kedua.....hehehe....

Terus mak mertua kata...

"kad yang lia bagi dulu....baru je mama tengok balik semalam.....hari ni...dapat lagi kad dari lia......terima kasih...mama sukaa..... cantik sangat.....mama akan simpan elok2....."

ececeecee...terus menantu tersenyum riang....
Mak mertua kakak nih....dapat macam gitu pun dia sangat2 appreciate...buat kakak terharuuu sgt........dan...mak mertua dan bapa mertua saya antara peminat cookies & kek oren no 1 saya.....=)))

Jom tengok kad yang kakak buat khas untuk mertua kakak.


Memula buat bunga nih seketoi macam gini..... terasa macam cantik sangat..... kakak terus decide nak buat kad raya..... semangat sangat bila nampak benda cantik.....=)))








Dan inilah kejadian kad raya nih untuk mak dan pak mertua kakak.

Alhamdulillah...mereka suka...
Tanda ingatan anak menantu pada mereka...

"Selamat hari raya mak dan pak mertua....maaf zahir & batin....." 😘



Terima kasih kerana membaca entry ini!



Monday, August 26, 2013

KAD RAYA FOR MAMA AND HUBBY

Hari ni saya nak update pasal kad-kad raya yang saya buat khas untuk mama [ibu mertuaku] dan en suami.

Tema yang sama iaitu ketupat...[nak buat mcm mana kan...tu je yang tahu...hehehee....]. Jom kita layan gambar ye...











Alhamdulillah...mama call inform kata kad yang cantik dah sampai......... 
[terus menantu tersenyum simpul....] =))) 


Ok.. terlanjur saya buat kad untuk mama... sepastinya...saya akan buatkan kad khas untuk boyfriend saya kan. Temanya masih sama berkonsepkan ketupat..yang membezakannya adalah warnanya sahaja.

Oleh kerana boyfriend saya tu sangat sukakan color black n white...[hitam putih kehidupan...hehehe].. jadi... saya harus lah mengikut warna kesukaannya. Ketupat hitam putih...Bila sekali pandang..nampak mcm ok je kan.... macam papan chess.....

Dah siap semuanya...nak dijadikan cerita..konon2 nak bg surprise la kat boyfriend saya tu..so...address la kat office dia... Memang dia tak tahupun saya buat kad raya untuk dia kan...

Bila mama call bgtahu kata kad dah sampai... excited sangat...dan rasa mcm ehh..cepatnya...semalam pos..hari ni dah sampai...PJ pulak tu...yang kat satu negeri dan daerah ni senyapp je...saya jadi pelik la 100x. Tengok en boyfriend saya tu relax je...senyapp je..tak ada reaksi... Jadi..dengan keterpaksaan..saya pun bertanyalah...

"awak ada dapat surat apa2 tak?"

"tak...kenapa..ada surat penting ke utk saya..." [dia pulak tanya kita kan...]

Dengan keterpaksaan....masa sembang2 dengan mama dalam phone..en suami tu ada kat sebelah kan... soo...terbuka la cerita... konon nak bg surprise..rupanya saya yang tersurprise...hahaha... kat office dia orang yang menerima surat tu cuti..so..kalau nak dapat apa2 surat atau kad...selepas raya la jawapannya.... hmmm... ok la kan...hopefully dapat...dan dia tahu saya dah bagi kad untuk dia...cuma dia tak tahu mcm mana rupa kad itu kan.... hehehe...



















Bila en suami dah terima kad ni...balik rumah..mukanya menyengih je...
Suke le tuuuu.....

Saya tersenyum macam kerang busuk...hehehe...=)))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))








Monday, December 24, 2012

AIDILADHA QUILLING CARD

Assalammualaikum dan salam ceria semua....

Rasanya dah lama dah tak post pasal hasil2 kreativiti sendiri di blog ni. Sebenarnya.....saya masih teruja membuat kad2 ini untuk sahabat-sahabat semua. 

Bersempena dengan hari raya aidiladha yang lepas... saya berkesempatan membuat sekeping kad khas untuk kak lily [rakan sekerja saya]...kad sebagai kenangan oleh kerana kad hari raya aidilfitri saya tak sempat nak buat untuk semua... jadi terpaksalah memilih hari2 yang istimewa untuk dikongsikan hasil kerja tangan saya nih.... lagipun masa terlalu mencemburui saya...hope kak lily gembira menerima kad yang tak seberapa dari saya... :))))

Kad hari raya aidiladha untuk kak Lily








Kalau hari raya je mesti nak buat ketupat kannn.....apa nak buat...tu je yang saya tahu setakat ini.....lepas ni nak try belajar buat yang lain pulakkk.....yang penting kena rajin belajar lahh....hehehe...

Hmmm...sebenarnya kak lily nilah yang bagi saya pavlova dan kek indulgence... dalam post sebelum ini. Kad yang sangat sederhana...dibalas dengan 2 kek yang sangat sedap..really appreciate it.... ;))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, September 3, 2012

KAD RAYA QUILLING - FOR MY BEST FRIENDS

Assalammualaikum...salam ceria....

 Saya ingin berkongsi rasa terima kasih saya kepada insan2 yang senantiasa memberi sokongan dan galakkan kepada saya sewaktu susah dan sedih. Caranya...saya terjemahkan di dalam bentuk kad Quilling. Sudah terlanjur saya membuat kad quilling untuk anak2 sedara saya... hati terus rasa ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk sahabat2 yang senantiasa berada bersama saya ketika saya menghadapi kesukaran dan kesedihan. Kad ini sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka2 yang istimewa ini. Namun, saya tidak diberi kesempatan untuk memberikannya kepada kesemua sahabat2 saya...semuanya atas sebab kekangan masa yang tidak mengizinkan.......

Jom layan beberapa kad yang sempat saya siapkan dan berikan kepada sahabat yang dekat dengan saya.... Mereka2 yang istimewa ini...berada bersama saya ketika saya menghadapi kesedihan yang amat sangat ketika mak saya sakit. Mereka2 ini tidak henti2 mendoakan dan memberi sokongan dan kekuatan kepada saya... tak kira siang atau malam...mereka2 ini senantiasa bertanyakan khabar tentang ibunda saya....baik dari sms..fb..hinggalah call saya....dan ada antara mereka yang datang sendiri menziarahi ibunda saya di hospital.... Walaupun kad ini tidaklah secantik kad2 yang mahal yang berada di pasaran..namun disini saya nak mereka tahu bahawa....saya membuat kad ini dengan rasa penuh kasih dan sayang dan penuh keikhlasan.... namun.... saya perlu akui...sebenarnya..kad ini bukanlah harga atau nilai yang perlu saya gantikan dgn kebaikkan2 mereka ini...sejujurnya.... kebaikkan2 mereka sebenarnya tidak ternilai harganya.... hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran dan hadiah terbaik buat mereka.... ;)))

untuk sahabat saya Az







 
Kad untuk yayang








Kad untuk Kak Miera










Kad untuk CC Aziah










Kad untuk Suriati










Kad untuk Putri










Kad untuk Lin










Kad untuk Andy










Kad untuk Intan [kawan opis saya]









 
Nampak tak kegigihan saya buat kad2 nih..... boleh dikatakan sama je pun....tak ketupat pelita....itu je yang saya tahu buat setakat nih.....hehehee....yang penting saya ikhlas.....harap yang semua si penerima sukaaa...... saya buat dengan penuh kasih sayang tauuuu =)))





Terima kasih kerana membaca entri ini =)))