Wednesday, November 19, 2014

REDHA ATAU KELUH KESAH

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ni mencuri masa sedikit untuk diluangkan kepada penulisan belog ini.

Entah kenapa...beberapa hari ni terasa macam kurang sihat. Penyakit berjangkit en suami sudah sampai kepada saya agaknya...dia demam....terus lah orang tua tu jangkitkan demam dia pada saya...dan sekarang rasa mcm nak selsema la pulak.... ehhh tak nak layan lah sangat sakit2 nih.... kita tolak ke tepi.... selagi boleh bertahan...kita tahan jelah.....jom buat kerja..... eheheheee...

Tapi hari ni saya nak berkongsi pengalaman dan sedikit pendapat..

Jodoh pertemuan..ajal dan maut, serta rezeki....itu semua rahsia Allah.

Bila mana DIA mempertemukan jodoh yang terbaik untuk kita...dan kita menikmati kehidupan alam rumahtangga [dan dengan izinNya]...kita bahagia dan kita beroleh apa yang kita ingini .... itu adalah anugerah yang terindah dari Allah.

Namun...disetiap kehidupan manusia ini...pasti akan ada kekuranganya..
Samaada ianya diketahui orang atau hanya diri sendiri dan pasangan kita sahaja yang tahu.
Apa yang nyata....yang diketahui orang itu selalunya menjadi masalah.
Masalah yang sengaja ditimbulkan entah kerana apa.
Sedangkan perkara yang dijadikan masalah itu sebenarnya BUKAN menjadi masalah BESAR pun pada pasangan itu.
Namun tak semua orang begitu.....hanya segelintir sahaja.....tetapi...di kalangan segelintir itulah selalunya membawa kepada masalah.

Kalau dulu...saya pasti akan tersentap atau kata manisnya....terusik sedikit perasaan tu bila ada yang bertanya mengenai zuriat. Masa tu zaman saya kurang sabar....ehehehe...tapii jujurnya tidak kini.... sebab saya bukan lagi seperti dulu yang mudah terasa...mudah tersentap...mudah nak marah..... sebab saya ni dah jadi mokcik.....ahahaaa...[ehhhh mokcik gila2 okehhh... anak2 sedara bertimbun kot....]..soo..tahap kesabaran tu mengatasi hawa nafsu yang jahat......InshaaAllah....

Bila kita dah sedikit demi sedikit untuk cuba redha dan menerima ketetapan ini sebagai satu rahmat dan takdir dari Ilahi... cubaan dan dugaan itu lebih hebat lagi sebenarnya.

Allah menguji hamba2Nya mengikut tahap kemampuan diri hambaNya.

Kalau nak diceritakan disini...sebenarnya terlalu banyak kata-kata sinis yang dilontarkan kepada saya secara terus ditujukan kepada saya mahupun sindiran... namun.... semuanya itu tidak menjadi asbab untuk saya membawa diri dan terperuk dengan perasaan saya. Orang seperti itu akan berasa gembira dengan kesedihan dan kekurangan orang lain......

Seperti yang saya katakan tadi... tak semua orang suka mengata dan menghina....... ada yang banyak memberi kata-kata positif kepada saya. Itu semua terpulang kepada pemikiran masing-masing. Mungkin yang mengata...membanggakan diri akan kesempurnaan yang di miliki itu.... kita anggap dia cetek ilmu pengetahuan. Dia tidak tahu adab2 agama dan tidak tahu dan memahami akan maksud sebenar qada' dan qadar Ilahi. Doakan sahaja agar Allah memberi hidayah kepadanya...

Kita punya kebahagiaan kita tersendiri...cara bagaimana kita peroleh kebahagiaan itu....terpulang kepada pasangan dan diri masing2. Janganlah kita jadikan dari satu kekurangan dalam rumahtangga kita itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah... Allah cuma tidak penuhi satu sahaja permintaan kita yang kita selalu anggap....kenapa dia dengan mudah memperolehi apa yang dia nak..kenapa tidak kita?? [kita selalu persoalkan ketetapan Ilahi...padahal kita tahu.. ianya berdosa untuk mempertikaikan takdir2 Ilahi].. Tetapi pernah tak kita pandang dari satu sudut lain.... bahawa Allah memberi lebih dari apa yang sepatutnya kepada kita. Allah berikan kebahagiaan....Allah limpahkan kasih sayangNya di dalam rumahtangga kita.... Allah kurniakan seorang suami yang sangat memahami dan memotivasikan kita..... Allah berikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita...Allah berikan kemudahan untuk kita bersama dengan suami kita untuk kemana-mana sahaja...Allah berikan nikmat masaNya kepada kita untuk bersamaNya di tikar sejadah..... maka ambillah semua anugerah2 itu dengan rasa syukur..... kerana dalam satu nikmat yang TIDAK dikurniakan...disebalik SATU itu sebenarnya ada limpahan kurniaanNya yang tidak terkira..... Ambillah takdir Ilahi ini sebagai satu hikmah dariNya...

Maafkan saya andai saya katakan....tidak semua pasangan yang dikurniakan anak itu Allah janjikan kebahagiaan.... tak semua kelahiran anak itu akan mengeratkan lagi kasih sayang.....tak semua anak yang dilahirkan itu menjaminkan kita untuk masuk ke syurga... tak semua...... so...fahamilah wahai manusia yang suka membanggakan diri.... dari sudut lain...kenapa mereka membangga banggakan apa yang mereka miliki..... kerana mereka tidak cukup dengan kasih sayang....mereka mencari kepuasan hati mereka dengan cara menyakiti hati orang lain.... namun....sepastinya....mereka tidak akan pernah merasa puas.... percayalah....manusia sebegini tidak akan sedar selagi hidayah Allah tak sampai kepadanya.... dalam hal lain....ada juga manusia yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain..... semuanya sebab mereka tidak mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada mereka..... mereka rasa tak cukup dengan apa yang mereka ada..... so...teruskan berdoa....agar Allah pelihara hati kita dari terus membencinya....sebaliknya....berdoalah agar satu hari Allah akan membuka pintu kebahagiaan baginya....

Dan saya bersyukur atas ujian ini...kerana...ianya lebih mendekatkan diri saya kepada yang maha Pencipta. Sedikit demi sedikit...saya belajar untuk memperbaiki diri saya....menjaga penampilan saya....menjaga lidah saya dan tingkah laku saya agar tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.....Saya mempelajari banyak perkara tentang penampilan diri sebagai muslimah.... mungkin inilah hikmah yang terindah dalam hidup saya...memahami dan mendalami tentang agama lebih menenangkan saya berbanding memikirkan hal2 lain. Ia membuat saya lebih teruja tetapi bukan utk menunjuk2.... saya tenang....saya selesa.... sangat selesa...selain en suami banyak memberi sokongan dan dorongan tetapi tidak pernah memaksa.... kalau saya terlupa [dari segi penampilan]...bila dah masuk kereta..lupa nak pakai sarung lengan....atau stokin... en suami akan cakap..."tak pe...cuba pelan2.... lama-lama akan jadi kebiasaan dan tak lupa dah......." alhamdulillah....saya masih dalam proses perubahan sedikit demi sedikit.....hehehe...doakan semoga saya istiqomah.... inshaaAllah...

Seperti kata en suami....jika kita jaga hubungan kita dengan Allah...maka Allah akan jaga kita.....

Bila kita betul2 memahami erti surah Ar-Rahman...maka janganlah bertanyakan kepada Allah lagi...kerana ianya cukup jelas untuk kita memahami dan menghayati bahawa takdir Allah itu indah...jika kita benar2 memahaminya.

Disetiap ujian yang melanda....pasti di satu sudut yang lain...kita akan mendapat keindahan yang tidak pernah kita gambarkan....maka bertawakallah.... bukan hanya kepada golongan seperti kami....yang mengharapkan rezeki yang satu itu..... tetapi juga kepada mereka yang belum dipertemukan jodoh..... Allah menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita semua di hari akhirat nanti....

Jadi janganlah mengeluh dengan apa yang menimpa kita...sebaliknya...belajarlah untuk redha..... bersyukurlah dengan setiap anugerahNya kepada kita....bila kita bersyukur dengan hanya pada perkara yang kecil.....nescaya Allah akan menggantikan perkara yang kecil itu kepada yang lebih hebat dan menggembirakan kita.... InshaaAllah...

Sedikit perkongsian yang saya dapat di pagi hari ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Bila kita rasa kesempitan rezeki...maka perbanyakkanlah sedekah...nilai seringgit yang kita berikan...Allah akan gandakannya sebanyak 10 kali.... jadi....dalam situasi lain....bila kita mensyukuri perkara yang kecil...Allah akan memberi sesuatu yang lebih bernilai lagi pada kita.....

maka janganlah berhenti bergantung kepada tali Ilahi..kerana Allah itu lebih adil berbanding manusia.....janji Ilahi itu tepat berbanding janji manusia.....kerana Allah sifatNya penuh dengan kasih sayang.....maka yakinilah padaNYA.....



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))




Monday, November 17, 2014

NEW BORN QUILLING CARD

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ni nak share gambar newborn quilling card tempahan dari seorang customer saya yang baru sahaja bergelar ABI /ayah...

Istimewanya customer saya tu tempah khas kad tu nak bagi kat puan isteri. Kad tu dia nak selit kat bunga tanda ucapan terima kasih kepada pn isteri dia kerana melahirkan zuriat mereka.... ehhh...romantik la pulak....ehehehe.... mesti tersenyum sampai ke telinga puan isteri....;)))

Jom kita layan gambar okeh....

Saiz kad: 14.9cm x 21.2cm [saiz A5]

Custom made



ready nak diserahkan kepada en customer..hopefully dia dan pn isteri dia suke..



Saya memilih color soft pink dan blue untuk serlahkan tapak kaki kat tengah2 tu. Memandangkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan, maka saya memilih color pink pekat bagi menyerlahkan lagi tapak kaki kat tengah2 tu.

Sangat comel tapak kaki tu.... hehehe....



Memula tu terfikir samaada nak letak butterfly ke lady bird nih.... bila try letak kedua2nya....mata tertarik dengan ladybird...so...tak nak fikir 10 kali lah.... bila dah tertarik dengan satu...teruskan aje...memang nampak sangat chomel...





Tapak kaki baby yang sangat comel... kalaulah saya beranak nanti...ada ke orang nak bagi saya kad macam nih.....huhuhuhuu.....





Alhamdulillah kad dah pun selamat sampai ke tangan pn isterinya.


Semoga mereka kekal bahagia hingga ke jannah bersama permata hati yang baru sahaja dilahirkan.
Allahumma Aminn....




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, November 10, 2014

KURSUS PENGACARAAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang...
Fuhhhhh lepas nafas kuat-kuat.....
Kesibukkan melampau....dan menyampah tahap ikan dugong....

Last week dari 5 Nov 2014 hingga 7 Nov 2014 [Rabu hingga Khamis] saya diminta untuk pergi ke kursus Pemantapan Juruacara Majlis kat Tower Regency Hotel.....[nasib le dekat je...]

Memang memula nak pegi tu rasa malas nak matiiii.....adoyaiiii.... kalau dalam hati tu dah kata...ehhh...kursus haku ni dah terlebih cukup lahhh...apa ke heiii nye kena pegi jugak2 kursus nih..... memang malas hanya tuhan jelah yang tahu..... nak tak nak SYMP okeyyy...kena pegi jugaklah....

Kitaorang diberi pencerahan tentang protokol, dan tips2 bagaimana utk menjadi juruacara majlis. Panel nye semuanya hebat2....untuk protokol... disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah bahagian Protokol Negeri. Untuk tips juruacara majlis... En Sazali yang berpengalaman dalam bidang juruacara untuk majlis2 Tuanku dan Majlis rasmi RTM, manakala En Nizam...Juruacara bagi Majlis2 rasmi yang melibatkan PM. [Semuanya hebat2 belaka kan.....rasa mcm diri ni kecillllll jeee.....ehehehe...]

Bila dah masuk bab protokol dan seterusnya penceramah2 yang sangat berbakat dan berpengalaman dalam bidang juruacara nih... bila dengar jer pengalaman diaorang....memang tak jemu dan bosan...asyik dok gelakkk sakan jelah kan.... [booo kat diri sendiri....tu lah....memula malas kan...hambik kau sekarang....dah syokk pulak....mmg saja je kann...]. Bila dengar suara2 MC yang berpengalaman ini......mak aiiiii.....sesedap telinga mendengarnya...mereka punya karisma mereka tersendiri.... mereka punya bakat anugerah Ilahi....tetiba kagummm.... macam mana nak jadi macam mereka ha.....hehehe...

Part yang tak boleh nak di elakkan....kena sorang2 ke depan dan jadi juruacara majlis2 rasmi melibatkan Majlis Tuanku Sultan dan Majlis PM dan MB. Owh sebelum terlupa.... kami juga diajar bagaimana nak buat teks atau skrip MC untuk majlis2 yang berbeza mengikut contoh2 yang diberikan kepada kami pada majlis2 yang berbeza2.

Teks diberikan kepada setiap kumpulan dan seorang demi sorang menunjukkan bakat MC memasing...memang terbaiklah..... saya nih biasa2 jer...baru nak merangkak....kebanyakkan semuanya ada bakat dan pengalaman....[boleh dikatakan semua ada pengalaman menjadi MC]. Kami ni dinilai oleh panel yang dilantik dan berpengalaman. So..masa tu dah macam akademi fantasia la pulakkkk..... atau top host la pulakk..[ehhhh agak2lah kan....ahahaha...perasan nak mam.....kan...]...naik atas pentas dan jadi MC dengan lunak suara dan style memasinglah kan.... lepas tu kami akan dinilai dan diberitahu satu persatu tang mana nak diperbaiki....dari segi intonasinyakah.... lunak suranyakah....dan macam2 lah...

Yang pasti.... saya dah berjaya mengharungi cabaran itu....dan inshaaAllah..lepas nih akan ada keyakinan diri untuk menjadi MC....[ewahhhhh kemain kan.....]

Banyak jugak ilmu yang kami dapat....dan semuanya sangat menarik.... cara2 macam mana nak hilangkan gementar ketika berhadapan dengan orang ramai....dan semuanya memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.... terima kasih kepada yang menganjurkan kursus tersebut dan penceramah2 yang banyak memberi ilmu yang berguna kepada kami semua.....sekurang2nya dapatlah saya memanfaatkan ilmu yang ada untuk persediaan kalau2 tetiba kena jadi MC bidan terjun ke kan....tapii setakat dalam jabatan jelah kan....hehehe...

Okey...kursus tu memang sampai ke malam....ada satu hari tu habis sehingga ke lewat malam...so hadap je lah kan...yang penting kursus nih sangat enjoy......

Lepas kursus....memang letih tahap apa je kan...duduk menempek jelah kat rumah tak keluar kemana-mana.....

Elok balik je dari kursus.... start je kerja..pepagi....tgk atas meja ada memo mesyuarat 5S....aaaaaaa....[jerit kuat2....] bila masuk je meeting.... jerit kuat2 lagiiii......... pengauditan final awal bulan 12 nih.....hmmm...positifkan diri..... lagi awal audit lagiii cepatlah lega kerja saya kan..... hadap jelah..... lepas nih...kita bagi ruang orang2 baru...generasi baru pulak take over kita punya kerja okeyyyy...... sambil senyum tgk kiri dan kanan....[sewel sekejap okeh....]

So..sepanjang minggu lepas dan minggu ni hingga hujung bulan...jom kita bersilat dengan kerja dan tempahan2 yang tak henti2 masuk.... nak ditolak kang...serba salah lah pulak....Rasa mcm masa saya yang tak cukup je.... tapiiii tetap akan diusahakan agar tiada hati yang tersinggung......[tawakaltu'alallah.......]....moga2 dapat penuhi setiap permintaan.

Tarik nafas panjang2 dan hembus kuat2.... semoga Allah mudahkan segala urusan2 saya..... aminnn...



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))