Wednesday, February 5, 2014

PERINGATAN DIRI

Assalammualaikum..salam kasih sayang.

Hidup ini indah jika kita senantiasa redha dengan ujian dariNya...
Setiap amalan kebajikan dan kebaikkan kita..bukan untuk penilaian manusia...tetapi untuk mendapat ganjaran Ilahi. Biarlah kita tidak dikenali oleh penghuni bumi...biarlah kita dikeji dan dihina oleh penduduk bumi...asalkan nama kita disebut-sebut dan dimuliakan oleh penduduk langit.

Tiada yang adil di dunia ini melainkan hanya satu iaitu Allah...

Bertabahlah andai ujian datang menjengukmu..kerana itulah tandanya kasih sayang Allah terlalu hampir denganmu. Allah menurunkan ujian dan dugaanNya berserta kasih sayangNya. Di satu ruang..pasti ada jalan penyelesaiannya dengan rahmat dariNya. Yakin lah...bersabarlah...sesungguhnya..DIA lebih menyayangi kita berbanding apa yang ada di dunia ini.

Saya bukanlah seorang yang pandai untuk bermadah dan berhelah apatah lagi menyusun kata-kata indah dan puitis. Saya seorang yang penuh dengan kekurangan di sana sini.

Tidak semua perkara perlu ditulis dan dicoretkan disini... tidak semua perkara perlu dihebahkan kepada orang...cukuplah sekadar memahami bahawa...hidup ini tidak boleh tidak...kita PASTI akan menempuhi pelbagai onak dan duri...pelbagai ujian dan dugaan. Adakah kita berjaya atau tidak..itu bergantung kepada keimanan dan keyakinan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Sedarilah...dalam kehidupan..kita perlu tahu bahawa segalanya seimbang. Adanya siang dan malam...adanya panas dan sejuk...begitulah demikiannya hari2 yang kita lalui dalam perhubungan kita sesama manusia... Jika ada yang suka..pastinya ada yang membenci...jika ada yang memuji..pastinyalah akan ada yang mengeji dan menghina...Jika ada kesedihan...pastilah adanya kegembiraan...Jika ada yang susah...pasti ada yang hidupnya mewah dan senang.... jika ada yang cantik dan hebat pastinya ada yang cemburu dan mencebik bibir...begitulah selanjutnya. Dan ketahuilah bahawa..setiap kesimbangan itu ada sebab dan musababnya yang telah ditentukanNya.

Samalah juga dengan pemikiran kita. Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman kepada sesama insan...me"neraka"kan pada insan yang dilihat zahirnya tidak sempurna...dan men"syurga"kan insan yang pada penilaian kita dia tu sempurna. Ketahuilah bahawa... hidayah itu hanya milik Allah... Mungkin insan yang dinerakakan oleh kita itulah yang lebih disayangi Ilahi yang dipermudahkan dihari perhitungan.

Jangan menilai orang melalui pemakaiannya....mungkin hari ini pemakaiannya tidak sempurna....mana tahu esok...dia lebih berpakaian sempurna berbanding kita.

Siapa tahu.mungkin insan yang pemakaiannya tidak sempurna itu lebih tinggi akhlak dan budi pekertinya berbanding kita.... Kita tidak tahu kesudahan umur kita bagaimana...baik kah atau burukkah...
Yang nyata..... jika kita lihat dia tidak sempurna dari pemakaiannya......berdoalah dan memohon kepadaNya....agar dia dia diberi hidayah oleh Allah......wallah hu alam

nota kaki: saya menulis sambil mengingatkan diri saya..bahawa hidup ini hanyalah sementara...dunia semakin tua... umur kita semakin hari semakin bertambah... jadii..carilah kebaikkan dengan senantiasa positifkan diri...kematian itu hampir dengan kita...biarlah kesudahan umur kita diakhiri dengan kesudahan yang baik... inshaaAllah..





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Tuesday, February 4, 2014

PUISI KESUKAAN SAYA - PINTAKU PADAMU

PINTAKU PADAMU

Kalau esok kasih kita 'kan hancur jua
usah ditaburi bumi ini dengan air mata
dunia bukan semata milik orang bercinta
hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa.

di bawah sinar mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat.

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dalam usia pengembaraan.

tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dalam sengsara
di hari mati kita mengira pahala dalam dosa.

Okey..sebenarnya..saya sangat sangat dan sangat menyukai puisi indah ini. Kalau nak tahu la kan... puisi ni saya ada tulis dalam buku account saya ketika di zaman kuliah kuliah dulu tu... soo..sesiapa yang pinjam buku account saya tu...sah sah depa akan terbaca tulisan puisi ni dalam buku tu...siap ada lukisan cartoon looney tunes dalam tu... hehehee..

Bagi saya...puisi ini mendalam maksudnya. Kita boleh memahaminya dengan mudah... Mungkin penyusunan bait bait kata-kata yang indah tepat dan padat membuatkan saya sangat menyukai puisi ini ;)))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))