Wednesday, August 30, 2017

SALAM KEMERDEKAAN & SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Alhamdulillah.... dah sampai ke penghujung Ogos dan kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 60 negara. Sambung menyambung pula dengan sambutan hari kebesaran untuk seluruh umat islam iaitu Hari Raya Aidiladha 1438h.

Bulan Ogos yang penuh dengan ujian dan dugaan. 
Namun di dalamnya pasti ada kemanisan. Kadang saya tersenyum dalam tangisan....ada tawa disetiap kepahitan yang dirasa.... Untuk semua perasaan itu.... disebaliknya.... terselindung hikmahNya yang tiada ternilai....Tuhan.....bersyukur hamba untuk setiap ujian.....hanya DIA yang tahu kemanisannya.........alhamdulillah...

ehsan google

Bulan Ogos juga bulan kemerdekaan yang ke 60 tahun negara. 

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Ayuh merdekakan minda kita dari jajahan anasir yang membawa kebinasaan...jangan dibangga dengan jajahan luar kerana tercapainya merdeka dari tertumpahnya darah perwira yang mempertahankan negara dari ancaman musuh. 
Jom muhasabah diri!

Minggu ni cuti sambung menyambung. Banyak masa akan diluangkan dirumah untuk menjaga abah yang tak sihat. Mungkin..inilah peluang dan ruang untuk kita berbakti kepadanya dengan sisa usia anugerah dariNya. 

ehsan google

Awal September, hari kebesaran untuk seluruh umat islam. Iaitu Hari Raya korban. 

Tanya diri....apakah pengorbanan kita disepanjang usia kita. Kadang2 kita rasa pengorbanan yang kita lakukan itu hanya sekecil cuma........tetapi besar nilainya disisi Ilahi dan begitulah sebaliknya....Walau besar atau kecil pengorbanan kita....terus muhasabah diri untuk memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik. 

Allah menceritakan kisah korban ini di dalam al-quran sebagai bukti kebesaranNya. Ujian yang hebat Allah turunkan kepada hambaNya dan di akhirnya....atas kepatuhan akan perintah Allah.....Allah gantikan ujian itu dengan kebaikkan yang tidak pernah terjangkau oleh akal kita. Itulah kekuasaan Ilahi yang tiada tandinganNya....jadi.... yakinlah dengan janji Ilahi...kalau bukan di dunia ganjarannya.....harus yakin....pasti di akhirat....maka...nikmat di akhirat yang kekal abadi itulah yang sebaiknya.....

Last but not least...
Salam kemerdekaan dan salam aidiladha...
Semoga kebaikkan demi kebaikkan mengiringi langkah kita....
Doakan semoga abah saya sihat seperti sediakala....Allahumma Aminnn.....





Terima kasih kerana membaca entry ini!




Thursday, August 24, 2017

CERITERA SEPANJANG OGOS!!




Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Kalau Julai adalah bulan kelahiran saya.....Ogos pula adalah bulan kasih sayang dan penuh dengan ujian dan dugaanNya...Dalam bulan Ogos...ada satu tarikh penuh bermakna buat saya dan suami..... rasa macam terkejut bila en suami ingat tarikh tu.....ingatkan dah lupa....selalunya...dia lah manusia yang akan lupa semua tarikh2 tu......tapii kali ni...bila bgtahu...tarikh tu ada taklimat semua bagai...terus dia tanya.....ehhh.....bukan tarikh tu bla bla...........[terus isteri senyum simpul...] =))))

Jom tengok jadual kesibukkan saya untuk rekod simpanan saya....

2.08.2017 - 3.08.2017 (Rabu & Khamis) - kursus
9.08.2017 - 11.08-2017 (Rabu - Jumaat) - kursus

10.08.2017 - 12.08.2017 (Rabu - Sabtu) - suami ke Melaka untuk wakil negeri bagi sukan jabatan.
Ehhh.... suami saya dapat emas dalam permainan chess....
Alhamdulillah.....TAHNIAH suami!!!



13.08.2017 (Ahad) - suami ke tournament chess di Syuen Hotel.
Alhamdulillah suami dapat no.6 daripada beratus ratus penyertaan...
Kenapa masukkan juga jadual suami...sebab masa saya bersama suami juga limited.....ehhh kira ok jugaklah daripada suami yang ke outstation berminggu minggu tu kannn.....[isteri diaorang tak kisah pun.....tapiii saya kisah jugaklah.....] alhamdulillah...

14.08.2017 (Isnin) - suami sememangnya dapat cuti manakala isteri ambik AL kengkonon awal2 ambik sebab nak spend masa dengan suami setelah melalui minggu2 yang sibuk. Tup tup tup...suami saya demam panas.
Ya ampun.... tak tido malam dibuatnya....dah demam panas...selsema la pulak tu..... ajak pg klinik tak nak....kemain degil.... kita ni takut lah.....sebab history dia dengan sakit2 macam tu banyak...dengan pengsan nya....dengan semputnya....adoiyaiii......
Jadinya.....hari isnin tu...memang hari spend masa bersama tetapi dalam keadaan....isteri jaga suami yang tak sihat.....

15.08.2017 (Selasa) - terpaksa ambik cuti EL...memandangkan keadaan suami yang masih tak ok. Jenuh paksa.... nak bawak dia ke klinik...tapii dia kata dia ok.... (tak tahu la kenapa tak nak sangat ke klinik).....redha je lah kalau dah degil macam gitu.....

16.08.2017 (Rabu) - nak tak nak...kena kerja jugak sebab dah lama tinggalkan office...cuti bersambung sambung pulak...so pagi tu suami dah boleh ber face time dengan saya....kiranya dia dah ok le tuuu kann.....=)))



Dalam tarikh yang sama...
Balik je dari kerja....suami [tugasan setiap minggu] akan ambil mak dan kawan2 mak dari kelas mengaji. Elok je lepas hantar mak ke rumah.... saya pulak kat my baiti jannati.... en suami sampai je...bgtahu kata abah saya penat. Tak fikir apa2 dah....terus sarung tudung dan balik ke rumah mak..... tgk memang betul abah saya tgh penat dan batuk2...badannya berpeluh peluh.

Dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sepenuhnya lagi....suami buat urutan pada abah....setengah jam lepas tu...abah kata dah ok.
Elok masa tu boleh gelak2 lagi bila suami saya melawak2 dengan mak abah saya......

Dalam sejam lepas tu....penat abah datang balik....
So... tak fikir panjang....terus bawa abah ke Hospital Pantai.
Dalam pukul 12.00am abah di masukkan ke wad.

17.08.2017 - 21.08.2017 (Khamis -Isnin)  - 5 hari abah saya bermalam di wad. Dan dalam tempoh itulah....[dalam keadaan suami yang tak berapa nak sihat sepenuhnya....]

Jadual saya dan suami berubah disepanjang abah berada di wad.

Pagi - suami ambik mak dan hantar ke hospital

Tgh hari - suami ambik mak dan bawa mak lunch terus hantar mak balik ke rumah untuk berehat sebab mak saya pun belum sihat sepenuhnya dari pembedahan cyst.

lepas maghrib - lepas saya balik kerja dan selesai solat, kitaorang akan ke hospital sama2 untuk tgk abah. Selalu akan pastikan sampai ke hospital sebelum jam 8.30 malam sebab dalam pkl 8 malam, Dr akan buat pemeriksaan eco pada abah [sekarang boleh tgk 3D]...so...saya dan suami akan pergi temankan abah dan dapatkan penjelasan Dr. Kuat atau tidak menerima penjelasan Dr ttg kesihatan abah...hanya Allah je yang tahu.... alhamdulillah...suami...walau dalam keadaan yang tak berapa nak sihat....masih setia bersama2 saya dan teman saya, mak dan abah....

11.00malam - lepas dah settlekan abah...pastikan abah dah selesa semua.... bawa mak dinner dan kekadang dalam pkl 12.00 tgh malam baru sampai ke rumah....

Tahap kesihatan abah betul2 menurun..... semua saluran jantung ke otak...semuanya dah tersumbat. Dari penjelasan Dr. anytime je abah boleh kena stroke. Pembedahan bypass tidak boleh dijalankan kerana berisiko tinggi. Jadinya....abah hanya boleh bertahan dengan hanya makan ubat.

Paru2 abah juga dah 40% dijangkiti kuman.
Sekarang Dr. control dengan ubat yang di bekalkan.
Faktor usia abah juga salah satu sebab kenapa kuman mudah merebak.

Alhamdulillah....selepas Dr. berpuas hati dengan report darah abah.... Isnin 21.08.2017 abah dibenarkan discharge. Abang daripada KL balik dan bawa abah keluar.

17.08.2017 - 18.08.2017 (Khamis & Jumaat) - jabatan saya terlibat dengan pertandingan hiasan jalur gemilang.
Jadinya semua staff terlibat dalam gotong royong dan masing2 menghasilkan daya kretiviti dalam menghasilkan yang terbaik. 2 hari tu saya sibuk untuk menyiapkan hiasan bersama rakan2 setugas walau hati tak sepenuhnya di pejabat....

21.08.2017 - 22.08.2017 (Isnin & Selasa) - saya terlibat dengan taklimat di Ipoh.
Taklimat yang kesemuanya menggunakan praktikal. Menarik dan mudah faham.
Alhamdulillah.... hari kedua tu dapat balik awal...jadinya... boleh lah temankan mak di rumah..



22.08.2017 (Selasa) - hari istimewa buat saya dan suami....[part ini saya akan ceritakan kemudian] =))

23.08.2017 (Rabu) - Hari ni abah saya terkena minor stroke... ingatan dia terus lost. Hati dah rasa tak tenang dah bila lihat kesihatan abah semakin hari semakin merosot. Perkara2 yang diingat hanya pada orang2 yang dah meninggal dunia.....Ya Allah...tak tahu nak kata kesedihannya bagaimana..... moga Allah bagi kekuatan pada mak dan saya serta keluarga. Berdoa dan terus berdoa.

Dalam tarikh yang sama juga.......Dapat berita sedih atas kematian seorang rakan sepejabat yang selalu je berurusan di pejabat walau dah lama pencen....setiap kali musim buah....pakcik ni akan datang menghantar buah rambutan..... Ya Allah...moga segala dosanya terampun dan moga rohnya berada dalam kalangan hambaNya yang beriman....Allahumma Amin.....

Tak tahu nak kata perasaan saya....semuanya bercampur campur.... moga ada kekuatan di dalamnya...

Dannn..hari ni saya curi masa nak update blog.....

Walau sebenarnya penat saya tak hilang lagi....kesedihan tiba2 datang menyinggah.......namun saya bersyukur...suami saya beransur sihat sepenuhnya.....dan sekarang....sepenuhnya kena pantau kesihatan abah....dan cuba bantu abah untuk ingat semula....Syukur...kerana Allah mudahkan segalanya urusan kami.....sungguh perancangan Allah itulah yang terbaik.

Last but not least....
Ogos.......walaupun bulan yang penuh dengan ujian dan dugaan.... in another side... di dalamnya... ada satu tarikh yang istimewa buat saya dan suami.... semoga dalam ujianNya ini... ada hikmah yang tidak ternilai buat kami.... semoga yang baik2 sahaja mengiringi perjalanan hidup kita untuk hari ini dan hari2 akan datang......
Doakan abah saya cepat sihat ya......Allahumma aminnn.....=)))

Terima kasih kerana membaca entry ini !






Tuesday, August 1, 2017

TEMPAHAN QUILLING KAD UNTUK HARI GURU

Hye uolls..

Hari ni kakak nak share tempahan kad quilling untuk teachers day yang dah lama terperam dalam folder komputer kakak...
Hari ni baru ada kesempatan.

Kakak dapat tempahan ni last minit.
Lagi beberapa hari nak ada sambutan hari guru kat sekolah anak hadik nih......baru beliau teringat nak tempah kad....

Ok..kakak sedaya upaya cuba memenuhi tempahan hadik nih.....owh ya.... adik nih jugak bakers yang berjaya ok...selalu jugaklah kakak order memacam makanan pada dia.....semuanya sedap ok....

Ok...berbalik pada tempahan...[kalau sebut pasal makan....kemain excited......ahahahaaa...]
Adik ni tempah 3 kad untuk guru anaknya.

Jenuh jugak memikir nak buat corak macam mana kat kad tu...yang simple but cantik katanya.....

Dan....alhamdulillah.....akhirnya...terhasillah 3 kad untuk hari guru.... 

Dibuat khas untuk 3 orang guru kesanyangan anak adik nih.

Kakak tolong tuliskan kat sampul sekali ok....



Kad pertama yang saya buat untuk guru kelas kesayang anaknya.
Saya pernah buat kad ni sebelum nih....
Kali ni kita guna tona yang lembut dan tambahkan butterfly kat situ bagi nampak lagi menarik....=)))



Kad ke 2 kakak buat bentuk LOVE... 
Bukan orang bercinta je boleh bagi love tau.....
Yang ni khas kakak buat love untuk cikgu kesayangan....
[dengan harapan agar cikgu dia suka la hendaknyaa.....=)))]



Yang ke 3
Kad bentuk LOVE jugak....=))
ada ladybird kat situuuu....
Simple je...

Harap2 cikgu cikgu yang menerima kad ni semuanya sukaaa......
Kata adik yang menempah tu...... beliau bagi sekali dengan brownies tak silap saya lah....
sweet sangat...=)))

Harap adik tu tak serik tempah kad dengan kakak lagiii....

Tq atas tempahan...nanti tempah lagi ok.... =)))






Terima kasih kerana membaca entry ini!