Wednesday, June 12, 2013

KEK BATIK

Haiiii.... rasanya dah lama tak share resepi simple lagi mudah sebab saya kan seorang yang malas nak masak...so...suka yang simple je okeh....

So..kalau ada kelapangan atau ada rasa nak mencuba-cuba tu... boleh la mencuba resepi yang mudah lagi simple ni.... sekejap je dah siap.... dan hasilnya sangatlah yummy.... hihihiii

Kali ni saya dengan rasa bangga dan besar kepala hati.. nak share resepi kek batik.. tapiii kali ni saya bagi nama...kek batik almond sebab ada taruh almond sikit... tu yg taruh nama mcm tu... hehehe...

Bahan-bahannya
200 gram milo
100 gram serbuk koko
[kalau nak guna coklat masakan pun boleh - 300gram]
200 gram biskut marie [dipatah-patahkan 2 atau 4]
Setengah tin susu pekat 
[kurangkan manis dalam masakan....lebihkan manis dalam senyuman...macam saya.... hihihii]
3 sudu besar butter
 sedikit badam [dikisar- tapiii jangan terlalu halus... bagi nampak kasar2 sikit atau beli je yang dah siap di kisar kasar.... orang rajin mcm saya mmg mcm tu kannn.... hihihiii] pastikan di salai terlebih dahulu
 Baking paper / aluminium foil

Cara-cara membuatnya

Masukkan kesemua serbuk koko/ milo + susu pekat + butter ke dalam periuk /kuali. Dimasak di atas api yang kecil atau sederhana... 

kacau kacau dan kacau sampai la semuanya dah sebati dan menaikkankan aroma yang sangat menyelerakan.... 

Masukkan sedikit almond yang telah di salai tadi ke dalam mulut adunan yang dah sebati tu. Kacau...kacau dan kacau lagiii

Kemudian masukkan biskut marie yang dah dipecah pecah kan dua tiga atau empat... ke dalam adunan tadi... setiap kali masuk ke dalam adunan..kacau dan kacau..sampailah sebati kesemuanya.

Letakkan baking paper / aluminium foil ke dalam loyang dan pastikan disapu sedikit butter supaya tidak melekat.

Masukkan adunan yang telah sebati tadi ke dalam loyang dan di tekan2 dengan sudu.. bagi padat tanpa meninggalkan satu ruang pun. 

Taburkan lebihan almond tadi sebagai hiasan dan lepas tu...masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 jam [kalau dah tak sabar nak makan laa...] atau satu malam. Potong dengan menggunakan pedang pisau yang tajam dan...sedia untuk di nyum nyum...

Selamat mencuba ;)))



 inilah hasilnya setelah anak saudara saya dah potong 
sebab dah tak sabar nak ngap kek nih... hihihihii

 


Monday, June 10, 2013

SALAM KEMAAFAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang... Syukur yang tidak terhingga diatas setiap detik dan waktu yang dianugerahkan kepada kita untuk menghirup udara dari Ilahi... bernafas menikmati nikmat dan kekuasaanNya....

Jom kita positifkan diri...beranggapan baik dan menghormati setiap pendapat dan pandangan orang lain terhadap kita. Senantiasalah menganggap diri tidak sempurna dan bersedia menerima teguran... =D

Dengan setulus hati dan mengakui kerdilnya diri saya dalam membina ayat di dalam blog ini... yang ada ketikanya sedikit sebanyak ada diantaranya mengguris perasaan yang membaca baik saudara mara...sahabat mahupun orang yang tidak saya kenali.... dengan perasaan rendah hati dan sedar akan kekurangan diri saya.... saya memohon jutaan kemaafan seandainya ada diantara penulisan saya itu mengguris hati dan perasaan anda semua. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Ilahi dan yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kelemahan saya.

Kadang kala..saya menulis mengikut rentak hati dan perasaan saya yang suka bersikap jujur dalam meluahkan apa yang tersirat. Saya tidak pernah tujukan kepada sesiapa...[kalau terasa tu....ehem..ehem....mintak sorry okeh...]namun senantiasa memberi peringatan kepada diri saya agar jangan mengecilkan hati sesiapa sehingga menyebabkan orang lain bersalah sangka dengan saya... namun... benda dan perkara yang nak dielak itu akhirnya berlaku juga sehingga ada yang memusuhi saya...[Subhanallah.....Allahuakbar......apa yang dah saya buat nih......]

Niat dihati membuat blog untuk meluahkan apa yang tersirat... namun saya ter expose blog ni kepada rakan2 saya ketika mengistiharkan anniversarry saya dan suami tahun lepas....[poyo betul...hihihiii]....[tak sengaja okeh....bukan disengajakan...] masa tu fikir.... jangan ada yang kata saya ni mangkuk hayun tingkat...sudahlah kannn....hahahaaa...membaca dan kemudian terus membenci... dan dijadikan musuh dan black list saya dalam friend...hahaha...[memang nak ketawa...sebab itu bukan tujuan utama menulis blog...] kalau tak... dah lama orang baling terompah kat muka saya.....[adoyaiiii...sakit tauuuu.....]

Bila kita berterus terang...memang akan ramai yang tak suka menerima..namun...itu pendapat masing-masing... itu pendirian dia...itu persepsi dia pada kita... dan bukan untuk melemahkan..sebaliknya..jadikan itu sebagai satu cabaran dalam hidup kita.

"Dia tak suka...dia punya pasal lah.." 
tapiii jangan cuba untuk memutuskan tali silaturrahim itu atas alasan itu.

Bila seseorang yang dah buat satu kesilapan.... tegurlah dia supaya ianya tidak berulang dan jika dia sedar sendiri pun...dia akan cuba nak berbaik dengan kita...itu tandanya apa...dia dah segan silu la kan..sebab kita dah tak layan dia...lepas tu..jangan lah pulak kita ni nak jugak2 tegakkan kedegilan kita sebab dah geram ni tadi kannn.....dan kerana itu banyaklah manusia dalam dunia ni yang akan rosak hatinya kerana kedegilan itu tadi kannn... soo...positifkan diri dan sentiasa bersikap terbuka untuk memaafkan........


Firman-Nya: 
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(QS. Ali Imran/3: 133-134).

Jika dibandingkan antara memaafkan dengan meminta maaf, tentu jauh lebih sukar untuk memaafkan. Namun, tidak banyak diantara kita yang mahu meminta maaf baik secara personal mahupun secara terbuka. Padahal meminta maaf adalah sesuatu yang dituntut dalam islam Sementara memaafkan merupakan sikap yang amat payah dilakukan..sebaliknya..mereka lebih suka untuk melakukan dengan menjatuhkan hukuman kepada insan tersebut.

Saya tidak mahu bermusuh...sebab itu saya suka dan dengan hati yang terbuka memohon maaf...kerana sebagai manusia..saya bukan seorang yang sempurna dan dengan yakin mengatakan saya tak pernah melakukan kesalahan walau dalam berbicara mahupun perbuatan dan penulisan. Saya manusia yang penuh dengan kekurangan di sana sini. Namun selalu ingin cuba memperbaiki diri dan hati saya untuk menjadi yang terbaik. Saya senantiasa ingat...kematian terlalu hampir dengan saya... mungkin hari ini...esok atau lusa...atau bila2 masa sahaja..nyawa kita akan diambil kerana kita adalah milikNya... jadi... kerana itu...kepada sahabat dan teman mahupun saudara mara saya.... dengan rasa rendah hati...saya menyusun sepuluh jari..memohon maaf diatas segala-galanya...

Walaupun bukan mudah untuk memaafkan..namun itulah hakikat yang perlu kita semua hadapi.... terpulang kepada anda semua...suka atau tidak suka..semua itu atas keikhlasan dan hati masing-masing...

Saya juga memafkan segala kesalahan orang pada saya.... dan percayalah...tiada apa-apa dendam..iri hati...dengki kianat dihati saya terhadap anda semua...sebaliknya...saya akan gembira apabila melihat kegembiraan anda...dan akan terasa terkesan dihati saya sekiranya anda bersedih.... saya senantiasa akan belajar dari kesilapan... akan senantiasa memperbetulkan kekurangan diri...tapii sekiranya anda sukar untuk menerimanya... saya akan menjarakkan diri saya...bukan menjauhkan diri dan tak layan terus...cuma menghormati pendirian anda...suka dan tak suka adalah milik masing-masing kan [kurangkanlah perasaan tak suka tu ye...] =D

Saya menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang lebih hebat...namun..saya yakin...ada insan yang menghadapinya lebih hebat dari saya....dan atas KEYAKINAN dan KESABARAN serta PERCAYA dengan keagungan ILAHI...akhirnya....kemanisannya sedang saya rasai sekarang ni...[jangan kata saya riak...kerana disepanjang perjalanan hidup kita... kita harus melalui ujian dan dugaan Ilahi yang berbeza-beza] inilah kenyataannya...kerana Allah telah meminjamkan kepada saya seorang imam yang mampu memberikan kebahagiaan kepada saya...berkongsi susah payah...sedih dan gembira bersama-sama saya.... yang akan menasihati saya sekiranya saya tersasar dari landasan yang sepatutnya...yang akan senantiasa menyejukkan hati saya ketika saya geram dengan sesuatu keadaan dan situasi....dan kerana itu saya amat mensyukuri dengan nikmat kehidupan yang sederhana kurniaan Ilahi ini.

Tiada sesuatu yang sempurna dalam hidup kita kecuali ALLAH... namun...saya tidak pernah merungut dengan kekurangan diri... apatah lagi membandingkan diri saya dengan orang yang lebih hebat dari saya...kerana jika kita membandingkan diri kita dengan orang yang lagi hebat dari kita... saya yakin kita akan senantiasa nampak kekurangan kita.... selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih jauh sengsara hidupnya dari kita..supaya kita akan selalu mensyukuri dengan nikmat hidup yang dikurniakan... jika anda nak kata saya ni apa pun...saya terima kerana penilaian ALLAH lebih utama dalam hidup saya dari penilaian manusia. Saya mencari kebahagiaan saya dengan cara saya... dan sekiranya ada yang bercerita tentang kegembiraan mereka diatas kurniaanNya yang dia ada tetapi saya tiada... saya sedia menjadi pendengar dan berkongsi gembira...namun dalam hidup kita seharusnya seimbang..jika kita mampu bercerita dan berkongsi kegembiraan...apatah lagi orang lain kan... jadi sedialah menjadi pendengar dan bukan pendengki.... [selalu terjadi..dimana akhirnya....saya pulak yang susah hati...eh aku ni salah cakap ke....ermmm... bertabahlah hati....].

Akhir kata untuk menutup penulisan saya untuk hari ini...[insyaAllah....andai masih diberi nyawa lagi untuk detik dan waktu yang akan datang... saya akan menulis lagiii...jangan terasa terasa lagiii okehhh].... semoga Allah merahmati kita semua sehingga ke hujung nyawa kita....supaya bila tiba waktu dan saat yang dijanjikan [hari pembalasan]...kita boleh bertemu dalam keadaan wajah yang amat tenang...tanpa ada perbalahan....


salam sayang.....untuk anda semua... =D



Lukisan tulus ikhlas dari saya.....hehehe....=)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, June 3, 2013

TRIP TO HATYAI, THAILAND DAY 3

Selamat pagi Hatyai... Hari ni hari ke 3 kami berada di kota syurga makanan ini. 
Perkara pertama.... saya dan suami keluar meronda mencari makan pagi di kota Hatyai ni. Saya dan suami diikuti dengan anak saudara saya Ican memilih untuk bersarapan di Restoran Kelantan..manakala kakak2 dan abag2 ipar saya sekeluarga memilih untuk bersarapan di Restoran Hamid.

 Nasi lemak
Minuman wajib disini...teh ais....slruuupppp.... hihihiii


Selepas bersarapan... sekali lagi...saya mencari barang yang masih tak dibeli lagi. Untuk pengetahuan semua... benda yang wajib di beli kalau kita mengunjungi kota Hatyai ni adalah beg yang diperbuat dari kain cotton [yang datangnya dengan pelbagai bentuk dan corak... beg kain..beg komputer...sarung kotak tisu... dompet kecil... beg make up dan macam2 lagii yang unik...naikk rambang mata la dibuatnya]. Saya dan kaka saya beli macakan nak memborong je rupanya.... hahaha...  harganya sangatlah berpatutan....saya beli untuk diri sendiri lah jawapannyakan dan ada juga untuk kakak yang sulung... anak2 saudara dan kakak2 ipar saya...sebagai kenangan dan souvenir...[boleh pulak tu habiskan masa lelama memilih barang...hihihii...sorry en suami yeee...


Inilah antara contoh keistimewaan yang ada kat kota hatyai ni yang saya beli... contoh je ekk... ada saiz besar dan macam2 lagii...[tak boleh la tunjuk semua okeh.... hihihiii]

Last day di kota Hatyai
Menggedik dulu sementara menunggu en driver datang...


Jam 12.00 tghari..kami check out dari hotel dan terus ke Hatyai Market. Kat sini memang terlalu banyak jualan dan lebih tersusun dan teratur... kiranya kalau nak membeli belah tu..memang sesuai beli disini. Last barang yang kami cari adalah barangan makanan kering. Wajib beli buah mata kucing kering...boleh buat air mata kucing yang yummy... kat sini famous benda tu... satu paket ada yang harga 100batt...ada yang harga 300 batt... murah dan sangat berbaloi.. so..macam2 barangan kering yang kami beli..sambil tu menjeling la jugak ke arah butik2 baju yang ada di sana... penyudahnya..bukan masuk butik baju..tapii masuk ke kedai yang menjual barangan jenama ZEBRA.. haaa.... [semuanya jual barangan periuk belanga..bekas makanan dan sebagai bagainya yang berjenama zebra okeh...] 

Rupanya en suami nak tukar batt yang dah kehabisan....[hahahaa....sampai habis okeh...]. Penyudahnya..en suami belikan saya mug zebra yang sangat comel... beli sepasang..saya dan en suami...sama patern.... suka...suka dan suka...
Bila bayar dengan RM.. balancenya dapat balik dalam bentuk batt... tapii kena charge lebih la sebab matawang mereka lebih tinggi sikit daripada kita....

Dah puas meneroka Hatyai Market... kami akhirnya pergi ke kedai yang sama untuk menjamu selera buat kali terakhirnya di restoran ayam goreng deca dan di kota Hatyai.

Masih order makanan yang sama...iaitu nasi kuning ayam goreng... manakala seperti biasa abang ipar saya dan en driver makan makanan berhidang...

Selepas menjamu selera..kami bergerak untuk ke pekan Danok pulak untuk membeli beras dan pulut.
Jalan di Danok untuk sampai ke sempadan sangat lah sesak.. ramai yang nak keluar dari Thailand dan ramai juga yang nak masuk...mungkin sebab musim cuti persekolahan. So..sementara nak menunggu kesesakkan itu reda..kami meronda pekan Danok. Masih sempat la saya membeli beberapa jenis barangan kan... hihihii...

dah letih berjalan..kami duduk di satu tempat untuk meredakan keletihan. Sempat melihat keadaan di Danok ni membuatkan en suami tak lepas memegang tangan saya. hahahaa...katanya... kat sini mcm kawasan bahaya.... banyak pengunjung yang berkunjung di sini dengan tujuan yang lain...dan mmg kami nampak satu persatu pengunjung lelaki bersama wanita2 Thailand yang cantik dan seksi...[soo faham sendiri lah ye...] hihihiii... 

Kami akhirnya berjaya keluar dari pekan Danok di dalam kesesakan yang berganda tu.... Di Emigration Thailand..kami dikenakan bayaran rm1 untuk setiap passport yang disemak...[maksudnya apa.... ayoyoyooo...] kalau ada beribu2 pengunjung... berganda2 la keuntungan mereka... kenapakah begitu... sangatlah kan.... tapii kita berada di negara orang...soo..ikutkan aje lah....

Selepas melepasi Emigration Thailand...kami sekali lagii...perlu ke Emigration Malaysia.. Syukur..segalanya berjalan dengan lancar... Kami terpaksa melalui sekatan jalan raya yang banyak...[demi keselamatan negara kita kan...supaya penceroboh tidak sesuka hati masuk ke negara kita...]... 

Keadaaan jalan raya sangatlah sesak... kat higway pun jammed bagai nak gila...alamatnya...kami akan sampai lewat lah kannn....adoyaiii...

Kami singgah di perhentian RnR Gurun...[tak silap saya lah...] untuk solat dan mengisi perut.... Punyalah ramai manusia...sampaikan nak beli makanan pun kena beratur panjang..dan paling best...bila kita dah beratur panjang... nak beli benda yang kita tgk org beli dan menyelerakan...peniaga tu kata dah habis..... sob sob sob... nak beli minuman pun kena beratur...owhh tidak... 

Dan akhirnya...kami selamat sampai lewat jam 1.00 pagi... legaa rasanya....setelah mengahrungi jemmed di sepanjang panjang jalan lebuh raya utara selatan itu. 

Syukur alhamdulillah... kami berterima kasih banyak2 kepada en driver yang mungkin lebih penat dari kami kerana perjalanannya masih jauh.....Ajak masuk dan berehat..dia tak mau kan..so..kami semua berpakat utk kumpulkan duit dan bagi pada en driver sebagai belanja beliau dalam perjalanan nanti...

So...perkara pertama sekali yang en suami buat... ambik tabby...kitty dan anak2 kucing yang bucuk2 tu masuk ke bilik...ya Allah...rindu betul la dengan budak2 bucuk tengit niii.... seolah memahami kerinduan kami...kesemuanya mencium2 kami menandakan yang mereka juga merindui kami.... alahai....terus cair hati saya melihat mereka semua....

Selamat malam..kerana tugasan esok..kena bagun seawal pagi untuk berkhidmat demi negaraku tercinta.... huhuhuuu... selamat malam dunia... sesungguhnya kenangan dan keindahan itu akan tersimpan rapi di sanubari..kalau ada rezeki..mungkin kami akan ke sana lagiii.....InsyaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini... ;)))


TRIP TO HATYAI, THAILAND DAY 2

Hello Hatyai....
 hari ni hari kedua kami berada di kota Hatyai yang sibuk ini. Seawal pagi lagi en driver dah menunggu kami di lobby hotel.

Sebelum kemana-mana..kami dibawa untuk menikmati sarapan pagi di salah sebuah restoran islam berhampiran dengan hotel penginapan kami. Kalau kemana2 restoran pun di Hatyai ni...silalah rasa teh ais nya... sangat kawww dan sedap okeh... sama dengan nescafe ais dia... mmg tak boleh dapat kat mana-mana... hanya di Hatyai... hihihiii...

Selepas sarapan.....destinasi pertama kami adalah Pang Chang Puak Elephant Camp Hatyai... Kat sini terdapatnya gajah2 yang gagah perkasa menanti kehadiran kami. Masuk adalah percuma kecuali jika kita nak naik gajah... kena 500batt = rm50 untuk setengah jam..Gajah tu akan bawak kita meronda ke hutan belantara... menyeberangi sungai.. tapi sedikit malang sebab kami tak boleh nak naik..kena beratur panjang... sebab ramai sangat yang nak merasa naik gajah ni kan... soo... tengok je la gajah ni dari tepi luar kandang tu... dan secara automatik dia akan datang kepada kita untuk mintak makanan... en suami awal2 dah lari jauh... tak tahan bau katanya.... hahaha...sabar je la tauuu....haishhhh...saya dengan kakak...dok sibuk bergambar.... orang lain dok sibuk bagi makanan....[sebenarnya kami betul2 tak perasan ada stall jual makanan untuk gajah2 nih....adoyaiii...] tak pasal2..dia mengamuk....terus sembur kami2 ni dengan pengunjung2 lain...hahahaa.... sabar je la...

Dipintu masuk  Pang Chang Puak Elephant Camp Hatyai

Ramai pengunjung yang beratur naik gajah...kalau satu pasangan pun setengah jam...walaupun gajah ada lebih kurang 4-5 ekor macam tu la.... tapii masih terasa lama...huhuhuuu

Kat dalam Pang Chang Puak Elephant Camp ni... ada bermacam2 aktiviti... nak naik kete ke..nak archery pun boleh..tapii setiap permainan kena la bayar ye... no freee okeh...





Selepas puas bermain dengan gajah dan bergambar sana sini..bermain itu ini... kami meneruskan perjalanan kami ke Mermaid Island. Lagi sesi bergambar sana sini... naik kuda dan sebagainya... hahahaaa...
 Tak pasal2 en suami saya suruh saya naik kuda.... adoyai... macam manalah orang yang main polo tu kan.... saya naik kuda kecik tu dah gayat tak hingat dunia...kuda tu jalan pusing2 je pun.... ni kan kalau kuda tu lari.... haiyoooo.... mamang failed benda2 macam nih la....

Terdapat gerai2 menjual makanan goreng di tepi2 jalan di sepanjang jalan ke Mermaid Island Hatyai

 Antara tarikan yang terdapat di sini... Air kelapa muda yang sangat fresh
Jualan barangan souvenir pun banyak terdapat disini
Kakak dan abang ipar saya menikmati air kelapa dan jelly kelapa yang sangat fresh dan sedap
Terlalu ramai pengunjung yang melihat lebih dekat mermaid batu yang boleh berkata-kata ni....[guna mesin la kannn...]


Makcik ni jual telur dan kacang. Dan uniknya...telur ayam yang dijual tu adalah telur rebus yang mengandungi anak ayam... aiyoookkk..pelik betul makanan2 diaorang nih... 

Lama juga la kami menikmati panorama alam yang indah. Apa keistimewaan disini... di sini yang famous air kelapanya... sangat sedap dan fresh. Kenapa di panggil Mermaid Island....mungkin suatu ketika dahulu seseorang menemui mermaid ni bersantai di batu di pulau itu [tempat tu sekarang ni ada mermaid batu yang boleh berkata-kata... tapii kami tak pergi dekat sebab orang sana...memuja patung tu.... soo..tgk dari jauh je la ekkk...]  




Dah penat posing sana sini..kami akhirnya dibawa oleh en driver melihat beruk2 dan monyet [lupa nama tempat tu...tapiii dekat je dengan mermaid Island ni....naik bukit dan disitulah terdapatnya banyak beruk2 dan monyet yang sangat nakal...ambik itu dan ini....]. 

 kalau nak tahu... monyet ni masuk ke dalam bas ni dan curi kasut pengunjung.... mak aiii...baikk sangat kannn... kami pun tgk dari jauh je la....hanya memenuhi permintaan anak2 saudara saya je niii...
peniaga-peniaga ini meniaga pisang2 untuk diberikan kepada monyet monyet liar disini. gerai mereka juga ditutup dengan dawai.... hihihiii...

Selepas menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi sambil memerhati bilangan pengunjung yang semakin ramai..kami akhirnya beredar untuk menikmati makan tengah hari. Masih memilih di restoran yang sama..iaitu...Restoran Ayam Goreng Deca. Kali ni kami order makanan lain..

Nasi kuning + ayam Goreng [wajib order sebab nasinya sangat sedap... makan mcm tu je pun dah terasa kesedapannya....]
Ayam goreng
Sup Daging
Tom Yam 
Bebola ikan cicah sambal
Kailan goreng ikan masin
Nasi putih

Semuanya makan dengan sangat berselera.
teh ais yang sangat sedapp..wajib order...
Set nasi kuning ayam goreng. Kalau makan macam tu je nasi tu pun dah sedap.... 
Bebola ikan untuk anak saudara. Masakan yang lain tak sempat nak capture.... dah lafarr sangat kan... hihihi... jemput makan semua....

Selesai menjamu selera..kami balik semula ke hotel untuk merehatkan badan... solat dan sebagainya.

Tepat jam 3.30 petang waktu tempatan..kami turun semula ke lobby untuk ke destinasi yang seterusnya. Kami di bawa ke Floating Market yang mula beroperasi dari pukul 4.00 petang waktu tempatan. Dari jauh lagi dah kelihatan bas2 yang masuk ke kawasan itu. Tersangatlah ramai manusia yang berkunjung ke situ..termasuklah kami kan.... hahaha... 
Floating market ni salah satu pusat tumpuan untuk para pelancong. Macam ada kelainan di sini. Yang original punya Floating market adalah di Bangkok...tetapi di sana..[kata kakak saya la yang pernah ke sana] kebanyakkannya yang menjual adalah peniaga bukan islam. Tetapi di sini... kebanyakkannya peniaga-peniaga islam.So..kalau teringin dengan makanan yang dijual disana..boleh lah mencuba tauu... [yang pasti..semuanya membuka selera...dan siapa yang tgk mmg akan berselera....[hahahaa...]


 ini agar-agar yang berintikan kacang. Tersangatlah sedap okeh.. Saya rasa confident nak makan sebab kebanyakkan peniaga disini semuanya beragama islam.
 Ramai pelancong asing yang berkunjung ke sini
 Dim sum thailand



 antara tarikan yang terdapat disini... harus beli..harganya sangatlah murah 250batt / 300batt
sushi Thailand... sangat comel dan murah
Aneka kuih muih terdapat disini...dan semuanya menyelerakan.... Pastikan beli pada peniaga islam...

Kami menghabiskan masa berjam jam disini... beli itu dan ini... tapiii pastinyalah kami mencari sesuatu yang berbeza yang tidak terdapat di negara sendiri kan... hihihii...


Kami kemudian singgah ke Shopping compleks diana [tak silap saya la...]. Macam biasa.. en driver kena scan muka dan meninggalkan pengenalan diri di post polis yang terdapat di pintu masuk shopping compleks tersebut. Harga barangannya tak banyak beza dengan disini... soo..jalan2 cuci mata je laa....

Tepat jam 6.30 petang [waktu tempatan].. kami balik semula ke hotel. 

Aktiviti malam ni...bebas... 

Saya dan en suami masih keluar meronda2 dari satu kedai ke satu kedai... dan akhirnya apa yang kami beli tak lain tak bukan adalah makanan...[makan lagiii.... kata tak nak bini dia ni tembam... sekali dia pulak yang tak henti2 beli makanan.....aiyokkkk]...

Kami sekali lagi beli ayam goreng... pulut mangga dan mangga sekali... sebab katanya tak nak makan yang heavy..tapiir rasanya pulut tu pun dah heavy kannn.... hahahaa...

On the way nak balik hotel tu.. kami ternampak la pulak ada satu stall ni jual roti telur dan roti pisang... peniaganya islam...depa laki bini jual sekali dengan air... dah pulak en suami teringin...soo..singgahlah ke stall berkenaan dan en suami orderlah roti telor...dan 2 bungkus teh ais..... Kami kemudian terus balik ke hotel untuk menjamu selera dengan makanan yang dibeli tadi... bila dibelek2...terbanyak la pulak kan.... nak pass kat bilik kakak dan anak2 saudara saya... depe pun melambak beli... haiyaaaa.... nak tak nak... kami terpaksa habiskan makanan yang kami beli tu..... dan akhirnya...kami berjaya menghabiskannya....makanya... bertambahlah berat badan saya.... saya sukaaa okeh.... hahaha... en suami.... ntah...dia no komen pulakkk....dia cuma tegur... pipi saya dah chubby... wahhh...baru 2 hariii..... adoyaiii...

Roti telur yang sangat lembut. Memang ramai yang menunggu giliran untuk membeli roti telur disini. Peniaga ni hanya meniaga di tepi jalan sahaja.



Aktiviti tengah malam...kakak2 saya sibuk massage okeh...abang2 ipar pun sibuk massage... saya dan en suami tgk tv dalam bilik sambil menikmati panorama malam di kota hatyai...

Ok..untuk pengetahuan semua... selalunya... kalau kita..para2 wanita ni nak massage.... di setiap hotel pasti ada menawarkan pakej utk massage di dalam bilik...pada harga yang sama...[standard price].. 
300batt =rm30 untuk 2 jam... sangat murah kan...  tanya sahaja di kaunter receptionist... mereka akan arrangekan untuk kita.. saya tak berani nak mencuba...kaki saya pernah ada sejarah terseliuh dan retak sikit...so... better jangan kan... pernah massage badan hanya utk tujuan nak betulkan rahim... itu je...hihihii..

Sebelum tidur...aktiviti saya... mengemas bag la kan...sebab esok dah nak balik... huhuhuu... tapii tak banyak pun nak di kemas... ok..kita jumpa esok...good nite Hatyai...