Monday, September 10, 2012

TAHNIAH SUAMI

Assalammualaikum dan salam ceria semua....
Sebelum saya meneruskan penulisan...jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang”
pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.

Peribahasa Melayu ada mengatakan

“ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,

begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.

Bak kata pepatah Arab

“Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Dan katakanlah wahai Muhammad
 “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”  - Surah At Taubah ayat 105

Alhamdulillah... sekali lagi suami saya terpilih untuk mewakili negeri dalam pertandingan Chess MAKSAK. Dari sehari ke sehari saya melihat usaha beliau untuk mencapai yang terbaik dalam ranking pemain-pemain chess di Malaysia.

Saya melihat perkembangan suami dalam permainan chess dari suami saya "kosong" dan berada di tahap yang paling bawah. Beliau tidak pernah berhenti berusaha dan terus berusaha sehingga beliau dihormati dan dikenali. Saya melihat kegigihan beliau untuk mempelajari taktik2 pergerakan buah buah chess...membaca buku...berlawan secara online dan pergi di merata2 pertandingan chess...dan saya percaya...suami saya akan pergi lebih jauh lagiii...

Saya akan senantiasa memberi sokongan kepada suami saya untuk terus berjaya mencapai ke satu tahap yang membanggakan. Sesungguhnya dia adalah contoh terbaik untuk saya. Seorang yang tidak pernah berputus asa.... yang senantiasa yakin pada diri dan tidak pernah memperlekehkan orang yang lebih bawah dari dia... kerana katanya...
" sebelum saya berada di tahap ini...saya juga seperti mereka....mana tahu suatu hari nanti mereka pulak yg akan dapat kalahkan saya...."

Ye...saya kagum dengan suami saya...dia adalah idola...suami...sahabat dan teman terbaik saya [jangan meluat pulak dengan kata-kata saya nih.....suami kot....harus puji suami......hehehee...] semoga kejaya terus mengiringi perjalanan hidup suami saya... doa saya akan senantiasa mengiringinya di setiap langkahnya......[jiwang sangatttt.....hehehe]



Kalau dah memang kaki melukis....nak bg message pun guna lukisan....ahahaaa...... special sangat utk suami.... gambar ni nak bgtahu dia... kalau dah berjaya...jangan nak sombong sangat.....kalau sombong ke atau membongkak diri...saya simbah awak dengan ais batuuuu.......hahahaaaa.....sabar je lah.... =)))



tekun sangat....sampaikan org ambik gambar pun tak sedar kee buat2 tak sedar......drama sangat tau.....hahahaa.... 
Gambar ni saya curi2 ambik masa ikut suami tournament kat Teluk Intan...... tu first time tgk en suami bertanding......dan....dia juara masa nih......moment yg best utk dikenang.....lepas tu...tak ikut dah....bosan tahap arwah sangat....... =)))


Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Thursday, September 6, 2012

SAHABAT SEJATI

Assalammualaikum....salam ukhwah..salam persahabatan dan salam ceria.... ;)))

Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara & SAHABAT sejati yang sukar di cari ganti…”

Hari ni macam nak meluahkan mengenai SAHABAT la pulak. Pasti semua orang mempunyai SAHABAT yang sejati yang senantiasa bersama kita dikala susah dan senang...dikala suka dan duka..dikala kita memerlukan dan diperlukan...sanggup bekorban apa saja demi seorang yang bernama SAHABAT walau terpaksa mengecewakan hatinya sendiri demi menjaga sebuah persahabatan....Begitulah setianya seorang yang bernama SAHABAT.

Oleh yang demikian, tidak semua sahabat itu betul2 sahabat yang setia dan sejati...mari kita fikir2kan bersama.

Entah kenapa..hari ini saya tertarik untuk bercerita mengenai SAHABAT. Kadang kala, kita sukar untuk menafsir sifat manusia...mudah untuk menafsir sifat dan sikap kucing saya Tabby...[hehee...] tetapi sikap manusia ni susah ditafsir walaupun dia rapat dengan kita.

Apakah maksud SAHABAT

SAHABAT adalah seseorang yang banyak memberi manfaat dan kebaikkan diantara satu sama lain. SAHABAT juga adalah seorang yang setiakawan yang akan membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikkan sahabatnya selain mampu menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya. SAHABAT juga akan melindungi sahabatnya yang lain. SAHABAT tidak semestinya akan memiliki minat dan pendapat yang sama, tetapi mereka akan senantiasa ada apabila diperlukan.

Mungkin saya silap...selalu menganggap hati orang seperti hati saya... tapii hakikatnya..manusia ini dilahirkan dengan pelbagai perbezaan yang amat ketara dgn kita. Jadi selepas ini....saya akan senantiasa berhati2 untuk memilih kawan atau teman dan SAHABAT.

Sejujurnya... tidak semua KAWAN dan TEMAN akan menyukai cara kita, keputusan dan tindakan yang kita buat untuk sesuatu perkara..tetapi peranan SAHABAT itu sendiri yang akan menegur kita dengan cara yang betul dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kekurangan itu. Bukan secara memalukan kita di depan teman-temannya yang lain. Sekali dua..saya boleh terima tetapi...apabila berkali-kali... saya rasa ada sesuatu yang tidak kena disitu... jadi... langkah yang perlu saya ambil ialah menjauhkan diri darinya.. supaya saya tidak akan terlepas cakap dan mengeluarkan perkataan yang mungkin akan menyakiti hatinya. Saya akan membiarkan dia dengan dunianya dan saya akan senantiasa menjaga batas2 saya sebagai seorang SAHABAT..kerana... tidak semua kawan, rakan dan teman..sekalipun SAHABAT dapat menerima setiap apa yang kita lakukan, teguran dan kritikan kita.

Tambahan dizaman yang serba moden ini...kita disediakan dengan laman-laman sosial yang memudahkan kita untuk berinteraksi secara terus dengan rakan2, teman dan sahabat kita. Segala kegembiraan, kesedihan dan apa sahaja permasalahan selain nak makan...nak minum... nak tidur.... nak bershopping semuanya akan di update dari semasa ke semasa. Pada saya..itu adalah hak mereka untuk berkongsi bersama-sama teman dan rakan serta sahabat mereka.. Tetapi... tidak semua orang akan menyukainya. Dan disinilah peranan SAHABAT kita sebenarnya... dia yang akan menjadi pemerhati secara senyap untuk kita dan kemudian akan menegur kita secara telus melalui massage tentang apa yang kita kongsikan. Saya akan selalu menilai dari sudut positif tentang setiap apa yang cuba dikongsikan oleh teman, rakan dan sahabat saya. Jika mereka gembira... sudah tentulah saya akan turut sama bergembira dengan apa yang mereka nikmati, perolehi... Ada juga diantara mereka yang cuba untuk berniaga dan mempromosikan bermacam2 jenis jualan langsung dan ada juga ingin berkongsi kejayaan mereka bersama kita dengan membuka ruang kepada kita untuk berjaya seperti mereka. Secara jujurnya.. saya kurang berminat untuk memasuki apa-apa jua jenis skim2 yang diperkenalkan sekarang ini...namun..saya cuba sedaya upaya menolaknya dengan cara yang baik...namun... jika itu menjadi salah bagi saya untuk memilih jalan hidup saya sendiri untuk berjaya.... saya minta jutaan kemaafan kepada teman dan sahabat saya...kerana langsung tiada niat dihati saya untuk menyakiti hati sesiapa dan tolong jangan jadikan saya sebagai musuh yang ketat diatas penolakan tersebut. Kita diberi hak untuk memilih dan disitu pentingnya keutuhan dan kekuatan hati kita untuk menerima setiap keputusan dengan hati yang terbuka. Jangan nampak sangat kerana hal itu...orang2 yang menolak ini diketepikan dari hidup anda. Bukalah ruang yang lain sebagai teman atau rakan untuk berkongsi perkara yang lain.

Lebih malang lagi...tindakan dan apa yang cuba kita kongsikan disalah tafsir. Jika mereka sendiri boleh berkongsi segala kegembiraan mereka...bercerita tentang apa yang mereka alami...apa pula salahnya saya untuk berkongsi kegembiraan yang diperolehi..... tak ada salahnya kan... ;))

Untung juga kita didedahkan dengan laman-laman sosial ini. Kerana kita secara diam akan mengetahui hakikat sebenar perangai setiap orang. Walaupun tidaklah 100% nya betul..tetapi 95% itu akan tepat pada penilaian saya. Dan yang penting..terimalah semuanya dengan hati yang terbuka.. segala kelebihan orang dan kekurangan kita. Cuba menilai dari sudut positif. Tolong jaga adab2 ketika mengeluarkan sesuatu perkataan supaya ianya tidak menyinggung hati dan perasaan sesiapa pun...membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati teman2 kita. Janganlah terlalu mengikut perasaan sendiri sehinggakan tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati dan perasaan orang lain. Saya juga selalu mengingatkan diri saya sendiri.

[Laman-laman sosial ini sebenarnya berfungsi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita bagi memudahkan kita berinteraksi diantara satu sama lain, mendekatkan yang jauh, mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan setiakawan.... BUKAN untuk mencari musuh, menebalkan rasa iri hati, hasad dengki, dendam dan cemburu. Semoga kita semua dijauhkan dari semua itu... think positive ok...]

Satu hal yang menyedihkan saya..apabila SAHABAT yang pernah berkongsi suka dan duka...senang dan susah bersama saya suatu ketika dulu..turut menjauhkan dirinya dari saya. Menjadikan saya seolah musuhnya yang maha ketat. Namun..saya tidak meyalahkan dia 100% kerana saya pasti kesalahan itu turut datangnya dari saya sebagai penyebabnya. Saya selalu berkata pada diri saya sendiri dan mungkin SAHABAT yang membaca...sebelum kita menunding jari ke arah orang..menuduh kesalahan dan permasalahan itu datangnya dari dia....4 jari akan menunjuk ke arah saya...... jadi..sebelum 4 jari itu menuju ke arah saya... saya akan cermin diri saya dan berfikir dan mencari apakah kesalahan saya.. Saya akan muhasabah diri saya dan seperti biasa....en suami akan menjadi rujukan...Saya bukan yang terbaik..tetapi In shaa Allah akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk SAHABAT saya. Semoga SAHABAT saya dapat memaafkan saya seikhlas hatinya. Andai saya tidak penting lagi dihatinya... saya pohon agar..tempatkanlah nama saya dimana2 sekalipun jauh disudut terpencil lubuk hatinya...sekurang2nya..nama saya ada terukir di sudut terpencil itu ;)))

Saya turut mempunyai SAHABAT2 yang masih menghargai saya... bukanlah saya terlalu ingin dihargai tetapi...sekurang-kurang merekalah tempat untuk saya berkongsi suka dan duka... bergelak ketawa dan mengimbau kenangan2 yang sangat manis yang pernah terukir suatu ketika dahulu. SAHABAT yang akan menegur saya secara telus. Yang akan mempertikaikan tindakan saya...yang memaksa...yang mendesak... dan yang lebih selesa apabila kita boleh menerima apa saja kritikan bersama-sama. Saya pasti kebanyakkannya begitu kan. Kita mengukir kenangan indah bersama sahabat-sahabat kita... berkongsi segala masalah dan memberi jalan penyelesaian yang tidak memudaratkannya.

Sebenarnya...jika kita senantiasa berfikir secara positif... menerima dengan hati yang terbuka....segala kelebihan dan kekurangan kita dan orang disekeliling kita... semua permasalahan yang kronik tidak akan timbul...segalanya berpunca dari HATI. Jadi...bersih2kanlah hati dan cermin2lah diri kita supaya bila kita memandang kelebihan orang... dan nampak kekurangan kita... bergaullah dengan orang yang lebih dari kita itu supaya dia dapat menutupi kekurangan kita dan mungkin kita juga akan turut akan menjadi sepertinya..tidak kira dari sudut diri kita mahupun ilmu yang dia ada. Jika kita sedih..dan melihat dia senantiasa gembira... maka bercampurlah dengannya supaya kita boleh menjadi segembira dia...Sesungguhnya jadikanlah mereka sebagai sumber inspirasi..... sekurang2nya tanamkan dalam hati kita untuk menjadi lebih lagi dari mereka.....[bersaing secara positif] Buangkanlah segala tanggapan negatif kita terhadapnya.. andai SAHABAT kita jauh tersasar dari hidupnya...maka kita doakanlah..semoga Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke landasan yang betul.

Hubungan PERSAHABATAN itu tersangatlah penting. kerana doa seorang SAHABAT jugalah yang boleh menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..kerana itulah..kita perlu menjaga nilai seorang SAHABAT dan menghargainya.

Saya menyayangi SAHABAT2 saya..... semoga saya dapat memperbaiki segala kekurangan saya...memperbetulkan segala kesalahan saya...... menjadi yang terbaik untuk SAHABAT2 saya... Berdoa dan terus berdoa...agar saya dan SAHABAT2 saya senantiasa berada di dalam kasih sayangNya...rahmat dan lindunganNya...aaminn... terima kasih wahai SAHABAT...semoga kita bersama-sama dikumpulkan di dalam JannahNya yang sangat indah....



Ehsan dari en google






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, September 3, 2012

QUILLING CARD FOR PRACTICAL STUDENTS

Up date terakhir ttg quilling untuk hari ini...

Saya nak share quilling card yang saya buat khas untuk pelajar-pelajar practikal yang banyak kali membantu saya dalam melaksanakan tugasan... jasa mereka akan saya kenang sampai bila... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa mereka terhadap saya..... Saya doakan mereka semua berjaya di dalam kehidupan..di dunia dan diakhirat....aminnn...

Selalunya.... saya akan memberi cenderahati tanda ucapan terima kasih saya kepada mereka...[ala..hadiah pun tak la seberapa sangat....]. Tapi... bila dah terlebih rajin...saya buatkan kad yang istimewa ini untuk mereka... harap sangat mereka menyukainya.... ;)))

ini untuk Cik Tengku Nur Faezah... ;))


Simple flower








untuk Cik Soleha... ;))







Tulisan yang hemhemhemmmmm sangat.....hahahaa



Selesai up date kesemua kad2 quilling yang sempat saya rakamkan gambarnya. Ada lagi beberapa kad yang saya hasilkan tetapi terlupa untuk mengambil gambar.... Apa yang pasti....semoga si penerima2 kad hasil kerja tangan saya gembira dan menyukainya...

Yang penting...saya nak mereka tahu..bahawa saya ikhlas memberi dan membuat kad tersebut kerana itu minat saya....jadi saya seronok bila melihat mereka juga seronok menerima hasil kerja saya yang tak seberapa ini....

Kepada teman2 lain yang masih belum menerima kad hand made dari saya.... InsyaAllah...jika ada kesempatan...saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membuat kad yang lebih cantik lagi...Sekarang saya dalam proses mempelajari untuk buat yang lebih baik selain mencari bahan2 yang lebih berkualiti. Jika berkualiti...hasilnya pun akan lebih cantik...insyaAllah...... ;)))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

QUILLING CARD FOR MY BEST FRIEND MAS

Masih dengan quilling card....[jgn sampai terjuling sudahhh lahhh...hehehe].

Kad ni saya buat khas untuk kawan sekuliah dan sekepala saya. Syukur alhamdulillah...dah lama terpisah...akhirnya FB mempertemukan kami... terima kasih en FB... sebenarnya menggunakan FB pada jalan dan tujuan yang betul...kita akan dapat manfaat darinya... perlu juga ada sifat memberi dan menerima...memahami dan difahami.... kalau tak ada sifat2 positif ini...maka terjadilah mcm2 perkara yang tak elok...dan tak diingini.... yang paling ditakuti sehingga membawa kepada pembunuhan.... nauzubillahiminzalik.... kita doa sama2 semoga kita dilindungiNya... jadi..gunakanlah FB tu sebaik yang mungkin ya... [tak payah nak terang lanjut2 lagiii....nanti bosan pulak...]

Berbalik kepada sahabat saya tadi...MASURA... kami memamng rapat..walaupun hanya setahun menegenalinya.... namun..nilai persahabatan itu dihargai sepenuhnya.... seronok dan gembira tak terkata bertemu semula dengan sahabat saya yang paling sempoi ni.... apa yang penting....terjalinnya kembali tali persahabatan ini...semoga kita kekal bersahabat sehingga ke syurga,....amin....

Seingat saya....kad ni saya buat selepas saya kembali bercuti dari Korea. Tujuannya nak bagi souvenir dari Korea untuk sahabat saya ni.... Untuk nampak lagii bersopan dan manis...saya selitkan kad yang tak seberapa ini untuk kenangan dan tatapan sahabat saya nih....



Souvenir dan kad hasil kerja tangan saya =)))



 
Kalau dah suka melukis tu kannnn.....macam2 idea dtg.....tapiii saya sukaaa....





Hope sahabat saya tu suka dengan hasil kerja tangan saya ni.... ;)))
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

ANNIVERSARY QUILLING CARD FOR MY BEST FRIEND

Haiiii....kita jumpa lagiii... sehari suntuk ni saya menggila update blog ni.... Mungkin lepas ni dah sibuk dengan kerja lain..jadi masa yang terluang ni saya akan gunakan sepenuhnya untuk meng up date kan blog yang tak seberapa ini...

Untuk entry kali ini... saya nak share hasil quilling card yang saya buat khas untuk sahabat baik saya Az bersempena dengan ulangtahun perkahwinannya yang ke 3. Ini kad dari tahun lepas ni... Tak silap saya..inilah hasil pertama quilling card saya. [baru2 mencuba] yang saya hasilkan khas untuk sahabat saya nih....... namapun kawan baik kan.....harus buat yg istimewa untuk dia.....


Fist time buat quilling nih......



Melukis adalah minat saya.....jadinya.... harus kena ada lukisan......sweet sgt burung tu...



Kata-kata untuk sahabat saya...



Semoga sahabat saya menyukainya.... 
HAPPY ANNIVERSARY buat az dan suami........
.semoga bahtera yang terbina kekal hingga ke Jannahtul FirdausNya... amin.... ;)))
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

BIRTHDAY CARD FOR MY NIECE

Haiii.......

Okey... disini saya nak sharekan koleksi hand made birthday kad untuk anak saudara saya ZARA.

Diantara anak2 saudara saya yang ada...ZARA adalah yang paling rapat dengan saya dan suami. Mungkin setiap minggu ZARA dan abangnya [mereka 2 beradik je] akan balik ke rumah opah mereka...sekaligus saya tinggal sekali dgn mak dan abah.... jadi...saya dan suami ibarat seperti emak dan bapa ke2 mereka sekiranya mama dan ayah mereka pergi melancong ke atau nak kemana-mana pun [kalau mereka di tinggalkan lah.....hahahaha...]

Tapii....sebenarnya... bukan kerana ZARA ni rapat dengan saya...saya buat kad ni khas untuk dia...tidak sama sekali...sebenarnya..di setiap hari lahir anak2 saudara saya...saya akan membuat sekeping kad yang istimewa untuk mereka...malangnya saya terlepas untuk mengambil gambar di setiap kad yang terhasil...[sedih betul...].

Disebabkan ZARA sangat menyukai angry bird... jadi..saya cuba sedaya upaya saya yang termampu untuk membuat sekeping birthday card angry bird untuk dia. Ternyata dia tersangatlah gembira...syukur sangat2....

Jom tengok gambar.... ;)))










Gigih sangat buatkan kad yang comel ni untuk zara.... yang ni konsep lukis gunting dan lekat...... dah rasa kembali ke zaman kanak2 pulak...tapiii sebebarnya...best tauuu buat benda2 nih.....sangat release tension......tambah bila tgk hasil yang comel mcm nih.....[sambil kenyit2 mata.....perasan sangat kannnnn......heheeee...]


 
special gift from acu and uncle kamal... ;)))



hope zara suka... uncle kamal yang pilih... ;))



Next entry pleaseeeee..... hehehee...
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =))))

NEW BORN QUILLING CARD FOR AZIRA

Assalammualaikum...salam ceria..salam kasih sayang....

Hari ni terlalu seronok nak share semua hasil kerja tangan saya ... rupanya dah banyak kad2 yang saya buat [handmade] khas untuk mereka2 yang teristimewa ni.

Cumanya masa tidak mengizinkan saya untuk berkongsi di dalam blog yang tak seberapa ini. Cukuplah kalau ianya menjadi tatapan saya dan suami sebagai kenangan indah buat saya untuk di masa tua....[berbangga dengan hasil kerja tangan sendiri...hehehe]..Jika ada yang sudi menjengah...itu bonus bagi saya....terima kasih ya.... ;)))

Untuk entry selepas2 ini... anda akan diperlihatkan dengan hasil2 kerja tangan saya...[setakat buat kad je la ye...]

Kad yang akan di upload ni adalah khas untuk rakan sepejabat saya..Azira yang baru melahirkan baby yang sangat comel... Muhammad Hasif Suhail..[kalau salah ejaannya jangan marah ye...] yang dah pun berusia hampir 8 bulan...[dah terlambat masuk kad....]. Tak kisah lah.....janji saya berjaya melakukannya mengikut contoh yang diberikan oleh en google...hehehe.











trademark ni pasti ada disetiap kad yang terhasil dari kerja tangan saya sendiri ;))

TAHNIAH azira di atas kelahiran baby baru...... seronok sangat dapat tgk baby...... 
 
Semoga azira suka dgn kad yang saya buat ini.......
jommmm jumpa di next entry...ada lagii kad hasil kerja tangan saya yang nak saya share kan....






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

QUILLING CARD FOR MY DEAREST SISTER ENA

Assalammualaikum dan bertemu kembali....

Saya nak sambung sedikit dari hasil creativity saya. Tapi...ini bukanlah kad raya quilling... kad ini saya buat khas untuk adik saya ni Ena. Kad ini dah lama saya buat...dari sebelum puasa lagi. Cuma saya tidak berkesempatan untuk memberi sendiri by hand dekat ina.

Nak bercerita sedikit bagaimana saya mengenali adik comel ini.

Pertama kali saya berjumpa ina di Selama Perak. Ina adalah insan yang pertama sekali yang saya kenali sewaktu saya pertama kali berkunjung ke Selama. Masa tu saya dan suami, mak dan abah buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Selama dengan tujuan melihat sendiri tempat bertugas saya. Kebetulan, masa sampai, jam dah menunjukkan ke angka 12.30 tgh hari dan sudah tibanya masa makan tengah hari dan kebetulan pula, pejabat tempat saya bertugas itu betul2 berhadapan dengan medan selera yg terletaknya betul2 di pekan Selama. Sewaktu masuk ke Medan Selera, mak sempat la berkunjung ke satu kedai yang menjual baju, kain pasang dan macam2 jenis tudung dimana disitu ada seorang gadis yang kecil molek yang sangat peramah dan bersabar melayan kerenah emak. Dalam mereka berbual2...saya datang menyibuk dan akhirnya kami berkenalan antara satu sama lain.

Disebabkan keramahan gadis comel ini yang bertanyakan itu dan ini kepada kami, akhirnya kami menjadi semakin mesra dalam hanya beberapa jam sahaja. Dan ayat yang masih segar dalam ingatan saya...mak minta gadis comel ini tengok2 saya disini... [kelakar pun ada... yelah dah rasa mcm budak kecil je].. Kami sempat bertukar2 no. telefon.

Sejak dari itu, dari hari pertama sehinggalah hari2 terakhir saya di Selama....saya senantiasa berhubung dengan ina. Insan ini benar2 mengambil berat tentang saya. Menemani saya makan di waktu lunch... kalau tak nampak muka saya...mesti ina akan bagi msg atau dtg sendiri ke pejabat saya... Insan ini seorang yang sangat caring...kami dah macam adik beradik.

Selepas saya berpindah ke Ipoh, kami masih berhubung antara satu sama lain. Namun jarak dan masa menyukarkan kami untuk berjumpa dan berbual. Namun saya masih bersyukur kerana...walau jarang berjumpa...hubungan adik beradik ini masih berkekalan hingga kini. Dan yang pasti..saya turut berkenalan dengan ibu dan adik beradik ina yang lain. Jadi kami dah macam satu keluarga.. bersyukur sangat kerana dapat berkenalan dgn insan sebaik mereka.

Disini...saya nak share hasil kretiviti saya khas buat adik comel ni....harap ina menyukainya... Sempat membeli souvenir untuk ina sewaktu saya berkunjung ke Korea dan Jakarta. Barang yang dah lama berhabuk di dalam almari saya.... hanya satu alasan yang selalu diberi kepada insan comel ini...."kak lia sibuk"...aduhaiii...kesian betul la... bukan sibuk mcm mana pun...sibuk dengan jadual en suami yang selalunya full.... dia ke sana saya ke sini...kalau ada masa bersama pun dihujung minggu...sibuk untuk uruskan urusan berdua....

Syukur alhamdulillah... hari sabtu 01.09.2012...akhirnya saya dapat berkunjung ke rumah ina di Selama. Kebetulan sahabat suami saya melangsungkan majlis perkahwinannya di Kuala Kurau...jadi..dikesempatan itu saya mengajak suami saya terus lajak ke Selama... tak jauh..hanya 40 minit perjalanan...

Ya Allah...gembira tak terkata...dan kesempatan itu saya memberikan kesemua barang2 yang dah lama saya simpan untuk diberikan kepada ina...akhirnya tersampai juga hajat di hati kami... terima kasih en suami....terima kasih ina dan keluarga kerana melayan perangai saya dan en suami yang agak gila2...hehehe....












Harap ina menyukainya..... dan semoga ikatan yang dah macam adik beradik ini kekal hingga ke jannah.....Lebiuuuu adikkk..... =)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =))

KAD RAYA QUILLING - FOR MY BEST FRIENDS

Assalammualaikum...salam ceria....

 Saya ingin berkongsi rasa terima kasih saya kepada insan2 yang senantiasa memberi sokongan dan galakkan kepada saya sewaktu susah dan sedih. Caranya...saya terjemahkan di dalam bentuk kad Quilling. Sudah terlanjur saya membuat kad quilling untuk anak2 sedara saya... hati terus rasa ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk sahabat2 yang senantiasa berada bersama saya ketika saya menghadapi kesukaran dan kesedihan. Kad ini sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka2 yang istimewa ini. Namun, saya tidak diberi kesempatan untuk memberikannya kepada kesemua sahabat2 saya...semuanya atas sebab kekangan masa yang tidak mengizinkan.......

Jom layan beberapa kad yang sempat saya siapkan dan berikan kepada sahabat yang dekat dengan saya.... Mereka2 yang istimewa ini...berada bersama saya ketika saya menghadapi kesedihan yang amat sangat ketika mak saya sakit. Mereka2 ini tidak henti2 mendoakan dan memberi sokongan dan kekuatan kepada saya... tak kira siang atau malam...mereka2 ini senantiasa bertanyakan khabar tentang ibunda saya....baik dari sms..fb..hinggalah call saya....dan ada antara mereka yang datang sendiri menziarahi ibunda saya di hospital.... Walaupun kad ini tidaklah secantik kad2 yang mahal yang berada di pasaran..namun disini saya nak mereka tahu bahawa....saya membuat kad ini dengan rasa penuh kasih dan sayang dan penuh keikhlasan.... namun.... saya perlu akui...sebenarnya..kad ini bukanlah harga atau nilai yang perlu saya gantikan dgn kebaikkan2 mereka ini...sejujurnya.... kebaikkan2 mereka sebenarnya tidak ternilai harganya.... hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran dan hadiah terbaik buat mereka.... ;)))

untuk sahabat saya Az







 
Kad untuk yayang








Kad untuk Kak Miera










Kad untuk CC Aziah










Kad untuk Suriati










Kad untuk Putri










Kad untuk Lin










Kad untuk Andy










Kad untuk Intan [kawan opis saya]









 
Nampak tak kegigihan saya buat kad2 nih..... boleh dikatakan sama je pun....tak ketupat pelita....itu je yang saya tahu buat setakat nih.....hehehee....yang penting saya ikhlas.....harap yang semua si penerima sukaaa...... saya buat dengan penuh kasih sayang tauuuu =)))





Terima kasih kerana membaca entri ini =)))