Monday, April 14, 2014

BERDAKWAHLAH SECARA BERHEMAH

Assalammualaikum dan salam hari Isnin. Permulaan hari yang sangat baik....nyaman dan tenang. Syukur pada yang Maha pencipta kerana tidak jemu memberi nikmat kepada hamba2Nya ini.

Jom hayati firman Allah di dalam Surah Al-Nahl ayat 125 yang membawa maksud;

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

Sesungguhnya Tuhanmu DIA lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan DIA lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Syukur alhamdulillah kerana saya dikelilingi oleh insan2 yang senantiasa prihatin akan soal jawab agama. Ianya termasuklah en suami saya sendiri. Pastinyalah..seorang suami mahukan yang terbaik daripada seorang isteri untuk membawa bahtera perkahwinan itu hingga ke syurga...

Seperti yang saya pernah katakan..saya bukanlah seorang yang bijak tentang agama..namun saya tahu batasan saya sebagai seorang mukmin...

Sebenarnya...yang kurang bijak inilah akan senantiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa....
akan senantiasa mencari sesuatu yang bermanfaat sebagai rujukan untuk meningkatkan tahap keimanan dalam diri.
Akan belajar dari A hingga Z tentang tatacara pembacaan Al-quran dan begitulah sebaliknya.
Tapiii semuanya itu memerlukan masa.

Manusia tidak akan mudah menerima apa sahaja perkara baru dalam hidupnya secara drastik.

Walaupun secara luaran kita nampak dia berpakaian menutup aurat dan menjalankan syariat islamiah... namun...sebenarnya..sebagai hamba..banyak lagi kekurangan kita yang perlu kita perbaiki.

Maka..sebagai seorang yang menganggap dirinya itu sudah terbaik dan memenuhi syariat islam yang ditetapkan... yang merasakan ilmunya sudah mencukupi sepenuhnya berbanding orang lain yang dikenalinya... saya mohon... jangan memandang rendah kepada orang yang sedang berusaha untuk berubah. Kadang kala... mereka lebih baik dan elok perilakunya daripada anda yang sediakala tertera muslimahnya.

Bila kita hendak menegur dan menjadi seorang pembimbing... maka..gunalah dengan cara yang berhemah. Saya sedar dan faham..bukan semua orang mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi kehendak semua orang... saya faham..dalam dia nak berdakwah...dia perlu berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang ada daripada mereka menyokong dan ada daripadanya memberi reaksi yang sebaliknya.

Kita tidak boleh tanam dalam diri kita....

"aku nak dia berubah sekarang....kena berubah sekarang jugakkk"

sedangkan..bila kita pandang balik pada diri kita...kita juga perlukan masa untuk melakukan perubahan. Kita tidak boleh memaksa orang untuk buat itu dan ini mengikut telunjuk kita.... sedangkan kita dahulu tak suka orang untuk memaksa2 kita. Kita perlukan ruang..maka sediakanlah ruang kepada sahabat2 mahupun ahli keluarga untuk berubah. Biarlah mereka berubah kerana Allah Taala...dan bukan atas dasar paksaan kita. Biar mereka lakukan secara rela hati.... sebab dahulu..kita pun mahu melakukan perubahan dengan rela hati kita...dengan kesedaran kita sendiri...dan kesedaran itu datangnya dari dalam diri masing2.

Sedarilah bahawa hidayah itu bukan milik kita tetapi milik Allah.

Pelbagai stetament yang di lontarkan kepada mereka yang tidak mengikut syariat islam seperti menutup aurat...termasuklah yang mana dah menutup aurat tetapi tidak sempurna seperti tidak memakai sarung lengan dan sebagainya.....sehinggakan adakalanya statement itu..ianya sedikit sebanyak membuat sesiapa sahaja yang membaca pasti akan mengatakan... hebat sangatkah beliau sehingga sanggup mengeluarkan perkataan begitu.... apa bezanya dia dengan orang yang tak menutup aurat tu kalau dah melontarkan perkataan sampai mcm tu sekali.... dah confirm2 ke dia tu kalau mati akan masuk syurga..tidak kah dia tahu kalau tanpa rahmat Allah....sebanyak mana pun amalannya..dia tidak boleh masuk ke syurga...

"orang yang bijak tidak akan melakukan seperti itu untuk berdakwah"... mengeluarkan statement yang tidak sepatutnya...akan melayani sahabatnya yang memenuhi syariat islamiah..manakala yang tak ikut ni di pandang sinis.... please lah!!!!! boleh je kan nak nasihat.... bg msg...gunakan perkataan yang baik.... menegur...bukan buat statement menunjukkan yang diri awak tu hebat sangat.....

Ikutlah cara Nabi Muhammad s.a.w berdakwah.

Kejayaan dakwah Rasulullah bergantung kepada 3 kaedah yang dilakukan iaitu secara lisan, tulisan [kitabah] dan contoh yang baik. Rasulullah menggunakan kaedah2 itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Untuk berdakwah... berkatalah dengan perkataan yang benar dan tepat. Ianya seharusnyalah memerlukan kepakaran. bijak dan mahir dalam apa yang diperkatakan. Berbicaralah mengikut tahap apa yang mampu diterima oleh orang yang ditujukan dakwah itu. Fikirkan apa yang sepatutnya disampaikan bukannya apa yang ingin disampaikan sehingga menyebabkan orang lain turut sama bersangka buruk terhadap kita atau terasa hati dengan apa yang cuba disampaikan.

Seorang pendakwah juga perlu menerima apa juga kritikan dan perlu bijak dalam mengendalikan bantahan. Dia tidak boleh terlalu mendesak dan secara tidak langsung perlu terbuka hati menerima pandangan orang lain..bukannya tersentap okeh...

Bantah membantah bukan cara terbaik untuk berdakwah kerana cara itu akan menimbulkan ketegangan dan secara tidak langsung akan menimbulkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mereka juga perlu menggunakan perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang ingin di dakwah itu. Seorang pendakwah juga perlu senantiasa berlapang dada dan tidak berdendam...biarpun golongan yang didakwah itu agak biadap dan keras.

Percakapan dan penggunaan bahasa yang keras dan menekan agar orang yang di dakwah menerima secara bulat2 apa yang diperkatakan adalah faktor kegagalan dakwah. Selain pastikan perkataan yang digunakan tidak menunjukkan kehebatan diri sendiri sehingga orang akan menganggap anda seorang yang riak.

Pendakwah sejati hanya mengharapkan keredhaan Allah di atas tugas-tugas yang dilakukan. Dia menyebarkan kebenaran kepada orang lain dan melakukan kebenaran itu untuk dirinya sendiri...dia juga akan menunjukkan contoh yang baik kepada sahabat-sahabatnya.



Meminjam kata-kata en suami saya:

Saya sedang belajar supaya tidak menilai org lain sesukahati... Adakah syurga itu boleh dicapai dengan pahala menggunung atau dengan redha Allah.

Nota kaki: saya menulis mengikut padangan dan pendapat saya secara peribadi....kalau ada salah dan silap..mohon betulkan saya dengan cara teguran yang berhemah.... mintak sorry kalau ada tersalah kata dan bicara....sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini... saya akan terus mencuba menjadi muslim yang terbaik...inshaaAllah.... ;)))) - alia-







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))





Friday, April 11, 2014

KURSUS DAN JUARA LONGKANG

Assalammualaikum dan salam jumaat untuk semua.
Hari ni mcm seronok pulak nak berblog... hehehe...

Dah dekat seminggu asyik melayan perasaan tak sihat...[sebenarnya tak layan sangat cuma tak larat jee....huuuu]...sooo..sekarang baru rasa nak tergedik2 update blog.

InshaaAllah..nanti saya akan ceritakan pengalaman saya berada di Hong Kong day by day...InshaaAllah k...

Ok..balik saja dari bercuti...saya dikenakan pergi ke kursus bagaimana untuk mengatasi stress. Tak jauh pun...boleh berulang dari rumah....[nasib la kan...kalau tak mmg tension tahap anak ayam okehh....].

Maksudnya dah berlebih-lebihan dah kursus saya..hmmm....

Kira ok jugak kursus nih. Banyak bagi info yang berguna..siap sekali dengan cara2 nak tenangkan diri... senaman ringkas dan aromaterapi...
special tak....hahaha...



Ok..dalam kursus nak releasekan stress nih..hari kedua tu... penceramah meminta kitaorang semua masuk dalam pertandingan bowling... masa tu..saya cakap dengan en suami saya...

"habislah..memang saya ni akan di ayam gorengkan oleh mereka2 yang hebat tu....." [uwaaaaa....]
sebabnya saya memang tak pandai main bowling....hehehe....
[pernah main sekali je..masa time belajar dulu..al maklumlahkan...saya kurang bersosial sebenarnya....kurang bersosial...kurang bersukan.....baguskannn.....]

Soo..dengan perasaan yang agak teruja dan tahu akan kalah....sooo...berani jugaklah cabarkan diri untuk main. Ada jugak dikalangan kami yang main pakai baju kurung je...elok je strike.... wahhhh...masa tu kagum tahap dewa dewi okeh dengan kakak tuh....hehehehehe...

Gile kentangnya.... main sampai 3 round...mmg bola saya asyik ke longkang je....cuba beberapa kali ada jugak merasa strike.... hahahaaa...masa tu gelak2 gembira....[syok sendiri okeyyy]

Lepas tamat permainan hari tu...saya ni duduk di satu sudut dengan kakak2 yang lebih senior dari saya sambil sembang-sembang dan gelak2....hehehe... lepas tu tak semena2 nama saya dipanggil....

Dengan wajah yang macam blurrrrr je kan..saya pun ke depan lah..nak ambik hadiah sambil tepuk2 tangan kannn.....lepas tu tanya....

"ehh ni hadiah untuk kategori apakah?" hahahahaa...[mmg la kannnn....]

"kategori juara longkang"

apalagi...balik je ke tempat duduk...saya dengan kakak2 sekalian gelak macam hapa jeee..... tak sangka la pulak...no last pun dapat hadiah.....wahhhh...mmg sangat bertuah je rasanya.....



hahaha...muka happy kannn.....kemain besar dapat hamper utk juara longkang.....ahahahahaa....

Masa en suami ambik saya nak balik tu...dia pun terkejut ikan dugong tgk bini dia nih dapat hadiah...hamper sebesar juara...hahahaaa....saya cakap kat dia...

Isteri: ni hadiah juara..
 
Suami: wahhhh hebatnya isteri saya nih....
 
Isteri : hebat lah sangat....

Suami: ye lah...juara...

Isteri: juara longkang hokeyyyy

terus dia gelakkan saya sampai tak hingat dunia.....

Isteri : mmg bangga tahap ikan masin tauuuu saya pg ambik hadiah tu tadiiiii....

en suami terus gelak dan gelak....

tapii katanya lagiii..."hebat jugaklah....yang kalah pun dapat hadiah.....mmg kursus awak nih menepati standard ISO... sebab mmg awak tak kan stress punya...."

Sabar je lah kann..tapii sekurang-kurangnya saya dapat hadiah hokeyyy....hahahahaaa...

Esoknya datang kursus mcm biasa sambil kesemua sendi2 saya sakit nak matiiiii.....huhuhuhuuuuu.... mmg nampak sangat saya nih kurang bersenam....hahaha...tapii memang sakit...

Penceramah menerangkan kenapa yang kalah pun dapat....[sebab tak nak yang lain tu terasa kecik hati mungkin....].

Rupanya...dia tak nak kita rasa down...walaupun kalah..tapii masih dihargai...hari ni dia kalah...mungkin esok..dialah juara....wahhh....semangat..semangat.... mmg positive betul kursus nih....

Sambil dengar ceramah..sambil makan hasil yang saya perolehi semalam dikongsikan bersama ahli kumpulan dan sahabat2 yang lain....

Alhamdulillah...rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari... syukur sangat...

Boleh tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman tu.... ;))))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))


PEMBERIAN DARI MAKKAH DARI SEORANG KAKAK

Assalammualaikum.... salam kasih sayang.
Alhamdulillah........ Hari ni adalah hari keceriaan saya. 
Syukur padaMU Ar-Rahman Ar-Rahim yang melimpahi setiap nikmat tidak terhingga.

Baru2 ni saya dapat hadiah daripada sorang kakak yang baru sahaja balik dari menunaikan umrah. MasyaaAllah.... itulah yang dikatakan rezeki..... kakak tu adalah kawan baik kepada kakak saya..... Beliau memang sangat sangat rapat dengan kakak saya ni dah macam adik beradik sekaligus rapat jugaklah dengan kami sekeluarga namun kami jarang bersua muka...... kakak ni jugaklah yang banyak bagi jalan kepada saya untuk memudahkan urusan kemasukkan mak ke IJN. Syukur....memang Allah permudahkan segala urusan2 saya dengan bantuan kakak nih yang berhubung terus dengan saya. Dan kami ada beberapa kali berjumpa di IJN dan kakak nilah orang pertama [setiap pagi] yang akan menjenguk mak di ICU dan akan memberitahu kepada kami perkembangan mak. Sehingga sekarang pun....kakak ni akan msg saya bertanyakan perkembangan kesihatan mak.......Rasa bersyukur sangat kerana Allah mempertemukan dengan insan semulia seperti beliau.....
Baru2 ni kakak ni sekeluarga menunaikan umrah. 
Ketika saya dan adik beradik bercuti ke Hong Kong, kakak saya ni bagi satu bekas kecil yang di dalamnya ada cincin kepada saya dan satu bekas lagi kepada kakak saya. Saya masih ingat lagi...ketika tu, kami tengah tunggu show The Lion King......
Oleh kerana pada ketika itu, suasananya gelap.....maka saya terus memakainya dan terus melihat show yang dah bermula.
Keluar je dari melihat show tersebut, saya terus melihat jari saya....masyaaAllah....ianya bukan cincin biasa..... sebentuk cincin white gold yang bertahtakan batu delima. Syukur sangat2.....masa tu tuhan je tahu perasaan saya.... seorang yang jarang sekali bertemu dengan kita.....yang kadang2 hai hai bye bye dengan kita di dalam fb......memberi sesuatu yang beharga yang kadangkala orang yang rapat dengan kita pun belum tentu akan memberinya kepada kita. Faham.....sebab ianya sangat bernilai.... kalau nak bagi benda2 macam tu...kebiasaannya en suami atau mak dan adik beradik sendiri je.....

Saya happy sangat2....sebab saya adalah salah seorang peminat batu2 permata nih.... Boleh dikatakan kemana sahaja saya pergi....kalau nampak sahaja batu2 nih....harus akan ku beli. Alhamdulillah....bertambah koleksi cincin batu saya.....hehehe....Ya Allah......syukur dan happy nya hanya tuhan jelah yang tahuuuu...... sebab batu delima merah adalah batu yang saya nakkkk sangat2......dan Allah penuhi permintaan saya  dalam keadaan yang tak disangka sangka....

Terima kasih kakak.....rasanya dia tahu siapa dia....semoga Allah melimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda kepada kakak. Tidak tahulah kebaikkan apa yang telah saya buat sehingga Allah gerakkan hati kakak untuk memberi saya cincin yang berharga ini. Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan doa yang terbaik semoga kebaikkan dan rahmat Allah melimpahi kehidupan kakak sekeluarga di dunia dan diakhirat.... aminnn...Ya Rabb...


Alhamdulillah....syukur.....tiada ungkapan yang mampu diungkapkan....kebaikkannya melebihi nilai yang diberi....moga Allah datangkan kebaikkan demi kebaikkan kepadanya dan keluarga..... moga nilai mulia hatinya mendidik hati saya untuk mengikuti jejak langkahnya..... hatinya tulus dan ikhlas....moga hatiku juga akan begitu.......






Terima kasih kerana membaca entry ini =))




QUILLING TEMPAHAN SAHABAT SAYA

Salam hari Jumaat... syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik... semakin segar dan semakin bertenaga...syukur syukur dan syukur sangat sangat....

Balik saja dari percutian saya... memang dalam planner saya ada tempahan yang masih pending. Ingat nak buat masa sebelum bercuti. Oleh kerana tempohnya agak lama [kononlah pada saya kann...] soo...saya kiv dulu dan memberi laluan kepada bookmarks yang saya buat banyak untuk diberi kepada kengkawan yang terpilih...InshaaAllah....

Balik sahaja dari percutian..saya terus kena pergi kursus selama 3 hari..so..3 hari dah tak sentuh dah quilling nih...balik sahaja dari kursus...terus [tanpa berfikir panjang] saya terus je buat quilled words nih.

Disebabkan sahabat saya nih katanya...anaknya suka color pink... soo...pemilihan color lain diberi kepercayaan kepada saya untuk memilih...jadinya saya memilih color hijau dan kuning...ditambah dengan color pink...menaikkan lagi kombinasi color tersebut.

Gigih jugaklah makcik nih menyiapkan tempahan nih walaupun dalam keadaan kurang sihat...dan selepas hampir 3 hari...akhirnya saya dapat juga menyiapkan tempahan dan dapat diposkan mengikut waktu yang ditetapkan.... syukur sangat2...hehehe...



Inilah hasilnya...















Saya pernah hadiahkan kepada sahabat saya nih quilled bookmark...apabila anaknya ni tengok..dia kata cantikkk...dan faham je la kan..budak yang dah cerdik nih..pastinyalah nak kann... so...saya buatkan satu bookmark ni khas untuk little girl tu sebagai hadiah hari jadi dia...hope sangat dia suka.... ;)))









Syukur alhamdulillah....selepas terima je quilled word dgn book mark nih..kawan saya tu terus je msg saya through facebook mengatakan dia dan en hubby dia suke... katanya nak bg surprise kat little gigirl nih pada 16 April nih...iaitu birthday dia.... katanya..mesti gigirl nih suke... moga2 anak yang baik nih suke dengan usaha mamanya untuk menggembirakannya....




Terima kasih kerana membaca entry ini =))))