Monday, April 14, 2014

BERDAKWAHLAH SECARA BERHEMAH

Assalammualaikum dan salam hari Isnin. Permulaan hari yang sangat baik....nyaman dan tenang. Syukur pada yang Maha pencipta kerana tidak jemu memberi nikmat kepada hamba2Nya ini.

Jom hayati firman Allah di dalam Surah Al-Nahl ayat 125 yang membawa maksud;
Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu DIA lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan DIA lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Syukur alhamdulillah kerana saya dikelilingi oleh insan2 yang senantiasa prihatin akan soal jawab agama. Ianya termasuklah en suami saya sendiri. Pastinyalah..seorang suami mahukan yang terbaik daripada seorang isteri untuk membawa bahtera perkahwinan itu hingga ke syurga...

Seperti yang saya pernah katakan..saya bukanlah seorang yang bijak tentang agama..namun saya tahu batasan saya sebagai seorang mukmin...
Sebenarnya...yang kurang bijak inilah akan senantiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa.... 
akan senantiasa mencari sesuatu yang bermanfaat sebagai rujukan untuk meningkatkan tahap keimanan dalam diri. 
Akan belajar dari A hingga Z tentang tatacara pembacaan Al-quran dan begitulah sebaliknya. 
Semuanya itu memerlukan masa. 
Manusia tidak akan mudah menerima apa sahaja perkara baru dalam hidupnya secara drastik.
Walaupun secara luaran kita nampak dia berpakaian menutup aurat dan menjalankan syariat islamiah... namun...sebenarnya..sebagai hamba..banyak lagi kekurangan kita yang perlu kita perbaiki.

Maka..sebagai seorang yang menganggap dirinya itu sudah terbaik dan memenuhi syariat islam yang ditetapkan... yang merasakan ilmunya sudah mencukupi sepenuhnya berbanding orang lain yang dikenalinya... saya mohon... jangan memandang rendah kepada orang yang sedang berusaha untuk berubah. Kadang kala... mereka lebih baik dan elok perilakunya daripada anda yang sediakala tertera muslimahnya. 

Bila kita hendak menegur dan menjadi seorang pembimbing... maka..gunalah dengan cara yang berhemah. Saya sedar dan faham..bukan semua orang mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi kehendak semua orang... saya faham..dalam dia nak berdakwah...dia perlu berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang ada daripada mereka menyokong dan ada daripadanya memberi reaksi yang sebaliknya. 

Kita tidak boleh tanam dalam diri kita....
"aku nak dia berubah sekarang" 
sedangkan..bila kita pandang balik pada diri kita...kita juga perlukan masa untuk melakukan perubahan. Kita tidak boleh memaksa orang untuk buat itu dan ini mengikut telunjuk kita.... sedangkan kita dahulu tak suka orang untuk memaksa2 kita. Kita perlukan ruang..maka sediakanlah ruang kepada sahabat2 mahupun ahli keluarga untuk berubah. Biarlah mereka berubah kerana Allah Taala...dan bukan atas dasar paksaan kita. Biar mereka lakukan secara rela hati.... sebab dahulu..kita pun mahu melakukan perubahan dengan rela hati kita...dengan kesedaran kita sendiri...dan kesedaran itu datangnya dari dalam diri masing2. 
Sedarilah bahawa hidayah itu bukan milik kita tetapi milik Allah.

Pelbagai stetament yang di lontarkan kepada mereka yang tidak mengikut syariat islam seperti menutup aurat...termasuklah yang mana dah menutup aurat tetapi tidak sempurna seperti tidak memakai sarung lengan dan sebagainya.....sehinggakan adakalanya statement itu..ianya sedikit sebanyak membuat sesiapa sahaja yang membaca pasti akan mengatakan... hebat sangatkah beliau sehingga sanggup mengeluarkan perkataan begitu.... apa bezanya dia dengan orang yang tak menutup aurat tu kalau dah melontarkan perkataan sampai mcm tu sekali.... dah confirm2 ke dia tu kalau mati akan masuk syurga..tidak kah dia tahu kalau tanpa redha Allah....sebanyak mana pun amalannya..dia tidak boleh masuk ke syurga...
"orang yang bijak tidak akan melakukan seperti itu untuk berdakwah"... mengeluarkan statement yang tidak sepatutnya...akan melayani sahabatnya yang memenuhi syariat islamiah..manakala yang tak ikut ni di pandang sinis.... please lah!!!!! boleh je kan nak nasihat.... bg msg...gunakan perkataan yang baik.... menegur...bukan buat statement menunjukkan yang diri awak tu hebat sangat.....

Ikutlah cara Nabi Muhammad s.a.w berdakwah. 

Kejayaan dakwah Rasulullah bergantung kepada 3 kaedah yang dilakukan iaitu secara lisan, tulisan [kitabah] dan contoh yang baik. Rasulullah menggunakan kaedah2 itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Untuk berdakwah... berkatalah dengan perkataan yang benar dan tepat. Ianya seharusnyalah memerlukan kepakaran. bijak dan mahir dalam apa yang diperkatakan. Berbicaralah mengikut tahap apa yang mampu diterima oleh orang yang ditujukan dakwah itu. Fikirkan apa yang sepatutnya disampaikan bukannya apa yang ingin disampaikan sehingga menyebabkan orang lain turut sama bersangka buruk terhadap kita atau terasa hati dengan apa yang cuba disampaikan.

Seorang pendakwah juga perlu menerima apa juga kritikan dan perlu bijak dalam mengendalikan bantahan. Dia tidak boleh terlalu mendesak dan secara tidak langsung perlu terbuka hati menerima pandangan orang lain..bukannya tersentap okeh...

Bantah membantah bukan cara terbaik untuk berdakwah kerana cara itu akan menimbulkan ketegangan dan secara tidak langsung akan menimbulkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mereka juga perlu menggunakan perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang ingin di dakwah itu. Seorang pendakwah juga perlu senantiasa berlapang dada dan tidak berdendam...biarpun golongan yang didakwah itu agak biadap dan  keras.

Percakapan dan penggunaan bahasa yang keras dan menekan agar orang yang di dakwah menerima secara bulat2 apa yang diperkatakan adalah faktor kegagalan dakwah. Selain pastikan perkataan yang digunakan tidak menunjukkan kehebatan diri sendiri sehingga orang akan menganggap anda seorang yang riak.

Pendakwah sejati hanya mengharapkan keredhaan Allah di atas tugas-tugas yang dilakukan. Dia menyebarkan kebenaran kepada orang lain dan melakukan kebenaran itu untuk dirinya sendiri...dia juga akan menunjukkan contoh yang baik kepada sahabat-sahabatnya.

Meminjam kata-kata en suami saya:
Saya sedang belajar supaya tidak menilai org lain sesukahati... Adakah syurga itu boleh dicapai dengan pahala menggunung atau dengan redha Allah. 




Nota kaki: saya menulis mengikut padangan dan pendapat saya secara peribadi....kalau ada salah dan silap..mohon betulkan saya dengan cara teguran yang berhemah.... mintak sorry kalau ada tersalah kata dan bicara....sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini... saya akan terus mencuba menjadi muslim yang terbaik...inshaaAllah....  ;))))  - alia-






 

Friday, April 11, 2014

KURSUS DAN JUARA LONGKANG

Assalammualaikum dan salam jumaat untuk semua. 
Hari ni mcm seronok pulak nak berblog... hehehe...
Dah dekat seminggu asyik melayan perasaan tak sihat...[sebenarnya tak layan sangat cuma tak larat jee....huuuu]...sooo..sekarang baru rasa nak tergedik2 update blog. 

InshaaAllah..nanti saya akan ceritakan pengalaman saya berada di Hong Kong day by day...InshaaAllah k...

Ok..balik saja dari bercuti...saya dikenakan pergi ke kursus bagaimana untuk mengatasi stress. Tak jauh pun...boleh berulang dari rumah....[nasib la kan...kalau tak mmg tension tahap anak ayam okehh....]. 

Maksudnya dah berlebih-lebihan dah kursus saya..hmmm....
Kira ok jugak kursus nih. Banyak bagi info yang berguna..siap sekali dengan cara2 nak tenangkan diri... senaman ringkas dan aromaterapi...
special tak....hahaha...


Ok..dalam kursus nak releasekan stress nih..hari kedua tu... penceramah meminta kitaorang semua masuk dalam pertandingan bowling... masa tu..saya cakap dengan en suami saya...
"habislah..memang saya ni akan di ayam gorengkan oleh mereka2 yang hebat tu....." [uwaaaaa....]
sebabnya saya memang tak pandai main bowling....hehehe.... 
[pernah main sekali je..masa time belajar dulu..al maklumlahkan...saya kurang bersosial sebenarnya....kurang bersosial...kurang bersukan.....baguskannn.....]

Soo..dengan perasaan yang agak teruja dan tahu akan kalah....sooo...berani jugaklah cabarkan diri untuk main. Ada jugak dikalangan kami yang main pakai baju kurung je...elok je strike.... wahhhh...masa tu kagum tahap dewa dewi okeh dengan kakak tuh....hehehehehe...

Gile kentangnya.... main sampai 3 round...mmg bola saya asyik ke longkang je....cuba beberapa kali ada jugak merasa strike.... hahahaaa...masa tu gelak2 gembira....[syok sendiri okeyyy]

Lepas tamat permainan hari tu...saya ni duduk di satu sudut dengan kakak2 yang lebih senior dari saya sambil sembang-sembang dan gelak2....hehehe... lepas tu tak semena2 nama saya dipanggil.... 
Dengan wajah yang macam blurrrrr je kan..saya pun ke depan lah..nak ambik hadiah sambil tepuk2 tangan kannn.....lepas tu tanya....
"ehh ni hadiah untuk kategori apakah?" hahahahaa...[mmg la kannnn....]
"kategori juara longkang"
apalagi...balik je ke tempat duduk...saya dengan kakak2 sekalian gelak macam hapa jeee..... tak sangka la pulak...no last pun dapat hadiah.....wahhhh...mmg sangat bertuah je rasanya.....

hahaha...muka happy kannn.....
 

Masa en suami ambik saya nak balik tu...dia pun terkejut ikan dugong tgk bini dia nih dapat hadiah...hamper sebesar juara...hahahaaa....saya cakap kat dia...
"ni hadiah juara..."
"wahhhh hebatnya isteri saya nih...."
"hebat lah sangat...."
"ye lah...juara...."
"juara longkang hokeyyyy"
terus dia gelakkan saya sampai tak hingat dunia..... 
"mmg bangga tahap ikan masin tauuuu saya pg ambik hadiah tu tadiiiii...."
en suami terus gelak dan gelak....
tapii katanya lagiii..."hebat jugaklah....yang kalah pun dapat hadiah.....mmg kursus awak nih menepati standard ISO... sebab mmg awak tak kan stress punya...." 

Sabar je lah kann..tapii sekurang-kurangnya saya dapat hadiah hokeyyy....hahahahaaa...

Esoknya datang kursus mcm biasa sambil kesemua sendi2 saya sakit nak matiiiii.....huhuhuhuuuuu.... mmg nampak sangat saya nih kurang bersenam....hahaha...tapii memang sakit...
Penceramah menerangkan kenapa yang kalah pun dapat....[sebab tak nak yang lain tu terasa kecik hati mungkin....]. 
Rupanya...dia tak nak kita rasa down...walaupun kalah..tapii masih dihargai...hari ni dia kalah...mungkin esok..dialah juara....wahhh....semangat..semangat.... mmg positive betul kursus nih....
 Sambil dengar ceramah..sambil makan hasil yang saya perolehi semalam dikongsikan  bersama ahli kumpulan dan sahabat2 yang lain....

Alhamdulillah...rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari... syukur sangat...
Boleh tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman tu.... ;))))

 
 

PEMBERIAN KECIL DAN BESAR NIKMATNYA

Assalammualaikum.... salam kasih sayang buat sahabat semua. 
Hari ni hari keceriaan saya. 
Syukur padaMU Ar-Rahman yang melimpahi setiap nikmat tidak terhingga.

Tahukah anda..bila kita memberi sesuatu kepada orang lain dengan seikhlas hati kita.... kita akan mendapat beribu kali ganda kebaikkan di atas pemberian itu.... 
"the more you give...the more you get"
Begitulah yang terjadi kepada saya. Tak perlulah saya ceritakan apa yang saya beri kepada orang tetapi..cukuplah saya nyatakan....setiap pemberian yang ikhlas itu balasannya sangat indah. 
Tidak semestinya balasan itu datangnya daripada orang yang kita bagi itu...tetapi...ianya datang dengan pelbagai bentuk dan cara. 

Sebab itu...kita jangan kedekut atau takut untuk mengeluarkan sedikit daripada rezeki yang kita ada kepada orang lain....untuk sama-sama berkongsi dengan kita nikmat yang Allah kurniakan. Tak kiralah orang tu musuh kita ke...orang yang tak la berapa rapat dengan kita ke.... sebab kadang-kadang...bukan nak kata lah.... saya sendiri pun pernah termakan oleh hasutan iblis laknatullah.....membisikkan ke telinga....
"buat apa bagi kat dia....dia tu bukannya rapat sangat dengan ko" [hmmm selalu okeyyyyy] namun.... saya cepat beristigfar...dan kembali kepada dunia yang asal..kembali kepada yang Hak.. tak kiralah rapat ke tidak...tapii kalau dah rezeki dia....bagi je la kannnn..... walaupun untuk dia ingat pada kita tu 5% je...tapiii dah tertulis mengatakan itu hak dia...maka kita bagi je la kan...pastikan ikhlas ye.... 
Tidak semua yang kita ada adalah hakmilik mutlak kita. Kadang-kadang Allah berikan rezeki itu kepada kita untuk kita berkongsi dengan insan2 lain dalam hidup kita.

Alhamdulillah...baru2 ni saya menerima sebentuk cincin bertahtakan batu delima daripada seorang kakak yang baru sahaja balik daripada menunaikan umrah. Kakak tu adalah sahabat baik kepada kakak saya... syukur padaMU Ya Allah.... kakak itu bukanlah rapat sangat dengan saya... namun dia begitu pemurah....dan pemberiannya itu bukan satu pemberian yang biasa...ianya sebentuk cincin white gold... hanya Allah yang tahu perasaan saya....tambahan pulak tu..saya ni peminat batu2 seperti itu....dan saya antara pengumpul cincin white gold bertahtakan batu permata itu [mmg happy sangat2]....Inilah hikmahNYA jika kita berbuat baik dengan orang.....dengan tak semena2...kita menerima sesuatu yang berharga daripada seseorang yang tidak disangka-sangka.


"Jadilah insan pemurah yang senantiasa melakukan kebajikan untuk orang lain, kerana kita tidak mengetahui amalan yang mana boleh membawa kita menuju ke Syurga-Nya."
Firman Allah s.w.t:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqarah: 261




QUILLING TEMPAHAN SAHABAT SAYA

Salam hari Jumaat... syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik... semakin segar dan semakin bertenaga...syukur syukur dan syukur sangat sangat....

Balik saja dari percutian saya... memang dalam planner saya ada tempahan yang masih pending. Ingat nak buat masa sebelum bercuti. Oleh kerana tempohnya agak lama [kononlah pada saya kann...] soo...saya kiv dulu dan memberi laluan kepada bookmarks yang saya buat banyak untuk diberi kepada kengkawan yang terpilih...InshaaAllah.... 

Balik sahaja dari percutian..saya terus kena pergi kursus selama 3 hari..so..3 hari dah tak sentuh dah quilling nih...balik sahaja dari kursus...terus [tanpa berfikir panjang] saya terus je buat quilled words nih. 
Disebabkan sahabat saya nih katanya...anaknya suka color pink... soo...pemilihan color lain diberi kepercayaan kepada saya untuk memilih...jadinya saya memilih color hijau dan kuning...ditambah dengan color pink...menaikkan lagi kombinasi color tersebut.

 Gigih jugaklah makcik nih menyiapkan tempahan nih walaupun dalam keadaan kurang sihat...dan selepas hampir 3 hari...akhirnya saya dapat juga menyiapkan tempahan dan dapat diposkan mengikut waktu yang ditetapkan.... syukur sangat2...hehehe...

 Inilah hasilnya...






 Saya pernah hadiahkan kepada sahabat saya nih quilled bookmark...apabila anaknya ni tengok..dia kata cantikkk...dan faham je la kan..budak yang dah cerdik nih..pastinyalah nak kann... so...saya buatkan satu bookmark ni khas untuk little girl tu sebagai hadiah hari jadi dia...hope sangat dia suka.... ;)))





Syukur alhamdulillah....selepas terima je quilled word dgn book mark nih..kawan saya tu terus je msg saya through facebook mengatakan dia dan en hubby dia suke... katanya nak bg surprise kat little gigirl nih pada 16 April nih...iaitu birthday dia.... katanya..mesti gigirl nih suke... moga2 anak yang baik nih suke dengan usaha mamanya untuk menggembirakannya.... 

 

Thursday, March 20, 2014

KENDURI KAHWIN SEPUPU SEPAPAT TAHUN 2013

Assalammualaikum dan salam keceriaan.
Sebenarnya entry ni dah lama terperuk kat dalam draft. Hari ni baru terperasan... sangat-sangat mak enon betul kannn.... Dah pregnant dah pun salah seorang daripada pengantin tu....makcik nih baru nak post gambar....

Ok..hujung tahun lepas..sepupu sepapat saya ada 2 orang yang kawin pada bulan yang sama semasa cuti akhir tahun persekolahan. Dua2 anak adik emak saya...kiranya sepupu rapat la... seorang tu anak adik perempuan mak [anak perempuan] dan sorang lagi anak adik lelaki mak [anak perempuan jugak..]

Ok..kami adik beradik ambik satu corner untuk buat candy corner...memandangkan masa tu agak famous jugaklah candy corner nih...[rasanya sekarang pun]..so..kami take part dari segi itu..menyediakan balang-balang dan sedikit daripada gula2 dan coklat. Saya sediakan label quilling saya. 

Nak tengok candy corner yang kitaorang buat.... jom tengok gambar dibawah ini..... ;)))

 Inilah hasil kerja tangan kami adik beradik. Sepupu sepapat tolong lekat2 ribbon tu...Masa ni rasa melayang-layang je sebab ramai yang puji kata "eeee....cantiknya..." "wahhhh...kretifnya...." "bestnye".... [sengih sengih sambil kenyit kenyit mata makcik2 nih okehhhh]
 motip ada gambar ini.... nak bgtahu....nilah dianya cookies yang saya buat khas utk majlis nih.... hehehe... [sangat lah mak enon nih kannnn....]
 yang ni pulak...label yang saya buat khas untuk candy corner nih.... gigih tau saya buat benda nih.... rupanya tak cukup.... tak pe lah...kita gunanya mana yang ada je okehhh... orang tak baca pun...orang nampak gula-gula dan coklat tu je..... hmmmmmm
Okeh...nilah orang2 yang mencetuskan idea untuk candy corner nih.... masa nih saya cakap kat sepupu lelaki saya....dia kata..."cantik lahhhh...nanti masa saya kawin...sponser ni lagiii okeh..." saya jawab... "cantikkk kannn...tengoklah wajah2 yang buat....." [hahahaaaa....memang perasan nak mam... kannn....]

 hero-hero...
Buat perangai...
 kawan baik

kamilah geng
sisters
 cousins

 sisters and cousins
 beautiful!!!

 Tiba-tiba kena jadi pengapit..bidan terjun la pulak...saya dengan en suami jadi pengapit....maka sedikit riuh rendah la kat pelamin tu.... [pengantin pun pening tgk perangai kami...hehehee...]

2 minggu lepas tu sepupu lagi sorang pulak kawin... soo... benda yang sama juga kami buat iaitu candy corner..selain itu..kakak saya ada buat satu souvenir hasil kerja tangannya sendiri...

 Ok...ni style candy corner di kenduri rumah bapa saudara saya..



 Ok..sampai pukul 3-4pagi kami bersengkang mata buat semua nii okeh..sambil buat sambil bersembang.... kakak saya kebetulan baru je sampai dari kl malam tu... terus je buat benda2 nih...kecuali cup cake tu la kan.... hehehee... alhamdulillah..hasilnya...sangat memuakan hati kami...

 Ok...yang ni saya buat...atas permintaan pengantin laa... sebab dia ada buat guest book corner...

Ni pandangan terang sikit....almaklum la kan..guna camera hp cap ayam je... hehehe...


 Rindu sangat dengan suasana desa yang indah dan permai. Sebelum kenduri bermula [selesai je buat candy corner...] kami terus pusing-pusing keliling rumah almarhum opah dan atuk.... rindu sangat.... [tetiba teremosi....]
Nilah rumah tinggalan Allayarham Atuk dan allahyarhamah Opah... ni anak2 saudara perempuan saya... kemain bergaya diaorang nih... yang penting semuanya nampak sangat comelll....

 Banyak benda saya ceritakan pasa en suami saya...pot pet pot pet mulut saya cerita..kat sinilah kitaorang selalu berkumpul ambik rambutan... kat kawasan ni la saya dgn sepupu saya bermain kejar-kejar...dan macam-macam lagiii....hahaha....bila tgk wajah en suami...macam tak ada perasaan je.... [saya tahu dia jeles.... ok..saya tahu...dia mmg jeles.... tak.... tak... sebenarnya..dia kagum dgn kehandalan saya yang agak nakal jugak dulu kannn..... hahahahaa...]



Dengan 2 hero...dah besar dah anak2 saudara saya nih... dah boleh angkat dah makcik depe nih.... dan yang penting diaorang dah tinggi dari saya...siap boleh usik2 saya..."eh..ada lalat la atas kepala acu....meh nak tolong halau...." ok..ok..tak pe...saya selalu terkena dengan depe nih....haishhhhh
Ini busuk masam gemboi gemboiii Muhammad Uzair.... mok mok nih....
 Ok..oleh kerana bapa saudara saya ni guru silat... maka haruslah ada persembahan silat..dan yang tgh beraksi di sebelah kanan tu sepupu saya..anak pakcik saya nih.... hebat tak hebat..diaorang berlawan pakai parang bagai.....memang boleh terberhenti sekejap jantung saya masa tgk depe berlawan pakai senjata tajam tuh.....
Inilah dianya pengantin nya...sama cantik sama padan... diaorang ada bersanding di pelamin nan indah..tapii...tak sempat nak ambik gambar pelamin pun... hmmmm...

dengan cousins
Sebelum balik..sempat ambik gambar dulu....



Keesokkannya..kami sama-sama pergi ke majlis resepsi di sebelah lelaki pula. 




 Masa ni tiba-tiba bapa saudara saya suapkan anggur...hehehe...terimbas balik kenangan masa kecik2 dulu.... ;)))

 Three stooges....kalau berjumpa...banyak benda nak sembang....macamkan seratus tahun tak jumpa okeh...

 Bersama adik kakak....hehehe...

Tak cukup berposing di rumah kenduri...nak juga sambung posing kat rumah sendiri pulak.... ahahaa...



Ok...cukup setakat ni dulu....nilah kenduri penutup bagi tahun 2013... Tak tahulah samaada ada ke tidak sepupu yang akan menikah tahun nih [2014] .... sebab mereka semuanya masih muda belia lagiii....;)))

Doa ini khas saya tujukan untuk sepupu saya..along dan fatikah serta pasangan masing-masing....

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini 
serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,
 seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, 
Sulaiman & Puteri Balqis dan 
seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu. 
Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
Semoga kekal bahagia hingga ke JannatulFirdausi. 
Sedarilah bahawa kehidupan rumahtangga ini jauh lebih berbeza daripada apa yang kita bayangkan...
Ada ketika kita bahagia...ada ketika kita geram dan marah...dan ada ketika kita akan rasa sedih .....
namun...ketahuilah..sebenarnya..segala ujian dan cabaran yang akan kita hadapi itu sebenarnya untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang dalam ikatan suci ini...hikmahNya akan kita perolehi jika kita sabar dan redha... utamakanlah kasih sayang padaNya dan Rasul dan kemudian barulah kasih sayang kepada pasangan kita... Semoga Allah melindungi anda semua dalam rahmat dan redhaNya....