Monday, July 9, 2012

PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG [BYPASS]

Assalammualaikum...semoga apa yang baik yang dikongsikan mendapat manfaat kita bersama-sama...

Ya Allah...dari sehari ke sehari..saya nak postkan tentang bagaimana penjagaan orang selepas membuat pembedahan pintasan jantung [bypass]. Namun ada sahaja perkara lain yg saya dahulukan...

Kalau dikira-kirakan 19hb Julai 2012 ni..genaplah 4 bulan emak melakukan bypass. Syukur alhamdulillah... emak semakin beransur pulih. Dari sehari ke sehari perkembangan kesihatan emak semakin baik. Betul la kata orang..selepas pembedahan bypass...pesakit seolah mendapat jantung yang baru...tenaga mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pembedahan. Namun itu adalah jalan terakhir bagi pesakit jantung yang mengalami "block". Risikonya teramatlah tinggi. Bagi saya yang melihat sendiri keadaan itu, rasanya tak sanggup lagii untuk menghadapinya utk kali kedua. Semoga Allah melindungi saya, suami, abah, adik beradik dan kita semua dari segala penyakit yang merbahaya dan memudaratkan... amin...
[ disini saya sharekan pengalaman ketika berlakunya serangan jantung ke atas emak pada awalnya CLICK HERE , kisah sebelum dan semasa pembedahan bypass CLICK HERE  dan suka duka ketika berada di wad CLICK HERE ]

Saya terdorong untuk menulis tentang penjagaan selepas pembedahan bypass ini adalah kerana... beberapa minggu sebelum emak melakukan pembedahan bypass...saya mencari maklumat mengenai penjagaan selepas pembedahan namun.... [mungkin atas alasan tak explore sehabis habisnya...] saya langsung tidak menjumpai apa-apa maklumat. Saya cuma bergantung kepada apa yang dijelaskan oleh doktor pada masa itu. Di entry ini... sedikit sebanyak boleh membantu orang diluar sana untuk mendapatkan sedikit maklumat.

Sebetulnya..bila tersentuh je bab mak saya ni... segala apa yang terjadi dari awal sampai akhir masih jelas terbayang saat-saat genting ketika saya hampir-hampir kehilangan emak... dan wajah2 insan yang telah pergi menemuiNya ketika saya masih sempat melihat wajah mereka di dalam ICU itu... Semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah..

Baiklah...disini..saya nak share serba sedikit ttg pengalaman saya ketika menjaga emak saya selepas pembedahan. Walaupun tidak sepenuhnya...tetapi apa yang dijelaskan kepada saya sebelum emak dibenarkan keluar dari wad masih segar dalam ingatan saya dan semua itu saya jelaskan kepada abang saya. Emak duduk di rumah abang selepas dibenarkan keluar. Dan syukur...penjagaan rapi diberikan kepada emak.

Selepas pembedahan, pesakit akan ditempatkan di dalam ICU. Disitulah yang menyebabkan jantung saya senantiasa berdebar2. Kerana perkembangan pesakit turun dan naik. Ada ketikanya stable..dan ada ketikanya tak stable. Kerisauan akan lebih memuncak ketika emak berada di dalam wad ICU. Selagi tak dipindahkan ke wad biasa.Selagi itulah tak meyakinkan hati saya bahawa emak dah betul2 sihat.

Bagi kita yang beragama Islam..ketika ini..senantiasalah memberi semangat kepada pesakit selain perkara penting...berdoa dan terus berdoa kerana hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita. Senantiasalah mengajar mereka [pesakit - kaum kerabat kita] berzikir dan terus berzikir...

Selepas keadaan pesakit dah betul2 stable.. barulah pesakit akan di pindah ke HDU. Walaubagaimana pun, ianya tidak menjamin akan 100% tahap kesihatan mereka itu stable. Ada juga yang dah ditempatkan di HDU tetapi akhirnya dipindahkan semula ke ICU kerana keadaan pesakit mula tidak stable.

Setelah doktor mengesahkan keadaan pesakit benar2 stable, dari segala sudut especially tekanan darah, barulah pesakit akan dipindahkan ke wad biasa.

Di wad biasa, pesakit akan menyedut satu gas [saya sendiri kurang pasti namanya] bagi membasmi kuman di dalam badan selama lebih kurang 10 minit setiap 1 jam. Masa tu emak memberitahu saya, dia sangat rimas dan rungsing. Jangan panik ya..sebab gas tu mengeluarkan asap yang banyak.... [sama seperti oksigen utk pesakit asma].

Di sini juga..pesakit memerlukan bantuan dari kita untuk menjaganya [seperti membantu mereka bangun, membawa mereka ke toilet, membetulkan hidangan] kerana pergerakkan pesakit sangat terbatas. Memang nurse ada dan sedia membantu...tapii jgn lah terlalu mengharapkan nurse..kerana mereka juga perlu menjaga ramai pesakit yang lain yang lebih memerlukan perkhidmatan mereka.  Tahap tekanan darah akan di check setiap 1 atau 2 jam sekali...sama ada pesakit demam atau tidak..atau tekanan darah itu naik atau turun. Semuanya akan direkod.

Pesakit sememangnya akan dijaga rapi. Dalam tempoh di wad.. pesakit akan dibawa untuk membuat fisioterapi. Mereka digalakkan untuk berjalan sendiri [walau terpaksa dipimpin] tetapi tidaklah secara paksaan..kalau pesakit masih lemah dan tak mampu berjalan.. nurse akan menolak mereka dengan welchair. Mereka melakukan fisioterapi setiap pagi selama berada di wad..[selalunya kurang seminggu la...mengikut tahap kesihatan pesakit]. Macam2 mereka lakukan seperti mengayuh basikal..berjalan dan sebagainya... bagi mengembalikan tenaga mereka dan mengembalikan keyakinan mereka selepas menjalani pembedahan. [pembedahan dari hujung kaki sampailah ke pangkal peha...dan dari dada hingga di atas pusat] -jgn risau..kerana dengan teknologi yang ada..pesakit kurang berasa sakit dibahagian pembedahan... sebab itulah mereka perlu dberi keyakinan utk berjalan dan bergerak...mengikut kemampuan dan kekuatan mereka bagi kelancaran peredaran darah mereka.



Pesakit juga akan diberi penanda aras tahap sedutan pernafasan mereka. Pesakit digalakkan untuk menyedut alat yang disediakan dan ditahap mana pernafasan mereka itu kalau boleh setiap jam. Tujuannya untuk mengembangkan paru2 dan penting juga untuk jantung mereka.

Pesakit juga akan diberi sesi kaunseling penjagaan selepas pembedahan. [Saya masuk sekali menemani emak dalam sesi kaunseling ini]

Barangan yang perlu disediakan untuk pesakit sebelum pembedahan

i. Kusyen kecil 4 segi [kalau boleh biarlah ada terasa berat sedikit bagi keselesaan pesakit untuk memeluknya dibahagian dada - pesakit tidak dibenarkan tidur mengiring kerana tulang [dibahagian paru2] masih belum bersambung sepenuhnya..dikuatiri tulang itu akan lari dari strukturnya yang sebenar. Lebih dari 2 bulan diperlukan [mengikut usia] untuk tulang itu bercantum kembali...jadii..selama itulah pesakit perlu tidur terlentang... timbul ketidakselesaan disitu...emak saya akan melapik bantal di bahagian tengkuknya dan tidur di atas sofa panjang bagi keselesaan dan sebab itulah pesakit sangat memerlukan kusyen kecil ini. Ibaratnya..selepas sahaja selesai pembedahan...kusyen ini adalah peneman setia mereka...ala-ala bantal busuk..hehehe


ii. Sarung kaki khas [medical compression stocking] selepas pembedahan bagi mengelakkan jangkitan kuman. - boleh didapati di mana2 farmasi.



iii. Persediaan awal, nurse pasti akan meminta waris yang terdekat untuk menyediakan baju yang berbutang di bahagian hadapan dan kain batik. -kalau boleh sehari 2 helai baju, 2 helai kain.

iv. Tisu kering dan tisu basah [utk khas perubatan].

v. 3 helai tuala l - setiap hari perlu diganti 3 helai tu. 1 utk mengelap badan, 1 lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian dada dan 1 helai lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian kaki. Tujuan nya utk mengelakkan jangkitan kuman dibawa ke jahitan yang lain.



Info yang saya dapat [serba sedikit yang masih saya ingat]

Sekiranya pesakit tinggal jauh dari hospital seperti Johor, Perak, Pahang dan sebagainya, kalau naik kereta untuk pulang dari hospital, perlu berhenti di beberapa perhentian. Dan pesakit perlu menyedut udara luar [hijau] utk kenyamanan dan kesihatan jantung. Pesakit juga berkemungkinan akan sering membuang air kecil kerana ubat yang dimakan tu memerlukan mereka untuk membuang kekotoran mungkin. Masa ni..pesakit perlu di pimpin untuk ke sana dan ke mari..kerana mereka belum cukup kuat utk bergerak sendirian.

Pastikan bantal senantiasa dibawa dan ditekapkan diatas dada..kerana tempoh untuk pemulihan tulang sepenuhnya mengambil masa 2 bulan. Itulah pentingnya penjangaan rapi.

Pesakit tidak dibenarkan pergi ke tempat2 sesak..seperti kenduri, shopping compleks, pasar dan sebagainya..ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam jantung dan bahagian jahitan yang belum pulih sepenuhnya. Kalau berlaku infection...doktor kata agak susah untuk pulih... silap-silap kena buka jahitan...dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih semula...Jadi..bagi sesiapa yang selsema, batuk atau demam...tolong jangan menghampiri pesakit ini. Kerana jika mereka dijangkiti keadaan mereka akan lebih teruk dari anda yang sakit selsema itu.

Bagi penjagaan pembedahan di bahagian dada pula.. pesakit tidak dibenarkan untuk mandi menggunakan cebok.. kerana...sekiranya tangan diangkat utk menyiram badan...takut nanti jahitan di bahagian dada akan terbuka dan tulang yang belum pulih sepenuhnya akan lari dari landasan yang sebenar..[kata pakar berkenaan..heheheee].

Pesakit tidak dibenarkan untuk mengangkat barangan yang berat malahan sepeket 1kg gula atau garam juga tidak dibenarnya. Ini adalah kerana keadaan tulang masih baru dan dalam proses pemulihan [*cantuman] sepenuhnya. Bukan setakat itu sahaja... pesakit juga tidak dibenarkan untuk mendukung bayi sekalipun.

*cantuman tulang - bila melakukan pembedahan bypass - tulang dibahagian paru-paru dipotong bagi memudahkan proses bypass di jantung. Walaupun doktor akan cantumkan semula dengan mengikatnya, namun ianya masih baru dan perlu dijaga rapi bagi mencantikkan semula cantuman tulang berkenaan

Senaman ringkas untuk pesakit selepas keluar dari wad

Satu buku akan diberi khas kepada setiap pesakit cara-cara senaman ringkas yang perlu dilakukan demi menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik untuk pesakit.

Antaranya, sekiranya pesakit ingin menaiki tangga...perlu menaikinya secara perlahan2. Sekiranya duduk di rumah flat [yang tiada lift]. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. dan ambillah berapa masa yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga. Kerana dalam tempoh 2 bulan ini...tahap kesihatan pesakit tidak pulih sepenuhnya.

Pesakit digalakkan untuk berjalan selama lebih kurang 10 minit mengikut tahap kemampuan sekalipun terpaksa dipimpin. Ini penting untuk mengembalikan semula energy pesakit.



Senaman ringkas tangan juga turut diajar oleh pakar kaunseling. Pastikan pesakit dan penjaga mengambil perhatian akan senaman2 yang diterangkan. Kerana setiap kesilapan senaman akan memudaartkan pesakit itu sendiri. Senaman tangan mestilah ke dalam [depaan tangan ke dalam bukan kebelakang]. Jika teknik yang dilakukan salah..akan mengakibatkan jahitan terkoyak dan tulang yang masih belum bercantum akan terkeluar dari landasan yang sebenar...dan mungkin akan memudaratkan pesakit.


Penjagaan Bekas Pembedahan/Jahitan

Selepas pesakit dibenarkan keluar, bekas pembedahan/jahitan di kaki dan dada, perlu dicuci di klinik/hospital yang berdekatan setiap hari. Bagi mengelakkan jangkitan kuman dan menyebabkan di bahagian jahitan itu bengkak.
Pengalaman: Jahitan di kaki emak saya terkena infection dan menyebabkan di bahagian jahitan bengkak. Syukur ianya tidak merebak ke merata tempat. Nasib baik abang saya segera membawa emak ke klinik berdekatan. Dan setelah menyapu krim yang diberikan khas utk pesakit jantung [selepas pembedahan], barulah bengkak di bahagian jahitan reda dan pulih sepenuhnya.

Penjagaan pemakanan bagi pesakit selepas pembedahan

Pesakit digalakkan untuk memakan makanan-makanan yang sihat dan tidak gatal. Seperti sayur, ikan stim, gulai rebusan [bukan gulai lemak dan sebagainya - kalau nak ambil hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit]. Seeloknya digalakkan untuk makan quaker oat atau serat, elakkan mengambil makanan yang berminyak. Doktor menyarankan untuk menggunakan minyak matahari [itu yang terbaik] untuk menyediakan masakan yang bergoreng. Pengambilan buah-buahan seperti betik digalakkan bagi melancarkan pembuangan air besar. Ini bertujuan mengelakkan pesakit meneran...dan sekiranya sembelit...apabila pesakit meneran...dikhuatiri pesakit menggunakan tenaga dan tekanan di bahagian dada meningkat [ lebih kurang mcm tu lah penjelasan doktor]

Selama tempoh 2 bulan mak di rumah abang saya.. hari-hari mak makan makanan serat, buah-buahan, dan sehingga kini, mak dah jemu utk makan gulai asam [gulai rebusan dengan ikan] dan ikan stim [pelbagai cara dan bentuk kakak ipar saya masak...hehehe] Syukur..sekarang..mak dah semakin sihat.

Penjagaan pemakanan ini sangat penting..[kalau boleh rujuk kembali buku2 yang dibekalkan kepada pesakit-sebagai rujukan yang terbaik] kerana dikhuatiri tahap kolesterol jahat akan bertambah... jadii..elakkan dari memakan makanan yang berminyak dan makanan yang boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.... macam mak saya, beliau sangat suka makan lempeng pisang...jadi doktor suruh tukar kepada lempeng oat...[nak tak nak kena makan la jugak]. Ianya boleh didapati di farmasi2 terkenal. Selain...mereka juga dibenarkan untuk makan popiah basah [bukan yang goreng] dan putu mayum... yang lain... semuanya makanan yang sihat... penjagaan tahap kolesterol ni sangat penting...bertujuan semoga saluran ke jantung tidak tersumbat lagi....

AMARAN KERAS!!

Tolong jangan bagi pesakit makan ubat-ubatan yang disimpan sebelum melakukan pembedahan. [APA-APA SAHAJA UBATAN SEBELUM PEMBEDAHAN TIDAK DIBENARKAN!!!] seperti ubat gatal ke..uabat bengkak ke..ubat sakit perut ke... apa-apa sahaja ubatan.


Ubat yang dibekalkan oleh doktor SELEPAS pembedahan sudah memadai untuk pesakit.

Pengalaman:  kaki mak tiba-tiba sahaja bengkak. Mungkin sebab kurang bergerak. Dan dibahagian yang bengkak tu sakit. Disebab kan itu, mak masih menyimpan lagi segala ubatan sebelum pembedahan... dan nasib baik la...tinggal sebiji je. Lepas tu nasib baik jugak la... mak minta abang saya untuk menunjukkan ubat tersebut kepada doktor Rais. Tujuan abang saya berjumpa dengan Doktor Rais untuk bertanyakan kalau-kalau la doktor Rais ada ubat seperti itu lagi untuk menghilangkan bengkak sebab mak makan ubat tu sebelum ni berkesan. Doktor agak terkejut dan bertanyakan s/ada mak saya dah makan ke belum ubat tu. Abang saya jujur jawab belum. Doktor sendiri dengan tegasnya menyatakan pesakit yang sudah menjalani pembedahan bypass...JANGAN sesekali mengambil ubatan sebelum melakukan bypass...ia akan mengakibatkan pendarahan berlaku di dalam jantung dan boleh menyebabkan kematian. Syukur kerana Allah masih melindungi emak... segala ubat yang dibekalkan sudah memadai untuk memulihkan apa jua penyakit. Sekiranya pesakit masih mengalami sakit2...mereka digalakkan untuk ke hospital untuk mendapat rawatan yg selanjutnya dari doktor pakar yg merawat.

Itulah serba sedikit penjelasan saya melalui pengalaman saya menjaga emak saya. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, eloklah di refer kepada doktor2 pakar yang berkenaan. Setiap pesakit akan merasai pengalaman yang berbeza-beza. 

Saya bukanlah doktor tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit ini. Mana yang baik utk diikuti sebagai persediaan sama ada akan melalui pembedahan mahupun menjaga pesakit..maka inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berpandukan kepada nasihat doktor juga.

Selamat membaca dan salam sayang... ;)))






42 comments:

  1. Salam kak,
    Saya sekarang sedang menjaga ayah, baru 2-3 minggu lepas bypass.
    Dia recovering Alhamdulillah syukur, tp dia ada masalah rasa kebas dan lenguh pada kedua belah tgn dia.
    Mak akak pernah tak alami benda ni?
    Kesian kadang2 x boleh tidur langsung waktu malam.
    Kesian juga melihatnya.
    Kalau akak boleh bagi petua sikit mcm mana.

    ReplyDelete
  2. w'salam...
    maaf...akak lambat reply...
    owh ye ke...
    ermmm... bila akak tanya mak akak..mak kata tak ada sakit pun...
    cumanya...akak lupa nak bagitahu...selepas operate... pesakit tak boleh tidur mengiring kan....[pasti doktor dah jelaskan] sebab tu bergunanya bantal tu....
    kalau mcm tu....masa appointment dgn doktor nanti...wajib bgtahu dekat doktor k....
    ok...biasanya mak akak akan rasa sakit kalau tidur terlentang.... jadii... mak akak akan tidur dgn berlapikkan bantal di belakang....dia akan rasa sangat selesa tidur mcm tu.... even..sampai sekarang..mak akak tidur dgn cara mcm tu.... selesa katanya.... cuba adik suruh ayah adik tidur cara mcm tu.... ;)))

    ReplyDelete
  3. salam kak....
    ayah saya akan menjalani bypass dalam bulan nov...tp tarikh tak dpt lagi... n saya pulak akan kenduri kawen pd bulan disember... macam mana ya kak? lagi satu, saya tinggal di labuan, ayah saya tinggal di sg buloh, kakak rasa perlu tak saya mengambil cuti yang panjang?

    ReplyDelete
  4. TQ... info yg sangat berguna kerana hubby baru saja menjalani bypass.

    ReplyDelete
  5. norazlin: Firstly, terima kasih kerana membaca entry ni...
    Ok selalunya Dr akan bagi tarikh dahulu... kemungkinan besar ayah adik akan masuk wad lebih awal sebelum pembedahan... sebab Dr nak pastikan pesakit berhenti makan ubat cair darah. Akak rasa... lebih elok..semasa pembedahan tu adik ada kat situ. Keadaan pesakit selepas pembedahan berbeza2..mungkin mak akak direhatkan sehari..kemudian baru sedar. Ada juga direhatkan [tak sedar] beberapa jam sahaja. Semuanya bergantung kepada ketahanan dan semangat pesakit itu sendiri.

    Adik boleh bergilir2 dengan adik beradik yang lain untuk menjaga pesakit [semasa di wad - selalunya dalam seminggu- mengikut keadaan pesakit...kalau tak ada demam, tekanan darah pun dah stable...hanya beberapa hari sahaja di wad] Kalau hari kedua dan ketiga perkembangan ayah adik semakin positif.. rasanya tak perlulah adik mengambil cuti yang panjang kan... nanti nak cuti kawin lagi...apa2 pun kena selalu berinteraksi dengan doktor dan nurse yang akan merawat ayah adik nanti ya.

    Yang penting..selalulah berdoa dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan kerana hanya Dia sahaja yang boleh memudahkan sesuatu yang sukar....kalau kita bergantung harap padaNya..akak percaya... Dia tidak akan mengecewakan kita... akak doakan semoga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya... amin... ;))

    ReplyDelete
  6. Adzrien Shoppe: terima kasih kerana membaca entri ni.. sharing is caring ;)))

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum....
    terima kasih atas info n sharing yg diberi. betul2 amat bermakna buat say dn keluarga. now my mom was admitted at hospital serdang n insyaallah esok pagi akan buat angiogram. selepas keputusan engiogram mak sy akan di hantar ke ijn utk membuat bypass. semua ahli keluarga mula risau dgn keadaan mak sbb doktor ckp itu adalah jalan yg terbaik utk mak sy. sy cuba research akan kesan2 selepas operation. tp tk semua lagi yg dpt. cuma nak tnya akan, masa mak akak buat operation bypass tu mak akak ada penyakit lain tk? ape kesan utk org yg ada penyakit diabetes, darah tinggi. adakah kesan2 sampingan selepas operation tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musfirah Mustafa

      W'salam
      Terima kasih juga kerana membaca entry ini. Angiogram tidak membahayakan pesakit. Tujuan angiogram adalah untuk mengenalpasti berapa saluran jantung yang tersumbat. Macam mak akak... ada 5 saluran yang tersumbat dan 3 telah dipasang stand 7 tahun yang lepas... dan awal tahun ni tersumbat balik. Konsep yang sama juga macam mak akak... selepas keputusan angiogram dikeluarkan... emak akak terus dihantar ke IJN. Bezanya..emak akak dihantar ke IJN dalam keadaan yang sangat kritikal.

      Selepas keputusan angiogram diberikan kepada Dr. pakar di IJN... Dr. pakar (IJN) yang akan menentukan s/ada perlu terus menjalani pembedahan bybass atau boleh diteruskan dengan pemasangan stand atau hanya mengambil ubatan sahaja [semuanya bergantung kepada keputusan dr. pakar yang akan merawat di IJN.

      Sekiranya Dr. nak teruskan dengan bypass... akak pasti dan yakin... Dr. akan menjelaskan segala-galanya dan... satu tarikh akan diberikan [mengikut jadual pembedahan Dr. - macam mak akak sebulan dari tarikh report perubatan diserahkan - semua ni akak ada ceritakan di entry sebelum ini] Sekiranya keadaan mak adik sangat kritikal [sama seperti emak akak] Dr. akan mendahulukan emak adik sekiranya ada dikalangan pesakitnya yang tidak boleh melakukan pembedahan pada tarikh tersebut kerana demam dan sebagainya. Ubatan dari IJN akan dibekalkan selama tempoh sebelum pembedahan dan akak nasihatkan sekiranya apa2 berlaku dalam tempoh tarikh sebelum pembedahan [cth: tiba2 emak adik sakit dada/sesak nafas] segera bawa ke hospital yang berhampiran atau ke IJN itu sendiri [kalau dekat].

      Emak akak tidak mempunyai penyakit diabetis tetapi ada penyakit darah tinggi. Sebelum pembedahan... seperti yang akak katakan tadi..Dr. pasti akan membekalkan ubatan yang sepatutnya dan menjelaskan kepada pesakit dan waris bagaimana untuk mengawal tekanan darah tinggi atau pun diabetis. Begitu juga la selepas pembedahan. Pastikan adik senantiasa berkomunikasi dengan Dr. tentang keadaan emak adik ya...

      Apa yang pasti... sekiranya adik kurang yakin dengan setiap penjelasan akak..[pastinya kita mahukan yang terbaik untuk orang yang tersayang..]... rujuklah kepada Dr. yang merawat emak adik ya...dan akak yakin Dr. PASTI akan memberi penjelasan yang detail tentang keadaan emak adik... dan mereka juga mahukan yang terbaik untuk pesakit mereka.

      Untuk pengetahuan adik juga... keadaan pesakit semasa pembedahan adalah berbeza2... yang penting...emak adik kena kuatkan semangat k... dan sokongan keluarga sangat penting dalam keadaan sebegitu...

      Akak doakan semoga emak adik sihat seperti sediakala...aminnn... dan jangan berhenti berdoa kepadaNya... ;)))

      Delete
  8. assalamualaikum kak.. boleh sy tahu berapa kos untuk melakukan pembedahan by pass nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Iznie NurlzSha,

      Disebabkan dalam adik beradik akak...akak seorang sahaja yang bekerja di dalam sektor kerajaan..jadi...akak menggunakan Guarantee Letter. Kos sebenar pembedahan tidak dapat dipastikan kerana ianya tidak tertera di dalam slip discharge [kat slip tu Dr dah siap2 tulis under GL].

      Namun... jangan disebabkan kos yang tinggi [jika bukan kakitangan kerajaan].. kita tidak mengambil tindakan yg cepat kepada pesakit utk menerima rawatan yang sepatutnya. Kerana IJN menyediakan satu ruang untuk kita merayu bagi mengurangkan harga / meringankan sedikit kos pembedahan [bergantung kepada DR yang merawat]. Tetapi saya yakin.. pada sesiapa yang membuat rayuan..pasti...ruang itu akan diberi kepada mereka... yang penting pesakit diutamakan dahulu..

      Sekarang ni [setahu saya] ada hospital kerajaan seperti di Serdang / Selayang, ada Dr pakar yang boleh melakukan pembedahan Bypass. Disebabkan emak akak ada rekod di IJN [7 tahun lepas], jadi Dr. merujuk semula emak akak ke IJN.

      [sorry terpaksa baca penjelasan yang panjang lebar...hehehe...]

      Delete
    2. Salam, maksudnya kalau kakitangan kerajaan tak perlu bayar apa2 kos ke?? Sebab 2 tahun lepas, kawan saya ada bayar deposit rm1000 masa check in isteri dia ke IJN. Camne tuuh??

      Delete
    3. MuhdAmin AbdMajid

      w'salam...
      Kakitangan kerajaan yang mana diterima masuk ke IJN mmg kena bayar deposit.... masa mula2 mak saya masuk pun memang kena bayar deposit tu tak silap saya kena dalam rm2,500.00 [lebih kurang]... but once bila kita dah bagi GL...dan dah dapat kelulusan daripada pihak kewangan IJN... diaorg akan pulang kan balik wang deposit tu....

      Kebiasaannya pun kalau masuk je mana2 hospital private...memang kena bayar deposit kan.... so..samalah dengan IJN pun. Apa2 kena deal sendiri dengan bahagian kewangan mereka.... ;))

      Delete
  9. K THANKS KAK... ADE KAWAN TANYE.. HUHU TU YANG TANYE AKAK.. cost sekarang cecah ratusan ribu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke... no problem...

      Kos untuk pembedahan Bypass rasanya tak sampai ratusan... sebab di private pun rasanya dalam rm60-70k [tapii mahal la jugak kan...]. Kadang2 ianya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri. Kalau keadaannya lemah dan perlukan rawatan lanjut, mungkin di situ kos akan meningkat.

      Tapiii...yakinlah di setiap kesukaran itu ada kemudahannya... yang penting selamatkan dulu nyawa orang yang kita sayang... ;)))

      Delete
    2. Ayah sy br shj buat bypass 15 apr 2013 lalu. skrg masih di wad sdg jalani fisioterapi. sy ada tanya Dr mengenai kosnya, lebih kurang 45-60 ribu bergantung kpd brp lama pesakit duduk di icu. lg lama tgal di ijn kos akan meningkat. Tp syukur ayah sy pesara kerajaan so xperlu byr...

      Delete
    3. Terima kasih di atas info itu "About Me".. =))

      semoga ayah awak cepat sihat seperti sediakala ye...

      Delete
  10. thanks kak diatas info yg diberi..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. IzNie NurlzSha...
      Terima kasih juga kerana sudi membaca info ini. Semoga ianya sedikit sebanyak boleh menjadi rujukan dan membantu kita semua... apa2 pun rujuk pada doktor k... =))

      Delete
  11. salam akk nk tya bpe peratus untuk hidup bila buat by-pass?dan jangka hayat selepas buat by-pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Nurliyana..

      W'salam... hye Nurliyana... sebetulnya, saya bukan doktor yang tahu segalanya tentang bypass ni. Apa yang saya kongsikan disini berpandukan kepada pengalaman saya menjaga emak dan nasihat2 doktor dari IJN mengenai apa yang diperlukan selepas pembedahan. Untuk mengetahui lebih lanjut...saya rasa..elok la diajukan kepada doktor yang lebih pakar mengenai sakit jantung ni.

      Namun, kita kena kembali kepada kekuasaan Allah... emak saya membuat pembedahan bypass dalam keadaan yang sangat kritikal...even semasa pembedahan itu sendiri...terdapatnya komplikasi diawal pembedahan dimana tiba2 sahaja jantung mak saya berdegup pantas seolah terjadinya serangan semula. Syukur...Allah masih panjangkan usia emak saya... dan pembedahan itu selamat. Ada juga diantara pesakit yang berjaya di dalam pembedahan...namun selepas pembedahan berlakunya pendarahan dalaman dan meninggal dunia. Semuanya bergantung kepada kekuasaan Ilahi.

      Yakin dan tawakal kepada Allah...dengan peralatan dan kemajuan teknologi yang ada ini...dan doktor pakar yang sememangnya nak kan pesakitnya selamat... mereka akan cuba sedaya upaya untuk melkukan yang terbaik untuk pesakit mereka.

      Jangka hayat tu saya tak dapat nak pastikan...yang tu kena tanya pakar. Dulu mak saya buat stand kat saluran jantung dia... 7 tahun saluran tu tersumbat semula [awal dari jangkaan doktor 10 tahun]. Sebab tu penjagaan pemakanan tu penting supaya ianya tidak tersumbat lagi...



      Delete
  12. alhamdulillah mak akak sembuh..umurnya masih pnjang..tp lain ceritanya sy..mak sy dlu pn buat bypass..dia x pernah kna serangan jantung pn spnjg hayatnya..cuma satu hr dia rase dadanya sesak dibawa ke hopsital suspek Jantung so refer ke IJN terus ats permintaan abg..ble kat IJN mula2 buat angiogram pastu tiba2 kata ade 3 sumbt kna buat bypass jugak..pelik juga sbb x prnah kena serangan jantung pn sblm tu...sekali tu je..tu pn x berulang..but ble gi IJN ckp nk kna bypass.. xlama la queue terus bypass..hmm mungkin takdir x mnyebelahi mak sy..lpas bypass tu lah segalanya bermula..skejap je ok..satu persatu penyakit dtg..luka yg sembuh terbuka balik..lps 2 minggu tiba2 xleh bngun urat bhgian leher ngan bahu kejang..berat badan mula merosot..seingat sy sejak tu lah nafasnya tercungap2, batuk2 dan mcm2 lg la..nk tdur pn payah..masuk kuar IJN tu biase..kira dpt rase bnyk wad la..wad tanjung, bunga, n kenanga..mujur 1st class agak la selesa..tp berbulan2 juga la duk situ..sy peneman setia mak sbb masa tu sy br abis diploma then x terus smbung degree sbb nk jaga dia..lebih kurang 2 tahun juga kesihatan mak makin teruk..dan akhirnya mak pergi setelah hampir 2 tahun menanggung sakit..mak meninggal kat hospital dan alasan kematian yg dicatat waktu tu kegagalan paru-paru..saya redha pemergiaannya..sakit tu penghapus dosa..seawal ramadhan dia pergi..mcm akak, kami sekeluarga amik iktibar berusaha tuk mnjaga kesihatan kami..klu boleh xnk perkara sama berulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady Rose

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman disini. =))

      Semuanya bergantung kepada takdir Ilahi. Kita hanya berharap agar segala-galanya baik....namun Allah telah menetapkan yang terbaik utk kita kerana DIA lebih tahu akan segala-gala yang akan berlaku. Sabar k...

      Memang akak sekeluarga ada diberitahu oleh doktor tentang komplikasi2 yang akan berlaku sewaktu pembedahan dan selepas pembedahan kerana setiap pesakit jantung semuanya akan mengalami sakit yang berbeza-beza..tak sama... pengalaman akak sewaktu di IJN menjaga emak... kami terpaksa berhadapan dengan insan2 yang selepas pembedahan..mereka boleh bangun..makan dan masih boleh tersenyum kepada akak dan adik beradik yang lain..bertanya itu dan ini...namun...keesokkan harinya.... kami dapat tahu...insan itu telah pergi menemui DIA... semuanya bukan atas kekuasaan kita... macam mak akak...dimasukkan ke IJN dalam keadaan yang sangat kritikal dan sekarang...alhamdulillah..keadaannya beransur pulih [masih perlu menjaga tahap kolestrol yang masih tinggi]..

      Allah ingin memberi pahala yang berganda kepada adik kerana berbakti menjaga emak adik dan peluang itu bukan semua orang boleh dapat kan.... hanya insan yang istimewa sahaja yang terpilih yang berpeluang untuk melalui saat istimewa itu...

      Kita sama-sama berdoa agar roh mak adik di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman... Aameenn...

      Delete
  13. Salam kak, saya harap akak dan mak akak sihat.saya nak tanya pasal kos pembedahan bypas yang 30-70k. Itu cuma kos pembedahan je atau termasuk rawatan, ubatan, pemulihan lepas pembedahan ? Boleh tak akak cadangan doktor pakar yang bagus ? Akak rasa peluang pembedahan bypass ne berjaya tinggi tak ? Keaadan hospitalnya macam mana ? Doktor, jururawat, kebersihan, wad.... saya risau ne kak...tolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam zmezm

      Terima kasih kerana membaca entry ni dan harap anda juga sihat senantiasa.

      Kos pembedahan bergantung kepada berapa lama pesakit berada di dalam wad[info yang akak dapat]. Harap adik jangan terlalu risau.

      Pertama sekali... semasa mendapatkan rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan.. pastikan adik bertanyakan kepada doktor yang merawat kerana doktor yang lebih mengetahui tahap kesihatan dan doktor juga yang akan menetapkan bila dan dimana pesakit harus menjalani pembedahan dan rawatan. Dan pastikan adik bertanyakan secara detail kepada doktor tentang penjagaan dan rawatan yang akan diterima. Akak pasti Doktor akan menjelaskan kepada adik kerana mereka juga mahukan yang terbaik untuk pesakit mereka. Cuma akak harap adik jangan panik dan terlalu risau... mohonlah bantuan dan petunjuk dari Ilahi agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

      Kesemua hospital akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Jadi adik tak perlu risau mengenai cara rawatan yang akan di berikan.

      Akak doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar...jangan risau2 k.... =))

      Delete
    2. Saya telah menjalani pembedahan ini pada umur 43 tahun... tapi alhamdulillah sy masih ada kesempatan untuk membuat bekalan pulang kealam akhirat nanti..
      sy bersyukur saya tidak tergolong dalam kumpulan org yg mati mengejut..
      pembedahan yg saya buat ,CABG ,memulihkan 4 blockage..di Pusat Perubatan Universiti Malaya hanya menelan belanja tak sampai RM3000. dokter dan kaitangan hospital sangat baik dan memuaskan.

      Bagi yang perlu melalui pembedahan ini... jangan risau... bersedia dengan perasaan "tuhan sayang kan kita" kalau kita tiada peluang...kita akan berada dalam rahmat NYA terlebih awal... dan kalau kita diberi peluang... tuna syg kan kita dan mahu kita cepat berada dijalan yg diredhoi..

      ingat! tuhan tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan nya.. !Bersabarlah... !

      Delete
    3. Terima kasih azuma takamatsu...

      Syukur alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dan harap azuma takamatsu sihat seperti sediakala..

      Mana info saya yang terkurang... boleh ditambahbaikki oleh insan yang lebih berpengalaman dan mengalaminya sendiri supaya insan yang lain yang akan menghadapinya akan lebih bersedia mental dan fizikal.

      terima kasih kerana sudi membaca entry dan berkongsi maklumat disini... =)))

      Delete
  14. Salam..... Sya bru sja menjalankn pembedahan CABG (coronory atries bypass grafting) atau biasa org sebut by pass . Skrng sdh 8 ari lps operation. Selepas 6 ari operation sya sdh didiscaj utk bkl ke rumah. Alhamdullillah keadaan sya skrng sdh brtmbah baik. Sya telah menjalani operation ini d sabah heart centre Hospital Queen Elizebet 2 kota kinabalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Hye Hairul Afidzul...

      Syukur alhamdulillah... semoga en Hairul sihat seperti sediakala.
      Kalau tak keberatan...en Hairul boleh share pengalaman en Hairul sebelum dan selepas pembedahan CABG tu... kerana sebenarnya ramai yang nak kan info yang berguna dari orang yang mengalaminya sendiri pengalaman itu.
      Seperti saya... saya hanya mampu untuk memberi sedikit info sahaja mengenai penjagaan selepas pembedahan. Lebih bermakna sekiranya orang yang mengalaminya sendiri menceritakan pengalamannya.

      Apa2 pun saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini. Dan sekali lagi..saya doakan semoga en hairul sihat seperti sediakala... amin... =D

      Delete
  15. Ayah baru saja bypass pertengahn jun. Sekarang dah kat rumah. Tolong saya jika tuan/puan ada tips utk masalah ini:
    *sukar utk tido malam
    *berapa lama agak2 tempoh kena tidur terlentang?
    *berapa lama perlu berlatih pernafasan tsbt?

    terima kasih bebanyak...info sukasuki sgt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai argan oil..

      Terima kasih juga kerana membaca entry ini.

      Saya cuba menjawab persoalan en/puan berpandukan kepada pengalaman saya menjaga emak saya.

      * sukar utk tido malam
      - mak saya pun pada awalnya memang sukar nak tidur malam...[orang lain saya tak tahu la...sebab selalunya keadaan pesakit ni berbeza-beza]. tapiii dalam 2 bulan pertama je... selepas tu dah ok dah... [kalau masih berlarutan... semasa temujanji dgn doktor nanti..pastikan beritahu perkara ni ataupun en/puan boleh terus berjumpa doktor untuk penjelasan yang selanjutnya]

      * tempoh tidur terlentang
      - sehingga tulang betul2 bercantum...tempoh yang diberikan oleh doktor adalah 2 bulan... untuk keselesaan pesakit...[pengalaman saya menjaga mak] mak saya tidur diatas sofa panjang [terpaksa... sebab tak ada katil khas utk pessakit kan...] letakkan bantal mengikut paras keselesaan dan gunanya bantal kecil utk diletakkan diatas dada kerana pesakit mesti akan batuk batuk kan...

      * tentang latihan pernafasan menggunakan alat yang dibekalkan oleh pihak hospital ...
      - mak saya akan lakukan setiap hari diwaktu2 yang ditetapkan oleh doktor..sehingga ke temujanji dengan doktor pakar yang pertama selepas pembedahan...dan sehinggalah doktor mengatakan situasi dan keadaan pesakit dah betul2 ok.

      harap ada insan yang mengalaminya sendiri dapat berkongsi juga informasi dan maklumat mengenai pembedahan ini untuk membantu insan lain yang akan mengalaminya dan juga yang akan menjaga pesakit ini.

      ***apa-apa sahaja kemusykilan... terus sahaja menghubungi pihak hospital bercakap sendiri dengan doktor yang merawat agar ianya lebih jelas dan selamat. Semua ini untuk keselamatan insan2 yang kita sayangi... =)))

      Delete
  16. Slm apakah pemakanan yg baik supaya luka operation by pass cpat sembuh? Emak adik dulu ada tak mkn sup ikan haruan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Melalui pengalaman mak saya...jahitan di kaki yang bahagian paling atas kat lutut tu yang paling susah nak sembuh dan beberapa kali berlakunya infection.
      Perlu selalu ke klinik berhampiran membuat dressing... Doktor di klinik ada syorkan krim bagi mempercepatkan luka tu cepat kering.
      Ada satu krim khas yang boleh di dapati di klinik / farmasi yang di syorkan oleh doktor yang membuat dressing kat mak saya [pastikan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu mengenai nama krim tersebut ya...]. Doktor ada juga menasihati mak saya untuk minum air gamat dan pati ikan haruan bagi mempercapatkan penyembuhan luka2 jahitan itu...tapiii..ye la kan..orang tua tak nak minum benda2 macam tu...nak makan sup ikan haruan pun mak saya tak nak sebenarnya... hehehe... so..jalan yang paling mudah.. doktor bagi mak saya satu krim untuk bagi luka jahitan tu cepat kering... Bila mak saya guna tu... mmg luka tu cepat kering selain mengelakkan berlakunya infection... [setiap kali saya ke klinik / farmasi untuk cari krim tu...saya pasti akan inform kat doktor atau pharmacist tu yang ubat tu utk mak saya..pesakit jantung yg baru saja membuat bypass surgery... takut kerana ubat/ krim je...akan memudaratkan pulak... hehehe..] alhamdulillah...sekarang dah ok... ;))))

      Delete
  17. assalamualaikum..ayah mertua saya baru je lakukan bypass selasa minggu lepas.boleh tau mak sis berapa saluran kene bypass?ayah mertua saya 5 salur dan itu mengejutkan kami sekeluarga sebab sebelum pembedahan doktor mention hanya 3 salur. sekarang ni pon ayah mertua tak berapa selera nak makan.di bagi bubur hanya 2 sudu je makan.sekarang ada demam pulak.risau fikir nak bagi makanan apa untuk dia ada selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Arisa'Eshoppe..

      Mak akak pun 5 saluran tersumbat dan pernah pasang stand tapii 7 tahun... tersumbat balik saluran tu...sebab tu kena terus buat bypass.

      Memang mak akak pun masa lepas buat bypass tak ada selera makan..tapii alhamdulillah..mak akak kuatkan semangat juga utk menjamah walaupun sikit utk dapatkan tenaga. Cuba masak ikan steam bagi ayah mertua awak berselera sikit. Mak akak sepanjang tempoh pemulihan tu makan gulai rebus dan ikan steam... banyakkan makan buah.

      Kalau demam... better bawak jumpa doktor yang merawat... please dapatkan rawatan cepat. Mungkin sebab demam juga lah ayah mertua awak tak ada selera makan.

      Akak doakan semoga ayah mertua awak sembuh seperti sediakala... jika ada tanda2 yang kurang menyenangkan..segera rujuk pada hospital yang berhampiran ye... dan pastikan bawa sekali segala dokumentasi [laporan] ttg rawatan ayah ye...

      Delete
  18. Assalam,suami makcik dpt serangan +-sebulan lps..masuk icu dspital swasta 3hari..bayarannya 10k lbh..walaupun dh bagitau kami warga pencen mereka masih xrela nak lepaskan kami,suami makcik ada tanda awal - muntah/loya - selepas 3hari baru rayuan kami dilayan








    assalamualaikum..t ksh sbb kongsi info berkaitan bypass surgery..tp.rasa takut & bimbang tetap ada,,suami makcik juga dijadualkan buat surgery 15.1.2014,kami cuma ada sorang anak perempuan yg punya 4anak yg masih kecik-yg sulung br drjh 1 & yg kecik 11bln - msih b feed..tinggal d luar kl...doakan kami Dberi kekuatan paling SUPER utk menghadapinya...moga Allah memberi petunjuk & pertolongan...in sya allah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Terima kasih makcik Diyana Meriam kerana sudi membaca dan berkongsi maklumat di entry yang serba sederhana ini...

      Alhamdulillah..kerana segala dipermudahkan..sekurang2nya rayuan itu tidak dipandang sepi... Sepastinya harus ada sokongan daripada doktor pakar yang merawat..[kalau tak silap saya] ;)

      InshaaAllah..saya dan mungkin para pembaca yang membaca entry ini akan turut sama berdoa agar segalanya dipermudahkan.
      Yang penting makcik kena kuat dan jaga kesihatan sama kerana tugas untuk menjaga pesakit juga bukan sesuatu yang mudah. Pastikan makcik bawa sekali bersama baju sejuk..stoking..selimut dan kalau boleh bantal kecil [utk kegunaan makcik yang mungkin akan menjaga suami]. Kesihatan makcik juga perlu dijaga kan...

      Sekali lagiii..saya doakan semoga segalanya dipermudahkan dan semoga suami makcik sihat seperti sediakala..amin..amin..amin ya Rabb...

      Delete
  19. assalamualaikum puan..
    terima kasih diatas coretan pengalaman puan yang sangat berharga ni..
    in sha allah abah saya akan melakukan pembedahan bypass ini pada 14/2/14..
    serangan pertama pada 7/12/13 lepas (baru dapat tahu abah ada penyakit jantung) dan terus buat angiogram di kpj... doktor cakap kalau setakat 1 block dia akan terus pasang stand tetapi keputusanyang diterima ialah ada 3 blockage. doktor suggest nak 50k utk pembedahan tersebut. alhamdulillah sorang adik ada kerja di sektor kerajaan dan abah 1st checkup di ijn hari tu pada 22/12/13. rezeki abah murah sebab dapat tarikh awal utk operation, 10hb dah kena masuk untuk dipantau kesihatan dan in sha allah 14/2/14 jika tiada sebarang masalah pembedahan akan dijalankan. doakan abah saya yang kawan2 pembaca sekalian.
    Cuma disini saya nak bertanya puan, cam abah saya ni.. semenjak keluar dari hospital bln disember hari tu mmg tak lalu makan. badan semakin kurus. sedih tgk.. tanya dia napa abah sakit ker..jawapannya takder lah cuma penat sangat rasanya.. mak puan mcm tu jugak ker? sebab abah ada kencing manis, kolesterol pun tinggi... semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saliza sahedan..

      Terima kasih juga kerana sudi membaca perkongsian ini.

      Emak saya sebelum dapat tahu ada blockage..selalu rasa sakit dibahagian tengkuk dan sakit dada yang teramat sangat dan sememangnya kurang ada selera makan. Makan tu hanya sekadar nak isi perut je. Emak saya tak ada kencing manis tetapi ada darah tinggi dan tahap kolesterol yang sangat tinggi.
      Semasa dibawa ke hospital.. keadaan emak saya sangat2 kritikal sehinggakan nak turun dari katil pun doktor tak benarkan...setiap malam selama berada di hospital pantai...emak kena cucuk di bahagian perut untuk mengelakkan serangan dan pada ketika itu..kaki emak saya juga bengkak dan tidak boleh berjalan. Semasa dibawa ke IJN untuk rawatan dan mendapatkan tarikh... emak saya terpaksa naik wheelchair dan tidak dibenarkan bergerak banyak [semua ni saya ada ceritakan di entry sebelum ini]
      Puan boleh refer kepada doktor yang merawat untuk mendapatkan kepastian kerana keadaan pesakit ni semuanya berbeza2 even keadaan dan situasi mereka selepas bypass pun berbeza2... Jika abah puan sering mengadu penat...saya sarankan agar puan refer pada doktor kerana risau jugak kalau selalu mengadu penat dan tiada selera makan....kadang2 orang tua kita ni tak nak menyusahkan hati kita..kalau sakit diaorang ambil keputusan untuk diamkan aja..sebab itu... saya kalau emak mengadu je sakit kepala ke apa ke..saya segera akan refer pada doktor..selagi tak sampai tarikh tu..selagi itulah akan berada pada fasa kerisauan....sebab dalam tempoh itu...macam2 perkara boleh berlaku..pastikan ubat bawah lidah senantiasa dibawa kemana2 sahaja abah puan pergi...

      Last but not least... saya doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga abah puan pulih seperti sediakala... aminnn...

      Sebagai seorang anak...saya faham perasaan puan... kita doa sama-sama agar semuanya dipermudahkan... ;)))

      Delete
  20. Assalammualaikum puan,

    terima kasih atas perkongsian ini. Semoga di permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puan Siti Hawa..

      Terima kasih juga kerana sudi membca perkongsian ini.... aminn... :D

      Delete
  21. Salam Puan... Allah lebih menyayangi arwah abah..sepatutnya hari ini (10/2/14) abah akan mendaftar masuk ke ijn sebelum dibuat bypass pada 14/2 nnt.. tetapi semuanya telah tertulis, abah pergi menghadap penciptaNya pada 1 feb 2014 lalu dengan mudah iaitu berasa letih yang amat sangat dan kami adik beradik sempat berkumpul sehari sebelum abah pergi membaca yassin kali ke2 sebelum abah membuat operationnya..kali ini abah yang nak lead sendiri bacaan yassin tersebut... sambil membaca abah menangis... abah.. kalau kami tau abah nak pergi meninggalkan kami... takkan kami berganjak walau seinci pun abah... akan kami temani sehingga akhir hayatmu... alhamdulillah ... hingga ke akhir hayatnya..kami ada bersama.. mak,abgngah dan mila menemanimu dlm ambulan...dan adik beradik yg lain mengekori laju ambulan dr kpj selangor ke ijn.. rupanya2 abah mengalami serangan mlm itu...
    Luluh hati kami apabila sesampainya di ijn doktor menatakan peluang abah amat tipis, masa tu mak dah longlai..kami adik beradik pun sangat terkejut dan sedih dengan perkabaran doktor tetapi sebagai umat islam kami harus redha dengan ketentuannya dan terus membacakan yassin semoga ada keajaiban berlaku...
    4.30pagi abah meninggalkan kami semua... senyuman terukir diraut wajahnya..alhamdulillah abah pergi tenang dengan baik..jenazah pun senang diuruskan... kami semua mendoakan semoga arwah abah HJ SAHEDAN BIN OMAR ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman.. kepada pembaca yang masih mempunyai ibu dan ayah..jagalah mereka sebaik2nya sementra mereka masih ada... kami hanya ada emak yang perlu kami jaga sehabis baik... amin.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Salam takziah dari saya sekeluarga diatas pemergian ayahda saudari saliza sahedan. Allah lebih menyayanginya. Saya doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman.

      Kematian itu pasti dan itulah janji Allah kepada kita bila tiba saat dan masanya dan dalam apa keadaan sekalipun.
      Semoga saudari sekeluarga redha menerima takdir Ilahi ini.

      Sekali lagi salam takziah dari saya dan berharap agar saudari dan keluarga bersabar dalam menerima takdir Ilahi ini.

      Al-Fatihah..

      Delete