Monday, July 29, 2013

BICARA HATI

Assalammualaikum dan salam 20 Ramadhan 1434 Hijrah. Sedar tak sedar kita telahpun memasuki ke 10 Ramadhan terakhir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.. antara sedar dengan tidak... kita hampir meninggalkan bulan yang penuh kenikmatan ini. Lipat gandakanlah amalan-amalan kita pada bulan ini...lebih lebih lagi 10 malam terakhir ni kerana setiap amalan yang baik dan mulia itu akan dilipatgandakan pahalanya... paling tidak..bacalah kalam suci Al-quran disetiap malam.. Semoga Allah menerima segala amalan-amalan kita ya... Banyakkanlah ibadah..kurangkan juadah... hehehe...

Sebelum saya memulakan penulisan saya... marilah kita sama-sama berdoa keselamatan saudara-saudara kita di Palestin...Syiria dan Mesir. Kurangkan memikirkan hal-hal duniawi...sebaliknya... fikirlah sejenak kesulitan saudara-saudara kita dalam memperjuangkan agama yang benar ini. Kita tidak mampu untuk ke sana memegang senjata bagi menyelamatkan saudara-saudara kita disana..namun..kita mampu untuk berdoa kepada Ilahi agar pejuang-pejuang Mujahiddin diberi kekuatan dan perlindungan daripada musuh yang nyata ini. Semoga Allah memberi perlindungan kepada saudara-saudara kita yang lemah dari terus ditindas tanpa ada rasa belas kasihan. Fikirkan sejenak ya wahai saudaraku. [ketika ini juga saya terasa sebak mengenangkan nasib saudara-saudara saya disana. Yang wanita dirogol tanpa rasa belas kasihan...kemudian disiksa...si kecil yang tidak berdosa turut menjadi sasaran... yang lelaki berjuang fisabilillah demi agama islam yang dicintai... Subhanallah....]. Alangkah nikmatnya kita disini... ketika nak berbuka puasa..kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan...sedangkan mereka disana...dihidangkan dengan kematian di setiap waktu... kita bersolat terawih disini..mereka solat jenazah disana.... subhanallah... semoga semua ini memberi keinsafan kepada kita untuk melihat penderitaan orang lain.

Banyak persoalan dan banyak perkara yang nak dibicarakan. Di dalam hati ini...sebenarnya sarat dengan bermacam perkara yang ingin diluahkan... namun... tidak semua harus dituliskan disini kerana ada perkara yang perlu menjadi peneman di dalam hati. Namun saya harus akur... kerana manusia ini dilahirkan dengan pelbagai jenis perangai... dan sebab itulah..Allah mencipta syurga dan neraka.

Saya dan suami [mungkin orang yang sama nasib dengan saya juga] sering di ajukan soalan "bila lagi nak ada anak" pada saya... itu soalan yang biasa yang dah sebati dengan taik telinga saya...[hehehe]... dah tak jadi masalah pada saya... kerana kalau ada rezeki dari Ilahi...maka adalah...kalau masih belum sampai waktu dan ketikanya...maka bersabarlah menanti.... ini ujian Allah pada kami. Nak tak nak...kita harus terima dan paling penting harus redha dengan ketentuan Ilahi. Tapi....bila setiap kali persoalan itu masuk ke gegendang telinga...saya hanya akan senyum.... itu je mampu untuk saya lakukan..kerana yang bertanya pastinya percaya akan qada' dan qadar tuhan...makanya..saya tidak perlu untuk menjelaskan kepada mereka... kerana tidak ada apa yang perlu saya jelaskan. Perkara ini sama jugalah bagi insan2 yang belum berumahtangga.... saya syorkan...bila ada yang bertanya... senyumlah.....adat manusia memang adakalanya suka bertanya... saya akui...ada ketikanya ianya menjadi cabaran kepada saya untuk terus berusaha..kalau kita cuba berfikir secara positif..sebab itu... saya suka positifkan diri saya... kalau kita mengambil semuanya dari sudut negatif.... ianya akan memudaratkan diri kita dan secara tak langsung...kita buat dosa kering mengata dan mengutuk pada orang yang bertanya.... dan kesannya... pada hati kita....Mereka di beri hak untuk bertanya... jadi... terpulanglah kepada kita samada untuk menerimanya atau terus melayani perasaan kita... [Pilihlah untuk menerimanya seadanya....jgn melayan perasaan kerana kelak ianya akan memudaratkan diri kita...]

Okeh...sekarang saya nak jelaskan... [kerana ada yang masih mempersoalkan tentang perubatan]. Sejujurnya... saya kurang mempercayai cara-cara tradisional...macam nak jumpa bomoh ke... mintak ustaz tu tolong tgk kan kalau2 ada jin ke...[hahahaa....mengarut kan...tak perlulah jumpa ustaz...mintak ustaz doakan...kita sendiri boleh berdoa terus dengan Allah...meminta kepadaNya...kerana itu lebih afdal kan...]..mengambil jamu-jamu yang disyorkan dipasaran dan segala yang boleh memudaratkan diri kita samada dari segi rohani dan jasmani. Bila mengetahui saya dengan suami adalah pasangan yang mampu memiliki cahaya mata tanpa ada masalah kesihatan lain.... saya dan suami terus berusaha dan berusaha... namun bila segala usaha telah dilakukan..masih belum membuahkan hasil.... kami perlu redha dan menerima ketentuanNya... namun "usaha" pada kami tidak berhenti setakat itu...sekarang pun masih terus berusaha... cumanya..saya tidak suka sharekan perkara2 seperti ini dengan kawan2 saya...cukuplah hanya saya dan suami sahaja yang tahu..kerana ianya terlalu open untuk diperkatakan disini.... [cukup sekadar memahaminya bagi insan yang senasib dengan saya memahaminya dan sahabat yang lain....]. Dan kerana itu... saya kurang mengambil hati bila ada yang mengajukan soalan2 tentang zuriat kepada saya... sebaliknya...saya akan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang dikurniakan anugerah itu. Siapa kita untuk melawan takdir Ilahi.... seperti yang saya katakan dari awal... positifkan diri... mungkin Allah tak bagi nikmat untuk memiliki anak....tetapi...Allah gantikan dengan nikmat yang lain.... itulah aturan Ilahi yang sangat menakjubkan....

Bagi insan yang senasib dengan saya... saya akui..situasi dan keadaan kita berbeza beza... untungnya saya kerana en suami sangat memahami...[ye la kan...tanpa usaha bersama...manakan boleh dapat anak kannn... so...en suami mmg perlu memahami hati isteri 100% okeh...]... ibu mertua saya tidak pernah memaksa atau mendesak..atau bila saya balik ke rumahnya...dia tidak pernah bermasam muka menunjukkan reaksi tidak selesa..sebaliknya..selalu memberikan kata perangsang kepada kami untuk terus berusaha tanpa henti..... keluaraga saya yang sangat sangat memahami... [mungkin sebab dah banyak anak2 sedara kan... jadinya mereka langsung tak pernah mendesak saya...]. Namun..saya perlu akui... itu semua nasib saya... mungkin ada yang nasibnya kurang baik... di desak oleh suami...ibu mertua dan emak sendiri... dan saya memahami perasaan mereka...tertekan... dan kerana itu... mereka mencuba pelbagai jenis perubatan sehingga pada satu tahap ianya memudaratkan diri sendiri. Senantiasalah dekatkan diri dengan Ilahi...mohonlah padaNya... yang paling utama..teguhkan keimanan kita kepadaNya... memberi kita kesabaran dan memberi ketenangan kepada kita agar segala yang perlu kita harungi itu menjadi mudah. Ingatlah wahai sahabat... sekiranya kita memang ditakdirkan tidak dapat memiliki anugerah itu.... kita dikecualikan dari satu persoalan di sana nanti yang mungkin akan meringankan bebanan kita dari menghalang kita untuk ke syurgaNya. Redha lah menerima takdir Ilahi kerana di sebalik takdir dan ketetapannya Dia tahu tahap kemampuan kita dan Dia ingin memberi ganjaran yang berlipat kali ganda..jika kita mampu untuk mengharunginya.... In shaa Allah.. Selalulah membaca kisah2 insan yang lebih malang nasibnya berbanding kita... kita diuji hanya pada satu perkara..tetapi insan yang malang nasibnya di uji dengan pelbagai perkara dalam satu masa... fikir-fikirkan sejenak....

Selalunya cabaran yang datang adalah dari pihak luar... agak mencabar juga bila ada yang mengatakan... "tak takut ke nanti suami cari lain sebab tak ada anak...orang pompuan kalau dah kawin..kena ada anak...." [ewah...ewah.... hehehe...betul la tu kan....] Pada awal menerima nasihat itu... hati saya membara2 marah.... tapiii... saya anggap orang yang bercakap tu kurang mendalami ilmu... dia memang suka nak bercakap.... [dalam hati.... ya Allah...sabarkan hambaMu ini...sabarkan hati ini....sambil muka tersenyum2 depan makcik tu.....uwaaaaa.......kenapa dia sebuk sangatttt....]..padahal..saya dengan suami tak ada masalah apa pun....[bila dah sama-sama redha kannn...]...so...sebagai manusia yang lemah dari segala-galanya ni....saya agak marah juga dengan si pengambil berat itu......bila ceritakan perkara itu pada en suami...seperti biasa lah...dia cool je.... lagii sakit hati adalah kan....dengan selamba dia jawab...."makcik tu minat kat saya kot..." [halamak...suka lari tajuk memperasan diri sendiri...nak ke dengan makcik mcm tu...haiyoooo.... hahahaaa....terus la saya ketawa]. Sebenarnya..bermacam-macam persoalan yang bertandang di telinga saya sehinggakan ada ketikanya buat saya menangis...[pada awal2 dulu....tapii sekarang tak dah....hehehe...]. Dahulu...saya sering rasa rendah diri... ye la dia kawin beberapa bulan je..terus nak ada baby...sedangkan saya ni.....Alhamdulillah...akhirnya Allah membuka ruang dihati saya untuk menerimanya dengan redha... apa yang perlu difikirkan adalah masa depan..kegembiraan dan jom kita enjoy dengan suami kita ok.... Dan satu kelebihannya.... kita mempunyai banyak masa untuk beribadat kepadaNya... ambillah waktu itu untuk senantiasa mendekatkan diri kepadaNya kerana disebalik ujian itu sebenarnya ada anugerah yang terindah buat kita... =)))

Doa yang terbaik untuk kita semua agar perjalanan hidup kita dilimpahi dengan rahmatNya yang berganda.... aminn... =))

Dibulan yang penuh keberkatan ni... jom kita sama-sama berdoa agar segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan...paling tidak... biarlah Allah kurniakan ketenangan kepada kita dalam menerima takdirnya ini.. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya... semuanya hanya DIA yang Maha Mengetahui.... tak perlulah bagitahu satu alam akan perasaan kita..."dia ada dan kita tiada..." kerana jika kita bersikap begitu seolah kita menyalahkan takdir... sedangkan Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita... Ingatlah sahabat2 saya... sebenarnya... orang menilai kita melalui cara kita berinteraksi dan pergaulan kita...

"Sebagaimana lidah dapat merasai manis, masam, pedas dan masin, penulisan seseorang di alam maya memberikan kita gambaran tentang adab & akhlaknya"- Firdaus Wong Wai Hung

Wallahualam. ..


Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Wednesday, July 3, 2013

MAJLIS APC

Salam ceria semua.... wahhh tak sangka cepat betul masa berlalu... sedar tak sedar dah beberapa hari berlalu hari lahir saya..... beberapa hari je lagiii kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak.. ahlan wa sahlan ya Ramdhan.... tak sabar nak bertemu dengan Ramadhan yang mulia...

Ok..sebenarya bukan nak cerita pasal Ramadhan.....nak SHARE...[wahhh huruf besar la pulak.... hahahaa] happiness saya... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan kurniaanNya...saya dan sahabat saya eryn terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [APC] di jabatan kami. Alhamdulillah..kami berkongsi kegembiraan bersama-sama. [cerita ni dah lama..tapii baru inilah berkesempatan nak diceritakan dalam blog yang simple dimple nih...]

Saya memang tak pernah menyangka mahupun berharap agar dapat APC di jabatan kami yang mempunyai ramai staff yang pada saya lebih layak untuk memilikinya berbanding saya. Bila dapat surat tu...rasa mcm tak percaya pun ada...[tampar muka banyak2 kali....okeyyy] tapiii kegembiraan lebih berganda apabila saya dapat berkongsi bersama dengan eryn... sahabat saya... apalagi..bila saya call dia..kami sama-sama menjerit macam tak hingat dunia....waaahhhhh.... syukur sangat.... lebih syukur apabila nama kami dipilih oleh Dato sendiri.... [ferasan tak hingat dunia...tapiii bagus sangat keeee makcik2 nih...... heheheee]

Namun dalam kegembiraan itu...ada rasa ketakutan yang berganda... ye la kan..pandangan orang itu berbeza-beza... mungkin orang tidak mahu langsung memahami tugas kita... [tak nak faham tak pe..tapii jangan nak tarik muka atau tunjuk perangai berlebihan sangat tau....hempok kang baru tau....] Tapi...atas keyakinan bahawa itulah janji dan hadiah dari Ilahi...saya terima dengan sujud syukur padaNya..kerana akhirnya insan2 ini nampak tugasan dan tanggungjawab kami.

Syukur sangat..majlis berjalan dengan lancarnya.. saya dan eryn dapat duduk semeja lagi sebagai insan2 yang dirai bersama dengan penerima-penerima Anugerah yang lain... semeja dan sekepala...habis semua formalitinya... kebanyakkannya asyik melawak sesama sendiri...mungkin itulah sebahagian daripada hiburan kami [mungkin]. Selepas penyampaian sijil bagi kakitangan yang menerima, sijil terampil dan kakitangan yang sudah berpencen dan akan berpencen...kami semua mengambil gambar kenangan bersama dengan Dato dan seterusnya menjamu selera...

Dalam pada menjamu selera itu...saya dengan eryn ni dah macam orang gile mencari sorang lagi sahabat kami sue...paling je ke belakang tgk dia dah tak ada.... sambil makan sambil tertanya-tanya...dimanakah makcik tu...... almaklumlah...walaupun kami ini diraikan....[ewah...ewah...] kami masih ingat sahabat kami kan..suka duka bersama tauuuu..... bila tak de tu..macam redha je la [nak control cun la katakan]...sebab ingatkan nak ambik gambar bersama-sama dengan dia lepas makan sekali semeja dgn kami... tapiii tak ada la pulak... haishhhh...

Penyudahnya..selepas sahaja makan...saya dengan eryn buat kerja yang agak-agak mcm tak tahu malulah kan.....[sorry makcik..ayat ni mcm sposen sangatkan....hihihiii]..mintak tolong sapa-sapa ambik gambar kami berdua...posing bagai nak rak...tak la rak sangat tapii rak buku adalah kan....hehehe..adalah beberapa keping...sambil tgk muka sendiri sambil perasan sendiri kannn...









Selepas majlis..ramailah antara rakan2 seperjuangan yang mengucapkan tahniah... terasa diri sangat dihargai...syukur alhamdulillah...



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

MY BIRTHDAY SURPRISE FROM MY HUBBY

2nd July 2013

Yeay...hari ni hari Kelahiran saya yang ke 33 tahun.... [tak pe...itu hanya sekadar angka..yang penting maintain hokeh...tapii dalam hati...uwaaaa... haku dah tua....hihihiiii]

Terima kasih kepada yang wish kat saya Happy Birthday dan mendoakan kebaikkan mengiringi perjalanan saya dan suami...[doa yang sama juga saya mohon untuk semua]... dari panggilan telefon... msg..whatsapp.. wechat... kakaotalk sampai lah ke FB... [wahhh hebatkan teknologi sekarang nih] tq tq soo much...hanya Allah yang tahu kegembiraan saya kerana diriku terasa sangat dihargai.... [tiba-tiba....erkkk...]

Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk bersujud kepadaNya lagiii dan menikmati indahnya alam ini dan mengenali serta mendalami dgn lebih dekat dan jauh akan kehidupan di muka bumi ini... Kerana di setiap saat dan waktu itu sebenarnya ada pengajaran yang perlu kita pelajari dan fahami...

Ok...sekarang saya nak cerita angkara encik suami saya yang buat saya menangis.... uwaaaaaaa.... sekarang pun masih terasa nak menangis....

Semalam... saya balik je dari kerja...saya nampak..encik suami tgh siram pokok2 bunga mak...selalu en suami akan sampai dulu dari saya [dalam hati berkata.... bagus...bagus... betul2 mcm tukang kebun.....hihihiiii....] saya sempat la paling kat dia yg tengah kusyuk menyiram pokok bonsai emak..sampai batang dan dahan nye sekali dia sembur dgn air... sekali dengan pokok mempelam pun dia siram okeh......halamak.... mmg bagus betul kan... yang paling best encik tu langsung tak pandang saya....
dalam hati masih berkata-kata...
"tak pe....jual mahal ye...."
Sebelum tu....untuk pengetahuan....[ni bukan nak selak kain sendiri nih...utk menjelaskan keadaan je okeh...] saya dan en suami ada mcm selisih faham kecik je pun malam sebelum tu...sampai pagi tak bercakap okeh...gaduh2 manja...sebab si isteri ni yg terlebih mengada-ngadanya...saya la tu kannn....konon2 merajuk lah tu.....ahahaha...

saya tgk pintu rumah tertutup...[pelik sangat sebab selalunye..encik tu..kalau balik..kalau boleh..semua pintu dia nak bukak.....andaian saya mungkin baru sampai kot...sebab selalunya encik suami akan sampai dulu dari saya...al maklumlah..jarak tempat kerja saya lebih jauh dari en suami...pasai tu asyik nak berhangin je puan isteri nih....

Saya [tanpa hiraukan tukang kebun saya tuh...] terus la bukak pintu... [nasib tak kunci kan..kalau tak..mesti nak kena cakap dgn dia..tanya.... mana kunci....haishhh selamat...selamat...]

Sekali...bila bukak je pintu rumah...saya terkejut......nampak...deretan kelopak2 bunga rose tersusun kat lantai dari pintu masuk sampailah ke pintu bilik..... [dalam hati mcm pelik.....tapii dah start suka.....bibir dah ada senyuman dah okeyyy.....ewah..ewahh...] dengan jantung yang berdetup detap mcm nak terkeluar je.... saya perlahan2 bukak pintu bilik....wahh..siap pasang aircond dan lampu lagiii...dengan bau yang sangatlah harum kann.... sekali...... saya nampak... kelopak2 bunga rose membentuk hati yang besar kat atas katil....dimana kat tengah2 tu ada hadiah birthday untuk saya....

Ya Allah....laki haku niiiiii..... sambil air mata bergenang...
perasaan saya masa kejadian tu...
happy...sebakkk.... yang tak terkata-kata.... memang tak sangka...en suami saya seromantik ini.....saya terus nk berlari keluar mencari encik suami saya...tgk2 dah ada kat depan pintu bilik sambil tabur2 bunga kat saya... sambil tu ketawa2 gagak... hahahaa....

ayat dia...

"surprise takkk"

hahaha...masa tu saya pukul2 manja...[eleh..eleh...kannnnnn....sebenarnya suka sangat2....]

"Happy birthday sayang....dari saya dan Taby dan anak2 Tabby yang notty dan busuk..."

Saya terus ketawa mengada2....hahahaaa...

Terus la tergedik2 nak bukak hadiah kan..... dah macam pakej haneymoon la pulak... hahahaa..tapii ni honeyhome hokey......

Syukur sangat-sangat... saya suka nak bagitahu satu alam..[kalau boleh nak naik kete kuda..sambil keliling kampung pakai speaker yang beso tuuu..nak bgtahu betapa happynya saya semalam dan hari ni.....hahaha... mustahil kan..sebab tak pasei2 je nanti kena baling dengan terompah.... hahahaaa...sangatlah over acting minah ni kan....]

Ya Allah..syukur sangat diatas anugerah ini... Syukur kerana encik suami akan senantiasa menceriakan hari-hari saya dengan plan dia yang best tu.....TQ awakkk... awak berjaya buat saya happy..sebak... perasan......suka.... dan rasa nak merajuk je banyak2 kali sebab nak suruh buat surprise mcm tu lagii lepas nih...tapiii cari idea lain pulak ekkk....[ada rasa mcm nak tampar saya byk2 kali takkk.... hihihihiiii]

Last but not least...

Khas buat en awak saya yang romantik tuuu [saya tahuu awak baca niiiii...]....
saya suka...suka dan sangat suka....
saya happy dan sangat happy...dengan apa yang awak buat untuk saya....
Memang sangat surprise.... dan sangat sweet jugak.... sweet sangat2.... hihihii
tak kisahlah dan biarlah apa orang lain nak kata...
saya bangga nak ceritakan semua ni kepada satu dunia...
betapa baikknya suami saya.... dan bertuahnya saya menjadi permaisuri dihati awak...
TQ Allah... TQ imamku....
Syukur padaMu ya Allah ;))))



ni taburan kelopak bunga dari pintu masuk



sampai la ke pintu masuk bilik



dalam bilik..



bentuk LOVE atas katil......[TQ awakkk]



kad dan hadiah birthday saya....apa dia hadiahnya....biarlah rahsia.... hehehe...
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, July 1, 2013

PHARMACY OH PHARMACY

Hye... semalam panas yang sangatlah teriknya... lepas je balik dari lunch ingatkan nak la buat kek atau biskut...tapi oleh kerana kepanasan yang melampau.... lepak dalam bilik je la dgn my kucing Tabby... yang 5 ekor lagii lepak kat dapur rumah yang luas..soo..depe boleh main...main..dan main...sampai penat...tgk2 dah tido je...hihihii...

En suami pulak sibuk dengan chess...sekali sekala menjenguk anak2 kucing dan emak kucing di dapur..bg memastikan depe semua ok..siap taruh makanan dan air lagii...saya duduk lepak dalam bilik dengan Tabby.... nikmatnya kami berdua tido tak hingat dunia...hahaha..

Sebelah petang...lepas cuaca dah mula redup dan sedikit sejuk..saya masukkan kan Tabby dan en suami masukkan anak2 kucing yang notty lagii comel ke dalam kandang... lepas tu en suami bersihkan dapur dan kandang mereka..sapu sana sini...saya cuma tengok...wahh... mcm mando le pulak...hihihii..

Sebelah malam...tak henti2 la pulak en suami saya bersin sana sini.. masa kami decide nak keluar dinner...en suami dah start bersin dah..adoiyai...ni mesti kes cuci tandas bebudak tu..... kebetulan en suami bgtahu kata ubat dia dah habis dan nak kena cari kat pharmacy pulak.... so..kami pun pg lah ronda2 mencari pharmacy... pergi Watson...pharmacist nye tak ada la pulak...[sebab ubat suami saya tu under control..perlu ada pengesahan Pharmacist]...pergi pulak guardian..langsung tak ada orangnye.... ronda dan ronda lagi sampai la ke Medan Gopeng mencari Pharmacy...kesemuanya tutup... sambil drive sambil bersin....sampai saya pulak rasa nak terbersin...hadoiiii....mana pulak pharmacy nih...tak kan langsung tak buka walau satu pun sebab malam masih lagi awal..baru jam 8.00 malam...pergi la pulak ke Mydin sebab kat sana ada satu Pharmacy...pun perkara yang sama...tak ada pharmacist...

Dalam kesian ada pulak rasa nak ketawa...sebab tengok hidung en suami dah merah mcm hidung clown...hihihiii... tapii dalam hati ada rasa marah jugak...tak kan langsung tak ada pharmacy yang bukak...bila saya ajak en suami terus ke klinik..dia tak nak.... itu pun satu kedegilan jugak tu.....

Penyudahnye selepas makan malam di luar..kami balik ke rumah..saya terus ke dapur mengeledah peti sejuk..mencari bekas ubat....dalam hati berkata-kata..."mintak2 ada la ubat selsema..." cari punya cari....wahhh ada....syukur sangat...baru saya teringat...awal tahun hari tu saya mmg ada demam dan flu...dan ubat yang doktor bagi tu mmg kuat...sekali makan terus pengsan...saya keluarkan dan terus bagi pada en suami....

Lega sangat...semoga en suami cepat sihat.... program petang ni nak mandikan kesemua anak2 kucing yang sangat degil...suka tido dalam toilet sendiri... bila badan dah kena pasir tu... en suami pegang... usap la apa la.... dah tak tahan.... mmg nak kena mandikan jugak budak2 tu...

Mood tak sabar nak mandikan budak2 ber 4 tu...agak2 mesti bising bagai nak rak kan....hehehe...

Pengajaran yang saya dapat.... saya akan pastikan en suami menyimpan ubat spare untuk kes yang mcm nih.... susah betul kalau dah sakit dan ubat tu hanya terdapat di pharmacy yang berdaftar sahaja.... memang pengajaran berguna betul la..... 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))