Thursday, June 2, 2011

UNTUK KAU BERNAMA SAHABAT

Kata-kata ini diberi oleh sahabat saya Az... kami bersahabat sejak dari darjah 1 sehingga kini... 
Terima kasih wahai sahabatku.... sesungguhnya ianya begitu bermakna buat diriku....

Jom kita hayati bersama-sama...

Pernah hati ini terguris...

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris, Sehingga terasa diri ini hina. Kerana tiada siapa yang sudi membela. Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani. Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun kutahu ada hikmahnya. Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala pada-Mu Tuhan Yang berkuasa jua mencipta Kerana engkau Maha Mengetahui ...
Segala apa yang terbuku di hati ...

Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai Ya Allah engkau lindungilah aku, Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku berhenti di pertengahan. Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali menteri pagi Setelah malamku berkalut benci
Sahabat,

Tenang itu indah, sabar itu manis. Biar apa orang kata, biar apa orang cela, kita adalah kita... Yang mengutuk & mengata tak pernah kenal siapa kita & bagaimana kita yang sebenarnya. Biarlah...mungkin ini cara Allah menegur kita dgn disandarkannya kepada perbuatan orang lain terhadap kita. Terima sajalah dengan redha teguran dari-NYA ini. Kita tak layak untuk mengharapkan teguran dengan cara yang baik dari-NYA sedangkan kita tak pula berbaik dengan-NYA sebelum ni. Anggap saja ini balasan atas apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Sabarlah duhai hati... Allah Yang Khalik tahu segalanya. Kejahatan itu jangan dibalas dengan dendam.

Bersyukurlah apa yang dilakukan orang terhadap kita. Bersyukur kerana kita telah diberi satu kebaikan & dijauhkan daripada satu kebinasaan. Ujian menguatkan ikatan kita dengan Tuhan jika kita sedar akan setiap apa yang cuba disampaikan oleh Allah secara halus. Ya, semua ini ujian. Sabar... Tenang... Kita tak hidup dengan simpati orang, tak pula kita mati dengan cacian orang. Manusia ini pelbagai... Orang yang tak sukakan diri kita, memang akan bercakap tentang keburukan kita saja walaupun keburukan tu dah kita tinggalkan. Mereka tak tahu dan tidak pula bertanya.
Tak mengapa... Allah Maha Mengetahui... Mengadulah pada DIA. Jangan kita gantungkan harapan pada manusia, memohon simpati & dikasihani atas apa yang berlaku terhadap diri kita. Tapi mohonlah perlindungan Allah... Dia Maha Berkuasa atas jalan hidup kita. Sakit memanglah sakit berhadapan dengan kata-kata manusia yang tidak jelas dengan keadaan diri kita. Hanya membuat tohmahan atas apa yang mereka lihat sebelumnya. Tapi ingatlah, mungkin inilah cara Allah menegur kita atas kesilapan yang pernah kita lakukan, menegur kita supaya kita lebih beringat bahawa dunia ini bukanlah syurga & hanya bersifat sementara.
Ini masalah hati. Biarkan saja manusia begini dengan masalah hati mereka. Apalah daya dan tiadalah berguna kita nak berlawan juga. Seorang sahabat pernah berkata, masalah hati yang sebegini kronik seperti tidak ada penyelesaiannya melainkan kembali kepada hati berTuhan. Dan ingatlah ini adalah cara Allah membuka kesedaran kita tentang nikmat syukur. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan perasaan, membalas kejahatan dgn kejahatan kerana semua itu hanya mengheret kita meremehkan nikmat-nikmat Tuhan, meninggalkan maruah diri, melepaskan kehormatan. Sabarlah... Anggap saja pedihnya hati kita dengan kata-kata & fitnah manusia ini sebagai kifarah dosa-dosa kita yang melaut itu. Allah menguji kita kerana Allah masih ingatkan kita. Ramai lagi manusia yang Allah biarkan begitu saja dengan nikmat yang meleka. Tapi kenapa Allah pilih kita untuk terima ujian ini? Sebab Allah nak ingatkan kita supaya terus ingat pada-NYA. Sebelum ini kita dah banyak lupakan DIA.
Redhakan setiap yang berlaku. Sabarlah duhai hati... Orang yang tak rapat dengan kita, takkan pernah kenal siapa kita sebenarnya. Alangkan yang rapat juga belum tentu kenal siapa diri kita sepenuhnya. Kita sendiri kadang-kadang kurang pasti tentang diri dan hati. Mereka hanya menilai daripada apa yang pernah kita lakukan, daripada apa yang mereka pernah lihat dan fikir, walaupun kita sedang mengubah diri kita. Mereka tak tahu semua tu dan tak pula mereka bertanya. Ketidakjelasan itulah yang menyebabkan mereka berkata-kata. Biarlah...maafkan saja. Kita tak berdaya nak melawan dengan kata-kata. Menyerahlah untuk menang. Anggaplah ini balasan atas kesilapan yang pernah kita lakukan. Sabar ya sahabat...
 
 
 
Terima kasih insan bernama sahabat....
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))