Thursday, February 9, 2012

AZAM DAN IMPIAN TAHUN 2012

Asalammualaikum wrt...

Sudah beberapa hari kita meninggalkan tahun 2011 dengan seribu kenangan suka dan duka. Namun, harapan dan impian masih perlu diteruskan. Untuk kita mengundur semula kebelakang, itu semua mustahil. Teruskanlah berjalan ke hadapan dan mengejar impian.

Semua orang mempunyai azam dan impian, tidak terkecuali saya. Kadang-kadang tidak semua impian itu dapat dicapai dengan sekelip mata. Ada ketikanya, ia perlu dibawa ke tahun hadapannya. Teruskanlah berjalan kerana tiada kejayaan tanpa disusuli dengan usaha.

Harapan saya di tahun 2012...saya ingin melihat impian suami saya tercapai di dalam permainan chessnya. Setelah kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam tahun 2011 dan melihat kegembiraannya, membuatkan saya turut merasai kegembiraan tersebut. Semoga segala usahanya untuk mencapai impian nye yang "satu" itu akan tercapai...

Kata orang, jika ingin mencapai sesuatu impian..kita tidak boleh berputus asa... begitulah yang terjadi pada diri saya. Saya tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian yang satu ini. Iaitu untuk memiliki cahaya mata sebagai peyeri rumahtangga kami. Benar, saya tidak pernah mencuba apa-apa perubatan kecuali memakan vitamin2 yang di syorkan. InsyaAllah, selepas sahaja membuat full medical check up di Pantai Putri Hospital, saya dan suami akan memulakan langkah untuk menerima sesi rawatan bagi membolehkan saya mengandungkan zuriat saya di dalam rahim saya sendiri. InsyaAllah kami akan mencuba memulakan perubatan itu dalam tahun ini. Segalanya saya serahkan kepada yang Maha Esa.

Dalam tahun ini juga membuka lembaran baru kepada saya dan suami untuk memulakan langkah kami melawati tempat-tempat yang pernah menjadi impian dan idaman saya. Sebenarnya tempat pertama yang kami nak pergi sangat-sangat adalah Makkah al-Mukarramah. Namun, rezeki kami untuk menjejaki kaki kami ke sana belum kesampaian akibat dari masalah yang tidak dapat dielakkan. Dan akhirnya kami merancang untuk ke lokasi lain. InsyaAllah..kalau ada rezeki, saya dan suami PASTI akan usahakan juga untuk menunaikan umrah di Makkah al-Mukarramah.

Dengan izinMu ya Allah.. Aku meminta agar Engkau terimalah aku dan suamiku sebagai tetamuMu dan Engkau jauhkan lah daripada kami perasaan riak dan takbur serta Engkau terimalah setiap amalan-amalan kami.

Semoga segala kebaikkan dan kejayaan mengiringi saya dan suami di tahun 2012. Saya ingin mengejar cita-cita dan impian saya untuk melaksanakan harapan dan impian kedua ibu dan bapa saya. Kegembiraan mereka semua adalah kegembiraan saya. Semoga Allah merestui segala usaha saya...amin...
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =))