Wednesday, May 23, 2012

UJIAN DAN DUGAAN TANPA HENTI

Assalammualaikum...salam ukhwah... semoga kehidupan kita dilimpahi rahmat dariNya...

"Dugaan itu datang untuk mengingatkan kepada yang lupa dan memberikan ganjaran kepada yang sabar" - Ustaz Mohd Kazim Elias -

Manusia tidak pernah terlepas dari ujian dan dugaanNya. Termasuklah saya. Satu per satu Allah menduga hati saya..... itu tandanya Allah menyayangi saya...syukur ya Allah diatas ujianMu ini. Kerana dengannya, namaMu tidak terlepas dari bibirku ini...hati senantiasa berzikir dan memohon agar Engkau berikan padaku ketenangan, kekuatan dan kesabaran... kerana ujian yang Engkau berikan pada ku cukup hebat... bukan datang dari satu arah..tetapi datang dari 2 arah. Ibaratnya, dua anak panah sedang menuju kearah saya...saya di tengah-tengah...hanya ada dua jalan sahaja..samaada saya lari ke depan atau berlari ke belakang. Namun arah depan dan belakang itu terdapatnya curam yang sangat dalam. Allahuakhbar... aku redha... kerana dengan kekuasaanMu sahaja... jika saya ke depan atau mengundur ke belakang memasuki curam itu... DIA sahaja yang mampu untuk menyelamatkan saya....[ begitulah ibaratnya ].

“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" (surah Al-Anbiyaa’ ayat 35 )
Imam Al-Hafiz Ibn Katsir rahimullah dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Kita tidak diberi hak untuk menghalang orang dari berkata-kata. Kita tidak diberi kuasa untuk menghukum seseorang. Biarkanlah mereka berkata-kata selagi mereka mampu... biarlah mereka terus mengutuk dan menghina selagi mereka terdaya untuk melakukannya...biarlah mereka terus membenci dan mencari kesalahan kita selagi mereka sanggup untuk melakukannya. Kita tiada hak untuk memaksa orang memahami situasi kita... kita tiada hak untuk memaksa orang menyukai kita..

Walau seberat dan sehebat mana sekalipun ujian yang Allah berikan kepada saya...saya akan sedaya upaya untuk mengharunginya..kerana saya yakin Allah senantiasa bersama-sama dengan saya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya yakin..setiap ujian dan cobaan...Allah datangkan dengan jalan penyelesaian...cuma..kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut...namun saya akan pastikan jalan yang bakal saya pilih ini adalah jalan yang terbaik.... yang penting... en suami saya senantiasa akan berada di sisi saya untuk bersama-sama mencari jalan yang terbaik itu....

Semoga di setiap kesukaran itu....ada jalan kemudahannya.....di setiap kesempitan nya itu....ada kelapangan....dan di setiap kesedihan....biarlah hadir kegembiraannya......









Terima kasih kerana membaca entry ini =))

FAMILY TRIP TO KOREA DAY 5

Pejam celik pejam celik dah masuk hari terakhir kami berada di kota Seoul South Korea. Malam- saya sibuk mengemas barangan yang makin bertambah-tambah. Beg dah semakin sarat dengan barangan... terpaksa saya tinggalkan mee maggie untuk housekeeping mengambilnya. Selain itu, en suami saya terpaksa korbankan baju sejuknya [harga agak murah kalau dibandingkan yang lain] untuk memberi ruang kepada barangan yang baru untuk dibawa pulang sebagai kenangan dari Korea.

Morning call kali ni jam 7.30 pagi. Jam 8.30 pagi kami diminta untuk berkumpul di lobby hotel. Perjalanan kami diteruskan dengan sarapan pagi di Restoran Korea Pakistan [pernah pg restoran ni menikmati sup daging ginseng istimewa]. Memandangkan kebanyakkan penduduk kota telah pulang ke desa untuk meraikan Oriental celebration.. jadi lalu lintas di Seoul agak smooth..kurang sibuk berbanding selalu. [Macam orang kl balik ke kampung la utk perayaan hari raya puasa]. Kami menikmati sarapan pagi yang enak...


Berselera makan pagi-pagi nih..

Kami meneruskan perjalanan ke NATIONAL FOL MUSEUM OF KOREA bagi mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan orang-orang korea. Istimewanya Museum ini.. terdapatnya banyak artifak2 lama yang masih dijaga sehingga kini di translate dalam bentuk tempat atau patung dalam penggunaannya..[sama je kot macam museum kat Malaysia...]







 12 jenis binatang mengikut tahun


Bersama tahun masing-masing.
Seterusnya kami dibawa ke NAMSANGGOL HANOK VILLAGE- ia merupakan Istana lama dan salah satu perkampungan diraja Korea pada dahulu kala dimana barangannya masih dikekalkan hingga kini. Tempatnya agak menarik kerana melalui penjelasan Mr. Vincent....raja itu diutamakan sehingga tapak untuk berjalan di hadapan istana juga terpaksa dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan bunyi tapak kasut yang kuat sehingga menganggu raja. Terlalu banyak informasi yang kami perolehi ttg sistem diraja mereka. Semuanya menarik perhatian kami. Sememangnya sedari dahulu lagi... mereka bijak dalam mencipta peralatan.... Sehingga kini buyong2 yang menyimpan kimchi pada musim sejuk masih terdapat di istana berkenaan... lebih tertarik pada padlock dahulu kala yang masih kukuh ada di pintu istana selain tiang2 yang mempunyai maksud tersendiri yang berusia lebih 600 tahun.


 hahahaaa...sempat lagi tuh.....












Mr. Vincent menunjukkan kepada kami semua cara-cara bermain permainan ni...ni permainan tradisional negara mereka... kalau kita kat sini...macam gasing tu la... tapii gasing kita lagii mencabar dari gasing kat sana.... hehehehe...
 


Ni tempayan-tempayan asal yang digunakan untuk menyimpan kimchi ketika musim sejuk...kebanyakkan tempayan-tempayan ni dah rosak dan setengahnya masih elok.

Kata en suami saya yang menggunakan faktanya sendiri... ni tandas mereka.... jangan percaya okeh.... ntah betul fakta atau auta.... hehehe... tapiii bila di lihat dan diamati..macam betul je fakta en suami saya....ehhh entahlah.... hahahaa...hantam sajalah labi oiii...


Inilah istana raja dimana kesemua pembesar-pembesar diraja akan berkumpul...dan batu-batu dibawah itu adalah yang asal yang dibuat oleh penduduk2 dahulu kala. Jika diteliti dengan betul..susun atur batu2 tersebut tidak sama...inilah yang saya bgtahu tadi.....tujuan disusun berlekuk lekuk...bagi mengelakkan bunyi tapak kasut rakyat2 yang melalui kawasan istana ini supaya tidak mengganggu raja mereka. 
 

 sangatlah klasik....
Kesemua bahan binaan di istana ini adalah yang asal dan masih bertahan sehingga kini
almari-almari antik yang masih kukuh di dalam kamar salah satu rumah isteri2 raja.

Tiang yang berusia 600 dimana setiap susunan tiang ini mempunyai ceritanya tersendiri
maskot "welcome to Korea..." heheheee

Setelah puas menjelajah tentang sejarah diraja Korea, kami akhirnya dibawa ke satu kompleks yang menjual barangan berjenama [free duty]. Sekali lagi kami diberi kad diskaun bagi yang ingin membuat pembelian. Saya cuba comparekan harga barangan kosmatik [yang saya guna] dengan harga disana... bezanya RM20 satu barang. Dan..ingin diberitahu disini..kesemua barangan yang dijual adalah dalam Dollar ok.....soo..kami2 ni hanya menjamu mata je laa.... hehehe... Saya cuba untuk mencari perfume berjenama dengan harapan harganya lagii rendah berbanding disini... namun..harganya lebih kurang di negara kita..soo..buat apa nak beratkan beg kan... kita try tengok kat KLIA nanti lah...[kalau sempat la...].



Dah habis round dan tengok dan jenguk2 barangan yang berjenama itu..kami membuang masa mengambil gambar di luar kompleks yang exclusive itu....

Selesai menjamu mata, kami terus dibawa ke Kompleks free duty di Incheon International Airport, Seoul South Korea. Disana, bagi sesiapa yang ingin membuat pembungkusan barangan..bolehlah berbuat demikian tanpa bayaran. [buat apa pun... memberatkan tangan jee...]. Sempat lagi saya dan kakak2 saya memborong beberapa barangan kosmetik seperti lotion..sebagai shopping terakhir kami di Korea. Sangat murah dan berbaloi baloi... hehehe..

 sempat bergambar dengan en driver ni yang setia dan bersabar membawa kami semua menjelajahi Korea selama 5 hari... tq en driver..sangat baik.... 

Dan akhirnya kami tiba di Incheon International Airport. Terasa sayu la pulak untuk meninggalkan Mr. Vincent. Kelihatan wajahnya agak sedih untuk melepaskan kami. Harap kita dapat berjumpa lagii untuk percutian musim lain pula.... Mr. Vincent memang seorang Tour Leader yang terbaik.. sehingga kami masuk ke departure..barulah dia beredar. So..kami semua mmg tak ada masalah dengan dia... sangat baik dan memahami... membuka peluang dan memberi peluang untuk kami merasai apa sahaja keistimewaan dan kelebihan di negara Korea.

Hati mula merasa sayu untuk menamatkan percutian yang seronok ini. Untuk kembali ke dunia nyata..iaitu pergi kerja..balik kerja... huh..bosankan.. kalau boleh..hari2 nak bercuti macam tu... boleh tak....

Sementara menunggu waktu berlepas..kami sempat menjelajah ke kedai2 free duty di airport.. semuanya sama je... so..kami hanya duduk dan menunggu waktu untuk berlepas...
 


 Kebanyakkan staff disini memakai pakaian tradisional mereka... agak menarik perhatian kami...so...terpaksalah cik yang cantik nih melayan kerenah orang jakun macam saya nih.... hehehe

tgh jalan-jalan nak cari prayer room kat dalam airport nih... tetiba ada perarakan nih... so..berhenti sekejap..ingatkan adalah persembahan ke apa ke...gayanya macam membawa perutusan raja.....tapiiii......depa cuma jalan je kot.... hehehe... tapii at least dapat la tgk costume baju kebudayaan mereka....

Nak bagitahu sikit informasi mengenai airport disini. Kami mencari prayer room di dalam airport yang besar nih... memang dah jumpa..tapiii malangnya...ianya unisex satu dan kebetulan masa kami nak masuk tu ada orang didalam bilik tu....ramai...lelaki dan perempuan....huhuhu....  so..pada sapa yang nak bersolat...rasanya kat mana-mana airport di luar negara...mesti ada sediakan prayer room... 

Kami berlepas jam 4.00 petang dengan menaiki pesawat yang sama Korean Air dan tiba di Kuala Lumpur International Air Port pada jam 10malam.




 Hidangan kami di dalam flight nasi briyani udang...sangat yummy...


Hidangan ke dua...roti salad...sangat tak sedap... 
Ok..selamat tinggal Korea.... hello tanah airku yang tercinta.....

Bila dah tiba di negara sendiri, baru lah terasa kepenatan yang amat sangat. Memandangkan hari yang kami sampai itu hari perayan tahun baru cina, jadi jalan agak sesak..kami tiba agak lewat sedikit ke rumah. Seawal jam 4.00 pagi kami tiba di rumah. Emak dan abah menyambut kepulangan kami. Terus sahaja saya membersihkan diri dan terus terlena di katil dan bantal yang dirindui...[baru nak rindu..hehehee..kat sana tak ingat dunia...-kalaulah bantal dan tilam itu boleh bercakap....hahahaa]

Cuaca sangatlah panasnya sehingga menyebabkan saya [tak tahulah suami atau kakak2 saya] terpaksa duduk di dalam aircond siang dan malam...[berlagak la pulak sejak dua menjak ni...hehehe]

Akhirnya saya tewas juga dengan cuaca [utk menyesuaikan semula walaupun tak sampai seminggu] saya demam panas... huhuhuu... tak pe la..yang penting... percutian itu sangatlah menyeronokkan dan memberi jutaan memori yang sangat indah.. Pada pasangan yang ingin berhoneymoon...saya memang sugestkan percutian ini kerana sangat berbaloi baloi...

Begitulah sedikit kisah dan pengalaman yang mampu saya terjemahkan di dalam blog ini. Sebagai info kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Korea Selatan. Kami tidak menjengah ke Jeju Island kerana kami pergi musim winter.. Pulau Jeju mengikut kata Mr. Vincent... sangat cantik pada musim bunga dan luruh... jadii.. insyaAllah... kalau ada kesempatan dan di beri rezeki... saya dan suami ingin mengunjungi ke negara luar pada musim bunga pulaaa.... moga-moga dimakbulkan tuhan...amin...