Friday, May 9, 2014

TENANGKAN HATI DAN JIWA

Assalammualaikum dan salam Jumaah Mubarakah..

Permulaan hari yang tenang dan indah. Namun ada sedikit kerisauan kerana en suami saya kurang sihat. Berdoa dan terus berdoa agar beliau segera sihat.....[awakkk cepat sihat tau...kesian kucing2 tu nak kan kasih sayang awak.....ehhhhhhh....hehehe...]

MasyaaAllah...cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar sekarang dah masuk ke bulan Mei...Kita sekarang tengah melalui bulan Rejab... tak lama lagi Syaaban dan kemudian Ramadhan. Pada sesiapa yang masih belum menggantikan puasa yang tertinggal...segeralah menggantikannya kerana hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja untuk kita bertemu dengan Ramadhan yang mulia.

Syukur pada Allah kerana mengurniakan ketenangan kepada saya. Setelah pelbagai ujian dan dugaan yang dilalui...namun di atas ujian dan dugaan itu sebenarnya lebih mendekatkan diri kita dengan yang Maha Pencipta.Bila kita diuji...kita akan segera mengingati Allah..dan selepas itu...barulah kita tahu....kemanisan di sebalik ujian tersebut...alhamdulillah. Itulah tandanya kasih sayang Allah senantiasa berada bersama2 kita. Yakin dan percayalah....

Sebenarnya paling sukar dalam hidup adalah menjaga hati. Hati kadangkala mudah membenci...mudah memberi perasaan iri hati..rasa cemburu... ingin menandingi...ingin lebih dari orang2 disekeliling...mudah terasa... mudah memarahi...mudah membuat keputusan dan segala2nya. Itulah ujian yang paling hebat.

Semua orang ada perasaan cemburu even isteri nabi Aisyah r.a pun ada sifat itu...semua manusia dilahirkan tidak sempurna...yang dapat menghapuskan perasaan cemburu itu kepada cemburu yang positif adalah keimanan dan keyakinan. tanamkan dalam diri bahawa itu adalah ganjaran dan kelebihan yang diberikanNya kepada dia... yakinlah disuatu saat dan masa akan ada sedikit daripada apa yang dia ada itu diberiNya pada kita..InshaaAllah.

Rasanya atas sebab cemburu itu...sebagai manusia biasa...saya rasa tidak perlulah ditonjolkan perasaan itu kepada umum. Kerana dalam keadaan apa..walaupun dengan alasan atau "niat" untuk berdakwah sekalipun...saya harap..bukan begitu caranya. Kemudian dibawahnya...ada pula komen yang mengatakan "seseorang yang berkawan dengan dia" buat begitu dan begini...sedangkan apa yang kawan dia tu buat..apa yang kawan dia tonjolkan..dan segala bagainya... dia sendiri pernah lakukan... Pernah ke dia terfikir apa perasaan orang itu kalau dia terbaca.....Itu cara kehidupan dia...dengan cara menonjolkan wajahnya itu dapat releasekan stress dia.... dapat bagi kegembiraan pada dia....dapat bagi orang puji2 dia...dia happy..[walaupun hakikatnya apa yg orang tu buat salah] ada cara yang terbaik untuk menegur.... bukan dengan cara mengaibkannya mengata di khalayak ramai sahabat yang lain membaca. Betul...satu jari kita tunjuk kat orang....4 jari lagi menuju ke arah kita... tak payah lama...beberapa hari..dia pulak buat benda yang dia kata kawan dia tu..... [hmmmmm....ini namanya manusia yang cakap tak serupa bikin yang penuh dengan sifat PHD]...Pengajarannya disini....kalau rasa tak ada benda nak cakap..lebih baik diam...kerana...jika kita memerhatikan orang....sebenarnya ramai orang sedang memerhatikan kita.... fikirkan...

Bila sebut sahaja mengenai dunia sosial...akan kita tahu perangai orang itu begini dan begitu. Tujuan asal membuatkan dunia sosial ini semakin popular dikalangan manusia kini.... untuk mengeratkan lagi silaturrahim... mengetahui berita2 dunia dimana ianya lebih pantas dari surat khabar esoknya[hehehe]... mendekatkan yang jauh diperantauan dengan keluarga.... dan segala yang mendatangkan kebaikkan kepada kita.

Kalau kita faham konsep dan tahu menggunakannya dengan cara yang betul..mampu menerima kelebihan orang sebagai cabaran hidup...mampu bersahabat yang mempunyai seribu satu permasalahan....mampu menahan diri dari terikut ikut..mampu memberi teguran secara berhemah....makanya kita faham erti sebenar dunia sosial. Pada saya....kalau dah namapun dunia sosial.... suka hati tok nenek katak diaorang lah nak expose apa pun...nak meniaga ke...nak tunjuk itu dan ini ke......yang penting penerimaan kita..kalau tak suka kita diam...kita hide...dan dah tak suka sangat......takut benda dan perkara itu akan memudaratkan pada diri kita...kita unfriend je terus [unfriend bukan bermakna memusuhi mereka..sebaliknya..untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tak elok berlaku] dan bila dah nak unfriend orang..janganlah pulak pg muat announcement dalam tu kata...."ini masanya nak remove sesiapa yang tak aktif"[owh mak aiii..... macamkan awak tu bagus sangat orang nak kawan dgn awak okeh.....haishhhh].....

Kalau kita nak gunakan untuk berdakwah...maka berdakwahlah secara berhemah...bukan mengata dan mengeji pada orang2 yang tak nak ikut dakwah kita....sebenarnya..ada banyak cara untuk kita betulkan hati kita...inilah antara cabaran2nya..kita senantiasa menganggap orang2 yang melebihi kita...yang lebih hebat dari kita itu sebagai pesaing atau lebih teruk lagiii....menganggap mereka sebagai musuh...dan secara tak sengaja..daripada orang tu nak share happiness..terus ianya menjadi racun dalam diri kita....

Maka sebab itulah tercetusnya pertelingkahan...pergaduhan...bunuh membunuh....dan segala perkara negatif yang sering terjadi sekarang nih. Saudara tidak dianggap sedara lagii...adik beradik bergaduh antara satu sama lain dan macam2 lagii....subhanallah..alangkah ruginya hidup kita kerana dikuasai oleh perkara2 yang negatif yang sebenarnya hadir dalam diri kita sendiri. Kita mudah termakan dengan hasutan syaitan laknatullah.... istighfar dan terus beristighfar.... itu baru dalam dunia sosial...belum kenyataannya lagi... bila bertemu..masing2 bermasam muka.... Ya Allah.... apakah benar..dunia semakin menghampiri ke penghujungnya.... Semoga saya dan kalian semua tergolong dalam golongan hambaNya yang benar...dalam agama dan keimanan kepada Allah. Aminnn...

Bersabarlah wahai hati...dalam melihat pertelingkahan...kesombongan...kecemburuan manusia terhadap yang lain....sebenarnya perkara2 ini menginsafkan saya...memotivasikan saya [walaupun ada ketika..saya juga tersasar dari landasanNya] untuk menjadi lebih baik.... sebenarnya bukan mudah apabila kita terpaksa berhadapan dengan manusia2 sebegini... Jalan paling mudah.... mana yang baik...kita ambil sebagai satu panduan..yang tak baik dan negatif..kita campak jauh2 ke angkasa lepas....hehehe... kadang kala..yang negatif itu..kita boleh tukarkannya kepada positif..caranya...memaafkannya dan mendoakannya... mungkin itu saja jalan yang saya gunakan untuk redakan hati...untuk tenangkan jiwa....

Semoga Allah memelihara hati kita sebaik2nya....

Bersabarlah kala berhadapan dengan sesiapapun jua hatta diri sendiri...
kerana kalimah SABAR itu
selalu membawa makna kedua yang membantu menghadirkan rasa bahagia :

Bersabar untuk keluarga dan insan tercinta itu adalah kasih sayang,
Bersabar untuk sahabat dan sanak saudara itu adalah hormat,
Bersabar untuk diri sendiri itu adalah keyakinan,
Dan bersabar untuk TUHAN itu..adalah keimanan

**motivasi membina diri ke arah kebaikkan InshaaAllah**

Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak adil".

Justeru, teruskan usaha dan redha dgn apa yg diperolehi, jadikan apa yg ada pada org lain sebagai motivasi utk ke hadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah & RasulNya

Allah berjanji menjamin rezeki setiap makhlukNYA termasuk manusia, maka meninggalkan kebaikan lalu pula melakukan maksiat bersebab iri dan khuatir atas apa yang sudah dijaminNya adalah kekeliruan dan dosa bertimpa.

Semoga Allah melindungi kita dan menunjuki jalan hidayah-NYA sentiasa, ameen.







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))