Wednesday, September 11, 2019

REVIEW SAMA-SAMA HOTEL KLIA SEPANG

Hye uolls!

Hari ni nak review Sama-sama Hotel KLIA.

Mula asalnya, nak booking terus untuk 2 malam. Tapi fikir2 balik, nak gerak dari Sepang ni ke PJ memang jauh yang amat-amat...so.. terpaksa ubah plan yang dah memang last minit tu.... satu malam tidur di Hotel lain dan satu malam je kita tidur di Sama-sama Hotel nih. 

Booking hotel ni through Agoda.
Kebetulan ada offer. So...kita grab je lah.

Bulan Ogos ni bulan anniversary saya dan suami.
So..kita plan nak lah tenang kan minda berduaan.
Memang ada la bajet disitu.....
tapii bukan lah plan asalnya ke hotel nih....ahahaha....

Disebabkan last minit plan beraya di Bandar Enstek,
Buntu jugak mencari hotel mana yang sesuai. Saya discuss la dengan kakak yang dekat dengan saya ni.... dia nak travel dari Ipoh terus ke Enstek... So..kami decide nak duduk di hotel yang sama... Tapi...kakak saya booking untuk 2 malam. Sebab saya plan nak beraya di PJ dulu dan terus ke Bandar Enstek.

Excited nak beraya dengan mertua dan family sendiri....
Kami jarang berjumpa dan berkumpul....so tak salah kalau sekali sekala kita bersusah payah semacam nih....=)))

So..kakak saya booking dan saya pun booking.

Memang nak ambil Suites. Kebetulan harga nya memang tengah ada promosi....so..kita grab lah Superior suites sekali dengan breakfast. 

Ni pun last minit booking dan alhamdulillah...Allah permudahkan semuanya.
Memang niat saya nak bawa mak sekali tidur dengan kami...sebab tu ambil suites with extra bed.

Sama-sama hotel ni antara hotel 5 bintang yang sangat hampir dengan KLIA.
Memula tak tahu akan kewujudan Sama-sama Hotel ni...... Sekali tgk... 5 star hotel rupanya.....ahahahaaa....ampun...ampun....

Dari hotel ni nak ke KLIA memang tersangat lah dekat. 

Actually, hotel ni macam sesuai untuk guest yang transit atau ada flight awal pagi yang mana takut terlepas flight......hotel ni memang sesuai. Kebanyakkan guest untuk hotel ni adalah dikalangan pilot dan pramugari dari pelbagai airlines dari pelbagai negara. Juga pelancong2 dar luar negara yang transit beberapa hari disini.

Tak hairanlah masa nak check in tu.... memang akan nampak wajah2 tampan pilot dan wajah2 cantik pramugari yang akan menginap disitu.
Masa kami check in, tak nampak la ramai tourist.....

Sama-sama Hotel juga ada menyediakan buggy untuk membawa kita ke KLIA. Ianya cepat dan pantas. Memang mudah dan menyeronokkan pada saya lahhh....=))))

Kemudahan parking yang senang nak access dan ianya percuma bagi yang menginap bilik suites. 

Suasana yang sangat tenang dan nyaman. Sesuai juga bagi sesiapa yang ingin menghantar keluarga ke luar negara selain boleh bercuti untuk menenangkan fikiran...=)))

Jom tengok gambar yang sempat saya ambil dan saya akan cuba jelaskan di gambar.

Masa nak check in bilik...
Staff disini sangat friendly dan berbudi bahasa.
Dari di kaunter sampai ke coffe house dia...semuanya ramah dan mesra....
Derang akan mula bertanya...
"flight pukul berapa mem?"
"Nak melancong ke mana?"
Sebab sebelah dengan KLIA kannn...harus lah soalannya begitu....hahahaaa...

Yeah...nama kita dsituuu....=))

Bilik yang sangat2 luas. 
Boleh berlari lari jugaklah disitu.
Decoration dia classic modern...

Ada ruang untuk bacaan dan kelihatan disitu extra bed dia. Di depan katil tu ada sofa untuk duduk dan melepak tgk tv. Ada 2 TV. Satu dalam bilik dan satu di ruang tamu.

Actually, saya banyak share dalam insta saya video bilik yang sangat cantik nih....bila dah banyak sangat ambik video...makanya terlupa nak ambik gambar...boleh refer di laman web sama-sama hotel ni okeh...

Tapiii seriously....Superior Suite Room ni memang tersangatlah cantiknya....

Bilik air yang tersangat luas....almari baju, iron semua dia letak sekali dalam bilik air nih....

Ada bath tab.
Ni kesukaan en suami.
Dia boleh berendam kat dalam ni....ahahaha...
Memana hotel kalau pergi ada bath tab nih....memang akan jadi kegemaran dia lahhh.....=)))



Another toilet.
Yang ni kat pintu masuk.
Mungkin kes dia gini....
kalau yang mandi tu terlalu menghayati mandinya itu.....
maka yang menunggu dah tak tahan nak shi shi ke...
boleh lah guna toilet yang lg satu nih......gituuuu.....ahahahahaa....

Sempat lagi tu kannnn....

Tak buka pun....Sebab kena bayar kannn....=)))

Bestnya boleh mengopi....

Bancuh sendiri dengan mesin kopi dan ianya percuma...
Susu ada dalam laci kat bawah tu sekali dengan gelas semua...

Malam tu....
Kitaorang pergi ke rumah abang saya untuk dinner dan sekali ambil mak saya untuk tidur di hotel ni bersama saya.

Ada cerita lagi...
Malam tu...saya dengan kakak2 saya, kitaorang naik buggy ke KLIA untuk supper sesambil tengok orang nak fly.

Yang tu saya tak ambil gambar sebab sibuk ambik video....... saya share dalam ig story saya....kemain laju dia bawak... ahahaha... memang tergelak gelak kitaorang....

Tiba kat KLIA, dia akan hantar kita kat tempat menunggu buggy khas untuk guest Sama-sama Hotel. Lepas dah supper ke atau dah hantar orang naik flight.... kita boleh pergi balik kat tempat tu dan tekan butang khas kat tempat menunggu buggy tu. Service dia 24 jam dan akan sentiasa ada. Dalam 5 minit dah sampai hotel.....dan ianya percuma untuk guest yang menginap di Sama-sama Hotel.

Facilities yang sangat menarik dan memudahkan pelanggan.

Bergambar bersama masa breakfast.
Kakak saya yang atas saya tu datang dan check in kemudian dengan anak2 nya....
so kami simple gathering kat Sama-sama Hotel ni 3 beradik....kakak yang sulung hantar wakil anak perempuan dia..... sebab kakak yang sulung sibuk dengan majlis korban kat tempat dia.....

Haruslah ada gambar berduaan =)))






mak dan menantu....
kesukaan yang sama...
so mereka mmg geng....apa yang mak suka makan....
suami saya suka...kekadang derang je yang order benda yang sama....
saya ni macam terkeluar dari radar selera mereka berdua....ahahahaa....

mochi dengan pelbagai perasa....

gambar je...saya tak rasa pun...

Untuk breakfast
disini boleh minta latte, mocha, coffee dan tea dan ianya percuma
[termasuk sekali dalam pakej brekafast]

Untuk breakfast.....ada pelbagai pilihan makanan yang disediakan.
Semuanya sedap dan kena dengan selera kami.

Tempat ni memang sangat privacy sebab tak ramai orang.
Best lah kalau buat gahtering kat sini.....ahahahaaa....

Lepas breakfast, kitaorang bergambar di setiap sudut Hotel ini.
Semua tempat dia pun cecantik.
Dan semua bunga2 hiasan tu adalah bunga hidup.....

So..kita melencong ke tempat2 nih.

Nak pergi ke tempat2 nih.......ianya agak jauh jugaklah dari lobby.... kena jalan pusing2 ikut tanda arah dia tu....dan tempatnya agak tersorok sikit.....

Kat semua floor memang hiasannya begini....
Dan macam saya katakan tadi...bunga tu bunga hidup....
dan hiasan ini diletakkan disetiap floor hotel nih....

Opah dengan anak dan cucu

Sesambil tengok derang ni mandi manda.... 
budak kalau nampak swimming pool memang akan tergedik gedik nak mandi kan.....
walau kat rumah derang memang dah ada swimming pool...macam adam ni lahhhhh......

geng bertiga



Sebelum nak ke swimming pool, kita akan lalu kolam ikan dengan air terjun ni...
Nyaman dan segar.....dan sangat cantik.......
Moh la ambik gambar kenangan.


Selepas dah menjelajah segenap hotel, kita naik ke bilik dan bersiap untuk check out.

Overall...saya falling in love jugaklah dengan hotel nih....
Sesuai untuk beristirehat sebab tempat dia tak crowded dan mempunyai privacynya yang tersendiri.
Dah lama tak ke pantai......Ada dalam plan....inshaaAllah....=)))

Tq Sama-sama hotel for the superb hospitality... 
Sangat berpuas hati dengan service yang diberikan.
Keep it up and thumbs up Sama Sama Hotel!

Boleh refer disini: Sama-sama Hotel KLIA untuk harga dan gambaran sebenar bilik dan sebagainya...


Kita jumpa di next entry...InshaaAllah...







Terima kasih kerana membaca entry ini.

Tuesday, September 10, 2019

REVIEW ROYALE CHULAN DAMANSARA KUALA LUMPUR

10.08.2019 - Sabtu

Hye uolls.... 
Hari ni semacam rajin sikit lah nak review hotel.
Actually, ada beberapa hotel di sekitar KL yang pernah saya pergi. 
Ada yang minta untuk saya buat review. 
[Ada je beberapa hotel yang saya review link dengan percutian saya....
ehhh dah lama tak pergi makan angin......=)))]

Actually, tak berapa reti sangat nak buat review sebab selalunya saya tido hotel di sekitar KL just untuk transit je....kami just tido malam tu...dan after breakfast (ada juga yang tak ambil breakfast pun) terus check out. Kekadang check out pun awal....=)))

Tapi tak la tido hotel memahal.....standard kesederhanaan kami saja lahhh......
So, sis cuba lah ea.... 
Kita start review dahulu untuk hotel yang ini dan saya akan bersikap jujur okeh.... =)))

Kami booking through Agoda. Lebih senang dan mudah.
Macam biasa....kami pilih bilik Superior (katil king) with breakfast. 
Sebenarnya, kami pilih hotel ni sebab kebanyakkan hotel pada hari tu dah fully booked. 
So...kami (saya & suami) sempat baca beberapa review tentang hotel ni dan boleh diterima jugaklah....kebanyakkannya excellent.... 

Royale Chulan Damansara ni agak strategik jugak tempatnya....
Sangat berdekatan dengan The Curve shopping mall dan dekat dengan Station MRT Damansara Mutiara. Juga berhampiran dengan IKEA dan Kidzania. So kalau tak ambil breakfast pun tak apa sebab kita boleh je makan kat dalam mall....mungkin lebih jimat dan murah.

Parking free and sangat senang nak access.

Malam tu kami check in pukul 12.00 tengah malam....
Selama kami check in hotel...ini pertama kali yang tak minta deposit. Selalunya mana-mana hotel kami check in walau pukul 1.00 pagi pun...harus paling sikit pun rm50. 
Tapi hotel ni tak minta deposit.

Jom tengok gambar yang sempat saya ambil.

Lobby hotel 
After 12.00 am dia akan tutup chandelier tu.....
Nasiblah sempat ambil gambar sebelum dia switch off  =))) 
[saja je sebenarnya]

Hotel ni ada di beberapa tempat di Malaysia

Jalan nak ke Bilik


Bilik yang sangat luas dan sangat selesa.

Actually, masa kat reception tu, staff ada bagitahu, untuk bilik katil king, hanya available kat floor yang smoking area....dan staff ada jelaskan....memang akan ada sedikit bau rokok untuk bilik tu.....

Suami saya tak kisah....so...kami terima je lah bilik yang diberi kepada kami.

Bila masuk je bilik, memang biliknya sangatlah besar dan luas. 
Cuma memang ada sedikit bau yang pada kami boleh lahhh diterima hidung....tak terlalu extreme sangat bau nya.....yang penting keselesaan.

Tapiii, dari segi lighting, memang malap.....
Bila tengok balik susun atur perabot semua tu...macam yesteryear punya lah kannn......
But still acceptable lah....
Nak stay semalam je pun.....bukannya nak duduk situ berbulan atau bertahun yang nak sangat kesah tentang perabot dia.....hahahaa.....




Toilet nya sangat bersih dan selesa. Semua kemudahan ada. Termasuklah iron =))

Kopi o untuk en suami dan kopi susu untuk saya =)))




Kebetulan masa ni ramai juga guest yang menghuni di hotel nih....
sebab masa breakfast, ramai yang turun. Tapi tak crowded..

Untuk breakfast pula.....
Pelbagai menu yang disediakan dan kebanyakkannya menu local dan ada juga english breakfast.

For me... makanan dia semuanya sedap dan kena dengan selera saya.
Alahhh...makan pagi je pun.....bukannya kita nak makan banyak sangat kannn =)))
Tapi seriously, banyak pilihan.

Pakcik buat perangai =)))

Ni antara yang ada di hotel Royale Chulan Damansara



Sempatlah ber posing raya kat dalam gym...pun boleh lahhhhh......=)))



Memang agak gemar...kemana-mana mesti bawak set chess dia.... 


Sempat jugaklah tengok swimming pool dia. 

Swimming pool, spa dan gym semuanya di tingkat 3.

Pagi tu cuaca hujan dan sejuk.... 
Bila hujan dah reda... kita posing je...sebab saya dan suami, bukan sejenis yang suka mandi kolam....=)))

Last but not least,
This hotel is recommended if you plan to stay in Petaling Jaya area.

Kita jumpa di next entry.









Terima kasih kerana membaca entry ini.