Thursday, September 19, 2019

JAHHET FINE MEAT JALAN NIRWANA

Hye uolls...
Nak review lagi pasal makan2 
Kali ni di Jahhet Fine Meat Jalan Nirwana KL.

As i say before, sejak akhir2 ni memang agak kerap berulang alik ke KL...so..kita ambil peluang untuk makan2 bersama dengan simple gathering adik beradik.

Kalau dahulu, restoran ni terkenal dengan nama Me'nate, kali ni dah bertukar nama kepada Jahhet Fine Meat yang menyediakan pelbagai jenis steak dari kelompok daging lembu yang diimport dari luar negara.

Tak payah lah dok sebok nak tahu kenapa tukar nama semua tu......
yang penting masih milikan orang melayu dan ianya halal.

Antara yang tekenal disini adalah daging wagyu, tomahawk dan macam-macam lagi mengikut potongan bahagian badan lembu
dan bagi peminat kambing pula, daging kambing juga disediakan.
 Yang pasti ianya halal.

Memang saya tak pernah rasa daging wagyu nih....dan ini pertama kali rasa...

Ni antara menu dia...
rugi kalau ke sini tak rasa daging dia....
Tapiii... perlu diingatkan...
Harga daging tu mengikut kadar 100gm okeh...

Ni antara harga daging yang kita boleh pilih.
Ada pelbagai jenis 
Ada yang mahal dan ada yang murah...
Harga ni termasuk sekali dengan masakan yang kita pilih dengan 2 hidangan sampingan.

Minuman semuanya percuma.
Ada banyak pilihan minuman yang kita boleh pilih.
nak yang sejuk...nak yang panas...semuanya ada....latte, mocha, teh tarik, milo, kopi semua adalah...

Spaghetti Aglio Olio
Sedap ya amat.
2 kali order menu nih.....

Hidangan pertama...
Daging wagyu
sangat sedappppp...
Tapi saya tak makan banyak....
Cuma rasa-rasa je....

Dah sampai hidangan yang dinanti
wagyu tomahawk dengan sos black paper.

Sos blackpaper dia memang sedap...
Dagingnya tersangatlah lembut dan cair dimulut.

Nampak tak kesedapannya sehingga tinggal tulang
hahahaaaa...
Seriously memang sangat sedap...

Last but not least
sangat berpuas hati dengan servis dan layanan 
Serta makanan yang sangat sedap.
YES....definitely akan berkunjung ke sini lagi untuk makan2 bersama keluarga.


This restaurant is recommended!


Waktu operasi
Sab - Khamis : 12pm - 10.30pm
Jumaat: 3.00pm - 10.30pm


Alamat:
10-B2. Ground Floor,
City Garden Commercial Centre
Jalan Nirwana 38,
Taman Nirwana,
Ampang, Kuala Lumpur





Terima kasih kerana membaca entry ini.

IBRAHIM'S FATTY CRAB AMPANG

Hye korang!
Dah lama tak post pasal makan-makan nih.

Sekarang ni saya memang kurang keluar makan diluar kecuali kalau ada gathering....
ada special event dengan en suami atau dengan family. 
Almaklumlah...kita pun nak juga jaga badan kita....
bukan jaga badan nak diet semua ituuuu..... kita nak jaga kesihatan kita lahhh....
Sekali sekala boleh lah kannn.....

Dalam bulan 9 ni....memang setiap minggu saya ke KL atas urusan keluarga.....
Penatnyaaaaa....huhuhu....tapi tak pe...tu dinamakan pengorbanan.....
Tapiii.....alhamdulillah.....dalam pada penat ke sana dan ke mari...
dapat jugaklah kami buat mini gathering dengan adik beradik berlima orang.

Seronok dapat jumpa dengan adik beradik sendiri kannnn......
sampaikan ada lah yang cakap....
kalau ke mana2 mesti dengan keluarga....
ku punya suka lahhh....apasal yang ko sakit mata hehhhh.....
Kitaorang adik beradik memang rapat okeh.....

Jom start review.

Kalau tengok kat insta..memang agak famous jugaklah fatty crab ni....
Sana sini gambar posing dengan mr crab nih......

Ok kali ni nak review tentang makan-makan di
Ibrahim's Fatty Crab di Ampang KL

Dah 2 kali kita jadi pelanggan Ibrahim's Fatty Crab. 
Kat Ipoh saya tak jumpa lagi yang sedap macam nih....
Ke memang dah lama tak jalan-jalan cari makan....hehehe...
Tapiii....jujurnya.... pertama kali rasa masakan ketam dia...memang teringat ingat....ahahaha....

Dan kedua-dua kalinya rasanya tidak menghampakan. 
Ni antara Restoran milik orang melayu yang menghidangkan masakan chinese.

Gambar yang saya share ni semua gambar yang mana sempat kami ambil.
Al maklumlah bawak budak kecik kan...
Lepas je makanan sampai...
Semuanya dah lapar nak makan...

Tapi semua masakan dia sangat2 sedap.

Kita ambik dari sisi je....sebab masa ni nak balik dah..... 
baru teringat nak ambik gambar....
JJCM pun dah sampai sini.....
dan masa kami datang ni....memang ramai jugak pelanggan dia....
yang mana semuanya order Mr. Crab nih....

Antara menu yang di order

Ketam masak Singapore Chili ni sangat terbaik rasa dia.
Ayam masak salted egg ni pun sangat sedap.

First time datang.
Kami order 3 ekor French Crab yang mana kesemuanya 
masak Singapore Chili.
Memang puas lah makan...
Siap boleh tapau lagi bawak balik sebab tak habis....ahahaha....
Konsep dia....kalau nak makan biar puas kan....

Roti mantao goreng.
Sedap rasa dia...
Tak berminyak sangat...
Rasa dia manis2...

Sebenarnya... masakan ketam ni cicah dengan roti mantao ni memang sangat-sangat lah ngam
Kesedapan yang tak boleh disangkal lagi....ahahaha...

Ibrahim's Fatty Crab ada menyediakan beberapa jenis Crab nih.

Antaranya:

French Crab
King Crab
Mud Crab

Semuanya diimport dari luar negara.
Dan Ketam ni hidup dalam air sejuk katanya....




Ikan kerapu masak pedas dia pun sedap ya amat.

Sup sayur....punnn sedappp...

Ayam masak salted egg
Kegemaran en suami saya.


Cengkerang diaaaa.....
Besar gedabak....

Jenuh nak habiskan...
Sebab masa first time pegi tu...
Mungkin nak rezeki...
Punyalah banyak telur dia....
Tak termakan di buatnya...
MasyaaAllah...sedap kooo.....

Tapiii saya tak makan banyak sebab umur dah kertu ni.....
kita jaga makanlahhh......ai is rasa2 je.....hehehe....
nasi pun kita ambik suku je...yang lebih tu...kita ratah2 dan rasa menu dia....

Kali kedua pergi tu.....
Saya just makan roti mantao cicah dengan kuah crab tu...
sambil makan crab dia...walah sangat lahhhh....
Seriously....memang sangat sedap....

Dah 2 kali saya berkunjung ke restoran ini menikmati kesedapan dan kesegaran ketam nya itu.....
Dan InshaaAllah.....pasti akan ke sini lagi kalau saya berada di sekitar KL nanti....
untuk mencuba menu yang lain......=)))

Bagi sesiapa yang nak pergi ke Ibrahim's Fatty Crab ni...

Ni Add dia

Ibrahim’s Fatty Crab
No.18 Jalan Avenue 1, 
Avenue Ampang 68000, Ampang, 
Selangor 

Walaupun harganya memang agak mahal...
Tapi pada saya ianya amat berbaloi dengan jumlah yang kita bayar...
Selain halal....kita akan rasa berpuas hati dengan rasa masakan dia....

This restaurant is recommended!


Terima kasih kerana membaca entry ini.


Wednesday, September 11, 2019

REVIEW SAMA-SAMA HOTEL KLIA SEPANG

Hye uolls!

Hari ni nak review Sama-sama Hotel KLIA.

Mula asalnya, nak booking terus untuk 2 malam. Tapi fikir2 balik, nak gerak dari Sepang ni ke PJ memang jauh yang amat-amat...so.. terpaksa ubah plan yang dah memang last minit tu.... satu malam tidur di Hotel lain dan satu malam je kita tidur di Sama-sama Hotel nih. 

Booking hotel ni through Agoda.
Kebetulan ada offer. So...kita grab je lah.

Bulan Ogos ni bulan anniversary saya dan suami.
So..kita plan nak lah tenang kan minda berduaan.
Memang ada la bajet disitu.....
tapii bukan lah plan asalnya ke hotel nih....ahahaha....

Disebabkan last minit plan beraya di Bandar Enstek,
Buntu jugak mencari hotel mana yang sesuai. Saya discuss la dengan kakak yang dekat dengan saya ni.... dia nak travel dari Ipoh terus ke Enstek... So..kami decide nak duduk di hotel yang sama... Tapi...kakak saya booking untuk 2 malam. Sebab saya plan nak beraya di PJ dulu dan terus ke Bandar Enstek.

Excited nak beraya dengan mertua dan family sendiri....
Kami jarang berjumpa dan berkumpul....so tak salah kalau sekali sekala kita bersusah payah semacam nih....=)))

So..kakak saya booking dan saya pun booking.

Memang nak ambil Suites. Kebetulan harga nya memang tengah ada promosi....so..kita grab lah Superior suites sekali dengan breakfast. 

Ni pun last minit booking dan alhamdulillah...Allah permudahkan semuanya.
Memang niat saya nak bawa mak sekali tidur dengan kami...sebab tu ambil suites with extra bed.

Sama-sama hotel ni antara hotel 5 bintang yang sangat hampir dengan KLIA.
Memula tak tahu akan kewujudan Sama-sama Hotel ni...... Sekali tgk... 5 star hotel rupanya.....ahahahaaa....ampun...ampun....

Dari hotel ni nak ke KLIA memang tersangat lah dekat. 

Actually, hotel ni macam sesuai untuk guest yang transit atau ada flight awal pagi yang mana takut terlepas flight......hotel ni memang sesuai. Kebanyakkan guest untuk hotel ni adalah dikalangan pilot dan pramugari dari pelbagai airlines dari pelbagai negara. Juga pelancong2 dar luar negara yang transit beberapa hari disini.

Tak hairanlah masa nak check in tu.... memang akan nampak wajah2 tampan pilot dan wajah2 cantik pramugari yang akan menginap disitu.
Masa kami check in, tak nampak la ramai tourist.....

Sama-sama Hotel juga ada menyediakan buggy untuk membawa kita ke KLIA. Ianya cepat dan pantas. Memang mudah dan menyeronokkan pada saya lahhh....=))))

Kemudahan parking yang senang nak access dan ianya percuma bagi yang menginap bilik suites. 

Suasana yang sangat tenang dan nyaman. Sesuai juga bagi sesiapa yang ingin menghantar keluarga ke luar negara selain boleh bercuti untuk menenangkan fikiran...=)))

Jom tengok gambar yang sempat saya ambil dan saya akan cuba jelaskan di gambar.

Masa nak check in bilik...
Staff disini sangat friendly dan berbudi bahasa.
Dari di kaunter sampai ke coffe house dia...semuanya ramah dan mesra....
Derang akan mula bertanya...
"flight pukul berapa mem?"
"Nak melancong ke mana?"
Sebab sebelah dengan KLIA kannn...harus lah soalannya begitu....hahahaaa...

Yeah...nama kita dsituuu....=))

Bilik yang sangat2 luas. 
Boleh berlari lari jugaklah disitu.
Decoration dia classic modern...

Ada ruang untuk bacaan dan kelihatan disitu extra bed dia. Di depan katil tu ada sofa untuk duduk dan melepak tgk tv. Ada 2 TV. Satu dalam bilik dan satu di ruang tamu.

Actually, saya banyak share dalam insta saya video bilik yang sangat cantik nih....bila dah banyak sangat ambik video...makanya terlupa nak ambik gambar...boleh refer di laman web sama-sama hotel ni okeh...

Tapiii seriously....Superior Suite Room ni memang tersangatlah cantiknya....

Bilik air yang tersangat luas....almari baju, iron semua dia letak sekali dalam bilik air nih....

Ada bath tab.
Ni kesukaan en suami.
Dia boleh berendam kat dalam ni....ahahaha...
Memana hotel kalau pergi ada bath tab nih....memang akan jadi kegemaran dia lahhh.....=)))



Another toilet.
Yang ni kat pintu masuk.
Mungkin kes dia gini....
kalau yang mandi tu terlalu menghayati mandinya itu.....
maka yang menunggu dah tak tahan nak shi shi ke...
boleh lah guna toilet yang lg satu nih......gituuuu.....ahahahahaa....

Sempat lagi tu kannnn....

Tak buka pun....Sebab kena bayar kannn....=)))

Bestnya boleh mengopi....

Bancuh sendiri dengan mesin kopi dan ianya percuma...
Susu ada dalam laci kat bawah tu sekali dengan gelas semua...

Malam tu....
Kitaorang pergi ke rumah abang saya untuk dinner dan sekali ambil mak saya untuk tidur di hotel ni bersama saya.

Ada cerita lagi...
Malam tu...saya dengan kakak2 saya, kitaorang naik buggy ke KLIA untuk supper sesambil tengok orang nak fly.

Yang tu saya tak ambil gambar sebab sibuk ambik video....... saya share dalam ig story saya....kemain laju dia bawak... ahahaha... memang tergelak gelak kitaorang....

Tiba kat KLIA, dia akan hantar kita kat tempat menunggu buggy khas untuk guest Sama-sama Hotel. Lepas dah supper ke atau dah hantar orang naik flight.... kita boleh pergi balik kat tempat tu dan tekan butang khas kat tempat menunggu buggy tu. Service dia 24 jam dan akan sentiasa ada. Dalam 5 minit dah sampai hotel.....dan ianya percuma untuk guest yang menginap di Sama-sama Hotel.

Facilities yang sangat menarik dan memudahkan pelanggan.

Bergambar bersama masa breakfast.
Kakak saya yang atas saya tu datang dan check in kemudian dengan anak2 nya....
so kami simple gathering kat Sama-sama Hotel ni 3 beradik....kakak yang sulung hantar wakil anak perempuan dia..... sebab kakak yang sulung sibuk dengan majlis korban kat tempat dia.....

Haruslah ada gambar berduaan =)))






mak dan menantu....
kesukaan yang sama...
so mereka mmg geng....apa yang mak suka makan....
suami saya suka...kekadang derang je yang order benda yang sama....
saya ni macam terkeluar dari radar selera mereka berdua....ahahahaa....

mochi dengan pelbagai perasa....

gambar je...saya tak rasa pun...

Untuk breakfast
disini boleh minta latte, mocha, coffee dan tea dan ianya percuma
[termasuk sekali dalam pakej brekafast]

Untuk breakfast.....ada pelbagai pilihan makanan yang disediakan.
Semuanya sedap dan kena dengan selera kami.

Tempat ni memang sangat privacy sebab tak ramai orang.
Best lah kalau buat gahtering kat sini.....ahahahaaa....

Lepas breakfast, kitaorang bergambar di setiap sudut Hotel ini.
Semua tempat dia pun cecantik.
Dan semua bunga2 hiasan tu adalah bunga hidup.....

So..kita melencong ke tempat2 nih.

Nak pergi ke tempat2 nih.......ianya agak jauh jugaklah dari lobby.... kena jalan pusing2 ikut tanda arah dia tu....dan tempatnya agak tersorok sikit.....

Kat semua floor memang hiasannya begini....
Dan macam saya katakan tadi...bunga tu bunga hidup....
dan hiasan ini diletakkan disetiap floor hotel nih....

Opah dengan anak dan cucu

Sesambil tengok derang ni mandi manda.... 
budak kalau nampak swimming pool memang akan tergedik gedik nak mandi kan.....
walau kat rumah derang memang dah ada swimming pool...macam adam ni lahhhhh......

geng bertiga



Sebelum nak ke swimming pool, kita akan lalu kolam ikan dengan air terjun ni...
Nyaman dan segar.....dan sangat cantik.......
Moh la ambik gambar kenangan.


Selepas dah menjelajah segenap hotel, kita naik ke bilik dan bersiap untuk check out.

Overall...saya falling in love jugaklah dengan hotel nih....
Sesuai untuk beristirehat sebab tempat dia tak crowded dan mempunyai privacynya yang tersendiri.
Dah lama tak ke pantai......Ada dalam plan....inshaaAllah....=)))

Tq Sama-sama hotel for the superb hospitality... 
Sangat berpuas hati dengan service yang diberikan.
Keep it up and thumbs up Sama Sama Hotel!

Boleh refer disini: Sama-sama Hotel KLIA untuk harga dan gambaran sebenar bilik dan sebagainya...


Kita jumpa di next entry...InshaaAllah...







Terima kasih kerana membaca entry ini.