Salam ceria, salam muhabbah kepada semua....
Hari ini sangat indah ;)))
Pengajaran dan pengalaman hidup banyak mematangkan diri dan pemikiran saya.
Hanya dengan pandangan mata kasar, terus ke hati seterusnya kepada pemikiran saya.
Subhanallah....
kerana saya masih mampu untuk berfikir dan terus memahami setiap apa yang telah ditentukanNya kepada kami sekeluarga...semuanya ada hikmahNya yang sangat indah.....
Terima kasih ya Allah....
Selama berada di IJN, sesungguhnya banyak menyedarkan saya dan membuatkan hati ini berkata
"aku merasakan aku ini susah..tetapi sebenarnya ada yang lebih susah lagii daripada aku..."
Saya mengakui, kadang-kadang saya tewas dengan perasaan saya sendiri. Mungkin saya tidak sekuat emak....Saya merasakan, emak lah yang paling kritikal di IJN itu dan perlukan perhatian yang sewajarnya dari doktor TETAPI hakikatnya, ada insan2 di hadapan mata saya yang lebih payah dan tidak bernasib baik seperti saya. Mereka kehilangan orang yang mereka sayangi. Mereka terpaksa duduk di satu sudut ruang yang sejuk sehingga berminggu minggu kerana menjaga insan yang paling mereka sayangi. Ada diantaranya yang terpaksa berhabis beribu2 demi seorang insan yang mereka kasihi, ada juga yang terpaksa bermalam di kaki lima ruang legar IJN demi menanti orang yang disayangi.
Ya Allah... ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya nasibku lebih baik berbanding mereka.
Engkau lindungilah mereka dan berikanlah kemudahan kepada mereka...
Amin Ya Allah.
Terasa berdosa kerana tidak pernah saya mensyukuri diri ini setelah apa yang terlihat di hadapan mata. Namun saya bersyukur kerana semua yang berlaku dihadapan mata saya dan mengenali mereka segera menginsafkan saya dan meyakinkan sepenuh hati saya kepada yang Maha Pencipta bahawa
Sesungguhnya Dia akan memberi kemudahan di setiap kesulitan...
Dia akan memberi kegembiraan di setiap kesedihan dan Dia akan memberi kelapangan di setiap kesempitan.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- (QS Al-Baqarah ayat 286)
Sesungguhnya saya bersyukur kerana dapat mengenali mereka. Disini saya ingin berkongsi kisah-kisah mereka yang amat saya kagumi...
Kisah pertama
Saya merasakan begitu sukar untuk berjumpa dengan emak kerana perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan IJN. Sedangkan emak berada dalam keadaan kritikal. Ya benar, pesakit perlukan rehat yang secukupnya. Dengan kuasa Ilahi, saya dan adik beradik yang lain berbual dengan satu pasangan yang datang dari Sabah, dimana anaknya sudah berada di ICU hampir 2 minggu dan masih koma selepas menjalani pembedahan. Pada awalnya, anaknya yang baru berusia 13 tahun itu sudah sedar dan boleh berbual seperti insan lain, tetapi dengan kuasa dan takdir Ilahi, tiba-tiba jantung anaknya berdegup laju. Doktor terpaksa merehatkannya dengan memberi suntikan dan anak itu tadi terus terlena sehingga seminggu masih tidak sedarkan diri.

Besarnya kasih sayang kedua ibu dan bapa, saya merasa takjub dengan kisah mereka apabila setiap kali anaknya itu tiba-tiba kritikal, si ibu mendapat petanda di dalam mimpinya bahawa anaknya sedang tenat dan apabila masuk ke dalam bilik ICU (dengan bantuan pengawal yang bertugas yang sudahpun mengenali mereka), ternyata ianya benar2 berlaku dihadapan mata. Kasih ibu dan bapa membawa ke syurga, selama 2 minggu itulah insan2 ini yang datang dari jauh terpaksa bermalam di ruang menunggu di ICU dalam keadaan yang sangat sejuk sehingga si bapa demam, namun digagahkan juga demi anak tersayang. Di ruang yang sejuk itulah mereka menunaikan solat sunat dan membaca yassin...di situlah mereka bertahajjud, di situ jugalah mereka menunaikan solat sunat hajat. Ya Allah.. tersentuhnya hatiku ini apabila mendengar kepayahan mereka dan pengorbanan mereka demi seorang anak yang disayangi.
Terus masuk ke dalam fikiran saya... betapa besarnya pengorbanan emak dan abah terhadap saya... terimakasih emak..abah... sesungguhnya apa yang berlaku di hadapan mata ini.. benar-benar menginsafkan saya dan memberi pengajaran yang amat bermakna buat saya.. jika saya diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu...saya juga akan bertindak sedemikian untuk anak saya... :'(
Kisah kedua
Seminggu berada di ICU keluar masuk menjaga emak, saya tergerak hati untuk menegur seorang kakak yang menjaga suaminya. Kebetulan katil suaminya bersebelahan dengan katil emak di ICU dan dikatakan suaminya kritikal kerana mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan terpaksa di beri rawatan buah pinggang akibat dari kesan kerosakkan injapnya. Kakak itu datang dari Tapah dan hampir sebulan berada di IJN menjaga suaminya. Kalau dahulu suaminya ditempatkan di wad biasa, kakak berkenaan boleh tidur di wad bersama suaminya dengan beralaskan bangku malas, tetapi apabila berada di ICU, kakak tadi terpaksa tidur di ruang legar di pintu masuk IJN. Seawal pagi, kakak tu akan bangun dan membersihkan diri dan bersiap sebelum orang mula datang berkerja dan datang melawat. Ada ketikanya kakak itu hanya bersendirian di situ.

Berlinangan air mata saya mendengar kisah kakak tadi. Betapa saya masih boleh tidur diatas bantal yang empuk tetapi kakak tadi terpaksa beralaskan tangan dan bertilamkan simen. Namun, saya kagum dengan semangatnya. Demi seorang suami tercinta, beliau sanggup lakukan apa sahaja. Syukur Al-hamdulillah, semasa saya berada di wad menjaga emak, kebetulan suami kakak tadi pun sudah sedar dan boleh berjalan dan menjalani sesi fisioterapi bersama emak.
Kami ibarat keluarga di wad mawar IJN. saling mengambil berat antara satu sama lain.. Jika dibandingkan kakak tadi dengan diri saya.. terasa jauhnya jurang antara saya dengan kakak itu. Saya terasa berada di paras paling bawah.
Ya Allah... terima kasih kerana menunjukkan kepadaku erti sebuah pengorbanan. Akan saya simpan sebaik-baiknya pengalaman ini untuk dijadikan pengajaran dalam hidup saya. Masih terukir wajah kakak tadi..dengan semangat dan keikhlasannya menjaga sang suami yang dicintai. Doa saya semoga kebahagiaan kakak itu dan suaminya akan kekal abadi sehingga ke alam syurga...
Kisah ketiga
Hanya satu malam berada di wad mawar IJN.. terlalu banyak perkara yang berlaku dihadapan mata. Pengajaran dan pengalaman yang menginsafi diri. Batapa beruntungnya saya kerana, hendak ke IJN sendiri saya dihantar oleh suami.. hendak balik pula diambil oleh abang saya... boleh dikatakan kesenangan dan kemudahan itu terus berada di hadapan mata.

Di sebelah katil emak, seorang cucu menjaga neneknya, mereka berbangsa cina datang dari Sarawak. Cucunya terpaksa korbankan waktu sekolahnya demi menjaga seorang nenek hampir 2 minggu. Setiap 2 hari, kakak yang saya ceritakan di kisah ke 2 tadi akan bersama-sama dengannya pergi ke dobi untuk mencuci pakaian kotor. Apa yang saya kagum dengan cucunya ini, dia sangat mengambil berat tentang pesakit2 yang berada berhampiran neneknya. Saya yakin, dia ikhlas membantu. Di wad tersebut, kami ibarat seperti satu keluarga. Seolah saya bukan berada di wad, tetapi di dalam sebuah rumah yang besar dimana semua ahlinya sangat mengambil berat diantara satu sama lain. Saya mengenali seorang mak cik dari Terengganu yang menjaga suaminya. Suaminya masuk lewat beberapa hari sahaja dari emak. Kami sempat berbual dan bertanya khabar insan2 yang bersama dengan emak saya di ICU dahulu, tetapi belum lagii dipindahkan di wad biasa. Mak cik itu memberitahu, budak 13 tahun yang ditunggu oleh ibu bapanya seperti yang saya ceritakan di kisah pertama tadi, telahpun meninggal dunia... Innalillahiwainnailahiroji'un.... "Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan".. Boleh dikatakan pada tarikh 23.03.2012 (Jumaat) tarikh yang sepatutnya emak menjalani pembedahan... seramai 10 orang pembedahannya tidak berjaya dan semuanya meninggal dunia...Segalanya adalah ketetapan Ilahi.....harap kesemua keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi bertabah dan semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua....
Kisah ke Empat
Saya duduk di ruang santai sambil menonton televisyen memandangkan mata masih lagi belum memberi tanda untuk dilenakan. Ramai juga insan yang menjadi "peneman" dan ada juga dikalangan "pesakit" sebelum ke OT duduk di ruang santai tersebut. Mungkin kerana saya ni agak peramah, saya mengenali 2 insan ini. Seorang "peneman" bapanya, seorang pemuda berbangsa cina datang dari Teluk Intan, sempat berkongsi pengalaman dengan saya pada malam itu. Kami rancak berbual sehingga kami tidak sedar, seorang pak cik "pesakit" yang akan menjalani pembedahan pada esok hari mendengar perbualan kami. Ceritanya sama sahaja dengan emak. Perasaannya sama sahaja dengan saya. Sedang kami asyik berbual, entah kenapa kami seolah macam dah lama kenal, tiba2 anak muda itu tersedar (yang saya sendiri pun tak tahu pak cik tu belum menjalani pembedahan- bila dijelaskan baru saya tahu) pak cik (pesakit) leka mendengar perbualan kami. Segera saya memohon maaf pada pak cik itu dan terus saya dan pemuda cina itu memberi kata-kata semangat kepada pak cik itu untuk menghadapi hari esok.
Kerana keramahan saya, saya sempat berbual dengan pak cik tadi.. bertanyakan pak cik datangnya dari mana, siapa yang menjaga, berapa saluran jantung yang block. Mungkin kerana keramahan saya, pak cik itu seolah suka berbual dengan saya dan bercerita pengalamannya. Pak cik itu seorang pekerja kampung yang hanya mengusaha kebun dan mendapat rezeki dari hasil pertanian kampung. Datang bersama isterinya yang setia menemaninya dengan hanya menaiki bas ekspress dari Johor dan setibanya di KL.. sahabatnya datang menjemputnya dan membawanya ke IJN. Keadaan pak cik itu lebih kurang sama macam mak. Banyak saluran yang block dan perlu dilakukan segera. Tak tahu kenapa, hati saya terus ingin bertanya,
"lepas operate pak cik terus balik JB ke atau duduk di kl dulu?"
mungkin kerana teringatkan keadaan emak yang terpaksa di pimpin dan tidak boleh ada hentakan, terus saya teruja untuk bertanyakan soalan tadi.
"InsyaAllah....rasanya kalau pak cik kuat...pak cik nak terus balik JB...balik naik bas..sebab pak cik tak ada saudara mara di sini. Kawan pak cik akan ambik pak cik dan terus hantar pak cik ke perhentian bas...tengok mcm mana dulu..."
Ya Allah... hati saya tiba-tiba sayu dan hiba... macam mana pak cik itu nak menghadapi semua itu sedangkan dia sendiri tidak mampu untuk mengangkat barangan selepas pembedahan nanti.... Ya Allah..Engkau lindungilah pak cik ini....permudahkanlah dan selamatkanlah pembedahannya Ya Allah...
Saya tidak henti2 memberi kata-kata semangat kepada pak cik itu...
"pak cik kena kuatkan semangat ya..."
"terima kasih nak....pak cik suka bersembang dengan anak ni..." kata-kata terakhir pak cik itu ketika saya berada disana dan sehingga kini saya tidak pasti keadaan pak cik itu... apa yang saya harapkan.. biarlah pak cik itu pulih seperti sediakala dan Allah melindungi perjalanan pak cik dan isterinya..amiiin..amiiin...Ya Rabb...
Ya...pengalaman ini mengajar saya erti kesyukuran...
Di satu sudut yang lain juga...semuanya ini mengajar saya tentang erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya, seorang bapa OKU kepada anaknya yang menjaga anaknya selepas anaknya menjalani pembedahan jantung berlubang, kasih sayang seorang isteri kepada suami dan begitulah sebaliknya. Disitu pengalaman yang sangat indah dan berjuta pengajaran dan nilai murni yang dapat dikongsi bersama.
Semoga, dengan pengalaman dan coretan ini dapat memberi inspirasi kepada saya dan ingatan kepada saya untuk selama-lamanya. Terima kasih Ya Allah.... ;))

Terima kasih yang tidak terhingga kepada nurse2 di wad Mawar IJN yang menjaga para pesakit dengan sabar....hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 mereka terhadap kesemua pesakit.... benar...tugasan sebagai nurse bukan sesuatu tugasan yang mudah....ianya memerlukan kesabaran dan kekuatan yang tinggi untuk berhadapan dengan pesakit yang pelbagai.....hanya insan2 yang terpilih sahaja yang layak memikul tanggungjawab seperti mereka.
Terima kasih kerana menjaga ibunda saya dengan begitu baik sekali...malahan kepada semua pesakit juga.....mereka tidak pernah marah sekalipun bermuka masam kepada pesakit.....sebaliknya....senyuman senantiasa dibibir mereka ketika menjalankan tugas bagi memastikan tahap kesihatan pesakit beransur pulih..... begitulah mulianya tugasan mereka sebagai jururawat.
Kepada Doktor2 yang merawat....terutama Dr Rais.... terima kasih kerana bertungkus lumus menyelamatkan nyawa2 pesakit..... Sebelum memulakan operation....mak memberitahu saya....Dr membaca ayat2 al-quran dan berdoa....meminta emak berdoa dan berzikir tanpa henti...kerana usaha itu dari kita....dan yang menyembuhkan hanya Allah.... mulianya hati seorang Doktor.....semoga Allah merahmati kita dan mereka semua......
Andai ada yang pergi jua ketika pembedahan dan selepas pembedahan.....yakinilah...ianya bukan salah Dr yang merawat....hakikatnya Allah yang menentukan segala2Nya.....
Inilah pengalaman yang tidak mampu saya lupakan hingga kini....semoga ianya tersimpan rapi di sudut ingatan agar senantiasa ingat.... jika kita rasa...kitalah manusia yang paling malang di muka bumi ini......ingatlah.....ada insan yang lebih malang dari kita..... jika kita rasa susah....ada yang lebih susah dari kita.... yang pasti.... pengajaran ini amat amat bermakna dalam hisup saya....
Terima kasih Allah...atas ingatan dan pengalaman ini......=))
Terima kasih kerana membaca entry ini =))