Monday, July 9, 2012

PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG [BYPASS]

Assalammualaikum...semoga apa yang baik yang dikongsikan mendapat manfaat kita bersama-sama...

Ya Allah...dari sehari ke sehari..saya nak postkan tentang bagaimana penjagaan orang selepas membuat pembedahan pintasan jantung [bypass]. Namun ada sahaja perkara lain yg saya dahulukan...

Kalau dikira-kirakan 19hb Julai 2012 ni..genaplah 4 bulan emak melakukan bypass. Syukur alhamdulillah... emak semakin beransur pulih. Dari sehari ke sehari perkembangan kesihatan emak semakin baik. Betul la kata orang..selepas pembedahan bypass...pesakit seolah mendapat jantung yang baru...tenaga mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pembedahan. Namun itu adalah jalan terakhir bagi pesakit jantung yang mengalami "block". Risikonya teramatlah tinggi. Bagi saya yang melihat sendiri keadaan itu, rasanya tak sanggup lagii untuk menghadapinya utk kali kedua. Semoga Allah melindungi saya, suami, abah, adik beradik dan kita semua dari segala penyakit yang merbahaya dan memudaratkan... amin...
[ disini saya sharekan pengalaman ketika berlakunya serangan jantung ke atas emak pada awalnya CLICK HERE , kisah sebelum dan semasa pembedahan bypass CLICK HERE  dan suka duka ketika berada di wad CLICK HERE ]

Saya terdorong untuk menulis tentang penjagaan selepas pembedahan bypass ini adalah kerana... beberapa minggu sebelum emak melakukan pembedahan bypass...saya mencari maklumat mengenai penjagaan selepas pembedahan namun.... [mungkin atas alasan tak explore sehabis habisnya...] saya langsung tidak menjumpai apa-apa maklumat. Saya cuma bergantung kepada apa yang dijelaskan oleh doktor pada masa itu. Di entry ini... sedikit sebanyak boleh membantu orang diluar sana untuk mendapatkan sedikit maklumat.

Sebetulnya..bila tersentuh je bab mak saya ni... segala apa yang terjadi dari awal sampai akhir masih jelas terbayang saat-saat genting ketika saya hampir-hampir kehilangan emak... dan wajah2 insan yang telah pergi menemuiNya ketika saya masih sempat melihat wajah mereka di dalam ICU itu... Semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah..

Baiklah...disini..saya nak share serba sedikit ttg pengalaman saya ketika menjaga emak saya selepas pembedahan. Walaupun tidak sepenuhnya...tetapi apa yang dijelaskan kepada saya sebelum emak dibenarkan keluar dari wad masih segar dalam ingatan saya dan semua itu saya jelaskan kepada abang saya. Emak duduk di rumah abang selepas dibenarkan keluar. Dan syukur...penjagaan rapi diberikan kepada emak.

Selepas pembedahan, pesakit akan ditempatkan di dalam ICU. Disitulah yang menyebabkan jantung saya senantiasa berdebar2. Kerana perkembangan pesakit turun dan naik. Ada ketikanya stable..dan ada ketikanya tak stable. Kerisauan akan lebih memuncak ketika emak berada di dalam wad ICU. Selagi tak dipindahkan ke wad biasa.Selagi itulah tak meyakinkan hati saya bahawa emak dah betul2 sihat.

Bagi kita yang beragama Islam..ketika ini..senantiasalah memberi semangat kepada pesakit selain perkara penting...berdoa dan terus berdoa kerana hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita. Senantiasalah mengajar mereka [pesakit - kaum kerabat kita] berzikir dan terus berzikir...

Selepas keadaan pesakit dah betul2 stable.. barulah pesakit akan di pindah ke HDU. Walaubagaimana pun, ianya tidak menjamin akan 100% tahap kesihatan mereka itu stable. Ada juga yang dah ditempatkan di HDU tetapi akhirnya dipindahkan semula ke ICU kerana keadaan pesakit mula tidak stable.

Setelah doktor mengesahkan keadaan pesakit benar2 stable, dari segala sudut especially tekanan darah, barulah pesakit akan dipindahkan ke wad biasa.

Di wad biasa, pesakit akan menyedut satu gas [saya sendiri kurang pasti namanya] bagi membasmi kuman di dalam badan selama lebih kurang 10 minit setiap 1 jam. Masa tu emak memberitahu saya, dia sangat rimas dan rungsing. Jangan panik ya..sebab gas tu mengeluarkan asap yang banyak.... [sama seperti oksigen utk pesakit asma].

Di sini juga..pesakit memerlukan bantuan dari kita untuk menjaganya [seperti membantu mereka bangun, membawa mereka ke toilet, membetulkan hidangan] kerana pergerakkan pesakit sangat terbatas. Memang nurse ada dan sedia membantu...tapii jgn lah terlalu mengharapkan nurse..kerana mereka juga perlu menjaga ramai pesakit yang lain yang lebih memerlukan perkhidmatan mereka.  Tahap tekanan darah akan di check setiap 1 atau 2 jam sekali...sama ada pesakit demam atau tidak..atau tekanan darah itu naik atau turun. Semuanya akan direkod.

Pesakit sememangnya akan dijaga rapi. Dalam tempoh di wad.. pesakit akan dibawa untuk membuat fisioterapi. Mereka digalakkan untuk berjalan sendiri [walau terpaksa dipimpin] tetapi tidaklah secara paksaan..kalau pesakit masih lemah dan tak mampu berjalan.. nurse akan menolak mereka dengan welchair. Mereka melakukan fisioterapi setiap pagi selama berada di wad..[selalunya kurang seminggu la...mengikut tahap kesihatan pesakit]. Macam2 mereka lakukan seperti mengayuh basikal..berjalan dan sebagainya... bagi mengembalikan tenaga mereka dan mengembalikan keyakinan mereka selepas menjalani pembedahan. [pembedahan dari hujung kaki sampailah ke pangkal peha...dan dari dada hingga di atas pusat] -jgn risau..kerana dengan teknologi yang ada..pesakit kurang berasa sakit dibahagian pembedahan... sebab itulah mereka perlu dberi keyakinan utk berjalan dan bergerak...mengikut kemampuan dan kekuatan mereka bagi kelancaran peredaran darah mereka.



Pesakit juga akan diberi penanda aras tahap sedutan pernafasan mereka. Pesakit digalakkan untuk menyedut alat yang disediakan dan ditahap mana pernafasan mereka itu kalau boleh setiap jam. Tujuannya untuk mengembangkan paru2 dan penting juga untuk jantung mereka.

Pesakit juga akan diberi sesi kaunseling penjagaan selepas pembedahan. [Saya masuk sekali menemani emak dalam sesi kaunseling ini]

Barangan yang perlu disediakan untuk pesakit sebelum pembedahan

i. Kusyen kecil 4 segi [kalau boleh biarlah ada terasa berat sedikit bagi keselesaan pesakit untuk memeluknya dibahagian dada - pesakit tidak dibenarkan tidur mengiring kerana tulang [dibahagian paru2] masih belum bersambung sepenuhnya..dikuatiri tulang itu akan lari dari strukturnya yang sebenar. Lebih dari 2 bulan diperlukan [mengikut usia] untuk tulang itu bercantum kembali...jadii..selama itulah pesakit perlu tidur terlentang... timbul ketidakselesaan disitu...emak saya akan melapik bantal di bahagian tengkuknya dan tidur di atas sofa panjang bagi keselesaan dan sebab itulah pesakit sangat memerlukan kusyen kecil ini. Ibaratnya..selepas sahaja selesai pembedahan...kusyen ini adalah peneman setia mereka...ala-ala bantal busuk..hehehe


ii. Sarung kaki khas [medical compression stocking] selepas pembedahan bagi mengelakkan jangkitan kuman. - boleh didapati di mana2 farmasi.



iii. Persediaan awal, nurse pasti akan meminta waris yang terdekat untuk menyediakan baju yang berbutang di bahagian hadapan dan kain batik. -kalau boleh sehari 2 helai baju, 2 helai kain.

iv. Tisu kering dan tisu basah [utk khas perubatan].

v. 3 helai tuala l - setiap hari perlu diganti 3 helai tu. 1 utk mengelap badan, 1 lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian dada dan 1 helai lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian kaki. Tujuan nya utk mengelakkan jangkitan kuman dibawa ke jahitan yang lain.



Info yang saya dapat [serba sedikit yang masih saya ingat]

Sekiranya pesakit tinggal jauh dari hospital seperti Johor, Perak, Pahang dan sebagainya, kalau naik kereta untuk pulang dari hospital, perlu berhenti di beberapa perhentian. Dan pesakit perlu menyedut udara luar [hijau] utk kenyamanan dan kesihatan jantung. Pesakit juga berkemungkinan akan sering membuang air kecil kerana ubat yang dimakan tu memerlukan mereka untuk membuang kekotoran mungkin. Masa ni..pesakit perlu di pimpin untuk ke sana dan ke mari..kerana mereka belum cukup kuat utk bergerak sendirian.

Pastikan bantal senantiasa dibawa dan ditekapkan diatas dada..kerana tempoh untuk pemulihan tulang sepenuhnya mengambil masa 2 bulan. Itulah pentingnya penjangaan rapi.

Pesakit tidak dibenarkan pergi ke tempat2 sesak..seperti kenduri, shopping compleks, pasar dan sebagainya..ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam jantung dan bahagian jahitan yang belum pulih sepenuhnya. Kalau berlaku infection...doktor kata agak susah untuk pulih... silap-silap kena buka jahitan...dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih semula...Jadi..bagi sesiapa yang selsema, batuk atau demam...tolong jangan menghampiri pesakit ini. Kerana jika mereka dijangkiti keadaan mereka akan lebih teruk dari anda yang sakit selsema itu.

Bagi penjagaan pembedahan di bahagian dada pula.. pesakit tidak dibenarkan untuk mandi menggunakan cebok.. kerana...sekiranya tangan diangkat utk menyiram badan...takut nanti jahitan di bahagian dada akan terbuka dan tulang yang belum pulih sepenuhnya akan lari dari landasan yang sebenar..[kata pakar berkenaan..heheheee].

Pesakit tidak dibenarkan untuk mengangkat barangan yang berat malahan sepeket 1kg gula atau garam juga tidak dibenarnya. Ini adalah kerana keadaan tulang masih baru dan dalam proses pemulihan [*cantuman] sepenuhnya. Bukan setakat itu sahaja... pesakit juga tidak dibenarkan untuk mendukung bayi sekalipun.

*cantuman tulang - bila melakukan pembedahan bypass - tulang dibahagian paru-paru dipotong bagi memudahkan proses bypass di jantung. Walaupun doktor akan cantumkan semula dengan mengikatnya, namun ianya masih baru dan perlu dijaga rapi bagi mencantikkan semula cantuman tulang berkenaan

Senaman ringkas untuk pesakit selepas keluar dari wad

Satu buku akan diberi khas kepada setiap pesakit cara-cara senaman ringkas yang perlu dilakukan demi menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik untuk pesakit.

Antaranya, sekiranya pesakit ingin menaiki tangga...perlu menaikinya secara perlahan2. Sekiranya duduk di rumah flat [yang tiada lift]. Pesakit digalakkan untuk berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut tahap kemampuan pesakit itu sendiri. Jangan paksa diri untuk menaiki anak tangga sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Berhenti dan berehat. dan ambillah berapa masa yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga. Kerana dalam tempoh 2 bulan ini...tahap kesihatan pesakit tidak pulih sepenuhnya.

Pesakit digalakkan untuk berjalan selama lebih kurang 10 minit mengikut tahap kemampuan sekalipun terpaksa dipimpin. Ini penting untuk mengembalikan semula energy pesakit.



Senaman ringkas tangan juga turut diajar oleh pakar kaunseling. Pastikan pesakit dan penjaga mengambil perhatian akan senaman2 yang diterangkan. Kerana setiap kesilapan senaman akan memudaartkan pesakit itu sendiri. Senaman tangan mestilah ke dalam [depaan tangan ke dalam bukan kebelakang]. Jika teknik yang dilakukan salah..akan mengakibatkan jahitan terkoyak dan tulang yang masih belum bercantum akan terkeluar dari landasan yang sebenar...dan mungkin akan memudaratkan pesakit.


Penjagaan Bekas Pembedahan/Jahitan

Selepas pesakit dibenarkan keluar, bekas pembedahan/jahitan di kaki dan dada, perlu dicuci di klinik/hospital yang berdekatan setiap hari. Bagi mengelakkan jangkitan kuman dan menyebabkan di bahagian jahitan itu bengkak.
Pengalaman: Jahitan di kaki emak saya terkena infection dan menyebabkan di bahagian jahitan bengkak. Syukur ianya tidak merebak ke merata tempat. Nasib baik abang saya segera membawa emak ke klinik berdekatan. Dan setelah menyapu krim yang diberikan khas utk pesakit jantung [selepas pembedahan], barulah bengkak di bahagian jahitan reda dan pulih sepenuhnya.

Penjagaan pemakanan bagi pesakit selepas pembedahan

Pesakit digalakkan untuk memakan makanan-makanan yang sihat dan tidak gatal. Seperti sayur, ikan stim, gulai rebusan [bukan gulai lemak dan sebagainya - kalau nak ambil hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit]. Seeloknya digalakkan untuk makan quaker oat atau serat, elakkan mengambil makanan yang berminyak. Doktor menyarankan untuk menggunakan minyak matahari [itu yang terbaik] untuk menyediakan masakan yang bergoreng. Pengambilan buah-buahan seperti betik digalakkan bagi melancarkan pembuangan air besar. Ini bertujuan mengelakkan pesakit meneran...dan sekiranya sembelit...apabila pesakit meneran...dikhuatiri pesakit menggunakan tenaga dan tekanan di bahagian dada meningkat [ lebih kurang mcm tu lah penjelasan doktor]

Selama tempoh 2 bulan mak di rumah abang saya.. hari-hari mak makan makanan serat, buah-buahan, dan sehingga kini, mak dah jemu utk makan gulai asam [gulai rebusan dengan ikan] dan ikan stim [pelbagai cara dan bentuk kakak ipar saya masak...hehehe] Syukur..sekarang..mak dah semakin sihat.

Penjagaan pemakanan ini sangat penting..[kalau boleh rujuk kembali buku2 yang dibekalkan kepada pesakit-sebagai rujukan yang terbaik] kerana dikhuatiri tahap kolesterol jahat akan bertambah... jadii..elakkan dari memakan makanan yang berminyak dan makanan yang boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.... macam mak saya, beliau sangat suka makan lempeng pisang...jadi doktor suruh tukar kepada lempeng oat...[nak tak nak kena makan la jugak]. Ianya boleh didapati di farmasi2 terkenal. Selain...mereka juga dibenarkan untuk makan popiah basah [bukan yang goreng] dan putu mayum... yang lain... semuanya makanan yang sihat... penjagaan tahap kolesterol ni sangat penting...bertujuan semoga saluran ke jantung tidak tersumbat lagi....

AMARAN KERAS!!

Tolong jangan bagi pesakit makan ubat-ubatan yang disimpan sebelum melakukan pembedahan. [APA-APA SAHAJA UBATAN SEBELUM PEMBEDAHAN TIDAK DIBENARKAN!!!] seperti ubat gatal ke..uabat bengkak ke..ubat sakit perut ke... apa-apa sahaja ubatan.


Ubat yang dibekalkan oleh doktor SELEPAS pembedahan sudah memadai untuk pesakit.

Pengalaman:  kaki mak tiba-tiba sahaja bengkak. Mungkin sebab kurang bergerak. Dan dibahagian yang bengkak tu sakit. Disebab kan itu, mak masih menyimpan lagi segala ubatan sebelum pembedahan... dan nasib baik la...tinggal sebiji je. Lepas tu nasib baik jugak la... mak minta abang saya untuk menunjukkan ubat tersebut kepada doktor Rais. Tujuan abang saya berjumpa dengan Doktor Rais untuk bertanyakan kalau-kalau la doktor Rais ada ubat seperti itu lagi untuk menghilangkan bengkak sebab mak makan ubat tu sebelum ni berkesan. Doktor agak terkejut dan bertanyakan s/ada mak saya dah makan ke belum ubat tu. Abang saya jujur jawab belum. Doktor sendiri dengan tegasnya menyatakan pesakit yang sudah menjalani pembedahan bypass...JANGAN sesekali mengambil ubatan sebelum melakukan bypass...ia akan mengakibatkan pendarahan berlaku di dalam jantung dan boleh menyebabkan kematian. Syukur kerana Allah masih melindungi emak... segala ubat yang dibekalkan sudah memadai untuk memulihkan apa jua penyakit. Sekiranya pesakit masih mengalami sakit2...mereka digalakkan untuk ke hospital untuk mendapat rawatan yg selanjutnya dari doktor pakar yg merawat.

Itulah serba sedikit penjelasan saya melalui pengalaman saya menjaga emak saya. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, eloklah di refer kepada doktor2 pakar yang berkenaan. Setiap pesakit akan merasai pengalaman yang berbeza-beza. 

Saya bukanlah doktor tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit ini. Mana yang baik utk diikuti sebagai persediaan sama ada akan melalui pembedahan mahupun menjaga pesakit..maka inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berpandukan kepada nasihat doktor juga.

Selamat membaca dan salam sayang... ;)))