Monday, July 24, 2017

PEMBEDAHAN PEMBUANGAN OVARIAN CYST

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.



Ubat ni sentiasa ada dengan mak saya dari selepas pembedahan hingga sehari selepas masuk ke wad biasa. Bila terasa sakit...mak akan picit satu punat disediakan dan ubat ni akan masuk terus ke dalam darah mak....
Doktor yang merawat emak....sangat2 friendly
Dannnnn cantikkk jugakkk....hehehe...

Hari ni saya nak share tentang penyakit yang dihidapi oleh emak saya yang menyebabkan kepada major operation pada bulan ramadhan baru ni.

Sejak beberapa bulan sebelum....[mungkin ini antara tanda2 / symptom]

Emak saya mengalami bengkak kaki yang amat menyakitkan. Sehingga saya dan kakak membawa emak ke Pantai Hospital Ipoh untuk rawatan. Pada awalnya...kita sangkakan gout..... bila di buat pemeriksaan darah dan beberapa prosedur oleh Doktor pakar, laporan menunjukkan emak saya tak ada gout dan cuma berlaku radang sendi dan urat saraf sahaja. Pemeriksaan ini dilakukan 2 kali [2 kali buat pemeriksaan darah] dan alhamdulillah.....result darah mak saya sangat baik mengikut kata doktor [sebab kami pegi ke pakar urat saraf dan sendi / gout]

Sebulan selepas itu, emak mengalami sakit perut semacam gastrik.
Keadaan mak menjadi teruk pada awal ramadhan. Namun semangat beliau kuat. Dalam keadaan macam tu pun...mak saya masih boleh mengikuti tadarus al quran anjuran penduduk setempat selain sembahyang sunat terawih sampai habis.

Bila balik tu....selalunya mengadu sakit perut dan sayalah yang akan urut perut mak...[urut perlahan lahan]. Masa ni memang tak tahu yang mak saya ada cyst. Tapiii itulah antara petanda yang ditunjukkan. Kami tak benarkan mak berpuasa sebab ingat gastrik....dan memang mak saya tak larat berpuasa kerana sakit yang amat sangat katanya.

Kebetulan kakak yang sulung balik untuk sambut awal ramadhan bersama.
Melihat keadaan mak yang tak berapa nak sihat tu.... akhirnya kakak saya bawa mak dan abah balik ke KL untuk rawatan di sana. Sebab...mak saya ni bukan sejenis yang suka duduk diam..... tambahan awal ramadhan.....memacam kerja dia nak buat...antaranya nak tanggalkan langsir lah....bersihkan laman laa....memacam laahhh....padahal...boleh je kalau nak upah orang....dan dah ada pun orang yang diupah tu.......hmmm....

Keadaan mak semakin teruk kerana sakit perutnya berpanjangan. Kakak saya membawa emak ke klinik dan Dr. mengesahkan ada ketumbuhan kat bahagian perut mak saya dan sarankan supaya membawa mak ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Esoknya, mak di bawa ke Pantai Hospital Pandan Indah untuk rawatan selanjutnya dari Dr yang memang pakar dalam sakit puan ni especially cyst.

Beberapa kaedah dilakukan untuk pemeriksaan, antaranya CT Scan dan beberapa prosedur lain. Disebabkan mak saya ada masalah jantung dan pernah buat bypass, jadi benda ni semua berkait antara satu sama lain. Mak saya juga perlu menjalani prosedur stress test. Di prosedur ini, mak saya gagal disebabkan kakinya yang tak berapa nak kuat, jadi Dr terpaksa membuat pemeriksaan lanjutan.

Mak saya juga perlu melakukan biopsy [prosedur untuk pemeriksaan kanser] bagi memastikan samaada ketumbuhan tersebut kanser atau hanya sekadar cyst yang mana di dalamnya ketumbuhan tersebut penuh dengan air....jadinya perlu di buang dengan kadar segera. Cyst tu berukuran 5 bulan baby dalam kandungan. [memang besar]. Emak saya tidak dibenarkan untuk banyak bergerak atau melakukan kerja2 berat.

3 hari result mak dah keluar, dan alhamdulillah, bukan cancer tetapi ketumbuhan/cyst...namun....selepas pembedahan dan setelah cyst dikeluarkan.....ianya akan di bawa juga ke makmal untuk memastikan yang ianya benar2 bukan cancer [procerdur biasa].

Pembedahan perlu segera dilakukan kerana bimbang cyst tu akan pecah. Tetapi disebabkan mak saya makan ubat jantung dan antara ubat yang mak saya ambil adalah ubat cair darah....setelah Dr berbincang dengan Pakar2 bius dan pakar jantung terutamanya, jadinya...mak saya dibenarkan untuk sementara stop ambil segala jenis ubat jantung selama seminggu. Dan sementara itu, Dr sarankan mak saya untuk memakai stoking khas [tak pasti la nama dia...tapi banyak ada kat pharmacy]...Tujuannya....untuk memastikan peredaran darah mak saya berjalan lancar.

16.06.2017 -Jumaat
Mak admitted untuk persediaan major operation esoknya.
Semuanya Dr jelaskan kepada abang dan kakak ipar saya.

Dr jelaskan, semua bahagian ovari dan cyst tu akan dibuang kesemuanya memandangkan faktor usia mak saya.
 Dan 2 hari selepas pembedahan, barulah mak saya dibenarkan untuk bangun. Semuanya kerana faktor usia - Ini semua dijelaskan oleh Dr sebelum melakukan pembedahan esoknya.

17.06.2017 - Sabtu

Seawal pagi - Sebelum masuk OT, kami adik beradik berkumpul di bilik mak. Sempat juga berbual ringkas dengan mak. Seperti biasa, wajah mak tenang je. Mungkin sebelum2 ni mak saya dah pernah menjalani pembedahan yang lebih teruk...maka...kali ni mak lebih redha dan tawakal.

Pada awalnya, pembedahan di jangka mengambil masa 6 jam.

Rezeki mak, Dr yang merawat emak meminta bantuan dari sahabatnya yang juga pakar serta berpengalaman dalam pembedahan pembungan cyst ni [yang sanggup datang dari Johor semata2 untuk pembedahan emak] untuk sama2 memabantu dalam pembedahan tersebut [Dr jelaskan kepada kami semua......salah satu sebab...ketumbuhan emak saya besar.... keduanya....faktor usia emak saya dan lebih utama, risiko ketika pembedahan kerana emak saya pengidap sakit jantung] Jadinya, pembedahan pembuangan cyst tu hanya berlangsung selama 2 jam setengah.

Alhamdulillah....Allah mudahkan segalanya....semuanya berjalan lancar dan keadaan mak pun stabil. Syukur sangat2.

Emak saya di letakkan di ICU untuk pemantauan.

15 minit lepas berada di ICU, mak saya dah sedar...alhamdulillah.....
kami bergilir2 masuk melihat keadaan mak.

Malam tu...mak dah sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.

Nurse menunjukkan cyst yang dikeluarkan tapi saya tak dibenarkan untuk tunjuk kat medium sosial nih.....cukup untuk keluarga je tengok..... memang besar...adoiyaiii....ngeri pulak tengoknya.... mak saya sendiri pun macam terkejut tgk ketumbuhan sebesar itu dalam perut dia.....alhamdulillah....dah di keluarkan pun....dan harap tak kena pada kita.....

18.06.2017 - Ahad

Pagi
Saya di benarkan masuk dan melihat keadaan mak yang semakin ok.
Katanya tengah hari tu dah boleh di tukarkan ke wad biasa.

Memang semangat mak saya kuat. Mak saya dah boleh bangun dan berjalan sambil dipimpin oleh nurse yang bertugas. Alhamdulillah.

Mungkin kerana semangat mak....dan tak ada patient pun dalam ICU tu melainkan mak saya sorang je....jadinya mak semacam disayangi oleh nurse2 tu....siap peluk2 mak lagi sebelum mak dipindahkan ke wad biasa....kata mereka....mak saya ni antara pesakit yang berumur tetapi sangat kuat semangat.

Tengah hari tu juga mak saya dipindahkan ke wad biasa.
Alhamdulillah...perkembangan mak sangat excellent.

Dr yang merawat hanya akan benarkan mak discharge pada hari Selasa untuk pastikan emak benar2 berada dalam keadaan yang sihat.

20.06.2017 - Selasa

Mak saya dibenarkan discharge dan akan ada rawatan susulan pada 23.06.2017 (Jumaat) 2 hari sebelum raya.

Mak saya tidak dibenarkan untuk makan pati ikan haruan atau gamat ke atau apa2 product yang dikeluarkan untuk penyembuhan segera pembedahan. Tidak dibenarkan juga untuk makan makanan yang menyebabkan kegatalan contohnya ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Seperti biasa, mak hanya makan sayuran segar yang direbus dan ikan serta buah-buahan segar.

28.06.2017 - Rabu

Sebelum mak balik ke Ipoh, last appointment dgn Dr yang merawat emak.
Jahitan mak semuanya ok.

Sekali lagi Dr pesan supaya mak saya tidak mengambil pati ikan haruan atau gamat....menurut Doktor....ianya tidak baik untuk luka dalaman pembedahan dan ianya tidak disarankan langsung.
Dan result makmal untuk ketumbuhan yang dikeluarkan itu confirm bukan cancer. Alhamdulillah.

Selepas ini, rawatan susulan pada Disember 2017 dan setahun sekali perlu menjalani rawatan selanjutnya di hospital mengikut tarikh yang diberi.

Saya tidak arif sangat untuk memberi penjelasan kerana sepanjang prosedur dari awal, hanya kakak ipar, abang saya dan anak sedara yang sulung yang berjumpa Dr dan mendengar penjelasan doctor secara detail. Saya cuma menjaga emak hanya selepas pembedahan sehingga keadaan emak dah beransur pulih [luka jahitan pulih sepenuhnya manakala luka dalaman mungkin mengambil masa 2 bulan utk pulih sepenuhnya kerana faktor usia emak saya]

Perkara yang saya suka tentang Hospital Pantai Pandan Indah ni.

- Dekat dengan rumah abang dan kakak saya...5 minit dah sampai....so...senang nak ulang alik tak payah nak tempuh jem.

- Dr dan nurse yang semuanya sangat2 friendly

- Mungkin kerana tak ramai pesakit yang admitted, maka segalanya cepat.

- Di ICU hanya mak saya sorang je pesakit di dalamnya, jadi perhatian sepenuhnya tertumpu pada emak saya. Masa nak masuk dalam ICU juga diberi kelonggaran kerana emak sorang.....saya dan adik beradik adalah pelawat tetap =))) [tapiii tidak setiap hari dibenarkan masuk sesuka hati....masih mengikut prosedur jugakk...]

- Di wad juga, tidak dibenarkan untuk bermalam disitu, kerana nurse mampu memberi perhatian sepenuhnya terhadap pesakit.

Alhamdulillah..... Allah mudahkan segala-galanya urusan mak dan kami sekeluarga. Sungguh aturannya itu sangat sempurna....

Kos yang dikenakan secara keseluruhannya [sebab mak saya tak ada medical insurance jadi semuanya kena bayar cash] lebih kurang RM30k [termasuk rawatan CT Scan dan biopsy serta rawatan susulan].

Rawatan akhir, Doktor bagi percuma =)))
Dan emak saya diberi keutamaan...kerana patient yang baru melakukan pembedahan tidak dibenarkan duduk lelama.....[soo..kami memang tak tunggu lama untuk dapatkan rawatan Doctor....tqqqq doctor.....=)))]

Boleh rujuk di sini: Ovarian Cyst (Dr Zubaidi)
Boleh juga rujuk disini: Womens Health A-Z Topics Ovarian Cysts
Terima kasih kerana membaca entry ini!

2 comments: