Wednesday, May 30, 2018

TEMPAHAN QUILLING UNTUK CENDERAHATI APC

Hye uolls...

Awal bulan Mac, last minit saya terima tempahan daripada opis saya iaitu dari Bahagian Khidmat Pengurusan untuk meletakkan quilling flower saya di atas cenderahati penerima2 APC 2017 dan Pesara 2018.

Sebenarnya taklah banyak sangat, cuma 30 kuntum bunga quilling.
Yang bagi rasa agak tergesa gesa tu apabila tempahan dibuat 5 hari sebelum majlis. Masa tu hati berat jugak nak ambik tempahan.....sebab, kalau boleh saya nak lah buat yang cecantik kannn...... tapiii demi untuk memenuhi hajat mereka.....saya cuba jugaklah buat yang termampu.

Nasib baik lah ada adik2 practical yang boleh membantu saya untuk siapkan quilling flower tu pada waktu yang ditetapkan.

Jom tengok hasilnya.

Memula saya buat 2 contoh bunga quilling [tu je yang sempat huhuhuu] lepas tu saya tanya pendapat mereka di BKP dan semua nya sepakat memilih bunga ni memandangkan kotak yang comel nih sesuai dengan color yang saya cadangkan nih. 

Katanya tak nak taruh ribbon....sebab dan biasa sangat orang taruh ribbon kat atas tu kan....so kali ni nak kan kelainan katanya.....=))))

 Lebih kurang 3 hari jugak lah nak siapkan bunga-bungaan tu.... sebab ada 3 layer kelopak....so kerjanya agak rumit sikit..... sebab kena buat satu per satu kelopak yang ada quilling kat dalamnya. Disebabkan saya terkejar2 masa untuk siapkan quilling dalam masa yang agak singkat..... memang sy perlukan pembantu2 yang kretif...hehehe.....nasib ada adik2 practical..... 

 Sementara nak tunggu fabric gum kering sebelum nak taruh daun.


 Siap je saya terus taruh semula dalam kotak dan memang tak sempat pun nak ambil gambar bunga2 quilling saya ketika derang susun nak bagi kepada penerima....sebab saya jugak ditugaskan untuk menjadi MC di majlis APC 2017 dan Apresiasi Pesara Tahun 2018.

 Kita pinjam CC punya untuk ambik gambar...=)))


Masing2 kata agak rare jugaklah.....mungkin tak ramai yang tahu lagi pasal bunga quilling ni...tapiii yang penting derang happy =)))

Tahniah kepada penerima2 APC dan selamat bersara kepada kakitangan yang akan bersara pada tahun nih....

Tq pada unit BKP yang sudi menempah quilling flower ni dengan saya....really appreciate it!!


Terima kasih kerana membaca entry ini!















Thursday, May 24, 2018

QUILLING UNTUK SAHABAT

Hye uolls...

Kali ni saya buat quilling card dan bookmark untuk sahabat saya yang sekarang ni menetap di Jeddah.
Memang dah lama plan nak bagi kat dia..... tapiii asyik sangat ambik tempahan semua tu....terus lah pelan2 saya lupa...hehehe.... 
One day....sahabat saya nih DM saya di Instagram. Katanya nak tempah bookmark untuk dia dan suami.....so...di kesempatan ini.....saya terus berhajat buatkan kad dan bookmark khas untuk sahabat saya nih dan suami dia.

Lama tak bersembang dengan dia...rindu.....dulu masa sekolah dulu memang rapat dengan dia.....pernah jugak beberapa kali terserempak.....tapiii terpaksa akur dengan kesibukkan memasing....sampailah sahabat saya ni ambik keputusan untuk ke Jeddah dan bertugas disana.
Masa saya menunaikan umrah 5 tahun lepas [ehhh dah lama eaa.....hehehe], sahabat saya ni terus je pm saya di fb dan plan asalnya memang nak jumpa di Tanah Haram. 
Kami bertukar2 no phone masa tu untuk memudahkan kami berhubung diantara satu sama lain...
Kita merancang dan Allah juga merancang..... tak ada rezeki nak jumpa sebab sahabat saya ni sibuk. Kebetulan masa tu dia on duty.

Tak pe lah....mungkin belum ada rezeki lagi nak berjumpa kan.....so...kita keep in touch jelah dengan ber messege ke dm ke apa2nyalah.....yang penting saya nak dia happy dan sihat selalu....

Jom tengok kad yang saya hasilkan untuk sahabat saya nih.
Katanya suka sangat dengan color purple....so saya buatkan kad bertemakan purple untuk dia......


 Sahabat saya ni, bahasakan dia dan suaminya cik bunga dan encik kebun.....adalah cerita yang diceritakan oleh sahabat saya ni kepada saya tentang perkenalan beliau dengan encik kebun kesayangan dia nih.......soooo sweet ok..... dan kalau nak tahu....diaorang duduk berjauhan ok....suaminya di sini dan beliau di Jeddah.....orang kata percintaan jarak jauh...tapiii stilll romantic sangat.....

 Saya hasilkan bunga yang bewarna purple memandangkan favorite color saya pun purple kan....hahaha....memang kena lah dengan tema dan mood saya kannn....


 saya buat khas untuk sahabat saya nih.....=)))






Saya tak direct pos pada sahabat saya nih....alamat yang diberi kepada saya adalah alamat suaminya disini.....Katanya nak bg bookmark tu pada suaminya dan dia tak tahu pun yang saya nak bg kad ni pada dia....

Alhamdulillah....kad dan bookmark ni dah selamat sampai kepada suaminya.....
Tengok pada bookmark yang sampai....dua2nya ok...hehehe...

Semoga nanti kalau sahabat saya ni balik ke Malaysia....dia happy terima kad daripada saya nih....

Semoga Allah pelihara persahabatan ni sampai ke syurgaNya....Allahumma Aminnn....



Terima kasih kerana membaca entry ini!