Wednesday, May 30, 2018

TEMPAHAN QUILLING UNTUK CENDERAHATI APC

Hye uolls...

Awal bulan Mac, last minit saya terima tempahan daripada opis saya iaitu dari Bahagian Khidmat Pengurusan untuk meletakkan quilling flower saya di atas cenderahati penerima2 APC 2017 dan Pesara 2018.

Sebenarnya taklah banyak sangat, cuma 30 kuntum bunga quilling.
Yang bagi rasa agak tergesa gesa tu apabila tempahan dibuat 5 hari sebelum majlis. Masa tu hati berat jugak nak ambik tempahan.....sebab, kalau boleh saya nak lah buat yang cecantik kannn...... tapiii demi untuk memenuhi hajat mereka.....saya cuba jugaklah buat yang termampu.

Nasib baik lah ada adik2 practical yang boleh membantu saya untuk siapkan quilling flower tu pada waktu yang ditetapkan.

Jom tengok hasilnya.

Memula saya buat 2 contoh bunga quilling [tu je yang sempat huhuhuu] lepas tu saya tanya pendapat mereka di BKP dan semua nya sepakat memilih bunga ni memandangkan kotak yang comel nih sesuai dengan color yang saya cadangkan nih. 

Katanya tak nak taruh ribbon....sebab dan biasa sangat orang taruh ribbon kat atas tu kan....so kali ni nak kan kelainan katanya.....=))))

 Lebih kurang 3 hari jugak lah nak siapkan bunga-bungaan tu.... sebab ada 3 layer kelopak....so kerjanya agak rumit sikit..... sebab kena buat satu per satu kelopak yang ada quilling kat dalamnya. Disebabkan saya terkejar2 masa untuk siapkan quilling dalam masa yang agak singkat..... memang sy perlukan pembantu2 yang kretif...hehehe.....nasib ada adik2 practical..... 

 Sementara nak tunggu fabric gum kering sebelum nak taruh daun.


 Siap je saya terus taruh semula dalam kotak dan memang tak sempat pun nak ambil gambar bunga2 quilling saya ketika derang susun nak bagi kepada penerima....sebab saya jugak ditugaskan untuk menjadi MC di majlis APC 2017 dan Apresiasi Pesara Tahun 2018.

 Kita pinjam CC punya untuk ambik gambar...=)))


Masing2 kata agak rare jugaklah.....mungkin tak ramai yang tahu lagi pasal bunga quilling ni...tapiii yang penting derang happy =)))

Tahniah kepada penerima2 APC dan selamat bersara kepada kakitangan yang akan bersara pada tahun nih....

Tq pada unit BKP yang sudi menempah quilling flower ni dengan saya....really appreciate it!!


Terima kasih kerana membaca entry ini!















1 comment: